You are on page 1of 2

Pelan Susunatur

Pelan susunatur ialah merupakan perkara yang wajib diketahui oleh murid dan guru. Hal
ini adalah untuk mengetahui tentang zon-zon yang ada dan prinsipnya serta memahami
tentang zon, komponen, fungsi dan kedudukannya di sekolah. Ianya juga untuk memahami
keadah pengurusan bengkel yang menggunakan kaedah 5S.
Terdapat beberapa prinsip dan zon yang perlu diketahui dan diikuti. Prinsip yang diikuti
ialah rekabentuk yang berfungsi, keselesaan pengguna, iklim yang kondusif, berciri
keselamatan dan kos efektif. Pelan susunatur boleh dibahagikan kepada beberapa zon,
antaranya ialah zon pentadbiran, zon akademik, zon kediaman, zon rekreasi dan zon
pertanian. Selain itu, perhubungan di antara zon dan unit-unitnya harus wujud bagi
memudahkan pengurusan aktiviti, keselesaan pengguna dan penjimatan masa.
Zon Pentadbiran berfungsi sebagai pusat penumpuan (focal zon), melambangkan
identity, merupakan pusat pengurusan dan pentadbiran, harus berhampiran dengan pintu
masuk bagi memudah akses kepada pelawat dan berdekatan dengan zon akademik.
Seterusnya, Zon Pentadbiran juga perlu mengandungi pejabat pengetua, pejabat am, bilik
guru serta bilik penolong kanan/ketua bidang, bilik mesyuarat dan sebagainya. Zon
Akademik pula berfungsi sebagai pusat pengajaran dan pembelajaran yang berkedudukan
jauh daripada kesibukan aktiviti lalulintas orang ramai dan gangguan bising. Setiap unit
dalam zon ini harus berdekatan kecuali bengkel dan harus berdekatan dengan zon pentadbiran
bagi memudahkan pengawasan. zon akademik ini juga perlu mengandungu bilik darjah,
makmal, pusat sumber, bilik panitia mata pelajaran dan bengkel.
Zon Kediaman adalah untuk menempatkan Kawasan kediaman bagi pengetua, guru, staf
dan murid (asrama). Rumah pengetua tidak semestinya berhampiran dengan rumah guru, staf
dan asrama. Asrama pula harus berdekatan dengan dewan makan dan surau. Seterunya Zon
Rekreasi iaitu tempat untuk aktibiti kokurikulum sperti sukan, persatuan, kelab dan pasukan
beruniform yang mudah diakses kepada pelajar serta berjauhan dengan Zon Akademik. Zon
seterunya adalah Zon Pertanian iaitu merupakan pusat mengendalikan pelbagai aktiviti
amali pertanian yang berjauhan dari zon/unit lain dan mudah diakses ke jalan raya untuk
pengangkutan. Ia mempunyai kriteria seperti luas kawasan yang mencukupi, tanah yang
sesuai unutk tanaman dan ternakan, saliran kawasan yang baik dan bebas dari pencemaran
dan banjir serta mempunyai kawasan simpanan untuk peluasan masa hadapan. Zon Pertanian
ini juga mengandungi unit ternakan, tanaman, bengkel jentera dan sebagainya.
Kaedah pengurusan bengkel yang digunakan adalah berkonsepkan 5S iaitu sisih, susun,
sapu, seragam dan sentiasa amal. Sisih adalah bertujuan untuk mengasingkan bahan iaitu
bahan yang tidak diperlukan tetapi mesti disimpan, bahan yang kadangkala perlu digunakan
semula dan bahan yang digunakan selalu. Susun pula adalah untuk mengusun bahan yang
selalu digunakan, bahan kadangkala digunakan dan bahan tidak digunakan langsung tetapi
mesti disimpan. Seterusnya, Sapu iaitu untuk memastikan bengkel sentiasa dalam kaadaan
bersih, tiada habuk di atas lantai dan lap mesin dan perkakas. Seragam pula adalah untuk
keseragaman aturan alatan dan perkakas memberi satu situasi kerja yang senang, seronok dan
selamat. Setiap guru dan pelajar yang menggunakan bengkel mesti tahu peranan yang mesti
dilaksanakan. Ini bertujuan supaya keadaan bengkel sentiasa dalam keadaan teratur, kemas
dan bersih. Akhir sekali, Sentiasa Amal iaitu semua kerja dan peraturan yang dirancang dan
digubal perlu diamalkan sentiasa. Kerja-kerja rutin yang mesti dilakukan mengikut kaedah
yang ditetapkan.

You might also like