You are on page 1of 1

Buku mengenai batik Malaysia akan dilancar sempena KLIB

Oleh : Bernama Tarikh : December 5, 2011


http://www.sinarharian.com.my/nasional/buku-mengenai-batik-malaysia-akan-dilancar-sempena-klib1.10311

KUALA LUMPUR - Sebuah buku yang terperinci mengenai industri batik Malaysia berjudul 'Malaysian Batik: Reinventing a Tradition' akan dilancar Jumaat ini sempena Konvensyen dan Pameran Batik Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIB) 2011. Buku itu, menjejaki asal-usul batik, bahan-bahannya, kaedah dan tujuan kaedah lukisan tangan dan cop menggunakan blok, serta bagaimana batik Malaysia ditukar kepada seni kraf dengan penampilan antarabangsa, bakal dilancar bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Budi Penyayang, Datuk Leela Mohd Ali berkata, buku itu adalah sebahagian daripada inisiatif yayasan itu dalam usaha menyesuaikan industri batik Malaysia dengan keperluan fesyen semasa, dan menggunakan fesyen mewah sebagai alat untuk mempromosi dan mempamerkan keindahannya. Kami kini di fasa keenam (yang melibatkan menginovasi industri), dan pelancaran buku ini amat istimewa memandangkan ia melambangkan kreativiti Malaysia dan kebangkitan industri batik, katanya pada sidang akhbar di sini, semalam. Beliau berkata, KLIB anjuran bersama Yayasan Budi Penyayang dan Kementerian Pelancongan dengan tema 'The Business of Batik' (Perniagaan Batik) akan mempamerkan segmen khas mengenai kraf tangan batik yang mengandungi prototaip daripada kategori kraf tangan pertandingan Piala Seri Endon. Terdapat tiga kategori untuk Pertandingan Piala Seri Endon iaitu fesyen, hiasan halus dan kraf tangan, katanya. KLIB yang akan berlangsung selama tiga hari bakal menampilkan lebih 100 gerai berkaitan produk dan perkhidmatan batik antarabangsa dan tempatan, serta persembahan oleh 19 pakar batik dalam pelbagai bidang, daripada individu yang membangunkan dasar industri kraf tangan di negara mereka hingga kepada pemegang hak dagang untuk tekstil. www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang

You might also like