You are on page 1of 1

KEBERKESANAN PENGURUSAN FASILITI BAGI KUARTERS POLIS DI DAERAH

IPD AMPANG JAYA.


KEBERKESANAN PENGURUSAN FASILITI BAGI KUARTERS POLIS DI DALAM
KAWASAN BALAI POLIS PANDAN INDAH, DAERAH IPD AMPANG JAYA.

Pihak PDRM telah menyediakan kemudahan kuarters kepada anggota polis yang masih lagi
berkhidmat untuk tinggal bersama keluarga. Terdapat beberapa kuarters polis yang disediakan di
dalam daerah IPD Ampang Jaya. Kajian saya khususnya kepada pengurusan fasiliti kuarters
Balai Polis Pandan Indah dan kuarters Trafik IPD Ampang Jaya, ini kerana dimana kedua-dua
kuarters terletak di dalam kawasan Balai Polis Pandan Indah. Matlamat kajian saya di antaranya
adalah untuk mengkaji sistem pengurusan fasiliti bagi kuarters polis di bawah pentadbiran daerah
IPD Ampang Jaya. Kajian ini adalah memastikan keberkesanan pengurusan dari pihak logistik
tentang fasiliti, keselesaan dan keselamatan kuarters bagi menjaga kebajikan warga PDRM.
Kajian ini juga adalah tentang penyediaan fasiliti dari pihak pengurusan dapat menaiktaraf
kuarters supaya terpelihara. Ini kerana saya dapati beberapa masalah pengurusan fasiliti dari
pihak logistik yang dialami oleh penduduk kuarters seperti lambat memberi maklum balas dan
mengambil tindakan terhadap kerosakan di kuarters. Manakala kajian ini juga untuk mengenal
pasti kehendak dan kepuasan dari penghuni kuarters tehadap pengurusan fasiliti kuarters yang
didiami.

Pihak PDRM telah menyediakan kemudahan kuarters kepada anggota polis yang masih lagi
berkhidmat untuk tinggal bersama keluarga. Terdapat beberapa kuarters polis yang berada di
dalam daerah IPD Ampang Jaya. Kajian saya khususnya kepada fasiliti kuarters Balai Polis
Pandan Indah dan kuarters Trafik IPD Ampang Jaya, ini kerana dimana kedua-dua kuarters
terletak di dalam kawasan Balai Polis Pandan Indah. Matlamat kajian saya di antaranya adalah
untuk mengkaji sistem pengurusan fasiliti bagi kuarters polis di bawah pentadbiran daerah IPD
Ampang Jaya. Objektif kajian ini adalah memastikan keberkesanan pengurusan tentang fasiliti,
keselesaan dan keselamatan kuarters bagi menjaga kebajikan warga pdrm. Kajian ini juga adalah
tentang penyediaan fasiliti dari pihak pengurusan dapat menaiktaraf kuarters yang mampan,
berdaya huni dan selamat. Ini kerana saya dapati beberapa masalah fasiliti yang dialami oleh
penduduk kuarters seperti kebocoran, kerekahan pada bumbung, sistem pendawaian elektrik, dan
lif tidak berfungsi dengan baik. Manakala kajian ini juga untuk mengenal pasti kehendak dan
kepuasan pengurusan fasiliti kuarters polis dari warga PDRM.

You might also like