You are on page 1of 22

PUSAT BAHASA DAN PEMBANGUNAN AKADEMIK PRA-UNIVERSITI

DIVISYEN BAHASA MELAYU


SEMESTER 1, 2018/2019

FORMAT MINIT MESYUARAT


Bil.
Minit Mesyuarat Bulanan Minit Mesyuarat Program

1. Butiran Mesyuarat Butiran Mesyuarat

Huraian Huraian
Butiran mesyuarat seperti yang berikut: Butiran mesyuarat seperti yang berikut:
 Nama organisasi  Nama organisasi
 Nama mesyuarat  Nama program
 Bilangan mesyuarat  Bilangan mesyuarat
 Tarikh/Hari  Tarikh/Hari
 Masa  Masa
 Tempat  Tempat

Contoh Contoh
Divisyen Bahasa Melayu Divisyen Bahasa Melayu
Minit Mesyuarat Kali Pertama Program Bakawali
Semester 1, 2018/2019 Minit Mesyuarat Kali Pertama

Tarikh/Hari : 12 Oktober 2018 (Jumaat) Tarikh/Hari : 12 Oktober 2018 (Jumaat)


Masa : 10.00 pagi Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Ketua Divisyen Tempat : Bilik Mesyuarat Ketua Divisyen
2. Kehadiran Kehadiran

Huraian Huraian
Hadir Hadir
 Panggilan hormat: Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan Haji/ Puan  Panggilan hormat: Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan Haji/ Puan
Hajah/Encik/Puan. Hajah/Encik/Puan.
 Nama penuh ahli mesyuarat berserta perkataan ‘bin’ dan  Nama penuh ahli mesyuarat berserta perkataan ‘bin’ dan
‘binti’. ‘binti’.
 Jawatan pengerusi dan setiausaha/pencatat sahaja.  Jawatan semua ahli mesyuarat.
 Pengiraan jumlah kehadiran dari Januari hingga Disember
pada setiap tahun (pilihan). Turut Hadir
 Pemerhati/penasihat/penaja/pegawai jemputan bukan dalam
Turut Hadir kalangan ahli jawatankuasa.
 Pemerhati/penasihat/pegawai jemputan bukan dalam
kalangan ahli jawatankuasa. Tidak Hadir
 Nama penuh ahli mesyuarat berserta perkataan ‘bin’ dan
Tidak Hadir ‘binti’.
 Nama penuh ahli mesyuarat berserta perkataan ‘bin’ dan  Jawatan ahli mesyuarat.
‘binti’.  Sebab ketidakhadiran.
 Sebab ketidakhadiran.

Contoh Contoh

Kehadiran: Kehadiran:
Hadir: Hadir:

1. Puan Nurma binti Abd. Karim - Pengerusi 5/5 1. Puan Siti Baidura binti Kasiran - Pengarah
2. Encik Zahriman bin Kamarol Zaman 5/5 2. Puan Nik Noor Asiah binti Nik Mustafa - Setiausaha
3. Puan M Mascitah binti Mansor 5/5 3. Puan Roslimna binti Mohmmed Saad - Bendahari
4. Tuan Haji Bakri bin Omar 5/5 4. Puan Shahrazaad binti Haji Muzir - Penyelaras Program
5. Encik Razman bin Mohamad - Pencatat 5/5 5. Puan Hajah Faridah Kassim - Ketua Biro Hiasan Pentas

Turut Hadir: Turut Hadir:

1. Penolong Prof. Dr. Faridah binti Malik – 1/1 1. Penolong Prof. Dr. Fekri bin Zainal Abidin Hassan –
Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, CELPAD
CELPAD

Tidak Hadir: Tidak Hadir:

1. Puan Hasmawani binti Muhamad – Cuti bersalin 4/5 1. Puan Hasmawani binti Muhamad – Ketua Promosi dan
Publisiti (Cuti bersalin)

3. Agenda Agenda

Huraian Huraian
 Perkara atau isu yang dibincangkan semasa mesyuarat  Perkara atau isu yang dibincangkan semasa mesyuarat
 Dinomborkan.  Dinomborkan.
 Ditulis dengan huruf besar dan ditebalkan.  Ditulis dengan huruf besar dan ditebalkan.
 Agenda mesyuarat kali kedua adalah seperti yang berikut:  Agenda mesyuarat kali kedua adalah seperti yang berikut:

1.0 UCAPAN PENGERUSI 1.0 UCAPAN PENGERUSI


2.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN 2.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN
MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA
3.0 PERKARABERBANGKIT 3.0 PERKARA BERBANGKIT
4.0 PERKARA BAHARU 4.0 PERKARA BAHARU
5.0 HAL-HAL LAIN 5.0 HAL-HAL LAIN
6.0 UCAPAN PENANGGUHAN 6.0 UCAPAN PENANGGUHAN
Mesyuarat pascanilai agenda adalah seperti yang berikut:

1.0 UCAPAN PENGERUSI


2.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN
MINIT MESYUARAT KALI …
3.0 PEMBENTANGAN LAPORAN SETIAP
JAWATANKUASA/BIRO
4.0 UCAPAN PENUTUPAN

4. Ucapan Pengerusi
Ucapan Pengerusi
Huraian
 Dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah (pilihan). Huraian
 Mengalu-alukan kehadiran semua ahli mesyuarat.  Dimulakan dengan bacaan surahal-Fatihah (pilihan).
 Mengucapkan tahniah, peringatan, makluman (jika ada).  Mengalu-alukan kehadiran semua ahli mesyuarat.
 Tindakan:  Mengucapkan tahniah, peringatan, makluman (jika ada).
 Ditulis ‘Makluman’, ‘Semua Pengajar’, nama  Tindakan:
jawatan seperti ‘Biro Penajaan’ atau nama ahli  Ditulis ‘Makluman’ atau nama jawatan seperti
(tanpa perkataan ‘bin’ atau ‘binti’) seperti ‘Encik ‘Biro Penajaan’.
Zahriman’.  Ditulis ‘Biro yang Berkenaan’ jika melebihi tiga
 Ditulis ‘Pengajar yang Berkenaan’ atau ‘Biro biro.
yang Berkenaan’ jika pengajar atau biro yang
terlibat melebihi tiga orang/biro.
Contoh
Contoh
1.0 UCAPAN PENGERUSI
1.0 UCAPAN PENGERUSI
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan UmmulKitab/
al-Fatihah. 1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan UmmulKitab/
al-Fatihah.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih ataskehadiran
semua ahli mesyuarat. 1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih ataskehadiran
semua ahli mesyuarat.
1.3 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran pengajar
baharu, Puan Nurul Fatehah binti Jeffry, yang baru 1.3 Pengerusi meminta agar semua biro lebih proaktif
sahaja melapor diri pada 7 Oktober 2018. dan komited untuk memastikan kelancaran program.

Tindakan: Makluman Tindakan: Semua Biro

5. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat yang Lalu. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat yang Lalu.

Huraian Huraian
 Minit mesyuarat dibentangkan dan disahkan ‘tanpa  Minit mesyuarat dibentangkan dan disahkan ‘tanpa
pindaan’ atau ‘dengan pindaan’. pindaan’ atau ‘dengan pindaan’.
 Dinomborkan seperti 2.0, 2.1, 2.1.1, 2.1.2 dan  Dinomborkan seperti 2.0, 2.1, 2.1.1, 2.1.2 dan seterusnya.
seterusnya.  Nyatakan Perkara seperti 3.2.1, disusuli pindaan.
 Nyatakan Perkara seperti 3.2.1, disusuli pindaan.  Pindaan dilakukan apabila terdapat kesalahan fakta atau
 Pindaan dilakukan apabila terdapat kesalahan fakta atau ejaan sahaja.
ejaan sahaja.  Fakta atau ejaan yang dipinda ditulis dengan pengikat kata
 Fakta atau ejaan yang dipinda ditulis dengan pengikat atau italik.
kata atau italik.  Nyatakan nama pencadang dan penyokong.
 Nyatakan nama pencadang dan penyokong.

Contoh
Contoh
2.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT
2.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA
MESYUARAT KALI PERTAMA SEMESTER 1,
2018/2019 2.1 Minit Mesyuarat Kali Pertama dibentangkan dan
disahkan tanpa pindaan.

2.1 Minit Mesyuarat Kali Pertama Semester 1, Pencadang : Puan Siti Zafira binti Zainal Abidin
2018/2019 dibentangkan dan disahkan dengan Penyokong : Puan Nurul Husni binti Zawawil
pindaan yang berikut: Anwar

2.1.1 Perkara 3.3.2: Ejaan ‘tandatagan’ dipinda


kepada ‘tandatangan’.

2.1.2 Perkara 3.4 dan 3.4.1: …Pesta Gamelan


Sedunia…dipinda kepada …Festival
Gamelan Antarabangsa…

Pencadang : Encik Mohd.Senu bin


Awang
Penyokong : Puan Fuziah binti Rosman
6. Perkara Berbangkit Perkara Berbangkit

Huraian Huraian
 Frasa ‘Perkara Berbangkit’ digunakantidak kira merujuk  Frasa ‘Perkara Berbangkit’ digunakantidak kira merujuk
satu atau lebih perkara yang ditimbulkan/dibangkitkan. satu atau lebih perkara yang ditimbulkan/dibangkitkan.
 Dinomborkan seperti 3.0, 3.1, 3.1.1, 3.2, 3.2.1, 3.2.2 dan  Dinomborkan seperti 3.0, 3.1, 3.1.1, 3.2, 3.2.1, 3.2.2 dan
seterusnya. seterusnya.
 Nyatakan perkara seperti 3.0, disusuli subperkara seperti  Nyatakan perkara seperti 3.0, disusuli subperkara seperti
3.1 dan 3.1.1 bagi huraian subperkara. 3.1 dan 3.1.1 bagi huraian subperkara.
 Nyatakan tindakan bagi individu/biroyang berkenaan di  Nyatakan tindakan bagi biro yang berkenaan di bahagian
bahagian kanan di bawah huraian subperkara. kanan di bawah huraian subperkara.

Contoh Contoh

3.0 PERKARA BERBANGKIT 3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Audit ISO 9001:2015 3.1 Bengkel Bahasa Inggeris

3.1.1Pengerusi memaklumkan bahawa pihakaudit 3.1.1 Pengerusi mencadangkan agar Bengkel


dalaman ISO pada kali ini telah mengenal Bahasa Inggeris Tahap I dan Tahap II
pasti tiga Opportunity forImprovement(OFI) diadakan pada Semester 1, 2017/2018.
dan tiada Non-Conformance Report(NCR).
3.1.2 Tuan Haji Bakri memaklumkan bahawa
3.1.2Pengerusi turut memaklumkan bahawa fail penceramah hanya memfokuskan aspek
kursus Puan Roslimna dan Encik Razman komunikasi dalam kelas tersebut.
telah dipilih untuk disemak dalam audit
dalaman tersebut. 3.1.3 Pengerusi menjelaskan bahawa
penceramah jemputan dari UIAM tidak
Tindakan: Puan Roslimna dan akan diberikan honorarium namun
Encik Razman sekiranya perlu, pengajar akan
mengumpul dana sendiri untuk diberikan
kepada penceramah jemputan.
Tindakan: Biro Pembangunan Staf
7. Perkara Baharu Perkara Baharu

Huraian Huraian
 Frasa ‘Perkara Baharu’ digunakantidak kira merujuk satu  Frasa ‘Perkara Baharu’ digunakantidak kira merujuk satu
atau lebih perkara yang ditimbulkan (rujukan DBP). atau lebih perkara yang ditimbulkan (rujukan DBP).
 Dinomborkan seperti 4.0, 4.1, 4.1.1, 4.2, 4.2.1, 4.2.2 dan  Dinomborkan seperti 4.0, 4.1, 4.1.1, 4.2, 4.2.1, 4.2.2 dan
seterusnya. seterusnya.
 Nyatakan perkara seperti 4.0, disusuli subperkara seperti  Nyatakan perkara seperti 4.0, disusuli subperkara seperti
4.1 dan 4.1.1 bagi huraian subperkara. 4.1 dan 4.1.1 bagi huraian subperkara.
 Nyatakan tindakan bagi individu/biro yang berkenaan di  Nyatakan tindakan bagi individu/biro yang berkenaan di
bahagian kanan di bawah huraian subperkara. bahagian kanan bawah huraian subperkara.

Contoh Contoh

4.0 PERKARA BAHARU 4.0 PERKARA BAHARU

4.1 Blended Learning di iTa’LeEM 4.1 Kem IbadahCELPAD 2018

4.1.1 Pengerusi memaklumkan bahawa 4.1.1 Mesyuarat dimaklumkanbahawaDBM akan


setiap pengajar diharuskan untuk mempengerusikan Kem Ibadah 2018 pada
melengkapkan IIUM Blended Learning Semester 3, 2017/2018 yang bakal
iTa’LeEM diadakanpada6 sehingga 7 Jun 2018. Tema
Tindakan: Makluman Kem Ibadah pada kali ini berdasarkan Modul
Enam, iaitu, Islamic Civilazation:Saviour of
4.2 Peperiksaan Akhir Semester 2, 2017/2018 Mankindyang mengandungi dua siri kuliah dan
tiga siri tazkirah.
4.2.1Encik Zahriman memaklumkan perkara-
perkara penting berkaitan 4.1.2Pengerusi memintapengajar mencadangkannama
denganpengawasan peperiksaan Akhir penceramahyangsesuai bagi menyampaikan
Semester 2, 2017/2018. ucapanmengenai kod etika berpakaian
memandangkanterdapatpengajar bukan Islam di
4.2.2Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan CELPAD.
MesyuaratPengesahanMarkahPeperiksaan
Akhir bagi Semester 2, 2017/2018 pada Tindakan: Semua pengajar
12 Jun 2018.
4.2 Program Pemantapan Bahasa 2018
Tindakan: Semua
pengajar 4.2.1Mesyuarat dimaklumkan bahawabaki wang
Program PemantapanBahasaberjumlah
RM1,456.25.

Tindakan: Makluman

8. Hal-hal Lain Hal-hal Lain

Huraian Huraian
 Frasa ‘Hal-hal Lain’ digunakantidak kira merujuk satu  Frasa ‘Hal-hal Lain’ digunakantidak kira merujuk satu atau
atau lebih perkara yang ditimbulkan. lebih perkara yang ditimbulkan.
 Dinomborkan seperti 5.0, 5.1, 5.2, 5.3, dan seterusnya.  Dinomborkan seperti 5.0, 5.1, 5.2, 5.3, dan seterusnya.
 Nyatakan Perkara seperti 5.0disusuli huraian.  Nyatakan Perkara seperti 5.0disusuli huraian.
 Nyatakan tindakan bagi individu/biro yang berkenaan di  Nyatakan tindakan bagi individu/biro yang berkenaan di
bahagian kanan di bawah huraian. bahagian kanan di bawah huraian.

Contoh Contoh

5.0 HAL-HAL LAIN 5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Puan Roslimna memaklumkan bahawa jamuan 5.1 Puan Hajah Faridahselaku Penyelaras Program
Hari Raya Aidilfitri peringkat divisyen akan Pemantapan Bahasa, Divisyen Bahasa Melayu
diadakan pada 7 Julai 2017 di bilik persidangan al- merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah
Khalil pada pukul 10.00 pagi. kepada ahli jawatankuasa yang menjayakan
penganjuran Program Pemantapan Bahasa
5.2 Pengerusi memaklumkan bahawa Mesyuarat Semester 2, 2017/2018.
Kali Pertama pada Semester 3, 2017/2018 akan Tindakan: Makluman
menggunakan telesidang dengan pengajar-
pengajar DBM di Kuantan.
Tindakan: Makluman 5.2 Puan Shahrazaad mencadangkan agar semua
semua aktiviti pada hari Program Pemantapan
Bahasa dan aktiviti-aktiviti lain anjuran DBM
dimuat naik dalam pautan media sosial CELPAD.

Tindakan: Makluman

9. Penutup Penutup

6.0 UCAPAN PENANGGUHAN 6.0 UCAPAN PENANGGUHAN

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas 6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas
kerjasama semuaahli mesyuarat. kerjasama semuaahli mesyuarat.

6.2 Pengerusi memaklumkan bahawa mesyuarat 6.2 Ahli jawatankuasa diminta hadir awal iaitu
seterusnya akan diadakanpada 30 Oktober 2018 sebelum pukul 8.00 pagi pada hari program
pada masa dan tempat yang akan dimaklumkan berlangsung.
kemudian. 6.3
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 tengah
6.3 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 tengah hari dengan bacaan Tasbih Kaffarah dan Surah al-
hari dengan bacaan Tasbih Kaffarah dan Surah al- Asr.
Asr.
LARAS BAHASA MINIT MESYUARAT

Bil. Perkara Keterangan

1. Penggunaan bahasa Bahasa yang ringkas, tepat dan tidak mengurangkan makna sebenar.

Contoh:

3.5 Bahagian Terjemahan Soalan Peperiksaan Akhir

3.5.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik


memintaagar pihak Divisyen Bahasa Melayu (DBM) menyertakan teks asal bagi
soalan bahagian terjemahan untuk soalan peperiksaan akhir.

Tindakan: Pengajar terlibat

2. Penggunaaan ayat berlapis Penggabungan melalui kata hubung ‘yang’ dan ‘bahawa’

Contoh:

4.4 Pengambilan Pengajar Baharu

4.4.1 Mesyuaratdimaklumkanbahawatiada peruntukan oleh pihak pengurusan UIAM


bagi pengambilan pengajar baharu.
Tindakan: Makluman

3. Bahasa mestilah sesuai dan tidak Contoh:


mengaibkan
Pengerusi meluahkan rasa marah kerana Jawatankuasa Teknikal tidak menjalankan tugas yang
diberikan sehingga sewaan untuk alatan siar raya masih belum dilakukan.

Sewajarnya:

Pengerusi meminta supaya Jawatankuasa Teknikal membuat tempahan alatan siar raya lebih
awalbagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.

4. Selaraskan penggunaan bagi


‘Kehadiran’:

- Yang Hadir Kehadiran:


- Yang Tidak Hadir
- Yang Turut Hadir/ Yang Hadir - Hadir
- Tidak Hadir
Bersama-sama
- Turut Hadir
atau

- Hadir,
- Tidak Hadir
- Turut Hadir/ Hadir Bersama-sama

5. Cadangan dan Sokongan Pencadang : Puan Roslimna binti Mohmed Saad


Penyokong : Puan M Mascitah binti Mansor

6. Penulisan nama pengajar - Nama penuh dalam senarai kehadiran sahaja berserta bin/binti
- Dalam perkara, subperkara dan tindakan hanya menulis nama pengajar sahaja

7. Penulisan singkatan – bagi yang Pusat Bahasa dan Pembangunan Akademik Pra-Universiti (CELPAD)
pertama kali, wajar ditulis
sepenuhnya.
8. Hendaklah memilih padanan bahasa CILLC - Pusat Pembelajaran Bahasa dan Kendiri CELPAD
Melayu bagi penulisan singkatan
kali pertama sekiranya ada.
9. Ungkapan pemakluman - Mesyuarat dimaklumkan…
- Mesyuarat mengambil maklum bahawa…
- Pengerusi memaklumkan bahawa…
- Bendahari membentangkan/melaporkan…

10. Ungkapan persetujuan - Mesyuarat bersetuju…


- Mesyuarat memutuskan…
Ketua Biro Makanan mengusulkan agar cadangan… diterima.

11. Ungkapan bantahan: - Mesyuarat bersetuju untuk menolak…


- Mesyuarat bersetuju untuk tidak bersetuju dengan…
-
12. Ungkapan lain yang sering - Mengusulkan
digunakan - Membahaskan
- Mencadangkan
- Mengesyorkan
- Menggesa
- Mengingatkan

Ketetapan Bengkel: Penggunaan kata aktif digalakkan

13. Ungkapan penutup Mesyuarat kali pertama dan seterusnya:


Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.59 tengah hari dengan bacaan Tasbih Kaffarah dan surah
al-Asr.

Mesyuarat Pascanilai:

Mesyuarat ditamatkan pada pukul 2.00 petang dengan bacaan Tasbih Kaffarah dan surah al-Asr.

14. Bahagian tindakan: - Nyatakan nama jawatan (jika ada)


Ditulis pada bahagian kanan di - Nyatakan nama tanpa perkataan ‘bin’ atau ‘binti’ (nama individu)
bawah subperkara. - Bilangan maksimum nama ahli mesyuarat pada bahagian Tindakan ialah sebanyak
tiga orang sahaja.

Contoh:
Mesyuarat Bulanan

Tindakan: Puan Roslimna, Encik Muqit,


dan Puan Nurul Husni

- Jika lebih daripada tiga orang pengajar, gunakan ungkapan seperti Pengajar
berkenaan, Biro berkenaan.

Contoh:
Mesyuarat Program Pemantapan Bahasa

Tindakan: Pengajar berkenaan

15. Setiap perkara/perenggan hanya 5.0 HAL-HAL LAIN


mengandungi satu idea.
5.1 Puan Nik Noor Asiah memaklumkanbahawa beliau akan mengemas kini jadual
pengajar. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Beliau turut
memaklumkan bahawa setiap pengajar akan bertugas sebanyak dua kali semasa
minggu pendaftaran secara manual. Pengajar dibenarkan untuk menukar masa
bertugas mengikut budi bicara pengajar masing-masing. Jadual bertugas pendaftaran
kursus akan ditampal di papan notis untuk rujukan pengajar.

Tindakan: Makluman
Sewajarnya:

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Puan Nik Noor Asiah memaklumkan bahawa beliau akan mengemas kini jadual pengajar.
Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

5.2 Mesyuarat dimaklumkan bahawa setiap pengajar akan bertugas sebanyak dua kali semasa
sesi pendaftaran secara manual. Pengajar dibenarkan untuk menukar masa bertugas
mengikut budi bicara pengajar masing-masing. Jadual bertugas pendaftaran kursus akan
ditampal di papan notis untuk rujukan pengajar.

PENGGUNAAN LARAS BAHASA MINIT MESYUARAT MENGIKUT FORMAT

1. 1.0 UCAPAN ALU-ALUAN


PENGERUSI 1.0 UCAPAN PENGERUSI

2. 2.0 PEMBENTANGAN DAN


PENGESAHAN MINIT 2.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT
MESYUARAT LALU MESYUARAT KALI KEDUA

atau

2.0 PEMBENTANGAN DAN


PENGESAHAN MINIT
MESYUARAT KALI
KEDUA

3. 2.0 PERKARA-PERKARA 3.0 PERKARA BERBANGKIT


BERBANGKIT
(Perkara daripada mesyuarat 3.1 Lawatan ke Langkawi
lalu yang memerlukan tindakan
susulan) 3.1.1 Pengerusi memaklumkan bahawa…

4. 4.0 PERKARA-PERKARA 4.0 PERKARA BAHARU


BAHARU
4.1 Perasmi

4.1.1 Pengerusi memaklumkan bahawa…

4.2 Penyediaan Tempat

4.2.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa…

4.3 Promosi Program

4.3.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa…

4.4 Persembahan Kebudayaan

4.4.1 Mesyuarat mengambil maklum dengan …

4.5 Atur Cara Penuh Persidangan


4.5.1 Mesyuarat bersetuju bahawa…

4.6 Penginapan Tetamu

4.6.1 Mesyuarat telah mengambil maklum dan


bersetuju dengan …

4.7 Peralatan Siar Raya

4.7.1 Mesyuarat memutuskan bahawa …

4.8 Pakaian Penyambut Tetamu

4.8.1 Mesyuarat mencadangkan agar …

4.9 Penajaan Buku Program

4.9.1 Mesyuarat mengesyorkan agar …

5. 5.0 HAL-HAL LAIN 5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Mesyuarat memutuskanuntuk meraikan majlis perpisahan Prof. Madya Dr.


Ainon Jariah Muhamad di Hotel Le Meriden, KL Sentral.

5.2 Mesyuarat memutuskan bahawa yuran kebajikan kelab telah dinaikkan kepada
RM50.00 bagi setiap semester.
Tindakan: Makluman

5.3 Mesyuarat mengambil maklum akan ceramah keagamaan yang akan diadakan…

Tindakan: Semua Pengajar


6. 6.0 UCAPAN PENANGGUHAN 6.0 UCAPAN PENANGGUHAN (mesyuarat kali pertama
dan seterusnya).

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua atas kerjasama yang diberikan.

atau 6.2 Pengerusi memaklumkan bahawa mesyuarat seterusnya akan diadakan dalam masa
terdekat / pada 30 Oktober 2018 (Jumaat).

6.3 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengah hari dengan bacaan Tasbih Kaffarah
dan Surah al-Asr.

6.0 UCAPAN PENUTUP 6.0 UCAPAN PENUTUPAN (mesyuarat pascanilai)

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas


kerjasama yang diberi.

6.2 Pengerusi berharap agar Program Bulan Bahasa anjuran Divisyen Bahasa Melayu akan
menjadi program tahunan.

6.3 Mesyuarat ditamatkan pada pukul 12.00 tengah hari dengan bacaan Tasbih Kaffarah
dan
Surah al-Asr.
KESALAHAN BAHASA DALAM PENULISAN MINIT MESYUARAT

Kesalahan Pembetulan

1. sekaligus‘
sekali gus
2. mengemaskini mengemas kini

3. ... akan mula diajar(kepada semua pelajar) mulai semester ... akan ditawarkan mulai semester depan
depan

4. Perlantikan Biro Baharu Pelantikan Biro

5. menge-melkan soalan peperiksaan meng-e-melkan soalan peperiksaan

6. Permurnian Pemurnian

7. pengajar boleh mengajar pengajar dibenarkan mengajar...

8, memikirkan konsep mencadangkan konsep

9. Penilaian Baru Semua Kursus Penilaian Baharu Semua Kursus

10. Kaunter Pendaftaran Pendaftaran Secara Manual


11. Kalender Akademik Kalendar Akademik

12. …tidak mendedahkan butiran berkaitan soalan peperiksaan …tidak mendedahkan butiran berkaitan dengan soalan peperiksaan
akhir kepada pelajar akhir kepada pelajar

13. Semua jadual waktu pengajar Jadual waktu setiap pengajar

SINGKATAN DALAM PENULISAN MINIT MESYUARAT


Perkara Keterangan

1. DBM Divisyen Bahasa Melayu

2. CELPAD Pusat Bahasa dan Pembangunan Akademik Pra-Universiti

3. OFI Opportunity for Improvement

4. NCR Non-Conformance Report

5. CTL Centre for Teaching and Learning

6. AKEPT Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi

7. AMAD Admission and Management Division (AMAD) atau Divisyen Kemasukan dan Pengurusan
Akademik

8. IPGKBM Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


9. MSD Management Services Division

10. KLM Kulliyyah Bahasa dan Pengurusan

11. TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Asia

12. HE Hubungan Etnik

13. CTL Centre of Teaching and Learning

14. MOHE Kementerian Pendidikan Tinggi

15. KPI Key Performance Indicator

15. KII Key Ihsan Indicator

17. TEMU Testing and Measurement Unit/ Unit Pengujian dan Pengukuran

18. SKBMW Ujian Sijil Kecekapan Bahasa Melayu untuk Warga Asing

19. CAM Markah Terkumpul

20. LEP Program Pemantapan Bahasa

21. CILLS Pusat Pembelajaran Bahasa dan Kendiri

22. SFS Maklum Balas Pelajar

23, APAR Laporan Tahunan Penilaian Prestasi

24. DAC Dean’s Advisor Council


25. PA Pembantu Am

26. ISO International Standards Organization

Padanan Terjemahan

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

1. Scholarship & Study Leave Jawatankuasa Biasiswa & Cuti Belajar


Committee
2. Log in/ Log out Daftar Masuk/ Daftar Keluar

3. Time Based Promotion Kenaikan Gred Berdasarkan Tempoh

4. Merit Based Promotion Kenaikan Gred Berdasarkan Kecemerlangan

5. Basic Teaching Methodolgy Course Kursus Asas Kaedah Pengajaran

6. Management Services Division Bahagian Perkhidmatan Pengurusan

7. Spot Check Pemeriksaan Mengejut

8. Golden Hand Shake Ganti Cuti Rehat

9. Carry Forward Cuti Bawa ke Hadapan

10. Warning letter Surat amaran

11. Barring letter Surat sekatan

You might also like