You are on page 1of 6

LAMPIRAN

GARIS PANDUAN UNTUK MEMPERKUKUHKAN BILIK


PENYIMPANAN DOKUMEN DAN ASET JABATAN
(BILIK KESELAMATAN)

PENDAHULUAN

1. Garis panduan ini disediakan sebagai panduan kepada Kementerian/ Jabatan/


Agensi Kerajaan yang ingin memperkukuhkan sebuah bilik/ ruang yang akan
digunakan untuk menyimpan atau menempatkan dokumen terperingkat dan aset
Kerajaan yang perlu diberi perlindungan keselamatan. Bilik ini boleh dirujuk sebagai
‘Bilik Keselamatan’.

2. Sebaik-baiknya, sesebuah bilik keselamatan hendaklah dibina menggunakan


bahan-bahan yang teguh seperti konkrit bertetulang atau bata yang diperkuatkan
dengan lapisan kepingan besi. Namun begitu, terdapat situasi - situasi atau kekangan-
kekangan tertentu di pihak Kementerian/ Jabatan/ Agensi Kerajaan yang tidak
membolehkan pembinaan bilik keselamatan menggunakan bahan-bahan tersebut.

3. Justeru, satu alternatif diperlukan supaya bilik keselamatan mempunyai ciri-ciri


keselamatan minimum seperti kalis api (fireproof) dan daya tahan kepada serangan
fizikal (forcible attack) sejajar dengan prinsip 4D (deter, delay, detect, deploy)
menepati keperluan keselamatan fizikal.

4. Pemilihan lokasi

4.1. Bilik Keselamatan hendaklah mematuhi kriteria seperti berikut:-

4.1.1. Jauh dari sumber air (seperti tangki air, tangki suction, saluran air
hujan , pantry dsb);
4.1.2. Boleh menampung jangkauan keperluan masa hadapan.

4.2. Pusat maklumat/ Pusat Data

4.2.1. Tidak berhampiran dengan bilik generator, kantin, pemanas air;


dan lain-lain ancaman dalaman.
4.2.2. Tidak berhampiran dengan Lapangan Terbang;
4.2.3. Tidak berhampiran dengan Stesen Penjana Elektrik (TNB);
4.2.4. Tidak berhampiran dengan Pusat Pemproses Minyak;
4.2.5. Tidak berhampiran dengan kawasan rusuhan;
4.2.6. Tidak berada di kawasan banjir;
4.2.7. Jauh dari tempat letak kereta;
4.2.8. Jauh dari tangki dan pam air;
4.2.9. Jauh dari laluan dan kawasan awam.
4.2.10. Keupayaan bangunan menampung keperluan ICT pada masa
hadapan;
4.2.11. Tidak boleh dilihat dari luar bangunan;

Untuk kegunaan Bahagian Program Kesihatan Pergigian KKM sahaja


Disember 2022
4.2.12. Tidak perlu ada papan tanda di lokasi;
4.2.13. Hendaklah berada dipertengahan tingkat sesebuah bangunan;
dan
4.2.14. Pembinaannya hendaklah mengambil kira kebarangkalian
kemusnahan akibat kebakaran, letupan, rusuhan dan sama ada
kemusnahan semulajadi atau manusia.

5. Skop Utama

5.1. Dinding

5.1.1. Dinding bilik keselamatan hendaklah diperbuat daripada bahan


yang teguh dan tidak mudah terbakar. Dinding bilik keselamatan
boleh dibina dari bahan - bahan berikut :-

5.1.1.1. Batang besi (iron bar) berdiameter tidak kurang 25 mm


dipaterikan (welded) kepada rangka besi (frame)
berketebalan tidak kurang 5 mm;
5.1.1.2. Jarak antara setiap batang besi hendaklah tidak lebih
dari 125 mm;
5.1.1.3. Rangka besi tersebut hendaklah ditetapkan (bolted) ke
dasar lantai hingga siling (slab to slab) dengan jarak
antara setiap bolt tidak lebih 200 mm; dan
5.1.1.4. Struktur tersebut hendaklah ditutup dengan
menggunakan Type-X (Fire Resistive) Gypsum Board
berketebalan tidak kurang 15.9 mm di sebelah luar dan
dalam seperti mana rujukan di Gambar 1;

Gambar 1 : Type-X (Fire Resistive) Gypsum Board.

Untuk kegunaan Bahagian Program Kesihatan Pergigian KKM sahaja


Disember 2022
5.2. Siling

5.2.1. Penggunaan ‘false – ceiling’ adalah tidak dibenarkan. Sekiranya


dinding tidak dapat dibina sehingga ke dasar atas (slab) siling
disebabkan oleh kewujudan peralatan sistem mekanikal
bangunan, bahagian atas bilik hendaklah dilindungi seperti
berikut: -

5.2.1.1. ‘solid welded iron mesh’ berdiameter 25 mm. Ukuran


‘mesh’ hendaklah tidak lebih 125 mm;
5.2.1.2. membuat bukaan yang boleh dikunci. Ia mungkin
diperlukan untuk membolehkan kerja - kerja
penyelenggaraan di dalam bilik keselamatan dilakukan
pada masa hadapan; dan
5.2.1.3. memastikan muncung (nozzle) sistem pemadam
kebakaran sedia ada tidak terhalang oleh struktur siling
bilik keselamatan.

5.3. Pintu Bilik Keselamatan

5.3.1. Pintu bilik keselamatan perlu dibina dengan kukuh untuk


memastikan perlindungan dari cubaan pecah masuk.
5.3.2. Pintu bilik keselamatan hendaklah dari bahan yang kukuh. Sebaik
- baiknya dari jenis ‘solid wood’/’solid wood core’ seperti mana
rujukan di Gambar 2;
5.3.3. Pintu bilik keselamatan hendaklah mempunyai ciri- ciri kalis api 1 -
2 jam;
5.3.4. Bukaan pintu hendaklah ke sebelah dalam (inward opening)
supaya engsel pintu terlindung;
5.3.5. Engsel pintu hendaklah dari jenis ‘heavy duty’; dan
5.3.6. Tiang pintu (door jamb) hendaklah dipasang dengan kukuh ke
rangka dinding.

Gambar 2: Perbezaan bahan binaan pintu keselamatan dari jenis ‘solid wood core’
dan ‘hollow wood core’.

Untuk kegunaan Bahagian Program Kesihatan Pergigian KKM sahaja


Disember 2022
Gambar 3: Pintu bilik keselamatan Gambar 4: Pintu bilik keselamatan
hendaklah mempunyai ciri- ciri kalis api. hendaklah mempunyai persijilan SIRIM
dan kelulusan dari pihak JBPM.

5.4. Kunci (Lock Set)

5.4.1. Pintu bilik keselamatan hendaklah dipasang dengan set kunci yang
berciri keselamatan. Ciri-ciri utama set kunci tersebut adalah
seperti berikut:

5.4.1.1. ‘mortice – sash lock’, tidak kurang 7 ‘lever mechanism’


atau
16 pin/ ’detainer disc/ disc-tumbler mechanism’;
5.4.1.2. Set kunci hendaklah dilengkapi ‘deadbolt’ dengan
‘deadbolt throw’ hendaklah tidak kurang 20 mm;
5.4.1.3. Set kunci hendaklah sebaik-baiknya melepasi penilaian
badan piawaian antarabangsa atau tempatan seperti UL,
European Standard, SIRIM dan sebagainya seperti mana
rujukan di Gambar 4; dan
5.4.1.4. Set kunci hendaklah mempunyai ciri – ciri ‘tamper
resistant’.

5.5. Pengudaraan

5.5.1. Pengudaraan dalam bilik keselamatan hendaklah berada dalam


keadaan baik terutamanya apabila aset yang disimpan mempunyai
keperluan khusus dari segi kelembapan dan aliran udara. Alat
mengawal suhu dan kelembapan boleh dipasang sekiranya perlu.

Untuk kegunaan Bahagian Program Kesihatan Pergigian KKM sahaja


Disember 2022
5.6. Sistem Perlindungan Kebakaran

5.6.1. Bilik keselamatan hendaklah dilengkapi dengan sistem


pencegahan kebakaran automatik. Bahan atau agen bagi sistem
yang digunakan bergantung kepada kesesuaian aset yang
disimpan dalam bilik keselamatan. Penggunaan ‘Water Sprinkler’
adalah tidak praktikal memandangkan kerana ia adalah lebih
kepada untuk melindungi struktur bangunan daripada kebakaran
dan bukan melindungi aset di dalam bangunan.
5.6.2. Antara sistem pemadam kebakaran automatik yang boleh
digunakan adalah seperti FM-200, “Argonite”, “Clean Agent” dan
“Aerosol Fire Suppression System” seperti mana rujukan Gambar
5 hingga 8; dan
5.6.3. Sistem pemadam kebakaran yang digunakan hendaklah menepati
piawaian Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, ‘National
Institute of Occupational Safety and Health’ (NIOSH) dan SIRIM.

Gambar 5 : FM-200 Gambar 6: ‘Argonite’

Gambar 7 : ‘Clean Agent’ Gambar 8 : Aerosol Fire Suppression


System

Untuk kegunaan Bahagian Program Kesihatan Pergigian KKM sahaja


Disember 2022
5.7. Pendawaian

5.7.1. Pendawaian elektrikal untuk bilik keselamatan hendaklah


dilakukan dengan betul dan selamat oleh kontraktor pendawaian
yang bertauliah. Kabel-kabel elektrik hendaklah dipasang di dalam
konduit dan tidak boleh terdedah. Papan agihan dan suis papan
agihan tidak dibenarkan berada dalam bilik keselamatan.

5.8. Ekses

5.8.1. Memastikan hanya pegawai atau orang yang dibenarkan sahaja


boleh ekses ke bilik pusat maklumat; dan
5.8.2. Kawalan akses diperlukan untuk mengelakkan dari kehilangan,
manipulasi dan kesahihan maklumat.
5.8.3. Setiap pusat maklumat hendaklah mempunyai 1 pintu utama
masuk/ keluar dan 1 pintu kecemasan sahaja;
5.8.4. Setiap pusat maklumat mestilah tidak mempunyai ekses melalui
’lift shift’, ’service hatches’ dan lain-lain ekses;
5.8.5. Perimeter dinding pusat maklumat hendaklah dibina dari paras
lantai ke paras bumbung;
5.8.6. Setiap pusat maklumat mestilah mempunyai peralatan visual dan
elektronik (Sistem Litar Tertutup – CCTV) bagi tujuan pengawasan;
5.8.7. Dilengkapi sistem penggera keselamatan;
5.8.8. Pintu kecemasan hendaklah mempunyai sistem penggera yang
sentiasa berfungsi; dan
5.8.9. Menggunakan sistem pemadam api mudah alih jenis CO2.

PENUTUP

6. Ciri-ciri keselamatan yang dinyatakan dalam garis panduan ini hanyalah


penentuan asas kepada sesebuah bilik keselamatan. Pihak Kementerian/ Jabatan/
Agensi hendaklah turut memberi perhatian kepada aspek pengurusan dan
pentadbiran bilik keselamatan secara keseluruhan (total security management) agar
penjagaan aset-aset kerajaan akan lebih terjamin.

Untuk kegunaan Bahagian Program Kesihatan Pergigian KKM sahaja


Disember 2022

You might also like