You are on page 1of 1

Video syarahan enam mengenai pelan susun atur dan ia mengenai zon-zon yang ada

serta prinsip yang terdapat di sebuah sekolah. Selain itu,perlu memahami zon, komponen,
fungsi dan kedudukan di sekolah dan pelajar serta guru perlu memahami kaedah pengurusan
bengkel yang menggunakan kaedah 5S. Untuk prinsip dan zon yang terdapat di sekolah
adalah prinsip yang perlu diikuti seperti rekabentuk yang berfungsi, keselesaan pengguna,
iklim yang kondusif, bercirikan keselamatan dan juga kos efektif. Selain itu, pelan susun atur
boleh dibahagikan kepada beberapa zon iaitu pentadbiran, akademik, kediaman, rekreasi, dan
pertanian. Tujuan perhubungan di antara zon dan unit-unit tersebut harus wujud bagi
memudahkan pengurusan aktiviti, keselesaan pengguna dan penjimatan masa.
Zon pentadbiran berfungsi sebagai pusat penumpuan dan melambangkan identiti
sekolah, merupakan pusat pengurusan dan pentadbiran, dan juga harus berdekatan dengan
zon akademik.Oleh itu, ia perlu berhampiran dengan pintu masuk bagi memudahkan pelawat.
Zon pentadbiran mempunyai pejabat pengetua, pejabat am, bilik guru, bilik penolong kanan,
bilik mesyuarat, dewan perhimpunan dan pusat sumber. Selain zon pentadbiran, zon
akademik perlu ada di sekolah dan ia sebagai pusat pengajaran dan pembelajaran serta
mengandungi bilik darjah, makmal, pusat sumber, bilik panitia mata pelajaran dan bengkel.
Kedudukan zon akademik ini perlu jauh daripada kesibukan aktiviti orang ramai dan
gangguan bising.
Di samping itu, sebahagian sekolah terdapat zon kediaman bagi menempatkan kawasan
kediaman bagi pengetua, guru, staf dan murid iaitu asrama murid. Di sekolah, rumah
pengetua tidak semestinya berhampiran dengan rumah guru, staf dan asrama. Bagi
kedudukan asrama, ia berdekatan dengan dewan makan dan surau bagi memudahkan pelajar
asrama bergerak untuk pergi menunaikan solat dan juga makan. Zon rekreasi penting di
sekolah untuk bertujuan sebagai aktiviti kokurikulum seperti sukan, persatuan, kelab dan
pasukan beruniform. Di beberapa sebahagian sekolah terdapat zon pertanian yang merupakan
pusat mengendalikan pelbagai aktiviti amali pertanian. Zon pertanian ini mengandungi unit
ternakan seperti ayam, tanaman sayur-sayuran, bengkel jentera dan stor serta terdapat kolam
ikan dan ladang.
Di dalam bengkel terdapat pengurusan 5S seperti Sisih (seiri), Susun (seiton), Sapu
(seiso), Seragam (seiketsu), dan Sentiasa amal (shitsuke). Pelajar perlu mengetahui kelima-
lima maksud pengurusan bengkel tersebut. Sisih bermaksud bahan yang diperlukan seperti
bahan yang kadangkala perlu digunakan semula. Untuk susun adalah seperti cara kendalian
bahan yang telah digunakan iaitu simpan di tempat yang betul. Seragam pula disini
bermaksud keseragaman aturan alatan dan perkakas. Akhir sekali untuk makna sentiasa amal
adalah peraturan yang telah dirancang dan perlu diamalkan.

You might also like