You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Ruj. Kami : SMKSG(MASY)900-5/1( )


Tarikh : 10 Disember 2021

Yang Dipertua PIBG


SMK Sama Gagah
13500 Permatang Pauh
Pulau Pinang

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN PIBG UNTUK PEMBELIAN SET PA SISTEM BAGI


KEGUNAAN DEWAN PEPERIKSAAN

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa dewan peperiksaan memerlukan PA Sistem yang


baharu bagi menggantikan PA Sistem lama yang rosak dan tidak boleh dibaiki. Sehubungan
dengan itu, pihak sekolah ingin memohon peruntukkan daripada PIBG SMK Sama Gagah
sebanyak RM 1000.00 untuk membiayai kos tersebut.

3. Pihak sekolah amat berharap agar permohonan ini mendapat perhatian dan
dipertimbangkan pihak tuan. Kerjasama dan komitmen PIBG kepada pihak sekolah sangat
dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

....................................................................................
(MA’ WAN RASHIDAH BINTI MOHAMED ISMAIL)
Pengetua
SMK Sama Gagah
13500 Permatang Pauh

You might also like