You are on page 1of 15

BAB 1

PENGENALAN KEPADA
KENEGARAAN MALAYSIA
(PEMBINAAN NEGARA BANGSA)
Zulhilmi Paidi
PENGENALAN
Pembinaan negara bangsa sering kali menjadi
matlamat utama yang hendak dicapai oleh
sesebuah negara terutamanya negara yang
didiami oleh masyarakat pelbagai kaum.
Keupayaan membina sebuah negara bangsa
dilihat sebagai kemuncak kejayaan sesebuah
negara, pentadbiran dan penduduknya.
KONSEP NEGARA BANGSA

Pada kebiasaannya negara bangsa


merupakan gabungan tiga komponen
utama, iaitu negara, individu dan bangsa.
Negara
Negara secara mudahnya bolehlah dirujuk kepada wilayah
kewujudan kelompok manusia. Negara atau 'state' adalah satu unit
politik yang mempunyai kedaulatan dan mempunyai tanggungjawab
dan kuasa menjalankan hal ehwal pentadbiran sendiri.

Sains politik mendefinisikan negara sebagai sekumpulan manusia


yang menduduki sesebuah wilayah yang tetap di bawah
penyelenggaraan kerajaan dan tidak tertakluk kepada kuasa luar (K.
Ramanathan,1992).
Justeru, sebuah negara menurut undang-undang antarabangsa haruslah mempunyai elemen-elemen
berikut, iaitu penduduk (rakyat atau populasi), wilayah (sempadan), kerajaan dan kedaulatan.

• Penduduk (Rakyat atau Populasi) - Setiap negara wujud apabila rakyat atau penduduk yang mengakui
dan mengiktiraf bumi yang dipijak atau wilayah yang didiami itu sebagai tanah leluhurnya.

• Wilayah (Sempadan) - Wilayah adalah merupakan satu kemestian bagi pembentukan sesebuah negara.
Wilayah sering dirujuk sebagai tanah leluhur atau tanah tumpah darah ataupun tempat kelahiran dan
berkembangnya sesebuah bangsa.

• Kerajaan - Negara secara umumnya sering kali dikenali juga sebagai kerajaan. Kerajaan adalah lambang
kehidupan kelompok manusia dalam keadaan yang teratur dan tersusun serta bersistem. Tanpa
kerajaan kehidupan sesebuah bangsa akan menjadi sukar disebabkan perpecahan dan perebutan kuasa.

• Kedaulatan - Kewujudan sesebuah negara akan menjadi sia-sia tanpa pengiktirafan negara-negara lain
di sekelilingnya ataupun pihak antarabangsa.
Individu

Secara umumnya individu adalah manusia.


Pembinaan negara bangsa tidak akan
tercipta dan sempurna tanpa kewujudan
individu. Individu adalah tenaga penggerak
kepada terbinanya bangsa dan seterusnya
negara.
Bangsa
Bangsa pula secara umumnya merupakan satu
kesatuan manusia yang hidup dalam sesebuah
negara. Ia selalu diertikan sebagai kewujudan dalam
kumpulan manusia dengan beberapa ciri yang sama.
Persamaan ini boleh terjadi daripada berbagai-bagai
perkara seperti unsur-unsur jasmani, politik, dan
kebudayaan. Bangsa ialah satu kumpulan besar yang
ahli-ahlinya mempunyai kepercayaan bahawa
mereka semua terikat atas asas perkongsian identiti
sebagai satu kumpulan manusia atau masyarakat.
CIRI-CIRI SEBUAH NEGARA BANGSA
Sesebuahnegara bangsa itu terdiri bukanlah hanya dengan menggabungkan dua
perkataan yang dibincangkan sebelum ini iaitu negara dan bangsa. Terdapat
tiga syarat utama yang sering dihubungkan dengan pembentukan sebuah
negara bangsa, iaitu (Mohd Idris Salleh,1999):

(i)Kehidupan masyarakat dalam negara tersebut adalah bersatu padu tanpa


berlaku sebarang pemisahan atau diskriminasi dalam masyarakat yang
tinggal di situ.
(ii)Di samping itu, penduduk dan rakyat negara itu juga mestilah berkongsi
pegangan kepada satu ideologi politik yang sama.
(iii)Selain itu, penduduk dalam negara tersebut juga haruslah mempunyai
kepercayaan dan keyakinan yang sepenuhnya terhadap sistem pemerintahan
dan undang-undang negara.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI NEGARA
BANGSA
Lima faktor yang menjadi pemangkin kepada
pembinaan sesebuah negara bangsa ialah integrasi,
nasionaliti, nasionalisme, patriotisme dan
demokrasi. Lima faktor yang menjadi ancaman
pembentukan sesebuah negara bangsa pula ialah
globalisme, kepelbagaian budaya, pluralisme, neo-
feudalisme dan liberalisme.
Faktor Pemangkin Pembinaan Negara
Bangsa
Faktor-faktor tersebut ialah:
• Integrasi - Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti
nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah daripada segi
kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Integrasi terdiri
daripada integrasi wilayah, integrasi ekonomi, integrasi kebudayaan dan
integrasi sosial juga integrasi pendidikan dan integrasi politik. Integrasi
adalah merupakan perkara asas bagi proses pengukuhan perpaduan dan
penyatuan masyarakat dalam sesebuah negara.
• Nasionaliti - Nasionaliti secara mudahnya diertikan sebagai
kewarganegaraan. Ia merupakan elemen penting dalam menjadi pemangkin
kepada terbentuknya sesebuah negara bangsa. Elemen ini mewujudkan satu
bentuk identiti kepada semua orang di dalam negara itu iaitu sebagai
penduduk atau warganegara tersebut.
• Nasionalisme - Nasionalisme secara mudahnya bolehlah dimaksudkan sebagai
perasaan cinta kepada tanah leluhur. Ia merupakan satu elemen penting yang
menjadi pemangkin pembentukan sesebuah negara bangsa.

• Patriotisme - Elemen patriotisme hadir setelah wujud perasaan nasionalisme. Secara


umumnya ia adalah elemen penting tentang kasih dan kesedaran seseorang
terhadap kewarganegaraannya dan betapa ia cinta akan tanah leluhurnya. Pada
kemuncaknya patriotisme merupakan kesetiaan teragung oleh rakyat yang bersedia
berkorban nyawa untuk tanah air yang dicintainya (Kellas, 1998).

• Demokrasi - Dimaksudkan secara mudah sebagai “dari rakyat untuk rakyat kepada
rakyat”. Ia jelas menunjukkan peranan demokrasi itu sendiri sebagai alat
mewujudkan keutuhan pentadbiran yang direstui rakyat secara keseluruhan.
Faktor Ancaman Pembinaan Negara
Bangsa
Faktor-faktor persekitaran yang memungkinkan kegagalan pembinaan sesebuah negara
bangsa. Di antara faktor-faktor yang menjadi ancaman kepada pembinaan negara bangsa ialah:

• Globalisme - Globalisme dikenali secara mudah sebagai kesejagatan ataupun dunia tanpa
sempadan. Menurut Kenichi Ohmae, globalisme adalah dunia tanpa sempadan dengan setiap
negara terpaut kepada jaringan aliran maklumat secara global yang ditunjangi kecanggihan
teknologi. Pertukaran maklumat yang cepat dan pantas telah menjadikan dunia begitu kecil
tanpa sempadan (Ohmae,1995). Pada diri beliau sempadan negara bangsa akan berakhir.
Kenyataan tersebut memberi gambaran betapa globalisme adalah satu ancaman besar
kepada konsep negara bangsa yang sedia ada.

• Kepelbagaian Budaya - wujudnya kepelbagaian budaya hasil daripada perbezaan cara hidup
juga kepercayaan. Kewujudan pelbagai aliran kebudayaan yang menjadi amalan penduduk di
sesebuah negara bermasyarakat majmuk tidak dapat dinafikan boleh mewujudkan ancaman
besar kepada proses pembinaan sesebuah negara bangsa.
• Pluralisme - Pluralisme atau sifat kepelbagaian yang terbentuk dari proses kepelbagaian
penduduk. Pada kebiasaannya ia terbina hasil proses penjajahan di sesebuah negara. Dasar
ini dilakukan sebagai memenuhi prinsip kolonialisme bagi menghalang sebarang penyatuan
yang memungkinkan pemberontakan massa. Ini secara jelas menjadi ancaman kepada
konsep kesatuan dalam pembinaan negara bangsa.

• Neo Feudalisme – feudalisme yang dirujuk ialah sistem pemerintahan oleh golongan elit yang
menguasai segala aspek ekonomi, politik dan sosial sesebuah negara. Sekiranya wujud
kaedah yang seumpamanya pada hari ini dibimbangkan tercetusnya pemerintahan yang
penuh dengan penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, penipuan dan kuku besi. Ini jelas
menggambarkan ancaman yang boleh dilahirkan oleh kewujudan neo feudalisme ini.

• Liberalisme - Liberalisme bermaksud kesederhanaan atau keterbukaan secara umumnya


Biarpun begitu keterbukaan dan kesederhanaan yang keterlaluan dibimbangkan akan
merosakkan negara bangsa itu sendiri. Keterbukaan tanpa ada had akan mengganggu
kelicinan pentadbiran dan sekali gus menggugat perkembangan negara.
PEMBINAAN NEGARA BANGSA DI
MALAYSIA
Sejak merdeka pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan juga masih kurang berjaya dan 13 Mei
1969 menjadi manifestasi sebenar keadaan tersebut. Hanya setelah proses penyusunan semula
masyarakat menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan seterusnya usaha bersungguh-sungguh
kerajaan dengan pelbagai dasar seperti Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Pendidikan
Kebangsaan, Rukun Negara dan pembentukan parti politik pelbagai kaum seperti Barisan
Nasional dapat membuka ruang kepada bina bangsa yang dicari. Biarpun begitu hakikat tetap
menunjukkan perjalanan yang perlu masih jauh.

Kekuatan yang harus digunakan oleh negara ini bagi mencapai matlamat ini ialah Nasionalisme.
Nasionalisme yang menjadi pegangan ialah pemilikan rasa atau semangat kebangsaan oleh
semua warganegara berasaskan nilai-nilai kebangsaan yang dikongsi bersama. Perkongsian
nilai dari sudut sejarah sebagai anak Malaysia merdeka, perkongsian identiti kebangsaan
seperti Jalur Gemilang, perkongsian sistem keadilan seperti perlembagaan juga perkongsian
dalam segenap segi yang boleh bagi mewujudkan rasa kekitaan yang kukuh dan tidak berbelah
bahagi terhadap negara bangsa Malaysia.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya konsep pembinaan negara bangsa adalah
sesuatu yang melibatkan proses yang berpanjangan. Pembinaan
negara bangsa yang mantap memerlukan penyertaan menyeluruh
dari setiap anggota masyarakat dan jentera kerajaan.
Faktor-faktor seperti integrasi, nasionaliti, nasionalisme,
patriotisme dan demokrasi perlu difahami, dihayati dan
diaplikasikan bagi mengukuhkan usaha pembinaan negara bangsa.
Manakala faktor-faktor seperti globalisme, pluralisme, kepelbagaian
budaya, neo- feudalisme dan liberalisme pula ditangani dengan
bijak agar ancaman yang dibawa dapat dielakkan sementara nilai
yang positif dimanfaatkan negara.

You might also like