You are on page 1of 5

TEMA : MENYIASAT ALAM BAHAN

TAHUN : 6

1 Simbol di bawah merujuk kepada satu amalan...

A. Mengitar semula bahan buangan


B. Mengumpul semula bahan buangan
C. Menggunakan semula bahan buangan
D. Mengasingkan semula bahan buangan

2 Bahan buangan ialah...

A. Bahan yang telah rosak.


B. Bahan yang tidak diperlukan lagi.
C. Bahan yang tidak diperlukan dan akan dibuang.
D. Bahan-bahan yang tidak dikehendaki dan tidak mahu disimpan lagi

3 Ibu Azim telah memetik banyak lada hijau di kebunnya. Antara berikut, kaedah
manakah yang paling sesuai untuk Azim memastikan lada hijau tersebut tahan lebih
lama ?

A. Penjerukan
B. Pengeringan
C. Penyejukbekuan
D. Pembungkusan vakum
4 Carta aliran di bawah menunjukkan satu kaedah pengawetan makanan.

Ikan dibersihkan dan dibuang isi perutnya.

Ikan ditoskan sehingga kering.

________________________________________

Ikan dijemur untuk menyingkirkan kebanyakan air.

Langkah yang paling sesuai dimasukkan di tempat kosong dalam urutan di atas ialah

A. Rendamkan ikan dalam larutan garam.


B. Lumurkan ikan dengan garam.
C. Masakkan ikan bersama garam.
D. Menyalai ikan yang telah disaluti garam.

5 Kumpulkan setiap jenis makanan berikut dengan kaedah pengawetan makanan yang
betul.

I Penjerukan
II Pengeringan
III Pempasteuran
IV Penyejukbekuan

A. I dan II
B. II dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
6 Satu penyisatan dijalankan ke atas 2 keping roti dengan merenjis air pada satu
daripada roti tersebut.

Keputusannya :

Roti Masa diambil untuk kulapok tumbuh (hari)

Tidak direnjis air 5


Direnjis air 2

Berdasarkan keputusan apakah faktor yang menyebabkan situasi di atas ?

A. Kulapok memerlukan air untuk bertumbuh


B. Kulapok memerlukan udara untuk bertumbuh
C. Kulapok memerlukan nutrien untuk bertumbuh
D. Kulapok memerlukan tahap keasidan yang sesuai untuk bertumbuh.

7 Pernyataan dibawah menerangkan tentang sifat-sfat bahan.

Bahan X mereput lebih lama berbanding Y.


Bahan Z mereput lebih cepat daripada Y tetapi
lebih lama daripada W.

Berdasarkan pernyataan di atas, carta palang manakah yang menggambarkan situasi


paling tepat.

A. C.

W X Y Z W X Y Z

B. D.

W X Y Z W X Y Z
8 Gambar di bawah merujuk kepada amalan pembuangan bahan buangan yang lebih
baik.

Antara berikut yang manakah menggambarkan situasi tersebut ?

A. Mengitar semula bahan buangan


B. Mengumpul semula bahan buangan
C. Menggunakan semula bahan buangan
D. Mengasingkan semula bahan buangan

9 Maklumat di bawah menunjukkan satu situasi di sebuah kawasan perumahan.

 Berbau busuk
 Persekitaran penuh dengan lalat
 Terdapat banyak lipas

Manakah antara berikut merupakan kesan terbesar daripada keadaan di tempat


tersebut ?

A. Pencemaran longkang tersumbat yang menyebabkan banjir kilat.


B. Pencemaran persekitaran dan merebaknya penyakit.
C. Pencemaran udara akibat bau busuk.
D. Pencemaran air sungai.
10 Rajah di bawah menunjukkan satu puisi.

AKU DAN ALAM SEKITAR

Aku botol
Mungkin plastik dan botol
Bentuk dan saiz tidak serupa
Apabila aku telah kosong
Banyak perkara boleh terjadi
Jika aku dicampak sesuka hati

Apakah kemungkinan akan berlaku jika situasi di atas dibiarkan berlaku secara
berterusan.

I Jerebu
II Kakisan
III Banjir kilat
IV Pencemaran air

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

You might also like