You are on page 1of 2

1

CSL2014

Cadangan isi karangan DIMENSI MASYARAKAT/NEGARA

Peranan pelbagai pihak dalam memajukan industri pelancongan
Isi 1 : Penglibatan aktif agensi kerajaan - Kementerian Pelancongan - agensi-agensi di bawah
kementerian berkenaan perlu aktif mempromosikan Malaysia ke peringkat global

Isi 2 : Inisiatif hendaklah turut digerakkan oleh sektor swasta juga - menyokong dan mengambil
bahagian dalam program galakan pelancongan di luar negara - membangunkan prasarana pelancongan
seperti kemudahan penginapan dan pengangkutan

Isi 3 : Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hendaklah menjaga dan memperindah kawasan jagaan
masing-masing - mengutamakan aspek kebersihan dan keindahan - membangunkan tempat-tempat
yang berpotensi menjadi daya tarikan pelancong

Isi 4 : Menyuntik minda masyarakat agar lebih berfikiran terbuka - melihat sektor pelancongan
secara positif - menyokong usaha pihak kerajaan dan PBT menjaga alam sekitar - mengamalkan budaya
sopan santun, peramah, dan berbudi bahasa

Isi 5 : Penglibatan aktif duta-duta di luar negara - menyampaikan mesej yang jelas tentang
Malaysia

Peranan pelbagai pihak untuk memulihara sungai
Isi 1 : Manusia perlu insaf dan belajar daripada sejarah tentang hakikat sungai yang sebenarnya
sebahagian besar manusia pada hari ini memang buta tentang fungsi sungai dan hakikat kejadian sungai
oleh Allah SWT.

Isi 2 : Masyarakat perlu sedar tindakan salah mereka menyebabkan tindak balas sungai yang amat
mengerikan kemarau atau banjir sebagai suatu tindak balas sungai

Isi 3 : Manusia harus bangkit untuk menentang segala pencerobohan dan pencemaran sungai peranan
NGO, PBT, dan kerajaan.

Isi 4 : Institusi pendidikan hendaklah mengutamakan tajuk sungai dalam banyak silibus di sekolah
melahirkan masyarakat yang terdidik dan mesra sungai

Isi 5 : Kerajaan wajib mengangkat martabat sungai setaraf dengan infrastruktur yang lain menyamai
taraf bangunan sejarah, muzium, dan semua aset berharga yang lain orang ramai sedar bahawa harta
negara perlu dijaga

Faedah Dasar 1 Murid 1 Sukan
Isi 1 : Melahirkan remaja yang berperawakan sihat, kental, dan cerdas sukan merupakan saluran
terbaik untuk merangsangkan kecergasan mental dan fizikal dengan cara yang teratur dilaksanakan
secara terancang oleh pihak sekolah, kementerian, dan organisasi sukan memberi peluang bergiat aktif
berdasarkan kemampuan fizikal dan kemahiran individu tiada lagi individu yang tersisih menjadi
imbangan antara potensi kognitif, psikomotor, dan afektif (perkembangan yang seimbang antara mental,
fizikal, dan sikap)

Isi 2 : Mengasah dan mempertajam bakat sejak awal usia lagi potensi individu perlu digilap ketika
masih kecil bagi yang berbakat boleh disalurkan kepada bidang profesional dan menjadi saluran
kerjaya utama (tokoh-tokoh sukan nasional dan profesional) boleh melahirkan lebih ramai tokoh
profesional sukan

Isi 3 : Menyediakan bakat-bakat sukan untuk menggalas tugas negara di peringkat antarabangsa
program yang menjadi medan melahirkan seberapa ramai jagoan sukan negara tanpa perancangan
yang rapi, negara tidak dapat bersaing di peringkat global (kecuali badminton dan boling semua acara
sukan yang lain sangat tercorot bola sepak di tangga ke-142 dalam ranking dunia)

Isi 4 : Melahirkan rakyat yang setia dan patriotik sumbangan dalam bidang sukan berjaya
menaikkan nama negara (Dato Lee Chong Wei, Dato Nicol David, Shalin Zulkifli dll) turut menjadi
landasan mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat majmuk kejayaan dalam Piala AFF hasil
dukungan rakyat pelbagai kaum mempercepat proses transformasi dan hasrat 1 Malaysia

Isi 5 : Menyokong dalam sumbangan ekonomi negara - kegiatan sukan di peringkat antarabangsa
memberi sumbangan besar dalam sektor ekonomi hadiah lumayan (Tiger Wood, Lionel Messi, David
Beckham, Edmund Hilary dll) berjaya menjadi tuan rumah kejohanan antarabangsa (kemajuan dalam
industri pelancongan sukan)

Usaha membantu golongan OKU
Isi 1 : OKU hendaklah diberi peluang menuntut ilmu sehingga ke peringkat tertinggi yang mereka mampu
bukan semua OKU yang tergencat mental ilmu sahaja yang mampu mengubah kehidupan insan

Isi 2 : Menyediakan pelbagai bidang kemahiran yang sesuai dengan OKU sebagai alternatif kepada
golongan yang tidak mampu meneruskan pengajian

Isi 3 : Menyediakan segala infrastruktur yang mesra OKU bagi memudahkan pergerakan dan urusan
harian mereka

Isi 4 : Masyarakat perlu membuka minda untuk menerima OKU seadannya kecacatan bukan alasan
untuk menysihkan mereka kekurangan yang dialami bukan untuk dihina tetapi untuk diinsafi

Isi 5 : Kerajaan dan swasta hendaklah menyediakan peluang pekerjaan yang layak dengan kemampuan
OKU melaksana tanggungjawab atas wadah masyarakat prihatin dan penyayang



Kepentingan industri pelancongan kepada negara
Isi 1 : Dari segi politik, hubungan antarabangsa dengan negara asing semakin meluas imej Malaysia
akan dihebahkan oleh duta-duta tidak rasmi yang datang melancong

Isi 2 : Dalam aspek ekonomi banyak sekali peluang ekonomi yang terjana kemajuan kepada industri
pelancongan itu sendiri seperti dalam bidang perhotelan memajukan industri hiliran berkaitan
pelancongan seperti makanan, pakaian, cenderamata, pengangkutan dan sebagainya.

Isi 3 : Dalam aspek sosial masyarakat setempat memperoleh pelbagai pendedahan daripada interaksi
dengan orang asing aspek budaya bahasa dan cara berfikir

Isi 4 : Malaysia dapat memaksimumkan potensi negara sistem pengangkutan yang dibangunkan,
kemudahan prasrana, alam sekitar yang terjaga dan semua potensi alam berjaya dimanfaatkan

2

CSL2014

Isi 5 : Boleh mempertingkatkan tukaran asing satu lagi peluang dalam bidang ekonomi minat yang
tinggi daripada pelancong-pelancong dari Timut tengah, Jepun, Korea, dan Eropah boleh meningkatkan
kadar tukaran mata wang negara.

Faedah Industri Kecil dan Sederhana
Isi 1 : Dapat menjanakan pendapatan kepada masyarakat setempat menyediakan peluang pekerjaan
yang secara relatifnya menyokong pertumbuhan ekonomi setempat

Isi 2 : Menghasilkan produk yang memenuhi keperluan domestik dan pasaran luar industri yang
berkaitan dengan memproses makanan

Isi 3 : Memaksimumkan penggunaan barang-barang mentah tempatan mengeksport barang-barang
yang siap diproses produk-produk IKS turut dieksport ke negara-negara jiran dan termasuk di pasaran
Timur Tengah

Isi 4 : Melahirkan tenaga pakar dan korporat dalam kalangan masyarakat setempat sebagai akses
untuk membuka peluang anak-anak tempatan menjadi pemain industri yang mampu bersaing di
peringkat tempatan dan internasional

Isi 5 : Menyokong pasaran setempat urus niaga bertambah cergas dengan kemasukan pelbagai
jenama baru (makanan, pakaian, perhiasan, dan barang-barang utiliti)

Peranan pelbagai pihak menjaga kebersihan di tempat awam
Isi 1 : Kerajaan hendaklah mempunyai perancangan yang jelas tentang hala tuju alam sekitar di Malaysia
melaksanakan suatu program yang rakyat benar-benar faham tentang kelestarian alam sekitar

Isi 2 : Pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu memiliki suatu dasar yang tegas dalam menangani isu alam
sekitar penjagaan yang rapi, pemantauan yang kerap, dan tindakan undang-undang yang tegas dan
adil

Isi 3 : Pihak sekolah dan institusi pendidikan menyediakan kurikulum yang langkap tengan silibus alam
sekitar usaha memperkasakan subjek alam dan manusia di sekolah dan menawarkan kursus alam
sekitar yang wajib diambil oleh pelajar di IPT

Isi 4 : Orang awam hendaklah mempunyai kesedaran sivik terhadap langkah menjaga alam sekitar
sikap lepas tangan dan curi tulang membiarkan alam sekitar dijaga oleh pihak lain hendaklah dikikis

Isi 5 : Ibu bapa mendidik anak-anak agar mesra alam sekitar dan kebersihan pendidikan bermula di
rumah

Kepentingan melancong
Isi-isi cadangan : (Kebaikan/kepentingan)
Catatan : Dalam isi pertama calon dinasihati supaya menerangkan perihal tempattempat
pelancongan yang menarik di negara kita ( Langkawi Geopark, Taman Laut
negara, gua-gua bersejarah, gunung-gunung dan pulau-pulau yang cantik,
peradaban pelbagai budaya masyarakat dan tempat-tempat makanan terkenal,

Isi 2. Dapat mendalami secara ilmiah tentang keistimewaan khazanah negara
sambil menyelam minum air (sambil menjamu mata dapat menggali pelbagai sumber
ilmu pengetahuan)

Isi 3. Menyokong pembangunan industri pelancongan negara turut menyokong
industri hiliran dalam sektor pelancongan seperti kraftangan, penyediaan makanan,
dan peninapan

Isi 4. Menjanakan pendapatan negara melalui industri pelancongan domestik
pengaliran wang dalam negeri yang dapat membantu kecairan mata wang dan
meningkatkan modal boleh tunai tempatan

Isi 5. Memperkukuh interaksi/jaringan persahabatan rakyat Malaysia rakyat dalam
pelbagai budaya, fahaman, dan estetika dapat saling berhubung dan berkenalan.

You might also like