You are on page 1of 2

Set 1

1.Antara cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Bahasa Melayu ialah penggunaan Bahasa Melayu yang
digunakan pada papan tanda jalan raya adalah salah dan tatabahasanya tidak mengikut standart Bahasa
Melayu sebenar. Selain itu, Bahasa Melayu tidak digunakan dalam setiap urusan-urusan rasmi dalam peringkat
antarabangsa. Seterusnya, Bahasa Melayu digunkan secara rojak dan tidak digunakan tatabahasa yang betul.

2.Bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa rasmi negara Malaysia. Selain itu, Bahasa Melayu juga digunakan
dalam sesetengah urusan-urusan rasmi seperti surat menyurat dalam negara. Seterusnya, Bahasa Melayu
melahirkan rakyat yang berjaya dan bangga untuk bertutur dalam Bahasa Melayu.

3.Antara faktor-faktor hal ini terjadi ialah kerna Bahasa Melayu tidak difunakan secara menyeluruh dalam
pelbagai aspek di Malaysia . Selain itu, masih terdapat banyak pihak yang lebih mengutamakan Bahasa Inggeris
berbanding Bahasa Melayu. Hal ini menunjukkan bahawa mereka tidak menghormati langsung Bahasa rasmi
negara kita. Seterusnya hal ini berlaku disebabkan oleh sebahagian rakyat Malaysia menggunakan bahasa
Melayu dengan tatabahasa yang tidak betul. Akhir sekali, sebahagian masyarakat memandang remeh Bahasa
Melayu kerana Bahasa Melayu mempunyai penutur yang sedikit berbanding penutur Bahasa Inggeris.

Set 2
1.Johari berbasikal setiap hari supaya kecergasan dan staminanya sentiasa bertambah manakala Sures selalu
berlatih berlari dengan lebih kerap supaya dirinya menjadi lebih cergas

2.i. Kita perlulah sentiasa mengeluarkan peluh dengan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu
supaya badan kita sentiasa sihat dan cergas.

ii. Kita hendaklah sentiasa berfikiran positif dalam apa jua keadaan kerana pemikiran negatif bakal
menjejaskan kesihatan mental disamping mengurangkan keyakinan diri untuk melakukan sesuatu perkara.

3.Pada pendapat saya, ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka ke taman rekreasi atau ke gim yang
berdekatan setiap minggu sekurang-kurangnya sekali seminggu pada hujung minggu.Selain itu, ibu bapa juga
boleh menyediakan gim mini di dalam rumah masing-masing. Hal ini dapat menjadikan aktiviti bersukan
sebagai rutin mingguan mahupun harian anak-anak. Seterusnya ibu bapa perlu mengawal masa penggunaan
gajet anak-anak supaya anak-anak mempunyai masa untuk bersukan dan meningkatkan stamina badan
mereka.

Set 3
1.Sumbangan yang diberikan oleh watak Zahar ialah beliau telah mencipta racun serangga yang diberikan
nama MONPUS. Sumbangan yang diberikan oleh Wafi pula ialah beliau telah menghasilkan minyak biodiesel
hasil daripada pemprosesan daripada minyak kelapa sawit.

2.Persamaan anatara Zahar dan Wafi ialah mereka berdua Berjaya mencipta dan menghasilkan inovasi terbaru
dalam industri. Selain itu, mereka berdua merupakan orang-orang yang menyayangi alam sekitar kerana
kedua-dua produk yang dihasilkan merupakan produk yang mesra alam. Seterusnya, Zahar dan Wafi
mempunyai semangat patriotisme terhadap negara kerana mereka berdua berusaha untuk meningkatkan
ekonomi negara seterusnya menaikkan nama negara dipersada dunia.

3.Pada pendapat saya,kepentingan-kepentingan berbakti kepada masyarakat ialah hal ini dapat meningkatkan
ekonomi negara kita seterusnya dapat mengharumkan nama negara dipersada dunia. Selain itu, hal ini juga
dapat membuka peluang pekerjaan yang lebih luas kepada rakyat Malaysia yang lain dan sekaligus
mengurangkan kadar penganggur dalam negara kita. Seterusnya,tindakan ini dapat meningkatkan taraf hidup
rakyat Malaysia. Hal yang demikian juga dapat menarik minat pelancong luar negara mahupun pelancong
dalam negara untuk melewati tempat-tempat yang indah di negara kita.

You might also like