You are on page 1of 2

Office Wear (Pakaian Pejabat)

Kemeja merupakan sehelai pakaian atas. Pakaian ini mula dipakai sejak pada tahun 1860. Pada asalnya ,
kemeja dipakai oleh kaum lelaki. Kini pakaian ini merupakan pakaian unisex dan dipakai oleh kedua –
dua jantina. Kemeja ini boleh digaya dan dipadankan sebagai pakaian formal.Sebagai contoh , pakaian
ke pejabat dan juga sebagai pakaian kasual. Pakaian kemeja ini amat sesuai sekiranya dipadankan
dengan skirt, skirt berseluar dan juga seluar slek
Antara maklumat penting yang berkaitan dengan kemeja ialah , kemeja perempuan adalah blaus yang
longgar dan labuh.Malah , garis stail kemeja boleh dipelbagaikan dengan penyesuaian lengan, garis
bentuk luar yang lebih sendat dan panjang kemeja yang lebih pendek. Kemeja juga boleh dihias dengan
trimin atau pun penghilang gelembung yang sesuai.Ukuran yang diperlukan untuk mendraf pola kemeja
ialah labuh kemeja, labuh lengan dan lebar kaf.Bukan itu sahaja , malah ukuran pada pola asas yang
biasa digunakan juga diperlukan bagi mendraf pola kemeja.

Tambahan,pakaian pejabat biasanya digayakan dengan seluar mahupun digayakan dengan pelbagai
jenis skirt.Sebagai contoh,skirt A line,skirt duyung,skirt pensel,skirt godet dan lain-lain.Skirt adalah
bahagian bawah pakaian atau gaun, dari pinggang ke bawah, atau pakaian luar yang
berasingan.Hemline skirt berbeza-beza dan boleh berbeza mengikut konsep budaya kesopanan dan
estetika serta rasa peribadi pemakai, yang boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti fesyen dan
konteks sosial. Kebanyakan skirt adalah pakaian yang berdiri sendiri, tetapi beberapa panel yang
kelihatan skirt mungkin menjadi sebahagian daripada pakaian lain.

You might also like