You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS JALAN PEEL

55100 KUALA LUMPUR

BICARA ILMU AKADEMIK BIL 4/2016

Fokus : Peningkatan Pencapaian UPSR 2016


Tarikh : 19 Julai 2016 ( Selasa)
Tempat : Pusat Sumber Sekolah
Masa : 8.00 a.m.- 9.45a.m.

Kehadiran :
1. En. Misrosman Bin Ponio : Pengerusi
2. Pn. Lee Seng Keat : Guru Matematik/ Penyelaras Kecemerlangan Akademik
3. Pn. Jurina bt. Abdul Manaf : Guru Bahasa Melayu
4. Cik Shamila Nair a/p Chandran : Guru Bahasa Inggeris
5. En. Mohd Redzuan b. Bajri : Guru Sains

Turut Hadir:
6. Pn. Azizah bt. Talib : Setiausaha Peperiksaan

Perkara:

1. Kelas Nadi
Murid tahun 5 akan dikeluarkan dari Kelas Nadi dan dimasukkan ke Kelas Permata supaya guru
dapat memberi penumpuan yang lebih kepada murid yang akan mengambil UPSR pada tahun
ini.
2. Bimbingan Rakan
Program Bimbingan Rakan akan berhenti. Murid Fong Yat San akan kekal di kelas 5P supaya
dia dapat mengikuti pembelajaran dalam kelasnya untuk persediaan peperiksaan akhir tahun.
3. Akhbar Dalam Kelas (ADK)
Guru digalakkan untuk menggunakan akhbar Didik dalam memberi latih tubi kepada murid
kerana latihan dalam akbar Didik didapati membantu murid untuk menjawab soalan UPSR.
4. Program Xtra-Skill
Program Xtra-Skill akan dilaksanakan mulai 25/7/2016 sehingga peperiksaan UPSR 2016.
Program ini bertujuan untuk memberi latihan tambahan secara intensif di dalam kelas. Program
ini hanya melibatkan subjek peperiksaan UPSR sahaja. Jadual pelaksanaan akan dikeluarkan.
Taklimat ringkas mengenai pelaksanaan program ini akan diadakan pada 21/7/2016 (Khamis)
kepada semua guru.
5. Latih tubi
Latih tubi akan diberi secara berterusan dalam 2 bulan ini sebelum UPSR. Murid akan dilatih
untuk mengenal kata kunci dan teknik untuk menjawab soalan UPSR.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

……………………………………… ………………………………
(PN LEE SENG KEAT) (EN MISROSMAN BIN PONIO)
Penyelaras Kecemerlangan Akademik, PK Tadbir & Kurikulum
SKPK Jalan Peel. SKPK Jalan Peel.

1
Tarikh :……………………..

You might also like