You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CONVENT GREEN LANE

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


JALAN MASJID NEGERI, 11600 PULAU PINANG
email: peb1097@jpnpp.edu.my Tel/Fax: 604-2814842

MINIT MESYUARAT VERIFIKASI SKOR KERJA KHUSUS SPM 2021

Tarikh : 20 Disember 2021


Masa : 9.00 am
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Convent Green Lane
Yang hadir :
1 GURJEET KAUR A/P KABAL SINGH Pengetua
2 SITI INDRIATI BT ABDUL AZIZ PK Pentadbiran
3 SHARON KAUR A/P SANTOKH SINGH Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid
4 ANNE TAN Penolong Kanan Kokurikulum
5 NG LEE LEE GKMP Sains dan Matematik
6 LIEW QI YING GKMP Teknik dan Vokasional
7 RAJESWARI A/P MUTHUSAMY GKMP Kemanusiaan
8 AKHZARNAZ BINTI ABD RAHIM GKMP Bahasa
9 SHUHADA NABIHA BINTI REDZUAN S/U Kurikulum / S/U SPM / Penolong S/U
Peperiksaan Dalaman T4-T5

10 FAIRUZ BINTI MANSUR Ketua Panitia Sains Teras


11 THUM SIEW LENG Ketua Panitia Perniagaan/ Prinsip Perakaunan
12 CHOO TSUN TSUN Guru Subjek Sains
13 SHAMALA A/P N. KRISHNASAMY Guru Subjek Sains

Agenda:
1. Ucapan alu-aluan
2. Pengesahan markah kerja khusus SPM 2021

1. Ucapan alu-aluan:
Pn Gurjeet mengalu-alukan kehadiran semua guru ke mesyuarat Verifikasi Skor SPM 2021.

2. Pengesahan Markah Kerja Khusus SPM 2021.


Isu yang dibangkitkan:

Subjek: Pendidikan Islam


i. Aqsa Aqsana 5M: Markah ujian lisan yang rendah disebabkan kurang usaha dan tidak
menunjukkan sebarang minat untuk memperbaiki pencapaian.
ii. Nazihah (5P), Izzatun (5P), Munawwarah (5P) mendapat markah lisan yang rendah disebabkan tidak
dapat menjawab soalan yang diberi semasa lisan terutama sekali bahagian hafazan.
Subjek: Prinsip Perakaunan
i Markah kerja khusus bagi pelajar secara keseluruhannya agak memuaskan. Kerja khusus pelajar telah
disemak oleh pentaksir kawasan.
ii Beberapa pelajar dinyatakan agak kurang memberi kerjasama sepanjang proses menyiapkan kerja
khusus.

Subjek: Sains
Beberapa pelajar mendapat markah yang tidak seimbang dan setelah dibincangkan bersama guru subjek,
mereka bersetuju untuk meminta pelajar mencuba menghantar laporan PEKA yang lebih baik bagi
membolehkan penyelarasan markah dijalankan.

1
Selepas memberi peluang kepada pelajar, penyelarasan markah baru telah dijalankan.

3. Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada 12.15 p.m.

Disediakan oleh: Disemak oleh :

------------------------------- ----------------------------------
(SHUHADA NABIHA BINTI REDZUAN) (SITI INDRIATI BT ABDUL AZIZ)
Setiausaha SPM Penolong Kanan Pentadbiran
SMK Convent Green Lane SMK Convent Green Lane

You might also like