You are on page 1of 2

Ruj Kami : PUGFP/THPB/2022/2111-1002

Ruj Tuan :
Tarikh : 5 December 2022

YBHG. TUAN MUHAMAD TERMEZE MAT NOR


Ladang Bukit Rokan,
Peti Surat 28, 73400
Gemas, N 9

YBHG. TUAN,

MEMOHON SOKONGAN UNTUK CADANGAN PENYELENGGARAAN KOLAM ANAEROBIK


SECARA PERCUMA DI KILANG PEMPROSESAN MINYAK SAWIT SYARIKAT TUAN YANG
MERUPAKAN PROGRAM “GO GREEN” PERTUBUHAN USAHAWAN GENERASI FELDA
CAWANGAN PAHANG (PUGFP)

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan PERTUBUHAN USAHAWAN GENERASI FELDA Cawangan


Pahang (PUGFP) PM-002-10-10012020 adalah sebuah organisasi badan bukan kerajaan
(NGO) yang telah ditubuhkan pada 10 haribulan Januari 2020, bertujuan membangunkan
usahawan-usahawan dari generasi Felda khasnya selaras dengan hasrat dan wawasan Dasar
Keusahawan Negara 2030 (DKN2030) yang telah dilancarkan pada 11 haribulan Julai 2019
oleh mantan Perdana Menteri ke-7, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

3. Kempen ”Go Green Feldapreneur Pahang” merupakan program kempen ke arah Bumi
Hijau yang turut disokong oleh Laman Nusantara Venture (LNV), beberapa syarikat swasta
termasuk badan badan kerajaan, pusat pengajian tinggi, sekolah menengah serta pertubuhan
NGO. Kami mengambil serius isu pencemaran alam sekitar yang berlaku diantaranya
berpunca dari pengumpulan sisa minyak, air, bahan pepejal dan bahan enapan di kolam
rawatan kumbahan sisa buangan kilang.

4. Sehubungan itu, kami memohon sokongan dan kerjasama pihak Ybhg. Tuan untuk
menjayakan kempen ”GO GREEN” Feldapreneur Pahang bagi menerima tawaran
perkhidmatan penyelenggaraan Kolam Anaerobik di kilang memproses minyak kelapa sawit
milik Felda secara percuma. Usaha yang diterajui syarikat yang berpengalaman dalam bidang
penyelenggaraan akan memastikan kerja yang dilakukan menepati prosedur operasi
standard.

Level 23 NU Tower 2, Jalan Tun Sambanthan, KL Sentral 50470 Kuala Lumpur.


5. Bersama ini kami sertakan lampiran untuk rujukan Ybhg. Tuan seperti berikut:

5.1 Kertas cadangan tawaran perkhidmatan penyelenggaraan Kolam Anaerobik


di kilang memproses minyak kelapa sawit milik Felda secara percuma.
5.2 Profile syarikat peneraju dan yang terlibat.
5.3 Skop kerja penyelenggaraan.

Semoga perhatian dari pihak Ybhg. Tuan akan menjadi pemangkin bagi mencapai Misi dan
Visi PUGFP bagi merealisasikan Dasar Keusahawanan Negara 2030 (DKN2030) selari
dengan halatuju PUGF.

Sekian terima kasih.

"PUGFP Ke Arah Pasaran Global Bersama MATRADE 2023"


"Wawasan Jutawan PUGFP 2030"
”Kempen Ke Arah Kesejahteraan Alam Semulajadi.”

PERTUBUHAN USAHAWAN GENERASI FELDA


CAWANGAN PAHANG (PUGFP)

JERMI @SOHAIMEE BIN MUSTAFFA


Penasihat

Salinan i) YM Dato’ Paduka Setia Tengku Kamarulzaman Bin Tengku Ahmad


- PENAUNG, Laman Nusantara Venture (LNV) dan PUGFP.
ii) YH Dato’ Mohd Hafidz Bin Hussin
- PENGARAH KEWANGAN, LNV
- Bendahari Kehormat, PUGFP.

You might also like