You are on page 1of 2

BM KARANGAN

KESIHATAN
1. CARA
 Bersenam -agar otak menjadi cerdas dan badan menjadi cergas/menghindari diri
daripada penyakit kronik
 Mengambil diet yang seimbang dan berkhasiat -meningkatkan sistem imun/memenuhi
keperluan nutrien harian
 Mendapat tidur yang mencukupi -bertenaga pada keesokan harinya
 Menjalankan pemeriksaan kesihatan -mengesan tanda-tanda penyakit lebih awal
2. Peribahasa
 Mencegah lebih baik daripada mengubati

SUKAN
1. Kepentingan/Kebaikan
 Mengisi masa lapang -menghindarkan diri daripada melakukan perkara yang tidak
berfaedah dan menarik masyarakat ke arah memanfaatkan masa dengan cara yang baik
 Mengharumkan nama negara -atlet dapat membolot ganjaran yang lumayan
-meningkatkan imej negara di mata dunia
 Membantu mengekalkan kesihatan fizikal dan mental -melancarkan perjalanan darah,
membakar lemak yang berlebihan, membantu perkumuhan
 Menangani ketegangan fikiran dan beban mental -mengelakkan diri terlibat dalam
masalah kemurungan
 Mengeratkan hubungan perpaduan -melahirkan semangat kekitaan -menyatupadukan
masyarakat berbilang kaum di samping berkongsi minat dalam sukan yang sama
2. Cara
 (ibu bapa) Menanam minat anak-anak -menghantar anak ke pusat latihan -memberikan
sokongan dan dorongan
 (sekolah) Mencungkil bakat kesukanan dalam kalangan remaja -mengadakan hari Sukan
-melahirkan banyak atlet sukan bertaraf dunia
 (kerajaan) Menawarkan ganjaran yang lumayan -atlet yang berjaya dalam pertandingan
antarabangsa -pemberian insentif menyuntik semangat persaingan kepada atlet
 (kerajaan) Mengambil jurulatih yang berkaliber -berpengalaman -menyuntik teknik
baharu terhadap atlet -mengatasi kelemahan atlet
 (kerajaan) Meningkatkan infrastruktur dan peralatan sukan -dapat meningkatkan
kesedaran masyarakat terhadap sukan dan memberi tumpuan ke atasnya
3. Peribahasa
 Melentur buluh biarlah dari rebungnya
 Berganding bahu
 Bersatu teguh, bercerai
 Mencegah lebih baik daripada mengubati
 Masa itu emas
 Seikat bak sirih, serumpun bak serai
 Bagai jentera yang tidak mengenal penat lelah 不眠不休
 Kesihatan ialah kekayaan sejati, bukan emas atau perak ----Mahatma Gandhi
PERPADUAN
1. Cara
 (sekolah) Menjalankan program RIMUP -mengadakan persembahan pemakaian pakaian
tradisional -menyemai sikap persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum -
demi kesinambungan perpaduan kaum
 (pihak bukan kerajaan) Mengadakan kempen kesedaran -membolehkan masyarakat
mengenali budaya dan adat resam kaum lain -perpaduan dalam negara bersifat majmuk
ini akan terbina dan terjamin
 (ibu bapa) Mendidik anak-anak sejak kecil -membawa anak menyambut hari perayaan
bersama-sama melalui rumah terbuka -melahirkan generasi muda yang mementingkan
perpaduan kaum dan cinta akan negara
 (media massa) Menerbitkan iklan atau dokumentasi yang mempunyai elemen perpaduan
-membentuk sikap bertolak ansur -untuk memastikan keamanan negara terpelihara
2. Peribahasa
 Seikat bak sirih, serumpun bak serai 团结一致
 Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri 爱国
 Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
 Bersatu teguh, bercerai roboh
 Bertolak ansur

ALAM SEKITAR
1. CARA
 Menggalakkan tanaman hijau -alam sekitar yang hijau dapat memberikan udara yang
nyaring dan segar kepada penghuni -menghijaukan alam sekitar
 Menjaga kebersihan sungai -masyarakat perlu melibatkan diri secara aktif dan kolektif
dalam menjayakan Kempen Cintai Sungai Kita -dijalankan secara berkala dan bukannya
hangat-hangat tahi ayam -mengelakkan daripada berlakunya bencana alam seperti banjir
kilat
 (jawatankuasa penduduk Taman..) Menganjurkan aktiviti gotong-royong -menceriakan
dan membersihkan kawasan perumahan -para penduduk dapat hidup aman damai dan
tenteram
 Mengamalkan kitar semula -menyelamatkan alam sekitar dan mengurangkan kos sumber
tenaga -hal ini dikatakan sambil menyelam minum air -perlu dipraktikkan untuk
memelihara alam sekitar yang sangat ternilai

You might also like