You are on page 1of 9

EPPD1033

Semester 1 Sesi 2022/2023

EPPD 1033: PRINSIP PERAKAUNAN

TUTORIAL 1: PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN & KONSEP ASAS PERAKAUNAN

BAHAGIAN A

1. Perakaunan mengandungi TIGA aktiviti asas yang melibatkan maklumat dan/atau peristiwa
ekonomi iaitu mengenalpasti, merekod dan menyampaikan maklumat dan/atau peristiwa
ekonomi sesebuah organisasi kepada pihak berkepentingan.
Merujuk kepada pernyataan di atas, bincangkan jawapan kepada persoalan berikut:
a) Mengapakah sesuatu maklumat dan/atau peristiwa ekonomi tersebut perlu
dikenalpasti terlebih dahulu sebelum direkod?
b) Mengapakah sesuatu maklumat dan/atau peristiwa ekonomi tersebut perlu direkod
terlebih dahulu sebelum disampaikan?
c) Mengapakah sesuatu maklumat dan/atau peristiwa ekonomi tersebut perlu
disampaikan kepada pihak berkepentingan?

2. Pihak berkepentingan kepada maklumat perakaunan terdiri daripada DUA kumpulan utama
iaitu pihak dalaman dan pihak luaran. Beri contoh TIGA (3) persoalan yang mungkin akan
ditanya oleh kedua-dua pihak tersebut yang memerlukan jawapan menggunakan maklumat
perakaunan.

3. Prinsip Perakaunan DiTerima Umum (PPDTU) adalah merupakan sekumpulan piawai


perakaunan yang dirujuk untuk penyediaan maklumat perakaunan. Biasanya penggunaan
PPDTU menjadi rasmi dalam sesebuah negara dengan wujudnya pihak berwajib seperti
Suruhanjaya Sekuriti yang mewajibkan syarikat tersenarai di Bursa Malaysia untuk
menggunakan piawai Malaysian Financial Reporting Standard (MFRS) yang diterbitkan oleh
Malaysian Accounting Standard Board (MASB).
Bincangkan mengapa perkara berikut dicadangkan dalam PPDTU:
a) Prinsip kos sejarah
b) Prinsip pengiktirafan hasil
c) Andaian entiti ekonomi

1
EPPD1033
Semester 1 Sesi 2022/2023

4. Bincangkan mengapa perlu ada TIGA (3) elemen utama dalam persamaan
perakaunan : ASET = LIABILITI + EKUITI

5. Nyata dan tuliskan TIGA (3) contoh urusniaga yang melibatkan sekurang-kurangnya DUA
elemen utama persamaan perakaunan di atas.

6. Isu etika dalam perakaunan adalah satu isu yang diambil serius oleh semua pihak terutama
Badan Profesional Perakaunan dan pihak Perundangan. Nyatakan mengapa penyedia
maklumat perakaunan perlu kepada individu yang beretika?

7. Berikut adalah LIMA (5) tindakan yang melibatkan isu etika dalam penyediaan maklumat
perakaunan. Nyatakan samada tindakan tersebut adalah beretika atau tidak dan mengapa
ianya dilihat sebagai beretika atau tidak.
a) Seorang Chief Financial Officer (CFO) meminta agar bil pemiutang syarikat diserahkan
terus kepada beliau untuk diuruskan tanpa perlu melalui proses semakan Jabatan
Kewangan (bahagian akaun belum bayar).
b) Seorang Pegawai Kewangan syarikat menguruskan sepenuhnya secara sendirian
proses menerima tunai dan membuatresit untuk suatu aktiviti Pengubahsuaian
Rumah pelanggan syarikat.
c) Seorang kerani kewangan menerima tunai pelanggan dan menyediakan resit
penerimaan pada setiap hari. Pada petang setiap hari sebelum pejabat ditutup,
kerani tersebut akan menyerahkan semua salinan resit untuk disemak dan tunai
untuk disimpan oleh Akauntan syarikat.
d) Seorang juruaudit menyediakan laporan audit syarikat pelanggan tanpa membuat
sebarang semakan terhadap dokumen bukti urusniaga syarikat pelanggan tersebut.
e) Seorang Pegawai Kewangan syarikat menguruskan sepenuhnya secara sendirian
semua urusan terimaan tunai dan bayaran bil syarikat tanpa sebarang semakan oleh
Pengurus. Penyata kewangan syarikat akan disediakan pada akhir setiap bulan untuk
diserah kepada Pengurus.

8. Abid Rabbani telah membuka firma perakaunannya, AR & Co, pada 1 Oktober 2021.
Urusniaga berikut telah dilibatkan dalam bulan pertama operasi:

Okt 1 Menyuntik modal berjumlah RM100,000 dalam bentuk tunai.


2 Menandatangani perjanjian sewa pejabat bagi firma untuk tempoh 5 tahun
dan membayar RM36,000 untuk sewa tahun pertama.
3 Mengaji dua orang pekerja. Mereka akan dibayar gaji sebanyak RM3,000
sebulan seorang.
4 Membeli perabot dan peralatan pada kos RM60,000. RM20,000 telah dibayar
tunai manakala bakinya akan dibayar secara ansuran.
6 Membeli bekalan pejabat bernilai RM4,000 secara kredit.
12 Menerima tunai berjumlah RM15,000 dari pelanggan untuk perkhimatan
perakaunan yang akan diberikan pada bulan hadapan.

2
EPPD1033
Semester 1 Sesi 2022/2023

23 Memberi perkhidmatan perakaunan, audit dan percukaian kepada pelanggan


bernilai RM30,000. Tunai sebanyak RM10,000 telah diterima manakala
amaun baki masih terhutang.
30 Membayar gaji pekerja untuk bulan Oktober berjumlah RM6,000.

Dikehendaki: Analisa kesan setiap urusniaga berdasarkan persamaan perakaunan.

9. Percetakan Yong Suri menjalankan perniagaan percetakan di kawasan Bandar Baru Bangi
sejak Mac 2021. Berikut merupakan baki akaun yang terdapat di dalam Imbangan Duga
pada 31 Januari 2022:

Imbangan Duga Pada 31 Januari 2022


Dt Kt
RM RM
Tunai 9,070
Akaun Belum Terima 2,450
Bekalan Pejabat 480
Peralatan Mencetak 15,000
Akaun Belum Bayar 2,080
Utiliti Belum Bayar 420
Modal – Yong Suri 24,500
27,000 27,000

Sepanjang bulan Februari 2022, urusniaga berikut telah berlaku:

Feb 3 Membayar bil utiliti bagi bulan Januari berjumlah RM420 yang telah diterima
pada 31 Januari.
4 Pemilik iaitu Datin Yong Suri memasukkan modal tambahan berbentuk tunai
RM8,000 dan peralatan mencetak bernilai RM7,000.
8 Menerima tunai RM1,200 daripada pelanggan yang berhutang.
12 Menghantar bil RM1,700 kepada Kolej Keris Mas untuk perkhidmatan
percetakan yang telah siap.
15 Membeli bekalan RM1,200 secara tunai.
19 Datin Yong Suri membuat ambilan tunai RM900 untuk kegunaan peribadi.
22 Membayar baki hutang kepada pemiutang sepenuhnya.
24 Menerima tunai RM4,350 untuk perkhidmatan percetakan yang diberi.
28 Menerima bil utiliti RM400 bagi bulan Februari tetapi belum dibayar.

Dikehendaki: Analisa kesan setiap urusniaga berdasarkan persamaan perakaunan.

3
EPPD1033
Semester 1 Sesi 2022/2023

BAHAGIAN B

Dikehendaki : Sila jawab semua soalan berikut.

1. Perakaunan adalah satu proses di mana ia melibatkan aktiviti utama yang berikut,
iaitu:
1. Mengenalpasti, merekod dan mengkomunikasi
2. Mengenalpasti dan menjurnal
3. Merekod dan mengkelas
4. Mengenalpasti, mencatat dan menyimpan

2. Mengapakah setiap aktiviti ekonomi entiti perniagaan perlu dikenalpasti


sebelum direkod?
a) Untuk membantu pihak berkepentingan membuat keputusan.
b) Untuk memastikan setiap maklumat direkod secara seragam dan konsisten
dengan piawaian perakaunan.
c) Untuk memastikan hanya maklumat atau peristiwa ekonomi yang signifikan dan
relevan sahaja direkod.
d) Untuk memudahkan pengguna memahami setiap maklumat yang direkod.

3. Berikut adalah pengguna utama maklumat perakaunan, KECUALI:


a) Pelabur
b) Kreditor
c) Ketua Jabatan Kewangan
d) Pelanggan perseorangan

4. Antara cabang utama perakaunan ialah:


a) Perakaunan Pengurusan dan Perakaunan Pelaburan
b) Perakaunan Kewangan dan Perakaunan Pengurusan
c) Perakaunan Semasa dan Perakaunan Bukan Semasa
d) Perakaunan Debit dan Perakaunan Kredit

5. Mengapakah perakaunan perlu disediakan berdasarkan Prinsip Perakaunan Diterima


Umum?
a) Agar maklumat yang disediakan relevan kepada pengguna.
b) Agar maklumat yang disediakan boleh dipercayai.
c) Agar maklumat yang disediakan boleh dibandingkan antara syarikat.
d) Semua di atas.

4
EPPD1033
Semester 1 Sesi 2022/2023

6. Yang manakah merupakan persamaan perakaunan yang tepat?


a) Aset + Liabiliti + Ekuiti Pemilik
b) Aset - Liabiliti = Ekuiti Pemilik
c) Aset - Liabiliti + Ekuiti Pemilik
d) Aset + Liabiliti = Ekuiti Pemilik

7. Belanja merupakan pengurangan dalam X disebabkan operasi perniagaan. Yang manakah


merujuk kepada X?
a) Ambilan
b) Liabiliti
c) Aset dan liabiliti
d) Ekuiti pemilik

8. Hasil diiktiraf pada tempoh ia diperolehi dan belanja diiktiraf pada tempoh ia berlaku.
Kenyataan ini merujuk kepada asas perakaunan ?
a) Asas Tunai
b) Asas Akruan
c) Asas Debit
d) Asas Kredit

9. Transaksi luaran bermaksud:


a) Peristiwa ekonomi yang berlaku dalam sesebuah syarikat.
b) Peristiwa ekonomi yang melibatkan syarikat dan pekerja.
c) Peristiwa ekonomi yang berlaku yang melibatkan syarikat dan syarikat luar
yang lain.
d) Peristiwa ekonomi yang berlaku yang melibatkan syarikat dan pemilik syarikat.

10. Peristiwa ekonomi yang manakah yang tidak akan mengubah kedudukan kewangan
syarikat (aset, liabiliti, ekuiti pemilik)?
a) Membeli komputer baharu.
b) Membayar sewa pejabat.
c) Menggunakan bekalan pejabat.
d) Membincangkan mengenai ciri-ciri produk dengan pelanggan.

11. Berikut merupakan kemungkinan kesan kepada persamaan perakaunan apabila aset
meningkat. Kesan manakah yang tidak tepat?
a) Pengurangan dalam aset yang lain
b) Peningkatan dalam suatu liabiliti
c) Peningkatan dalam ekuiti pemilik
d) Pengurangan dalam liabiliti

5
EPPD1033
Semester 1 Sesi 2022/2023

12. Akaun Belum Bayar, Nota Belum Bayar, Belanja Sewa Terakru dan Hasil
Sewa Belum Terperoleh merupakan item dalam Penyata Kedudukan
Kewangan dalam kategori:
a) Aset
b) Liabiliti
c) Ekuiti Pemilik
d) Hasil

13. Yang manakah antara berikut merujuk kepada pengukuran dalam perakaunan?
a) Prinsip Pengiktirafan Hasil dan asas Nilai Saksama
b) Prinsip Pemadanan dan Prinsip Kos Sejarah
c) Asas Kos Sejarah dan asas Nilai Saksama
d) Andaian Entiti Berasingan dan Prinsip Kos Sejarah

14. Mengapakah pengukuran berdasarkan kos sejarah dicadangkan dalam Prinsip Perakaunan
Diterima Umum?
I. Pengukuran pada nilai kos kerana boleh dipercayai dan boleh disahkan menerusi
dokumen sumber.
II. Pengukuran pada nilai kos kerana dapat menunjukkan nilai yang realistik pada harga
semasa.
III. Pengukuran pada nilai kos menggambarkan harga sebenar yang dibayar oleh
syarikat.

a) I sahaja
b) II sahaja
c) I dan II
d) I dan III

15. Andaian Y menghendaki syarikat mengambilkira peristiwa ekonomi yang boleh dinilaikan
dalam bentuk mata wang sahaja. Y merujuk kepada?
a) Pendapatan Ekonomi
b) Unit Kewangan
c) Entiti Ekonomi
d) Pendedahan Penuh

16. Andaian Z menghendaki syarikat merekod aktiviti perniagaan secara berasingan daripada
aktiviti peribadi pemilik. Z merujuk kepada?
a) Pendapatan Ekonomi
b) Unit Kewangan
c) Entiti Ekonomi
d) Pendedahan Penuh

6
EPPD1033
Semester 1 Sesi 2022/2023

17. Dalam keadaan ketidakpastian atau apabila terdapat kemusykilan, akauntan perlu memilih
kaedah perakaunan yang paling kurang memungkinkan berlaku terlebih nyata aset dan
hasil. Kenyataan ini merujuk kepada konsep perakaunan yang mana?
a) Kematanan
b) Konservatisme
c) Pendedahan Penuh
d) Usaha Berterusan

18. Modal kecil, Menanggung semua kerugian, Liabiliti tidak terhad dan Mudah ditubuhkan
merupakan ciri-ciri yang menggambarkan jenis perniagaan berikut:
a) Perkongsian
b) Syarikat awam berhad
c) Syarikat sendirian berhad
d) Milikan tunggal

19. Pemilik telah mengambil tunai daripada perniagaan untuk kegunaan peribadi. Ambilan ini
akan mengakibatkan:
a) Pengurangan liabiliti
b) Pengurangan Ekuiti pemilik
c) Peningkatan Ekuiti Pemilik
d) Peningkatan liabiliti

20. Soalan yang manakah yang sering ditanya oleh pengguna dalaman?
I. Mampukah kita memberi kenaikan gaii kepada kaitangan pada akhir
tahun?
II. Perlukah kita membuat sebarang pinjaman dalam masa terdekat?
III. Mampukah syarikat ini membayar hutang yang diberikan?
IV. Adakah syarikat ini boleh memberikan keuntungan kepada kita?

a) I dan III
b) I dan II
c) III dan IV
d) I,II dan IV

21. Penyata kewangan yang dapat menggambarkan prestasi semasa bagi sesebuah syarikat
adalah:
a) Penyata Kedudukan Kewangan
b) Penyata Perubahan Ekuiti
c) Penyata Pendapatan Komprehensif
d) Penyata Aliran Tunai

7
EPPD1033
Semester 1 Sesi 2022/2023

22. Berikut adalah justifikasi mengenai kepentingan etika dalam penyediaan maklumat
perakaunan, KECUALI:
a) Agar pelaporan maklumat adalah efektif, benar dan saksama.
b) Agar penyedia akaun dapat membuat keputusan yang adil, jujur dan
betul.
c) Agar pelaporan maklumat disediakan mengikut keinginan penyedia
akaun.
d) Agar pengguna maklumat perakaunan yakin dengan maklumat yang
dilaporkan.

23. Yang manakah merupakan susunan langkah yang betul dalam mengendalikan kes etika?
a) Kenalpasti isu etika – Kenalpasti pihak berkepentingan yang terlibat – Kenalpasti
alternatif solusi yang beretika – Pilih solusi yang paling beretika.
b) Kenalpasti pihak berkepentingan yang terlibat –Kenalpasti alternatif solusi yang
beretika – Kenalpasti isu etika – Pilih solusi yang paling beretika.
c) Kenalpasti alternatif solusi yang beretika – Kenalpasti isu etika – Kenalpasti pihak
berkepentingan yang terlibat – Pilih solusi yang paling beretika.
d) Kenalpasti alternatif solusi yang beretika – Pilih solusi yang paling beretika –
Kenalpasti isu etika – Kenalpasti pihak berkepentingan yang terlibat

24. Yang manakah merupakan tindakan yang dianggap beretika?


I. Seorang Chief Financial Officer (CFO) meminta agar bil pemiutang syarikat
diserahkan terus kepada beliau untuk diuruskan tanpa perlu melalui proses
semakan Jabatan Kewangan (bahagian akaun belum bayar).
II. Seorang Pegawai Kewangan syarikat menguruskan sepenuhnya secara sendirian
proses menerima tunai dan membuat resit untuk suatu aktiviti Pengubahsuaian
Rumah pelanggan syarikat.
III. Seorang kerani kewangan menerima tunai pelanggan dan menyediakan resit
penerimaan pada setiap hari. Pada petang setiap hari sebelum pejabat ditutup,
kerani tersebut akan menyerahkan semua salinan resit untuk disemak dan tunai
untuk disimpan oleh Akauntan syarikat.
IV. Seorang juruaudit menyediakan laporan audit syarikat pelanggan tanpa membuat
sebarang semakan terhadap dokumen bukti urusniaga syarikat pelanggan tersebut.

a) I dan IV
b) II dan III
c) III sahaja
d) I,II dan IV

8
EPPD1033
Semester 1 Sesi 2022/2023

25. Seorang Eksekutif Kewangan syarikat menguruskan sepenuhnya secara berseorangan


urusan terimaan tunai dan bayaran bil syarikat tanpa sebarang semakan oleh Pengurus
kewangan. Penyata kewangan syarikat akan disediakan pada akhir setiap bulan untuk
diserah kepada Pengurus Kewangan. Mengapakah situasi ini boleh dianggap tidak
beretika?
a) Kerana tiada pengasingan tugas dalam urusan penerimaan dan
pembayaran tunai.
b) Kerana terimaan tunai telah direkod.
c) Kerana bayaran bil disemak oleh Pengurus Kewangan.
d) Kerana penyata kewangan bulanan syarikat diserahkan kepada Pengurus
Kewangan.

You might also like