You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN BALOK,

26100 KUANTAN

KERTAS KERJA
LAWATAN SOSIAL SAMBIL MELANCONG
GURU-GURU DAN KAKITANGAN
SEK. KEB. BALOK

TARIKH : 18 FEBUARI 2023


HARI : SABTU
ANJURAN : BADAN AMAL GURU & STAFF (BAGUSS)
SEKOLAH KEBANGSAAN BALOK
BADAN AMAL GURU & STAFF (BAGUSS)
SEKOLAH KEBANGSAAN BALOK

1.0 PENDAHULUAN

Guru dan kakitangan di sekolah merupakan nadi penggerak sesebuah sekolah. Justeru itu, mereka
selalu dibebani tugas yang berat samaada di bilik darjah mahupun luar bilik darjah. Adalah menjadi
harapan kepada semua guru dan kakitangan untuk sentiasa kekal dengan momentum yang positif
untuk terus menguruskan tugasan harian di bilik darjah mahupun tugasan pengkeranian agar
sekolah dapat dipacu dengan jayanya. Oleh yang demikian, lawatan ini dianjurkan adalah berfokus
untuk merehatkan minda dengan melawat tempat-tempat menarik di sekitar Bandaraya Kuala
Lumpur. sekaligus dapat memberi pengalaman dan ilmu yang baru kepada semua pererta.

2.0 MATLAMAT

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada guru-guru dan staff untuk
mengeksplorasi tempat-tempat menarik yang terdapat di Bandaraya Kuala Lumpur disamping dapat
berbelanja atau “shopping” barangan keperluan mahupun cenderahati sebagai kenang-kenangan.
Selain itu juga, dengan adanya lawatan seperti ini para guru dan staff SK Balok dapat mengeratkan
lagi ukhuwah dan silaturahim di antara satu sama lain.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Merehatkan diri dan minda


3.2 Luaskan ilmu pengetahuan baru dengan pendedahan kepada tempat-tempat yang
menarik di Kuala Lumpur
3.3 Berbelanja atau shopping barangan menarik dan cenderahati
3.4 Mengeratkan ukhuwah dan silaturahim sesama peserta lawatan

4.0 SASARAN

Guru-guru dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan Balok.

5.0 TEMPOH MASA

Lawatan ini diadakan selama 1 hari 1 malam iaitu bermula seawal pagi sabtu 18 Febuari 2023 dan
berakhir pada malam hari yang sama.

6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

PENASIHAT : En. Mohd Razuki bin Daud


(Guru Besar)

TIMBALAN PENASIHAT : En. Azman bin Hamid


(GPK Kokurikulum)

PENGERUSI : Wan Shahrizan bin Wan Sayed


(Pengerusi Badan Amal Guru & Staff BAGUSS)

SETIAUSAHA : Siti Arziana bt. Sazali

PENYELARAS PROGRAM : Ahli jawatankuasa Badan Amal Guru & Staff (BAGUSS)
7.0 KEWANGAN

Bil. Perkara Kuantiti Kos


1. Sewa Bas – 1 Bas (1 hari) 1 bas X 44pax Tiada

2. Makan dan minum peserta 44 orang sendiri

3. Penginapan tiada Tiada

JUMLAH -

8.0 TENTATIF PROGRAM

Tarikh/Hari Masa Aktiviti Catatan

18 FEB 2023 7.00 pagi - bertolak ke Kuala Lumpur


(sabtu)

10.00 pagi - Tiba di Kuala Lumpur


- Sarapan pagi
- Melawat tempat-tempat menarik
di Kuala Lumpur
(Dataran Merdeka)
(Shopping GM Klang & IKEA )

10.00 malam - Tiba di Sk Balok


9.0 PENUTUP

Lawatan ini diharapkan dapat mencapai matlamat dan objektifnya seterusnya dapat menjadikan
warga pendidik yang professional dan berdedikasi. Ini semua akan dapat dicapai sekiranya semua
guru dan staff berganding bahu bersama-sama menggembeling masa, tenaga dan usaha dalam
memacu SK Balok mencapai kejayaan insya Allah.

Disediakan Oleh, Disahkan oleh,

…………………………………………………… ……………………………………………..
(WAN SHAHRIZAN BIN WAN SAYED) (MOHD RAZUKI BIN DAUD)
Pengerusi Badan Amal & Staff (BAGUSS) Guru Besar
SK Balok

You might also like