You are on page 1of 1

10-9-3 Jalan 1/144A Taman Bukit Cheras, 56000 Cheras, Kuala Lumpur

Emel: kelabbolasepakmota@gmail.com Telefon: 012-3478723

MEMO PEMAKLUMAN KENAIKAN KADAR YURAN


AKADEMI MOTA BAGI TAHUN 2023
Untuk makluman semua pihak berkepentingan, pada tahun 2023 Kelab MOTA
telah merancang untuk memperbanyakkan lagi program, aktiviti serta
kejohanan dalaman dan luar untuk manfaat pembangunan semua pelatih di
dalam akademi MOTA. Kelab Bolasepak MOTA juga merancang untuk
menambah jumlah pasukan MOTA FC di kawasan Kuala Lumpur & Wilayah
Persekutuan Putrajaya serta Selangor supaya lebih ramai pelatih di peringkat
cawangan mendapat ruang dan peluang beraksi bersama MOTA FC di
kejohanan luar dan peringkat yang lebih tinggi.

Sehubungan itu, mengambil kira kos-kos pengoperasian di peringkat akademi


dan MOTA FC yang meningkat seperti kadar sewa gelanggang, kadar elaun
jurulatih, kadar harga barangan latihan serta yang berkaitan, kami terpaksa
menaikkan kadar yuran Akademi di seluruh cawangan MOTA bagi
memastikan segala perancangan pembangunan MOTA tahun hadapan
dapat dijalankan. Untuk makluman semua ibubapa dan penjaga, pihak kelab
telah bermesyuarat bersama Pengurus Cawangan dan Ketua Jurulatih MOTA
FC dan telah mendapat kata sepakat untuk menaikkan kadar yuran akademi
kepada hanya RM120.00 sebulan.

Kami amat yakin dengan kadar yuran baharu ini Kelab pasti akan
menggunakan sebaik mungkin untuk merancakkan lagi takwim perancangan
tahunan Kelab melibatkan program, aktiviti serta penglibatan MOTA FC di
dalam arena sukan ini. Diharapkan dengan kenaikan kadar ini akan
menyokong dan membantu prestasi pasukan akademi dan kelab ke arah
lebih cemerlang pada tahun hadapan.

Sekian, terima kasih.

“PENERAJU PEMBANGUNAN AKAR UMBI”

PENGURUSAN TERTINGGI
KELAB BOLASEPAK MOTA
28 DISEMBER 2022, RABU

“DEVELOP TO SUCCESS”

You might also like