You are on page 1of 6

BAHASA MELAYU KERTAS 1 10/1 STPM

MENJANA IDEA PENULISAN KARANGAN CARA CIKGU ZULKARNAIN


Nama pelajar : 6 BAWAH 2

Faktor-faktor berlakunya peperangan dan kesan negatif peperangan kepada rakyat dan negara.

1. PENDAHULUAN KARANG AN
Tema Menurut kamus dewan , peperangan bermaksud sesebuah negara yang mempunyai semangat
(Definisi dan contoh relevan imperialisme yang tinggi untuk menakluk negara lain .
dengan tema)

Isu semasa Mereka mahu menakluk disebabkan faktor - faktor yang mempengaruhi iaitu negara yang
(Berkaitan dengan tema) kaya dengan bahan mentah , kedudukan yang strategik tanah yang subur dan sebagainya

Ulasan umum Peperangan boleh menyebabkan banyak jiwa yang terkorban sedangkan mereka tidak
(tentang isu yang berlaku/contoh berdosa . Misalnya wanita , orang tua , dan anak- anak kecil. Peperangan dilakukan oleh
yang relevan) orang yang tiada peri kemanusiaan demi memenuhi nafsu tamak haloba mereka.

Contoh Sebagai contoh, pada zaman jahilliyah bagaimana peperangan berlaku sesama saudara
(yang relevan dengan isu/ ulasan sendiri.Mereka mempunyai semangat assabiyah yang tinggi .
umum)

Tugasan soalan Terdapat beberapa faktor berlakunya peperangan dan kesan negatif peperangan kepada
(Menjawab arahan soalan) rakyat dan negara .

2. ISI KARANGAN PERTAMA


Isi utama Faktor-faktor berlakunya peperangan ialah masalah sempadan.
(Apakah)

Sebab musabab Peperangan juga dilakukan untuk menjamin keselamatan dan kedaulatan negara daripada
(Mengapakah) diceroboh oleh musuh.

Contoh/penjelasan Fenomena ini selalunya berpunca daripada ketiadaan sempadan yang tetap tetapi sentiasa
(Bagaimanakah) berubah-ubah akibat pengembangan atau pengecutan kuasa sesuatu kerajaan.

Jangkaan kesan Kesannya negara akan menjadi huru-hara kerana tidak mempunyai sempadan yang tetap.
(Apakah kesan positif/negatif)

Sebab musabab Hal ini demikian kerana sempadan-sempadan yang tidak didasarkan persetujuan politik tetapi
(Mengapakah) ditentukan oleh faktor-faktor geografi atau keperluan sesuatu unit politik.

Contoh dan penjelasan Contohnya perebutan sempadan antara Malaysia dengan Singapura.
(Bagaimanakah)

Jangkaan kesan Dengan itu, perselisihan kerap kali timbul yang membawa kepada pencetusan peperangan.
(Apakah kesan positif/negatif)

CamScanner
3. ISI KARANGAN KEDUA
Isi utama Selain itu , faktor yang kedua pula ialah pembentukan dan perluasan empayar .
(Apakah)

Sebab musabab Peperangan selalunya ditujukan kepada kepentingan menguasai negara-negara jiran , sumber-
(Mengapakah) sumber alam , tenaga manusia atau kawasan-kawasan yang dianggap strategik bagi imperialis .

Contoh/penjelasan Luasnya empayar dianggap sebagai kayu ukur untuk menguatkan kegemilangan sesuatu sistem
(Bagaimanakah) pemerintahan dan meningkatkan kemegahan serta kemuliaan seseorang raja yang dapat diperoleh
melalui keberanian dalam medan perang.

Jangkaan kesan Sesebuah kerajaan bukan sahaja bergantung kepada agama seperti hak ketuhanan,raja tetapi juga
(Apakah kesan positif/negatif) proses penakulan untuk mengesahkan pemilihan kuasa politiknya ke atas rakyat bawahan.

Sebab musabab Peperangan adalah perlu untuk menyatukan kesemua kelompok penduduk yang berlainan
(Mengapakah) bangsa,kepercayaan dan adat . agama dan bahasa .

Contoh dan penjelasan Dengan itu,negara kita akan mempunyai rakyat yang berbilang kaum. Negara kita akan semakin
(Bagaimanakah) berkembang kerana rakyat dapat hidup aman damai.

Jangkaan kesan Negara kita akan semakin berkembang kerana rakyat dapat hidup aman damai.
(Apahah kesan positif/negatif)

4. ISI KARANGAN KETIGA

Isi utama Antara kesan peperangan kepada negara ialah terjadinya kemusnahan terhadap flora dan fauna .
(Apakah)
Sebab musabab Banyak spesies flora dan fauna akan musnah kerana kehilangan habitat mereka . Letupan bom,
(Mengapakah) terutamanya bom nuklear akan mengakibatkan kawasan-kawasan yang diletupkan itu menjadi
gersang serta tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan musnah sekelip mata.

Contoh/penjelasan Bom-bom yang diletupkan di sungai dan laut pula akan mengakibatkan hidupan akuatik yang
(Bagaimanakah) merupakan sumber protien manusia musnah.

Jangkaan kesan Pencemaran juga merupakan satu lagi kesan akibat peperangan.Kini,bom-bom nuklear
(Apakah kesan positif/negatif) mengakibatkan kesan pencemaran radioaktif.Pendedahan kepada sinaran radioaktif kepada
manusia mengakibatkan manusia mendapat penyakit mutasi.

Sebab musabab Selepas Perang Teluk mengakibatkan pencemaran selepas musuh meletupkan telaga minyak.
(Mengapakah) Kebakaran ini menyebabkan pencemaran udara,pencemaran air, pencemaran bunyi di samping
memberi pelbagai kesan sampingan kepada manusia .

Contoh dan penjelasan Peperangan yang berlaku akan menyebabkan generasi yang akan datang menderita sedangkan
(Bagaimanakah) dunia ini ibarat dipinjam daripada mereka.

Jangkaan kesan Kita mestilah menjauhkan unsur-unsur negatif dalam jiwa kita tetapi amalkanlah nilai-nilai
(Apahah kesan positif/negatif) murni dalam kehidupan agar menjadi orang yang berjaya di dunia dan di akhirat .

CamScanner
5. ISI KARANGAN KEEMPAT
Isi utama Seterusnya,kesan negatif peperangan ialah berlakunya kemusnahan besar harta benda persendirian
(Apakah) dan harta benda awam.

Sebab musabab Peperangan boleh menyebabkan harta benda rosak akibat runtuhan bangunan yang telah dibom.
(Mengapakah)

Contoh/penjelasan Contohnya,hospital yang merupakan tempat pesakit mendapatkan rawatan boleh runtuh
(Bagaimanakah) menyebabkan pesakit akan terus tersiksa dan boleh, membawa maut jika tiada ikhtiar untuk
memulihkan keadaan seperti sedia kala.

Jangkaan kesan Kemudahan seperti peralatan perubatan untuk merawat pesakit akan musnah sekelip mata
(Apakah kesan positif/negatif) sehingga mengakibatkan pesakit mati tanpa mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Sebab musabab Rentetan daripada peperangan yang tidak henti-henti,banyaklah harta benda
(Mengapakah) persendirian,sekolah,rumah ibadat,tanaman,binatang peliharaan dan tempat tinggal musnah.

Contoh dan penjelasan Peperangan menyebabkan berlakunya kemelesetan ekonomi negara sebagaimana berlakunya
(Bagaimanakah) peperangan antara Amerika dengan Jerman.

Jangkaan kesan Jika sesebuah negara itu hancur,proses untuk membangunkan semula negara itu memakan masa
(Apakah kesan positif/negatif) berpuluh-puluh tahun.Jadi kita mestilah menghargai kemerdekaan tanah air yang sedang kita
nikmati sekarang.

6. ISI KARANGAN KELIMA


Isi utama Akhir sekali, kesan peperangan kepada negara ialah dengan berlakunya peningkatan pelbagai
(Apakah) masalah sosial.

Sebab musabab Hal ini demikian kerana,kesan peperangan boleh mengakibatkan tekanan perasaan terutama dalam
(Mengapakah) kalangan kanak-kanak.

Contoh/penjelasan Mereka masih lagi belum memahami situasi yang sedang bergolak di sesebuah negara tetapi
(Bagaimanakah) tempias peperangan terjadi kepada mereka yang masih kecil lagi.

Jangkaan kesan Kesan peperangan menyebabkan pembangunan sumber manusia pada masa hadapan terjejas.
(Apakah kesan positif/negatif)

Sebab musabab Kerajaan terpaksa menangguhkan projek pembangunan untuk rakyat kerana dana yang dimiliki
(Mengapakah) oleh kerajaan tidak mempu menanggung kos pembangunan negara.

Contoh dan penjelasan Oleh hal yang demikian,kebajikan rakyat akan terabai dan dan mengakibatkan berlakunya gejala
(Bagaimanakah) sosial seperti merompak,menyamun,merogol dan sebagainya .

Jangkaan kesan Jelaslah bahawa,kesan peperangan terhadap negara mengakibatkan peningkatan pelbagai masalah
(Apakah kesan positif/negatif) sosial yang sukar dibendung.

CamScanner
7. PENUTUP KARANGAN
Pendirian calon tentang Kesimpulannya,peperangan mestilah dielakkan untuk menjamin keamaran negara.
tema karangan
(Apakah)
Cadangan calon Pihak atasan haruslah lebih peka terhadap usaha menangani peperangan agar pembangunan
terhadap ekonomi dan kemajuan manusia terus mantap.
pihak yang berkenaan
(Siapakah)
Harapan calon Dengan cara itu negara kita akan menjadi aman dan harmoni.
terhadap cadangan
yang dikemukakan
(Jangkaan hasil yang diperoleh)
Cadangan calon Para pemimpin hendaldah membawa suara keamanan dan menjalinkan hubungan diplomatik yang
terhadappihak yang lebih berkesan.
berkenaan
(Siapakah)
Harapan calon Sebagai seorang insan yang waras pemikirannya setiap anggota masyarakat haruslah berusaha
terhadap cadangan untuk menyelamatkan negara ini daripada sebarang anasir yang boleh mencetuskan peperangan.
yang dikemukakan
(Jangkaan hasil yang diperoleh)
Peringatan Peperangan yang tercetus memberi impak yang sangat besar terhadap negara .
Jangkaan masa hadapan baik
positif/negatif jika perkara ini
(tema soalan) diberikan perhatian.

CamScanner
CamScanner
CamScanner

You might also like