You are on page 1of 4

4.

0 Kaedah Kajian
Pengkaji dan ahli kumpulan menggunakan pelbagai kaedah- kaedah dalam kaedah
kajian. Antara kaedah-kaedah ialah:
4.1 Pemilihan Kawasan
Pengkaji dan ahli kumpulan telah memilih Hutan Rekreasi Gunung Lambak,
Kluang. Gunung lambak sememangnya satu lokasi pendakian yang cukup terkenal di daerah
Kluang, Johor. Gunung ini bukan sahaja terkenal di kalangan warga Johor tetapi juga cukup
popolar di kalangan pendaki-pendaki daripada Singapura. Gunung Lambak ini mempunyai 2
puncak dan meskipun ianya diklasfikasikan sebagai gunung tetapi ketinggian puncak yang
paling tinggi hanyalah setinggi 510 meter (1,673 kaki) daripada paras laut. Sesiapa yang
singgah di Bandar Kluang, mesti akan nampak puncak gunung lambak ini tersergam indah
dan menjadi permandangan latar belakang Bandar Kluang. Pengkaji dan ahli kumpulan
memilih Hutan Rekreasi Gunung Lambak, Kluang kerana ia terletak 5 km dari Bandar Kluang
dan sekiranya daripada Lebuhraya Utara Selatan, ia bolehlah susur keluar melalui Air Hitam
atau Batu Pahat dan terus menghala ke arah Bandar Kluang.

4.2 Pengukuran Plot


Kawasan kajian yang dilakarkan adalah 10mX10m. Pengkaji dan ahli
kumpulan diberi plot sebanyak 25m/persegi. Pengkaji dan ahli kumpulan telah menjalankan
pengukuran di kawasan kajian bagi mendapatkan spesies tumbuh-tumbuhan di sekitar
kawasan tersebut. Beberapa jenis alatan digunakan ketika proses mengukur iaitu pita
pengukur, kayu pancang jajar, tali rapiah, pen dan kertas. Kayu pancangan telah dipasang
bagi menandakan setiap 4 stesen tersebut. Pita pengukur serta tali rapiah turut digunakan
untuk mengukur setiap 4 buah pancangan iaitu pada sela jarak minimum 5 meter secara
lurus untuk melengkapkan keseluruhan jarak kajian iaitu sepanjang 25meter.

4.3 Pengumpulan Data


Pengkaji dan ahli kumpulan mengumpul data dari segi kaedah pemerhatian.
Kaedah pemerhatian merupakan kaedah yang telah digunakan semasa menjalankan kajian.
Pengkaji dan ahli kumpulan telah pergi ke lokasi kajian iaitu Hutan Rekreasi Gunung Lambak,
Kluang dan memerhatikan sendiri lokasi yang dipilih. Kaedah ini membolehkan pengkaji
untuk mentafsir dan mencerap dengan jelas. Seterusnya pengkaji mencatatkan segala
maklumat yang dipilh. Kaedah pemerhatiannini telah pengkaji lakukan pada 15 Oktober
2022 bersamaan pada hari Sabtu. Pengkaji dan ahli kumpulan juga ada membuat rakaman
foto dengan menggunakan kamera untuk dijadikan sebagai bahan bukti kajian yang telah
dilaksanakan.

4.4 Pemetaan Spesies Tumbuhan


Pengkaji dan ahli kumpulan memetakaan spesies tumbuhan melalui plot
dalam peta lakar yang dilukis dalam sehelai kertas sebagai lakaran sebelum menentukan
plotnya. Dengan itu, pengkaji dan ahli kumpulan mendapat pelbagai spesies tumbuhan.
Maka, pengkaji dan ahli kumpulan dapat melakar pelbagai spesies tumbuhan di Hutan
Rekreasi Gunung Lambak, Kluang.

4.5 Rujukan Perpustakaan


Kaedah rujukan perpustakaan telah pengkaji dan ahli kumpulan gunakan
dalam kajian ini untuk mendapatkan maklumat bagi menjelaskan tajuk kajian, mendapatkan
fakta, dan hasil penemuan yang telah dibuat daripada kajian lepas. Rujukan seperti peranan
tumbuhan atau pun hutan terhadap kawasan persekitaran Hutan Rekreasi Gunung Lambak,
Kluang antara rujukan yang dibuat daripada buku-buku ilmiah dan ensiklopedia di
Perpustakaan Awam Kluang, Johor. Dua buah atlas juga telah digunakan untuk
mengenalpasti jenis tumbuh-tumbuhan dan bentuk muka bumi Hutan Rekreasi Gunung
Lambak, Kluang sebagai maklumat awal dalam memulakan kajian ini. Selain itu, kaedah ini
adalah untuk mendapatkan maklumat tambahan dan maklumat yang jelas tentang lokasi
dan latar belakang Hutan Rekreasi Gunung Lambak.
5.0 Hasil Kajian
5.1 Huraikan ciri hutan di kawasan Hutan Rekreasi Gunung Lambak, Kluang.
Terdapat beberapa ciri-ciri hutan di kawasan Hutan Rekreasi Gunung lambak, Kluang.
Antaranya ialah:
5.1.1 Lapiasan Hutan
Terdapat beberapa perkara yang nik mengenai Hutan Rekreasi Gunung
Lambak, Kluang. Antaranya ialah empat lapisan yang nyata. Lapisan teratas
ialah renjung atau emergen yang terdiri daripada pokok-pokok yang sangat
tinggi iaitu melebihi 40 meter. Pokok-pokok ini tumbuh tinggi untuk
mendapatkan cahaya matahari yang mencukupi. Pokok-pokok ini tidak akan
tumbang kerana akarnya ialah akar banir yang berfungsi untuk menahan
pokok tersebut supaya tidak tumbang. Seterusnya ialah lapian kanopi dan
pokok yang terdapat di lapisan ini ialah pokok yang tingginya kira-kira 20
hingga 40 meter. Pokok ini tumbuh dengan rapat dan menghalang daripada
cahaya matahari untuk sampai ke dasar hutan. Di bawah kanopi terdapat
lapisan tengah iaitu terdiri daripada pkok yang sederhana padat yang tumbuh
kira-kira 10 hingga 20 meter. Tumbuhan yang terdapat di lapisan ini ialah
epifit dan parasit. Lapisan yang keempat, iaitu lapian bawah atau dikenali
sebagai lantai hutan terdiri daripada pokok-pokok yang ketinggiannya kurang
dari 10 meter. Antar contoh tumbuhan yang ada di lapisan ini ialah,
cendawan, pokok renek dan semak samun. Namun begitu, tumbuhan di
lantai hutan ini kurang membiak disebabkan kurang mendapat cahaya
matahari.

5.1.2 Jenis Tumbuhan


Pokok-pokok dalam Hutan Rekreasi Gunung Lambak, Kluang ialh malar hijau.
Batang pokoknya lurus dan dahannya tumbuh di bahagian atas pokok.
Walaupun Hutan Rekreasi Gunung Lambak, Kluang hanya meliputi enam
peratus daripada keluasan permukaan bumi, tetapi hutan ini merupakan
habitat bagi hampir dua ertiga daripada jumlah spesies tumbuh-tumbuhan di
bumi. Hutan ini juga mempunyai pelbagai jenis kayu yang keras yang bernilai
dan bermutu tinggi.

5.1.3 Jenis Fauna


Di Huatan Rekreasi Gunung Lambak, Kluang terdapat sejenis fauna yang
bilangannya tinggi iaitu monyet. Hutan tersebut diliputi dengan monyet
kerana mereka mendapat sumber makanan dari hutan tersebut. Manakala
haiwan tersebut tidak menganggu aktiviti harian penduduk di sana.
Penduduk di sana juga berasa biasa dengan ehadiran monyet semasa mereka
melakukan aktiviti seperti mendaki gunung atau senaman di tapak bawah
Hutan Rekreasi Gunung Lambak, Kluang.

5.2 Tumbuhan semulajadi di dalam plot berukur 10m X 10m di Hutan Rekreasi
Gunung Lambak, Kluang.
5.2.1 Memetakan jenis spesies tumbuhan di dalam plot kajian di Hutan
Rekreasi Gunung Lambak, Kluang.
5.2.2 Mengumpulkan data ciri spesies tumbuhan di dalam plot kajian di
Hutan Rekreasi Gunung Lambak, Kluang.

You might also like