You are on page 1of 16

MZU3013E Kurikulum & Pengajaran Muzik I

TAJUK 2 PERANCANGAN TAHUNAN, MINGGUAN DAN HARIAN

2.0 SINOPSIS

Tajuk ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang perancangan, format


rancangan tahunan dan kemahiran menulis rancangan pengajaran tahunan,
mingguan dan harian.

2.1 HASIL PEMBELAJARAN

Menganalisa kandungan kurikulum yang dipelajari untuk diterjemahkan ke dalam


perancangan tahunan, mingguan dan harian. Merangka pengajaran tahunan dan
semester mengikut format yang ditetapkan.

2.2 KERANGKA TAJUK

Perancangan Tahunan,
Mingguan dan Harian

dan 2
Penelitian Rancangan Kerja
Tahunan, Mingguan dan Harian Penyediaan Rancangan Kerja
Tahunan, Mingguan dan Harian

12
MZU3013E Kurikulum & Pengajaran Muzik I

TEORI

2.3 Penelitian Rancangan Kerja Tahunan

Rancangan kerja

Daripada sukatan pelajaran, guru seharusnya boleh membentuk rancangan kerja


atau rancangan pelajarannya sendiri. Rancangan kerja biasanya dirancangkan
untuk satu tahun, kemudian diperinci untuk penggal, minggu dan hari.
Rancangan kerja merupakan satu program yang disediakan oleh guru sebagai
panduan dalam melaksanakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan sukatan pelajaran untuk memperolehi pencapaian pembelajaran
yang maksimum

Tujuan Rancangan Kerja

1. Membolehkan guru membuat rancangan kerja pengajaran dan pembelajaran


bagi satu tahun, mengikut penggal, minggu dan hari .

2. Membolehkan guru mengindang (memilih, menyusun dan memeringkatkan)


kemahiran-kemahiran Pendidikan Muzik yang terdapat dalam sukatan
pelajaran bagi penggal, minggu dan hari.

3. Menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran supaya mengambil kira:

a) Penggabungjalinan kemahiran-kemahiran dalam bahasa dan kemahiran-


kemahiran mata pelajaran lain.
b) Penyerapan unsur-unsur muzik dalam isi kandungan pelajaran bahasa
dan mata pelajaran lain.
c) Peruntukan masa

4. Menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran serta pengayaan.

5. Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran mengikut


keupayaan murid-murid.

13
MZU3013E Kurikulum & Pengajaran Muzik I

6. Menentukan skop kemahiran dan aktiviti tahun pengajaran.

7. Membolehkan guru mengajar dalam keadaan yang terancang, kemas dan


teratur.

Kepentingan Rancangan Kerja

1. Membolehkan guru membuat kajian dan pentafsiran terhadap sukatan


pelajaran bagi mata pelajaran yang diajarnya.

2. Membolehkan guru memilih kemahiran-kemahiran dan isi pelajaran yang


terdapat dalam sukatan pelajaran untuk disusun dalam Rancangan Tahunan.

Format Rancangan Kerja

Sebenarnya terdapat berbagai-bagai bentuk rancangan kerja yang boleh


disediakan untuk guru. Biasanya, walau apa pun bentuk yang dikemukakan ia
tetap mengandungi unsur-unsur asas yang serupa, umpamanya pernyataan
tentang penggal, minggu, tajuk, tajuk mengikut waktu mengajar, kemahiran,
penerapan nilai, strategi pengajaran dan pembelajaran sebagainya. Jadual 2.1
berikut menunjukkan suatu contoh format rancangan kerja penggal bagi sesuatu
mata pelajaran.

Panduan Menyediakan Rancangan Kerja

Guru-guru harus merujuk Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik keseluruhannya


untuk menentukan skop kemahiran bagi tahun pengajaran. Mereka juga diminta
untuk meneliti Buku Panduan Pendidikan Muzik dan Buku Teks Pendidikan
Muzik untuk mengetahui skop kemahiran yang dicadangkan dan mendapatkan
cadangan–cadangan bahan pengajaran dan pembelajaran.

a) Rancangan kerja tahunan haruslah disediakan berdasarkan sukatan


pelajaran keseluruhan tahun. Perkara-perkara penting seperti nombor rujukan

14
MZU3013E Kurikulum & Pengajaran Muzik I

sukatan pelajaran, objektif-objektif dan tajuk-tajuk pelajaran hendaklah ditulis


dalam rancangan kerja tahunan.
b) Rancangan kerja penggal haruslah disediakan berdasarkan rancangan kerja
tahunan. Semasa menyediakan rancangan kerja penggal perkara-perkara
berikut hendaklah dipertimbangkan.

Penyediaan satu contoh rancangan kerja penggal.

Mata Pelajaran : Pendidikan Muzik

Darjah : Tahun 3

Penggal : Penggal 1

Tempoh : 10 minggu

Tarikh : 8.1.2012

Topik
Penggal mengikut Kemahira Penerapan
Waktu Strategi
Minggu tajuk n Nilai
mengajar

Jadual 2.1 :Contoh format rancangan kerja penggal

 Rancangan kerja penggal harus mengandungi butir-butir penting seperti topik


pelajaran, kemahiran, penerapan nilai serta strategi pengajaran dan
pembelajaran.

15
MZU3013E Kurikulum & Pengajaran Muzik I

 Rancangan mengajar penggal harus disediakan sebelum penggal itu


dimulakan.
 Rancangan itu hendaklah ditulis dengan ringkas tetapi jelas.
 Susunan unit pelajaran haruslah berdasarkan prinsip-prinsip mengajar, iaitu
mengikut pemeringkatan perkembangan mental atau fizikal murid,
pengetahuan yang sedia ada serta kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai.
Biasanya susunan unit pelajaran dalam buku teks menjadi pertimbangan
asas semasa merancang susunan unit pelajaran untuk rancangan mengajar
penggal.

2.4 Penyediaan Rancangan Kerja Tahunan

Rancangan kerja tahunan merupakan perancangan kurikulum bagi satu-satu


tahun tertentu. Biasanya, untuk Kurikulum Baru Sekolah Rendah, perancangan
seperti ini telah pun disediakan oleh Kementerian Pendidikan. Salah satu
perancangan yang perlu di buat ialah Rancangan Kerja Tahunan. Ia merupakan
satu gambaran keseluruhan terhadap kuruikulum dan sukatan yang telah
disediakan. Justeru itu, penyediaan Rancangan Pengajaran adalah penting bagi
memastikan setiap kandungan pengetahuan dan kemahiran yang telah
digariskan dalam Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran diterima dan
dikuasai oleh murid-murid mengikut tempoh dan interaksi yang telah ditetapkan
untuk mereka di sekolah. Ia adalah penting bukan sahaja sebagai panduan
tugas, bahkan sebagai perancangan penggunaan peralatan dan kemudahan
yang wujud di sekolah. Dengan perancangan yang rapi, maka masalah
kekurangan alat dan kemudahan boleh diselesaikan dengan mencari jalan
alternatif.

Rancangan tahunan juga menolong memastikan Pendidikan Muzik diajar


sebagai satu proses yang berterusan, mengelakkan daripada berlakunya
penyampaian pengetahuan berulang dan membosankan pelajar. Contohnya,

16
MZU3013E Kurikulum & Pengajaran Muzik I

tajuk-tajuk yang mempunyai unsur yang sama boleh disusun supaya mengikut
prinsip ansur maju.

Dalam menyediakan Rancangan Kerja Tahunan terdapat beberapa garis


panduan dalam menyediakan Rancangan Kerja Tahunan iaitu:

a) Rancangan tahunan bagi sesuatu mata pelajaran hendaklah disediakan berpandukan


Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran, kesesuaian tahap kebolehan murid
/ pelajar dan keadaan semasa.
b) Rancangan tahunan hendaklah disediakan mengikut  bilangan minggu yang
diperlukan untuk menghabiskan sesuatu tajuk. Rancangan tahunan ini juga hendaklah
mengambil kira bilangan minggu persekolahan pada setiap tahun.
c) Rancangan tahunan boleh dicetak atau difotostat dengan jelas dan terang (tidak
dicetak berulang-ulang).
d)  Sekiranya rancangan tahunan ini ditulis, hanya pen berdakwat biru atau hitam sahaja
dibenarkan.
e) Rancangan tahunan hendaklah disahkan oleh Guru Besar atau Pengetua atau
wakilnya sebelum digunakan. Jika disediakan dalam bentuk media elektronik
(komputer), salinannya hendaklah disahkan oleh guru besar atau pengetua atau
wakilnya.
f) Rancangan tahunan hendaklah ditulis mengikut lajur yang mengandungi perkara-
perkara seperti berikut:
 Bilangan minggu
 Tajuk/bidang pembelajaran
 Objektif/kemahiran
 Hasil pembelajaran yang dihasratkan

17
MZU3013E Kurikulum & Pengajaran Muzik I

AMALI

Perancangan mingguan

 Menuliskan rancangan kerja mingguan

2.5 Penelitian Rancangan Kerja Mingguan

Rancangan Kerja Mingguan

Rancangan Kerja Mingguan merupakan perincian rancangan yang dibentuk


daripada Rancangan Kerja Penggal. Rancangan ini mengandungi perincian
rancangan untuk 12-13 minggu berturut-turut. Rancangan Kerja Mingguan ini
mengandungi perkara-perkara berikut:

1. Pernyataan objektif yang hendak dicapai di dalam sesuatu minggu itu.


2. Senarai kemahiran yang telah dipilih mengikut konsep muzik, nyanyian,
permainan alat muzik dan penghayatan muzik bagi minggu tersebut.
3. Perincian isi yang dipilih daripada skop pelajaran penggal untuk diserapkan
bagi menguasai kemahiran-kemahiran tersebut.
4. Ruang catatan dan penilaian.
5. Ruang aktiviti dan alat/bahan.

Perlu diambil perhatian, sekiranya ada di antara kemahiran-kemahiran yang


dirancang bagi sesuatu minggu masih belum dikuasai, kemahiran-kemahiran
tersebut hendaklah dilaksanakan dalam minggu berikutnya.

Perlu diambil perhatian, sekiranya ada di antara kemahiran-kemahiran yang


dirancang bagi sesuatu minggu masih belum dikuasai, kemahiran-kemahiran
tersebut hendaklah dilaksanakan dalam minggu berikutnya.

18
MZU3013E Kurikulum & Pengajaran Muzik I

2.6 Penyediaan Rancangan Kerja Mingguan.

Rancangan kerja mingguan haruslah disediakan berdasarkan kepada rancangan


kerja penggal. Perkara-perkara penting seperti darjah/tahun, mata pelajaran,
topik, kemahiran dan penerangan nilai harus direkodkan dalam rancangan kerja
mingguan.

Penyediaan satu contoh rancangan kerja mingguan

Hari : Isnin

Tarikh : 8.1.2012

Mata pelajaran
Topik Kemahiran
dan darjah Strategi

AMALI

Perancangan harian

 Menyediakan rancangan kerja harian

 Menuliskan rancangan kerja harian

o Set Induksi

o Langkah-langkah penyampaian

o Penutup

19
MZU3013E Kurikulum & Pengajaran Muzik I

2.7 Penelitian Rancangan Kerja Harian

Rancangan Kerja Harian

Rancangan Kerja Harian merupakan pembahagian Rancangan Kerja Mingguan


kepada harian secara terperinci. Rancangan ini dirancang mengikut kemajuan
murid hari demi hari. Rancangan kerja harian ini hendaklah berdasarkan objektif
pelajaran minggu tersebut.

Dua contoh Rancangan Kerja Harian disediakan. Contoh pertama mengandungi


enam ruang dan telah dirangka mengikut hari-hari tertentu. Pada setiap hari itu
diperlihatkan kemahiran-kemahirannya yang meliputi aspek-aspek konsep
muzik, nyanyian, permainan alat muzik, penghayatan muzik, isi atau kandungan
pelajaran , aktiviti dan alat atau bahan pengajaran. Dalam contoh kedua pula
rancangan ini mengandungi tujuh ruang dan pembahagian dibuat seperti
berikut:

a) Ruang kemahiran bagi minggu dan aktiviti pengayaan serta bimbingan khas
(pemulihan).
b) Lima ruang berikutnya adalah untuk catatan isi pelajaran lima hari.
c) Ruang terakhir untuk catatan khas tentang kemajuan pelajar tentang
kemajuan pelajaran dan penilaian dijalankan .

2.8 Penyediaan rancangan kerja harian

Rancangan kerja harian haruslah disediakan berdasarkan rancangan kerja


mingguan. Antara perkara-perkara yang harus dipertimbangkan semasa
menyediakan rancangan kerja harian ialah hari , tarikh, darjah/tahun, waktu
pengajaran, isi pelajaran, objektif pelajaran dan aktiviti pengajaran-pembelajaran.
Isi pelajaran harus dipilih berdasarkan kepada topik yang disediakan dalam
rancangan kerja mingguan. Manakala, objektif pelajaran hendaklah ditentukan
berdasarkan kepada kemahiran yang tercatat dalam rancangan kerja mingguan.

20
MZU3013E Kurikulum & Pengajaran Muzik I

2.9 Pendedahan Format Rancangan Harian

Tajuk : Nyanyian dan Gerakan Lagu : “Lenggang Kangkong”

Tahun: 1 Tekun Masa : 30 minit

Konsep Muzik: Pic dan Irama

Objektif:

Di akhir pengajaran nanti murid-murid akan;

i. Dapat menyanyi lagu “Lenggang Kangkong” dengan pic yang tepat


ii. Dapat menyanyi sambil membuat gerakan tarian Inang mengikut irama dengan
betul.

Pengalaman sedia ada; Murid-murid telah pernah menyanyi lagu-lagu berirama Inang.

ABM: Buku cerita Lebai Malang, Carta Senikata Lagu dan Gitar

KBKK

i. Menamakan haiwan-haiwan yang dibela di rumah dan haiwan-haiwan liar


ii. Memberi pendapat tentang kepentingan menghargai makhluk ciptaan Tuhan

21
MZU3013E Kurikulum & Pengajaran Muzik I

Contoh Jadual: Langkah-langkah, isi pengajaran, hasil pengajaran dan ABM

Langkah Isi Pengajaran Hasil Pengajaran ABM


Pengajaran/Masa

Set Induksi Guru bercerita tentang Murid mendengar guru Buku cerita
(5 minit) kisah Lebai Malang yang bercerita sambil
suka menyabung ayam memahami moral di
tetapi tewas sebalik cerita ini.
Langkah 1 i) Guru i) Murid mendengar Gitar
(5 minit) memperdengarkan guru menyanyi Carta senikata
lagu Lenggang ii)Murid melihat senikata lagu
Kangkong dengan lagu sambil membaca
iringan gitar. secara perlahan
ii) Guru memaparkan iii)Murid mendengar
senikata lagu. guru membaca
iii) Guru membaca senikata lagu
senikata lagu
Langkah 2 i) Guru mengajar murid i) Murid mengikut guru
membaca senikata membaca senikata
lagu baris demi baris lagu
ii) Dan seterusnya........
Langkah 3

Penutup

 Pemilihan konsep dan kemahiran

Konsep muzik bermaksud elemen-elemen muzik yang hendak diterapkan


atau disampaikan dalam satu-satu strategi pengajaran. Pelajar-pelajar telah
diperkenalkan dengan elemen-elemen seperti detik, melodi, tempo, irama, pic
warna ton, tekstur, ekspresi, dinamik ataupun dalam nyanyian terdapat postur
dan sebagainya. Samada dalam pengajaran nyanyian atau bermain alat
muzik, konsep-konsep ini perlu diterapkan semasa mengajar.

Dalam pengajaran muzik Tahap 1, guru cuma mengajar konsep muzik yang
telah ditetapkan dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas. Perlu diingat
bahawa guru tidak perlu memilih terlalu banyak konsep muzik dalam satu-
satu pengajaran dan pembelajaran kerana jika terlalu banyak ianya akan
menyukarkan murid-murid memahami dalam satu-satu masa.

22
MZU3013E Kurikulum & Pengajaran Muzik I

Pemilihan konsep muzik dalam pengajaran dan pembelajaran perlulah selari


dengan objektif. Ramai di kalangan guru yang kurang memahami aspek ini di
mana objektif pengajaran dan konsep muzik sering berbeza. Jika berlaku
perbezaan antara konsep muzik dan objektif pengajaran ianya akan membuat
guru mengajar terlalu banyak konsep di dalam satu-satu proses pengajaran
dan pembelajaran.

Contoh:-

Tajuk Pengajaran : Nyanyian Lagu “ Selamat Pagi”

Konsep Muzik : Tempo cepat dan lambat

Objektif Pengajaran:

Di akhir pengajaran murid-murid akan

 Dapat menyanyi mengikut tempo cepat dan lambat.


 Dapat membuat pergerakan asas untuk mengenalpasti perbezaan
tempo cepat dan lambat.

Penting !

Adalah penting dalam pemilihan konsep muzik agar ianya selari dengan objektif
pengajaran.

 Perancangan aktiviti untuk penyampaian konsep muzik

Dalam pelaksanaan set induksi, pemilihan aktiviti dalam pendidikan muzik


sebaiknya harus berbentuk muzikal seperti menepuk tangan mengikut corak
irama, sebutan berirama, latihan pendengaran seperti memperkenalkan
tempo cepat atau lambat, pic atau pun lagu. Selain itu, penggunaan audio
visual juga dapat memberi kesan yang baik sewaktu set induksi
dilaksanakan. Sebagai contoh:

23
MZU3013E Kurikulum & Pengajaran Muzik I

(a) Murid-murid dipertontonkan dengan video permainan kompang. Setelah


selesai, mereka bersoal jawab mengenai cara paluan, bunyi yang
dihasilkan (warna ton) dan sebagainya; dan

(b) Murid-murid diminta menutup mata, kemudian guru membunyikan


beberapa alat perkusi yang berlainan sifat bunyinya. Minta mereka
dengar. Setelah membuka mata, mereka diminta meneka atau
menyesuaikan alat perkusi yang didengar dengan alat perkusi itu
mengikut tafsiran mereka.

* Teknik bercerita kurang digalakkan kerana ianya lebih kepada mata


pelajaran bahasa.

 Penulisan hasil pembelajaran


(Rujuk: http://www.scribd.com/doc/19784841/Taksonomi-Bloom)

 Penyediaan dan penulisan rancangan kerja harian – set induksi,


langkah-langkah penyampaian dan penutup.

Set Induksi adalah langkah paling awal dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Tujuan utama set induksi ialah untuk menyediakan kelas ke
arah memulakan pengajaran. Kebiasaannya apabila seorang guru keluar dan
guru lain masuk ke kelas suasana kelas tertentu ada perubahan. Dari mata
pelajaran Matematik ke Muzik sudah semestinya mempunyai mod yang
berbeza. Apatah lagi jika sebelum guru muzik masuk kanak-kanak baru
sahaja pulang dari kelas pendidikan jasmani. Oleh itu adalah penting bagi
seseorang guru menyediakan suasana yang membolehkan beliau
memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu guru biasanya
memulakan pengajaran dengan set induksi yang mana ianya diharapkan
dapat membantu ke arah menyediakan kelas.

24
MZU3013E Kurikulum & Pengajaran Muzik I

Ada pendapat yang mengatakan setiap Set Induksi itu mestilah relevan atau
berkait dengan apa yang hendak diajar pada sesi tersebut. Contohnya jika
guru hendak memperkenalkan lagu “ Lompat Si Katak Lompat” guru mesti
mencari idea yang berkaitan dengan katak ataupun lompat. Mungkin guru
perlu mencari lukisan seekor katak, atau berpakaian seperti katak atau
mencari seekor katak sebagai daya tarikan. Ataupun guru bercerita dan
bersoal jawab perihal katak. Walau apa pun yang guru hendak lakukan dalam
Set Induksi biarlah ianya sesuai dan tidak keterlaluan hingga boleh
menghilangkan tumpuan sebenarnya apa yang hendak guru sampaikan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Dari awal lagi dinyatakan bahawa tujuan Set Induksi ialah hendak
menyediakan suasana pengajaran yang baik. Oleh itu jika guru hendak
mengajar nyanyian “Lompat Si Katak Lompat” guru tidak semestinya perlu
mencari idea yang relevan dengan katak. Guru boleh memulakan sesi
pengajaran dengan perkara-perkara lain yang bersesuaian asalkan ianya
dapat menarik tumpuan murid. Mungkin guru boleh memperkenalkan lagu
tersebut atau terus memulakan proses pengajaran. Apa yang penting ialah
murid-murid sudah pun bersedia. Oleh itu Set Induksi yang paling baik sekali
ialah “guru itu sendiri”. Maksud di sini ialah jika seseorang guru itu dapat
menarik minat murid-murid sudah semestinya murid-murid akan terus
bersedia apabila guru tersebut masuk ke kelas. Murid-murid akan terus diam
dan menunggu-nunggu apakah yang hendak guru perkenalkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut. Sebagai seorang guru,
daya tarikan perlu ada supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dijalankan dengan jayanya.

Langkah-langkah Pengajaran pula perlu dibuat berdasarkan sukatan yang


dirancang oleh kementerian. Guru boleh memilih mana-mana topik yang
bersesuaian untuk diajar di kelas. Penulisan isi kandung pengajaran

25
MZU3013E Kurikulum & Pengajaran Muzik I

seharusnya bersesuaian dengan objektif dan sukatan. Peningkatan perlu


tersusun, jelas dan mengikut urutan. Dalam menulis langkah-langkah
pengajaran guru semestinya mempunyai strategi yang sesuai dengan aktiviti
yang berkaitan. Dalam merancang langkah-langkah pengajaran, guru juga
perlu pandai merancang masa yang teratur agar langkah-langkah terkawal
dan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Kadangkala masa yang dirancang tidak dapat diikuti kerana kelemahan-


kelemahan dari aspek murid ataupun guru. Oleh itu guru boleh membuat
perubahan-perubahan semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran
agar hasil pengajaran dapat dicapai walaupun tidak seperti yang dirancang
awal. Namun begitu melalui pengalaman guru sudah dapat membiasakan diri
dalam membuat perancangan dan mengikut peruntukan masa yang
dirancang awal.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru juga harus melihat sama
ada isi/konsep yang hendak disampaikan boleh diterima, mencapai tahap
murid dan tidak terlalu membosankan. Penglibatan murid secara aktif dan
responsif juga penting dalam proses ini. Penyelesaian masalah juga boleh
dijalankan dalam sesi ini dan bukannya perlu menunggu di penghujung
pengajaran. Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran guru perlu peka
terhadap pencapaian objektif. Ini penting kerana kadangkala, guru terlalu
asyik dan seronok melayan pertanyaan sehinggakan objektif yang dirancang
diabaikan.

Penutup adalah kemuncak kepada proses pengajaran dan pembelajaran


pada satu-satu sesi. Kebiasaannya dalam kelas muzik guru mahu
melengkapkan pengajaran dengan satu sesi penutup yang baik dan
menggembirakan pelajar agar pengajaran pada hari tersebut dapat menarik

26
MZU3013E Kurikulum & Pengajaran Muzik I

minat kanak-kanak dan akan menunggu-nunggu sesi pengajaran yang akan


datang. Guru akan mengakhiri sesi pengajaran dengan penutup yang
dianggap sebagai rumusan kepada proses pengajaran dan pembelajaran
dengan aktiviti yang amat berkesan. Kebiasaannya dan secara tradisinya
guru akan meminta murid membuat persembahan dalam kumpulan besar,
kumpulan kecil atau secara individu. Ini untuk menunjukkan bahawa konsep-
konsep yang diperkenalkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran
telah difahami.

Namun begitu, guru kadangkala tidak sempat membuat sesi penutup kerana
terpaksa memberi lebih masa pada langkah-langkah awal dalam pengajaran.
Tidaklah menjadi kesalahan jika penutup cara tradisional ini tidak dapat
dijalankan kerana apa yang lebih penting ialah mutu pengajaran yang dapat
memberi input baru kanak-kanak dan pencapaian objektif pengajaran. Guru
juga boleh memberi kerja susulan sebagai maklumat tambahan di
penghujung proses pengajaran dan pembelajaran. Setelah itu guru juga ingin
melihat murid-murid atau guru meninggalkan kelas dengan disiplin yang baik.

LATIHAN

Persediaan untuk pengajaran mikro

 Mempraktikkan teknik dan kemahiran pengajaran mikro

 Menyediakan alat bantu mengajar

27

You might also like