You are on page 1of 4

PERMOHONAN PERUNTUKAN PEMBELIAN ALAT SIARAYA

UNTUK KEGUNAAN SEKOLAH KEBANGSAAN PERNU MELAKA

DISEDIAKAN OLEH:
SUHAINI BINTI ABD RAHMAN
SETIAUSAHA PIBG
SEKOLAH KEBANGSAAN PERNU MELAKA
1. NAMA PROJEK ALAT SIARAYA

2. TUJUAN KERTAS KERJA

Kertas kerja ini disediakan adalah untuk memohon sumbangan bagi memohon Alat
Siaraya bagi kegunaan para guru dan pelajar Sekolah Kebangsaan Pernu Melaka

3. PENGENALAN

Sistem Siaraya sangat penting untuk sesebuah sekolah bagi memudahkan


pelbagai urusan komunikasi menyeluruh secara terus kepada semua pelajar.

Sistem Siaraya merupakan keperluan kepada sesebuah sekolah kerana ia adalah


nadi pengurusan sekolah dalam menyampaikan maklumat kepada semua warga
sekolah. Selain itu juga, Sistem Siaraya dapat melancarkan pelbagai urusan sekolah
memandangkan ianya sangat diperlukan dalam pelbagai program yang
dilaksanakan di sekolah.

4. RASIONAL

4.1 Sistem Siaraya membolehkan sebarang maklumat atau pengumuman


disampaikan secara terus kepada semua guru dan pelajar.
4.2 Sistem Siaraya digunakan untuk memasang alunan zikir & bacaan Al -Quran
pada setiap pagi sebelum sesi persekolahan bermula.
4.3 Sistem Siaraya membolehkan bacaan doa oleh pengawas bertugas pada
setiap pagi dan diaminkan oleh semua pelajar di dalam kelas masing-
masing.
4.5 Sistem Siaraya dapat digunakan untuk memanggil nama pelajar pada waktu
balik dengan lebih sistematik.
4.6 Sistem Siaraya dapat digunakan untuk guru dan pelajar ketiga menjalankan
aktiviti di surau sekolah seperti menunaikan solat, membaca Al-Quran dan
azan.
5. OBJEKTIF

5.1 Memudahkan kaedah penyampaian maklumat secara terus kepada semua


warga sekolah terutamanya maklumat penting yang perlu disampaikan
dengan kadar segera.
5.2 Memasang alunan zikir & bacaan Al-Quran pada setiap pagi bagi
merangsang minda dan semangat para pelajar sebelum sesi pembelajaran
bermula.
5.3 Mengaminkan doa yang dibaca oleh pengawas yang bertugas pada setiap
pagi sebelum memulakan pembelajaran.
5.5 Menyelesaikan masalah untuk memanggil nama pelajar pada waktu balik
memandangkan.

6. KEPERLUAN SISTEM SIARAYA

LOKASI PERALATAN HARGA KUANTITI JUMLAH


Pusat Akses Amplifier 100w AV88f RM 900 1 RM 900
DYNAMAX TSCSM 12 12” RM 450 2 RM 900
2 WAY 150W Passive
Loadspeaker
Surau AmpAudio Wireless RM 300 1 RM 300
microphone
10” Speaker 150W-250W RM 300 2 RM 600
CS102
JUMLAH RM 2700
7. PENUTUP
Pembelian Sistem Siaraya ini amat wajar dilaksanakan dengan tujuan
memudahkan guru-guru dan pengurusan sekolah untuk memyampaikan maklumat
kepada warga sekolah dengan sempurna.

Semoga hasrat dan aspirasi pendidikan negara ini akan dapat dicapai dengan
sokongan padu oleh semua pihak terhadap permohonan pembelian Sistem Siaraya
ini.

Disediakan Oleh Disahkan Oleh

Suhaini binti Abd Rahman Junalis


Setiausaha PIBG Guru Besar
SK Pernu Melaka SK Pernu Melaka

You might also like