You are on page 1of 1

NAMA : MUHAMMAD AKMAL BIN AZAKI

KAD MATRIK : C19A0279

Cadangan memastikan industri batik kekal maju masa akan datang

Dalam usaha memartabatkan industri seni batik di Malaysia, pihak kerajaan


telahmembelanjakan berjuta-juta ringgit untuk mempromosikan industri ini.
Ungkapanperibahasa ‘tak kenal maka tak cinta’menggambarkan betapa pentingnya aktiviti
promosi yang agresif untuk memperkenalkan seni batik kepada masyarakat di Malaysiayang semakin
meminggirkan tradisi dan budaya. Hal ini demikian kerana masyarakat dinegara kita kurang
didedahkand engan amalan tradisi mahupun kraf tangan yang menjadi warisan nenek moyang kita
terdahulu. Kerajaan telah menguatkuasakanagenda baru dalam kalangan penjawat awam iaitu
mereka diwajibkan memakai pakaianbatik pada setiap hari Khamis dan di majlis-majlis rasmi.
Secara tidak langsung,masyarakat kita akan membuka mata dan memikirkan signifikannya
pewajiban pemakaian batik dalam kalangan penjawat awam dan motif sebenar
kerajaanmenguatkuasakan peraturan ini

You might also like