You are on page 1of 10

TAJUK 8: Strategi

Mengurus Bilik
Pembelajaran
Bilik Khas (Makmal Bahasa, Studio dll)
PENGENALAN
 Strategi adalah corak atau rancangan yang mengintegrasikan tujuan utama
organisasi, dasar, dan urutan kegiatan menjadi satu unit.
 Pengurusan bilik pembelajaran ialah suatu aspek yang penting dalam
melaksanakan aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan (PDpc)
 Bilik pembelajaran pula merupakan di mana tempat proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku secara rasmi.
 Bilik pembelajaran bukan dikhususkan hanya bilik darjah sahaja.
 Malah makmal dan bengkel juga merupakan bilik pembelajaran yang rasmi.
Pengurusan bilik pembelajaran memerlukan pelbagai pengetahuan,
kemahiran, prosedur, teknik dan strategi.
 pengurusan bilik pembelajaran yang baik boleh menjurus kepada situasi
yang lebih berprosedur sempurna untuk mencapai objektif yang lebih
berkesan.
ISI PENTING: JENIS-JENIS BILIK PEMBELAJARAN
 Bilik darjah tradisi

Bilik darjah tradisi ini merupakan satu tempat bagi sekumpulan pelajar
mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh guru menggunakan kaedah
keseluruhan kelas. Di dalam bilik darjah jenis ini biasanya pelajar duduk
mengikut susunan kerusi dan meja sebaris demi sebaris yang berpusatkan
guru. Pelajar yang rendah bertubuh kecil dan kurang pengelihatan dan
pendengaran ditempatkan di hadapan.
 Bilik darjah KBSR dan KBSM

Dari segi susunan fizikal, kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kaedah
kumpulan. Ini kerana program KBSR menekankan aktiviti pembelajaran
secara berkumpulan dan interaksi antara guru dengan pelajar serta pelajar
dengan pelajar sangat ditekankan. Dari segi strategi pengajaran,pendekatan
yang digunakan lebih bersifat berpusatkan pelajar dan pengelibatan mereka
secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat digalakkan.
 Bilik-bilik khas
Bilik Rawatan

Bilik ini merupakan kemudahan bagi murid mendapatkan rawatan pergigian dan
kesihatan. Bilik ini juga digunakan untuk penempatan sementara bagi murid
sakit sebelum mendapatkan rawatan lanjut. Fungsi ini penting kerana pelajar
yang sihat menjana kecemerlangan pembelajaran.
Makmal bahasa

Makmal bahasa merupakan satu pendekatan baru yang diperkenalkan di makmal


komputer sekolah bagi menyokong dasar MBMMBI (Memartabatkan Bahasa
Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris). Satu pendekatan dalam
menambah baik kurikulum pembelajaran bahasa.
*Bilik darjah mata pelajaran khas ini dilengkapi dengan pelbagai jenis alatan yang
membolehkan guru membuat demonstrasi serta memberi peluang kepada pelajar
menggunakannya dalam amali. Bentuk meja dan kerusi diubahsuai untuk
memudahkan peljar menjalankan kerja amali. Selain itu,dalam bilik darjah ini
juga dilengkapkan dengan alatan perabot seperti almari untuk menyimpan
bahan-bahan dan alatan-alatan malahan sinki dan paip air juga disediakan lebih-
lebih lagi dalam makmal sains dan bilik kemahiran hidup.
INTERAKSI YANG DIGUNAPAKAI DALAM PROSES PEMBELAJARAN DI BILIK PEMBELAJARAN.
STRATEGI DALAM MENGURUS
BILIK DARJAH
 SAIZ BILIK DARJAH

Saiz bilik darjah penting bagi menjamin keselesaan murid semasa sesi
pembelajaran dan pengajaran. Ukuran bilik darjah adalah :
40 orang murid = 7m x 9m.
 SUSUNAN BILIK DARJAH

Dalam konteks ini, susunan bilik darjah mempengaruhi faktor psikososial dan
gaya pengajaran guru. Seharusnya memberi keudahan kepada murid untuk
menjalankan aktiviti pembelajaran yang berpusatkan guru dan aktiviti
kumpulan murid.
 PENCAHAYAAN DAN PENGUDARAN

Kelas haruslah mempunyai pencahayaan dan pengudaraan yang


baik. Dalam konteks ini kelas haruslah mempunyai tingkap dan
pintu yang cukup. Tingkap haruslah dibuka untuk membolehkan
cahaya dan udara dan masuk. Bilik darjah yang gelap atau kurang
pencahayaan akan menjejaskan pengihatan murid lalu
mengakibatkan mereka hilang fokus. Situasi ini juga boleh
menyebabkan mereka berasa mengantuk yang seterusnya
menyebabkan sesi pembelajaran terganggu.
KESIMPULAN
 Secara rumusannya, strategi mengurus bilik pembelajaran
seperti bilik darjah, makmal, studio dan lain-lain amatlah
penting dalam sesebuah sekolah.
 Terdapat pelbagai jenis bilik pembelajaran seperti bilik darjah
tradisi, bilik darjah terbuka dan bilik darjah Pembelajaran abad
ke-21.
 Sesebuah pengurusan bilik pembelajaran yang sistematik dan
berkesan adalah berdasarkan kepada strategi pengurusan bilik
darjah.
RUJUKAN

 https://
everglowqueens.blogspot.com/2019/10/pengenenalan-umumnya-bilik-pemb
elajaran.html

 https://
coggle.it/diagram/WB3uL8b8Wdd_FtVz/t/strategi-mengurus-bilik-pembelaj
aran

You might also like