You are on page 1of 9

HAJI ABDUL

RAHMAN LIMBONG
PEJUANG
TERENGGANU
NAMA: NUR ALIA
QISTINA BINTI MARA
KASMEDEE
KELAS: 3 KALKULUS
GURU: PUAN FARIZAN
BINTI
PENYATAAN MASALAH

Kedatangan kuasa Barat telah membangkitkan penentangan dalam


kalangan masyarakat tempatan. Huraikan kesan penentangan
masyarakat tempatan kepada kedaulatan negara.
OBJEKTIF KAJIAN

1. Untuk menerangkan sebab-sebab penentangan masyarakat


tempatan. (Pengetahuan)
2. Mendapatkan maklumat tentang tokoh-tokoh yang terlibat
dalam penentangan tersebut.
3. Memberikan kesedaran tentang kepentingan menjaga
kedaulatan negara.
PENGENALAN

Gerakan kebangkitan menentang kuasa Barat di negara kita merupakan kesan


cetusan rasa tidak puas hati masyarakat tempatan terhadap hak mereka yang
dinafikan oleh British. Matlamat mereka adalah untuk mengembalikan hak yang
dirampas melalui pelbagai bentuk perjuangan.
Perubahan pentadbiran yang diperkenalkan oleh kuasa Barat yang sangat berbeza
daripada system pentadbiran tradisional sedia ada telah memberikan kesan terhadap
kuasa pemerintah dan masyarakat tempatan. Kesannya, mereka bangkit dengan
nekad mengusir kuasa Barat dari tanah air
Pada permulaannya, kebangkitan tersebut menampakkan kejayaan yang
membanggakan. Namun begitu, akhirnya masyarakat tempatan terpaksa mengalah
dengan kelebihan strategi dan teknologi yang digunakan oleh kuasa Barat untuk
menewaskan kebangkitan tersebut
APAKAH SEBAB-SEBAB MASYARAKAT
MENENTANG KUASA BARAT?

Haji Abdul Rahman Limbong menentang pengenalan pentadbiran Barat di


Terengganu kerana penasihat British iaitu J.L Humphreys memperkenalkan sistem
pentadbiran dan undang-undang Inggeris bagi menggantikan sistem pentadbiran dan
undang-undang Islam yang sedia ada.
Selain itu, Haji Abdul Rahman Limbong juga menolak undang-undang tanah yang
berlawanan dengan hukum syarak yang diperkenalkan oleh British. Beliau percaya
bahawa tanah itu milik tuhan dan sesiapa sahaja boleh mengusahakannya dan
memakainya.
Rakyat juga diwajibkan untuk mengambil pas untuk menebang kayu, membuka
tanah dan mengambil hasil hutan. Mereka juga perlu mengambil lesen untuk
memburu binatang buas.
BAGAIMANAKAH CARA PENENTANGAN
TERHADAP KUASA BARAT DILAKUKAN?

1. Penentangan secara diplomasi. Beliau mengambil sikap enggan mematuhi


undang-undang yang telah ditetapkan oleh British.
2. Penentangan secara kekuatan. Haji Abdul Rahman Limbong mengisytiharkan
perang jihad. Walaupun beliau tidak terlibat dalam mana-mana siri
pemberontakan secara fizikal, tetapi beliau merupakan seorang yang sangat
berpengaruh. Dengan semangat beliau, Haji Abdul Rahman Limbong dapat
mempengaruhi penduduk tempatan dalam menentang British.
MENGAPAKAH KEDATANGAN KUASA BARAT
DAPAT MENGGUGAT KEDAULATAN NEGARA KITA?
RUMUSAN

Sebagai penghias bicara akhir,dapat ditegaskan di sini bahawa tokoh tempatan negeri
Terengganu, Haji Abdul Rahman Limbong telah berusaha untuk menentang pihak British
yang datang ke negeri ini seperti beliau menjadi penggerak utama dalam siri penentangan
pada tahun 1922,tahun 1925 dan tahun 1928.Penentangan Haji Abdul Rahman Limbong
bersama-sama rakyat Terengganu yang menentang peraturan baharu yang telah diperkenalkan
telah mengugat pendudukan pihak British.Daripada, sejarah penentangan Haji Abdul Rahman
Limbong dapat dilihat bahawa mengukuhkan semangat patriotik amat penting dengan berani
mempertahankan kedaulatan dan maruah bangsa dan negara daripada dipijak oleh kuasa
asing.Kisah penentangan Haji Abdul ini perlu dihidupkan semula agar sejarah
penentangannya tidak ditelan bumi pada masa akan datang dengan menyambut Hari
Pahlawan yang bertujuan untuk mengingati perjuangan beliau. Penentangannya wajarlah
dicontohi untuk sebagai kesinambungan daripada perjuangan beliau. .Akhir kalam,melalui
sejarah penentanga Haji Abdul Rahman Limbong inin masyarkat Malaysia menaruh harapan
agar negara Malaysia dihormati sebagai sebuah negara yang duduk sama rendah,berdiri sama
tinggi dengan negara manju yang lain.
SUMBER RUJUKAN

Saya telah merujuk Buku Teks Sejarah Tingkatan 3, Dr. Azharudin bin Mohamed
Dali, Ridzuan bin Hasan, Muslimin bin Fadzil, Kuala Lumpur, 2018, Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Saya juga telah melayari laman web
https://www.buletinfm.audio/koolberita-haji-abdul-rahman-limbong-menentang-briti
sh-tanpa-menggunakan-senjata-dan-kekerasan/
untuk mendapatkan maklumat mengenai Haji Abdul Rahman Limbong.

You might also like