You are on page 1of 10

LAPORAN EXPERIMENT LAMPU HIASAN

PENGENALAN

Ekperimen penghasilan lampu hiasa ini bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang
bioplastik. Bahan-bahan yang digunakan di dalam ekperimen ini merupakan bahan yang
mesra alam. Oleh itu, penghasilan lampu ini dijalankan dengan teratur mengikut proses-prose
yang ditetapkan

BIOPLASTIK

Bioplastik ialah plastik yang diperbuat daripada sumber semula jadi seperti habuk
papan, lemak dan minyak sawit, Jerami dan kanji jagung. Kesedaran menggunakan bioplastic
ini telaj meningkat kerana ianya mempunyai sifat biodegradasi yang baik. Selain itu,
bioplastic ini juga mudah untuk dihasilkan kerana ia mudah dilentur dan penggunaannya juga
dapat mengurangkan jejak karbon. Penghasilan bioplastic ini tidak menyebabkan pembebasan
gas karbon dioksida. Oleh itu, alternatif penggunaan bioplastic secara langsung dapat
mengurangkan kesan rumah hijau.

Bioplastik yang dihasilkan menggunakan kanji jagung merupakan contoh bioplastic


yang mudah untuk dihasilkan. Sifat biodegradasi ini sangat penting kerana dapat
mengelakkan dari berlakunya kemusnahan alam. Plastik yang sering digunakan oleh manusia
sebelum ini mengambil masa yang sangat lama untuk mereput iaitu sehingga 100 tahun
manakala bioplastic ini sangat senang untuk mereput. Terdapat banyak bioplastic berasaskan
sumber semula jadi tetapi bioplastic berasaskan jagung memberikan potensi yang dapat
diaplikasikan pada masa yang akan datang.
ASID ASETIK (C3H4O2)

Asid asetik merupakan bahan utama dalam cuka. Asid tidak berwarna ini mempunyai
bau masam pedas. Terdapat banyak jenis cuka, termasuk cuka sari epel, cuka wain merah dan
putih, cuka balsamic dan sebagainya. Jenis cuka yang berlainan mempunyai kepekatan asid
asetik yang berbeza-beza. Asid asetik ini juga tegolong dalam ketegori asid lemah dan tidak
berbahaya.

GLISERIN

Gliserol atau nama komersialnya gliserin, adalah sejenis karbohidrat yang dipanggil
sebagai alkohol gula (sugar alkohol) atau poliol (polyol). Ia mengandungi jumlah kalori per
gram yang sedikit tinggi daripada gula dan mempunyai kemanisan sebanyak 60 hingga 75
peratus. Gliserin boleh didapati secara semula jadi di dalam makanan atau minuman yang
ditapai, termasuklah minuman keras, madu, cuka, wain dan cuka wain.

Gliserin juga boleh dihasilkan daripada lemak atau minyak yang melalui proses
penapaian yis menggunakan gula atau kanji. Selain itu ia juga digunakan di dalam pelbagai
jenis produk makanan dan minuman, termasuklah produk bernutrisi dan minum tenaga,
produk makanan ringan, gula-gula getah, krim, makanan diet, buah-buahan kering, dan
banyak lagi.

Gliserin telah diiktiraf dan diyakini selamat penggunaannya oleh pelbagai badan-
badan kesihatan dan keselamatan termasuk U.S. Food and Drug Administration. 
SENARAI BAHAN DAN FUNGSI

No Bahan Fungsi
.
1. Tepung Jagung Sebagai ejen pemekat dalam
makanan berasaskan cecair dan
bersifat lut cahaya.

2. Gliserin Sebagai pelembap yang bersifat


polar iaitu menarik air.

3. Cuka Sebagai pelarut yang mencepatkan


proses larutan dalam beberapa
campuran. Ia juga merupakan asid
asetik (C3H4O2).

4. Pewarna Makanan Sebagai ejen pewarna yang tidak


merbahaya untuk makanan atau
sebagainya.

5. Air Berfungsi sebagai media antara


gluten dan karbohidrat, melarutkan
garam dan membentuk sifat kenyal
gluten.

6. Spatula Sebagai alat memasak dan


meratakan bahan.
7. Kuali Alatan memasak yang mengalirkan
haba semasa proses pemananas
berlaku.

LANGKAH-LANGKAH KERJA

1. Proses campuran bahan membuat lampu hiasan.

Sediakan bahan berdekatan dengan tempat untuk memanas.

- Masukkan 2 cawan tepung jagung ke dalam kuali yang berisi air.

- Masukkan 1 sudu teh gliserin dan 1 sudu teh cuka


2. Proses memasak dengan api yang perlahan.

- Buka api dengan perlahan selama 4-7 minit dan kacau adunan secara perlahan supaya
campuran tersebut sebati serta membentuk doh.

3. Proses meratakan doh dengan menggunakan spatula ketika masih panas.

- Setelah dikacau sebati, doh diratakan menggunakan spatula secara perlahan-lahan.


4. Proses mewarnakan bahan do keika bahan doh masih panas.

- Masukkan beberapa titik pewarna makanan mengikut warna yang dipilih dan kacau
doh tersebut sehingga sebati dengan warna.

5. Proses melekatkan bahan doh yang nipis kepada bekas lampu yang hendak
dihiaskan.
- Dengan perlahan, lekatkan doh ke setiap bahagian bekas lampu sehingga menutupi
setiap ruang bekas itu.

6. Lampu hiasan dapat digunakan setelah doh mengeras.


PERBINCANGAN

1. Apakah kelebihan Plastik Biodgredable berbanding Plastik biasa?


- Plastik biodgredeble ini dapat terurai dalam waktu yang lebih singkat dari plastic
biasa sekali gus dapat membantu kita mengatasi permasalahan sampah palstik
yang kian menumpuk.

2. Apakah kekurangan Lampu hiasan yang dihasilkan dengan kaedah Bioplastik ini?
- Jangka hanyat bagi lampu hiasan ini adalah sangat singkat dan ketahannya yang
rapuh berbanding menggunakan bahan lain.

3. Apakah produk yang boleh dibuat menggunakan kaedah seperti lampu hiasan ini?
- Penyedut minuman menggunakan kaedah bioplastik dapat mengurangkan
penggunaan plastic biasa kerana penyedut minuman ini sering digunakan oleh
semua masyarakat setiap hari.
4. Bilakah bioplastic diperkenalkan?
- Konsep penghasilan plastik yang berkesan daripada bahan semula jadi mula
tercetus apabila Alexander Parkensine mempersembahkan ciptaannya Parkenisine,
sejenis nitroselulosa hasil perawatan selulosa tumbuhan dengan asid nitrik, di
Pameran Raya London (The Great London Exhibition) tahun 1862

CADANGAN

Kajian berkaitan bioplastic ini perlu dipertingkatkan untuk memastikan keberkesannya


diakui oleh semua masyarakat di seluruh dunia. Hal ini juga kerana bioplastic ini mempunyai
kelebihan dan kekurangan yang menyebabkan pengunaannya terbatas. Kajian ini juga perlu
dibuat perbandingan dengan plastic biasa.

Seterusnya, kerajaan perlu mengadakan kempen kesedaran kepada masyarakat supaya


penggunaan bioplastik ini dimaanfaatkan secara menyeluruh. Kempen ini perlulah dilakukan
secara berkala dan teratur untuk menyedarkan masyarakat dengan baik. Dengan ini, peratus
penggunaan bioplastik akan meningkat dari masa ke masa.

KESIMPULAN

Lampu hiasan yang diperbuat daripada tepung jagung ini dapat memberikan kesedaran
dan perolehan ilmu terhadap bioplastik. Ia juga dapat memberikan manfaat untuk menghias
rumah tanpa mengunakan bahan yang merbahaya. Pengunaan bahan semula jadi ini dapat
dilakukan untuk membuat produk-produk yang lain pada masa akan datang. Oleh itu, produk
yang dibuat dengan kaedah bioplastic ini sangat jelas bahawa ianya senang untuk dibuat.
Keseimpulannya, experiment sangat bermanfaat dan boleh dikongsi untuk semua lapisan
masyarakat kerana penghasilannya mudah dan cantik.

You might also like