You are on page 1of 21

PERINTAH-PERINTAH AM

BAB F

PERUBATAN

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA


1974

mukasurat i

PERINTAH-PERINTAH AM

Bab F

PERUBATAN

PENDAHULUAN

PERINTAH-PERINTAH Am Bab F, Perubatan, ini telah diluluskan oleh Kebawah Duli


Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai menggantikan
Perintah-Perintah Am Bab F yang telah dikeluarkan pada 1hb Ogos, 1957.

2. Tarikh kuatkuasa Perintah-Perintah Am Bab F yang baru ini ialah 1hb Mac, 1974.

3. Dengan berkuatkuasanya Perintah-Perintah Am Bab F ini, maka semua peruntukan


dalam Perintah-Perintah Am Bab F Tahun 1957 itu adalah dengan ini dibatalkan.

KETUA PENGARAH
PERKHIDMATAN AWAM,
MALAYSIA

1hb Mac, 1974.

mukasurat ii
KANDUNGAN
PERINTAH-PERINTAH AM
Bab F
PERUBATAN

1. Tafsiran.

I. RAWATAN PERUBATAN UNTUK PEGAWAI-PEGAWAI


2. Rawatan percuma di hospital / kelinik pesakit luar.
3. Rawatan di hospital yang berhampiran.
4. Rawatan prevet bayar sendiri.
5. Bayaran bersalin bukan di hospital.
6. Pegawai perlu mendapat sijil sakit.
7. Rawatan di luar negeri.
8. Kemudahan yang sama bagi pesara / keluarga.
9. Kemudahan rawatan untuk keluarga pegawai selepas kematiannya.

II. TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PERUBATAN


10. Kuasa pegawai perubatan dan ketua jabatan perubatan Negeri.
11. Pemeriksaan mayat.
12. Melapur kematian di hospital / kematian seorang gila.
13. Kematian yang memerlukan siasatan mahkamah.
14. Kuasa mengurangkan / menghapuskan bayaran hospital / ambuIan.
15. Membantu dalam kes prevet.
16. Memberi pendapat / rawatan dalam perundingan.
17. Bayaran perundingan yang boleh diterima / bayaran sebagai saksi biasa.

III. LEMBAGA PERUBATAN


18. Ahli-ahli Lembaga Perubatan.
19. Bila Lembaga boleh dipanggil.
20. Lapuran Lembaga.

IV. BAYARAN DAN PERATURAN WAD


21. Bayaran wad.
22. Pengiraan bayaran wad.
23. Pegawai masuk wad kelas tinggi / kelas rendah.
24. Murid-murid sekolah percuma.

mukasurat iii
25. Pegawai perlu mengemukakan surat pejabat.
26. Pembayaran bil: Ketua Jabatan memotong gaji.

V. PELBAGAI
27. Perlantikan sebagai pegawai pakar.
28. Rawatan untuk kakitangan Jabatan Perubatan.
29. Pemeriksaan untuk bekerja dengan Kerajaan / berkrusus / belajar.
30. Rawatan percuma untuk pelatih.
31. Syarat-syarat mendapatkan rawatan.
32. Surat ubat.
33. Penggunaan ambulan.
LAMPIRAN A - Bayaran Wad.
LAMPIRAN B - Kad Pengenalan bagi Keluarga Pegawai yang Meninggal Dunia.
LAMPIRAN C - Lapuran Lembaga Perubatan.
LAMPIRAN D - Surat Pengenalan dan Akuan.

mukasurat iv

PERINTAH-PERINTAH AM

Bab F

PERUBATAN

PERINTAH-PERINTAH Am yang berikut ini telah dikeluarkan di bawah


kuasa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong mengikut Fasal (2) Perkara 132 Perlembagaan.

[Berkuatkuasa mulai dari 1hb Mac, 1974.]

1. Dalam bab ini: Tafsiran.

(i) "Doktor prevet" bermakna seseorang doktor perubatan atau


doktor pergigian berdaftar yang tidak berkhidmat dengan
Kerajaan Malaysia.

(ii) "Hospital" bermakna sebarang hospital Kerajaan dan termasuk


mana-mana hospital universiti, klinik-klinik Kerajaan dan lain-
lain yayasan perubatan Persekutuan.

(iii) "Keluarga pegawai" bermakna, bagi pegawai lelaki, isteri dan


anak-anaknya; dan bagi pegawai perempuan, suami dan anak-
anaknya. Di mana ada disebutkan dalam bab ini tentang
rawatan percuma yang boleh diberi kepada keluarga seseorang
pegawai, maka anak-anak yang berkelayakan ialah anak-anak
yang ditanggung sepenuhnya oleh pegawai yang berumur di
bawah 18 tahun; atau sekiranya masih bersekolah, di bawah
umur 21 tahun. Walau bagaimanapun bagi anak-anak yang daif
yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani had-had
umur ini tidak akan dipakai. Istilah "anak" akan termasuk juga
anak-anak tiri dan anak-anak angkat yang diambil mengikut
undang-undang. Untuk tujuan bab ini, balu seseorang pegawai
akan juga dianggap sebagai keluarga pegawai selagi ia tidak
berkahwin semula.

(iv) "Lembaga Perubatan" bermakna sebarang Lembaga yang


ditubuhkan mengikut Perintah Am 18.

(v) "Panel Doktor" bermakna seseorang doktor prevet yang


diluluskan oleh Kerajaan untuk menjadi ahli Panel Doktor bagi
tujuan mengeluarkan Sijil Sakit (seperti yang ditafsirkan
dalam Bab C) yang tidak perlu ditandatangan timbal oleh
seseorang pegawai perubatan sebelum boleh diterima oleh
Ketua Jabatan.

(vi) "Pegawai" bermakna mana-mana pegawai atau pesara dalam


perkhidmatan Kerajaan Malaysia atau mana-mana Negeri.

(vii) "Pegawai Perubatan" bermakna seseorang doktor perubatan


atau doktor pergigian berdaftar yang berkhidmat dengan
Kerajaan Malaysia dan bagi maksud Perintah-Perintah Am 6
dan 32 termasuk seseorang doktor perubatan atau doktor
pergigian yang berkhidmat dengan sebarang hospital universiti
atau Angkatan Tentera Malaysia.

(viii) "Perundingan" bermakna sebarang masa yang seseorang


pesakit luar yang bukannya pesakit sebarang hospital atau
yayasan perubatan Kerajaan dirujukkan oleh seseorang doktor
prevet kepada seseorang pegawai perubatan (atau doktor
pergigian

mukasurat 1

jika kes pergigian) untuk mendapatkan pandangan atas kesnya itu.


Bagi kes pergigian, sebarang rujukan oleh pegawai perubatan tentang
seseorang pesakit yang membayar di hospitalnya kepada seorang
doktor pergigian atau pakar pergigian akan dianggap sebagai
perundingan juga. Apabila seseorang doktor prevet hanya meminta
supaya pesakitnya dimasukkan ke dalam hospital, ini tidak akan
dianggap sebagai perundingan. Sebarang keraguan tentang samada
satu-satu rujukan itu boleh dianggap sebagai perundingan akan
diputuskan oleh Ketua Jabatan Perubatan Negeri atau Ketua Yayasan
Perubatan Persekutuan, mana yang berkenaan, dan sebarang rayuan
dari keputusannya itu akan diputuskan secara muktamad oleh Ketua
Pengarah Kesihatan.
(ix) "Yayasan Perubatan Persekutuan" bermakna sebarang hospital atau
yayasan perubatan yang diistiharkan oleh Kerajaan sebagai Yayasan
Perubatan Persekutuan dari semasa ke semasa.

I. RAWATAN PERUBATAN UNTUK PEGAWAI-PEGAWAI


Rawatan 2. Pegawai-pegawai dan keluarga mereka yang jatuh sakit akan
Percuma di mendapat rawatan, ubat dan rawatan perubatan atau pergigian yang
Hospital/
Klinik Pesakit
percuma yang ada pada Kerajaan termasuklah pembekalan alat-alat
Luar. (4). otopidik dan anggota-anggota palsu tetapi tidak termasuk pembekalan
gigi palsu. Rawatan-rawatan percuma ini akan diberi di hospital-
hospital dan di klinik-klinik pesakit luar. Di mana ubat-ubat yang perlu
untuk rawatan seseorang pegawai tidak diperolehi di dalam stor ubat
Kerajaan, maka Ketua Jabatan Perubatan Negeri atau Ketua Yayasan
Perubatan Persekutuan boleh mengarahkan pembelian tempatan
ubat-ubat tersebut.
Rawatan di 3. Pegawai-pegawai dan keluarga mereka hendaklah mendapatkan
Hospital rawatan mereka di hospital-hospital atau klinik-klinik Kerajaan yang
Yang
Berhampiran.
berhampiran dengan stesyen mereka. Sekiranya seseorang pegawai
(9). perubatan tempatan mengesahkan bahawa seseorang pegawai itu
atau keluarganya perlu mendapat rawatan dari pegawai-pegawai
perubatan di tempat lain, maka dia atau keluarganya boleh menuntut
elaun-elaun seperti dalam Bab B Perintah-perintah Am seolah-olah
dia atau keluarganya di dalam perjalanan kerana urusan resmi. Tetapi
sekiranya pegawai itu sendiri ingin hendak mendapatkan rawatan dari
seorang pegawai perubatan di tempat lain tanpa nasihat dari pegawai
perubatan tempatan maka elaun-elaun seperti di atas tidak boleh
dituntut.
Rawatan 4. Seseorang pegawai yang mendapat rawatan dari seorang doktor
Prevet Bayar prevet akan menanggung segala perbelanjaan bersabit dengan
Sendiri. (13).
rawatan tersebut. Sebagai seorang pesakit kepada seseorang doktor
prevet, dia juga akan dikehendaki membayar apa-apa bayaran
perundingan apabila doktor tersebut memanggil seorang pegawai
perubatan atau doktor pergigian untuk rundingan atas kesnya.
Bayaran 5. Apabila isteri kepada atau seseorang pegawai memilih untuk
Bersalin bersalin di tempat yang lain daripada hospital dan dia dirawati oleh
Bukan di
Hospital.
seorang pegawai perubatan, maka. pegawai perubatan itu boleh
(15). mengenakan satu bayaran mengikut kadar yang ditetapkan oleh
Kerajaan. Bayaran sedemikian tidak akan dikenakan apabila isteri
atau pegawai itu dinasihatkan untuk bersalin di rumah oleh seseorang
pegawai perubatan

mukasurat 2
6. (a) Seseorang pegawai yang jatuh sakit dan tidak dapat hadir di Pegawai
pejabatnya, hendaklah mendapatkan Sijil Sakit dari pegawai Perlu
Mendapat
perubatan atau Panel Doktor dan menghantarkan Sijil tersebut kepada Sijil Sakit
Ketua Jabatannya dengan seberapa segera yang boleh. (12).

(b)Seseorang pegawai yang telah diberi Sijil Sakit boleh Mendapatkan


dikehendaki oleh pegawai perubatan atau Panel Doktor mengikut Sijil Sihat.
(12).
budibicaranya, mendapatkan Sijil Sihat sebelum kembali bekerja.

7. Apabila seseorang pegawal atau keluarganya disahkan oleh Rawatan


Sebuah Lembaga Perubatan sebagai memerlukan rawatan khas yang di Luar
Negeri.
tidak diperolehi di negeri ini dan dengan syarat ada perakuan dari
Ketua Pengarah Kesihatan bahawa tidak ada rawatan sedemikian
pada Kerajaan, maka pegawai itu atau keluarganya boleh di
timbangkan oleh sebuah Jumaah Pegawai terdiri dari Ketua
Setiausaha Negara, sebagai Pengerusi, Ketua Setiausaha
Perbendaharaan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Ketua
Pengarah Kesihatan untuk dihantar keluar negeri bagi mendapatkan
rawatan tersebut atas perbelanjaan Kerajaan dan jika betul-betul
diperlukan, termasuk perbelanjaan seorang lain yang dikehendaki
mengiringinya. Sebarang rayuan berkenaan dengan apa-apa
keputusan Jumaah Pegawai ini bolehlah dikemukakan kepada
Jawatankuasa Perawatan Jumaah Menteri untuk keputusan yang
muktamad

8. (a) Seseorang pesara Kerajaan atau keluarganya akan Kemudahan


berkelayakan mendapat kemudahan rawatan dan perubatan seperti Yang Sama
Bagi Pesara/
seseorang pegawai Kerajaan atau keluarganya seperti yang Keluarga.
dibekalkan dalam bab ini.

(b) Kelayakan seseorang pesara atau keluarganya untuk Kelayakan


dimasukkan ke sebarang wad dalam hospital akan ditetapkan Bayaran
Wad.
mengikut kelayakan akhir pesara sejurus sebelum bersara. Seseorang
pesara itu akan dikehendaki membayar ½% daripada gaji akhirnya
yang diterimanya sebelum bersara sebagai bayaran wad sehari bagi
diri atau keluarganya dengan syarat bahawa bayaran maksima bagi
wad mengikut kelayakannya itu tidak akan melebihi ½ daripada
maksima yang ditetapkan bagi pegawai-pegawai setaraf yang sedang
berkhidmat. Walau bagaimanapun seseorang pesara yang mendapat
pencen tidak melebihi $180 sebulan akan dikecualikan daripada
membayar bayaran wad bagi diri atau keluarganya.

9. (a) Mana-mana keluarga seseorang pegawai yang telah Kemudahan


diletakkan di atas perjawatan berpencen akan berkelayakan menerima Rawatan
Untuk
kemudahan rawatan percuma selepas kematian pegawai itu, tidak kira Keluarga
samada kematian itu telah berlaku semasa pegawai itu sedang Pegawai
berkhidmat atau setelah ia bersara. Kelayakan menerima kemudahan Selepas
rawatan ini adalah terhad kepada mereka yang tergulung dalam Kematiannya.
tafsiran "keluarga pegawai" di Perintah Am 1 (iii) itu sahaja. Ketua
Jabatan akan dikehendaki mengeluarkan satu kad pengenalan untuk
keluarga pegawai yang meninggal dunia semasa dalarn perkhidmatan
seperti di Lampiran B.

(b) Sekiranya keluarga pegawai dimasukkan ke dalam hospital, Kadar


maka mereka akan dikehendaki membayar bayaran wad sebanyak Bayaran
Wad.
yang patut mereka bayar sekiranya pegawai itu masih hidup lagi
sebagai seorang pesara.

mukasurat 3

II. TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PERUBATAN

Kuasa
10. (a) Walau apapun peruntukan-peruntukan lain dalam bab ini,
Pegawai adalah dalam bidang tanggungjawab seseorang pegawai perubatan
Perubatan. yang sedang bertugas di mana-mana hospital untuk memasukan
(15). sesiapa sahaja ke dalam hospital apabila pada pandangannya
seseorang itu memerlukan rawatan yang segera.
Kuasa (b) Adalah dalam. bidang kuasa seseorang Ketua Jabatan
Ketua Perubatan Negeri untuk memasukan ke mana-mana hospital dalam
Jabatan
Perubatan
Negeri itu sebarang kes penyakit merebak. Untuk tujuan Perintah Am
Negeri Bagi ini, satu kes penyakit merebak ialah sebarang penyakit merebak yang
Penyakit telah diistiharkan oleh Menteri Kesihatan dari semasa ke semasa di
Merebak. dalam Warta Kerajaan sebagai penyakit merebak.
(19).

Pemeriksaan 11. (a) Pegawai-pegawai perubatan adalah dikehendaki menjalankan


Mayat. pemeriksaan-pemeriksaan mayat apabila:
(18).
(i) diperintahkan secara bertulis oleh seseorang Majisteret;
atau,

(ii) dipohon secara bertulis oleh seseorang pegawai Polis,


yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor.

Dimana boleh, semua mayat-mayat hendaklah dibawa ke rumah


mayat untuk pemeriksaan tersebut.

(18).
(b) Pemeriksaan-pemeriksaan mayat dalam kes-kes lain
hendaklah dengan persetujuan waris si mati.

Melapur
12. (a) Apabila seseorang pesakit di hospital meninggal dunia, maka
Kematian pegawai perubatan yang bertugas hendaklah melapurkan kematian
di Hospital. ini dengan serta-merta kepada saudaramara si mati yang
(17). berhampiran.

Kematian
(b) Apabila si mati itu ialah seorang yang gila, satu lapuran
Seorang hendaklah juga dihantar oleh pegawai perubatan yang menjaga
Gila. hospital kepada seorang Majisteret dengan menyertakan cabutan dari
catitan rawatan pegawai perubatan yang bertanggungjawab tentang
pesakit tersebut yang menunjukkan jenis penyakit dan lama
dihidapinya sebelum kematian, dan menyatakan samada penyakit itu
telah disebabkan atau bertambah buruk oleh sebab sebarang
kemalangan, dan jika ada kemalangan memberi butir-butir lanjut
berkenaan dengannya.

Kematian
13. Apabila seseorang pesakit dalam sesebuah hospital atau sesiapa
Yang juga pun yang sedang dirawati oleh seorang pegawai perubatan di
Memerlukan mana-mana:
Siasatan
Mahkamah. (i) mati dengan mengejut;
(16).

(ii) mati yang diakibatkan secara langsung dari satu kemalangan;


atau

(iii) mati dalam keadaan-keadaan yang menimbulkan syak wasangka;

maka pegawai perubatan yang berkuasa di hospital itu atau pegawai


yang merawat itu hendaklah menghantar satu lapuran dengan segera
kepada pegawai Polis yang berkuasa bagi daerah Polis yang
berkenaan supaya, boleh diadakan satu penyiasatan mahkamah
dengan seberapa segera di atas kematian tersebut.

mukasurat 4

Kuasa
14. Ketua Pengarah Kesihatan atau mana-mana Ketua Jabatan Mengurang-
Perubatan Negeri atau Ketua Yayasan Perubatan Persekutuan boleh kan/Meng-
menimbangkan untuk mengurangkan atau menghapuskan bayaran- hapuskan
bayaran hospital seperti yang dikenakan kepada orang ramai ataupun Bayaran
bagi penggunaan ambulan hospital memandangkan kepada Hospital/
Ambulan.
kedudukan seseorang pesakit itu. Satu penyata suku tahun tentang (38 & 41).
bayaran-bayaran yang dikurangkan atau dihapuskan hendaklah
dihantar kepada Perbendaharaan dan salinannya kepada Juru Odit
Negara.

15. Seseorang pegawai perubatan yang dipanggil oleh seorang doktor Membantu
prevet untuk membantunya di dalam satu kes kecemasan, adalah tidak Dalam Kes
Prevet.
dibenarkan menerima apa-apa bayaran melainkan dari doktor prevet (14).
yang bertanggungjawab tentang kes tersebut.

16. (a) Seseorang pegawai perubatan yang dirundingi oleh seorang Memberi
doktor prevet tentang satu kes di bawah jagaan doktor prevet itu Pendapat/
Rawatan
hendaklah dalam tiap-tiap hal memberi pendapatnya serta rawatan- Dalam
rawatan yang disyorkan kepada doktor prevet itu. Perundingan.
(50).
(b) Bayaran perundingan yang akan di kenakan kepada doktor Kadar
prevet yang memanggil pegawai perubatan itu hendaklah mengikut Bayaran
Perundingan.
kadar yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.

17. (a) Seseorang pegawai perubatan yang tidak diwartakan Bayaran


sebagai pakar boleh menerima semua bayaran perundingan yang Perundingan
Yang Boleh
dibuat kepadanya oleh seseorang doktor prevet kerana telah Diterima
dipanggil untuk rundingan oleh doktor tersebut. Tetapi sebarang Oleh
bayaran perundingan yang sama yang telah diterima oleh seorang Pegawai
pegawai pakar hendaklah dimasukan sebagai hasil am Persekutuan. Perubatan.
(54).

(b) Pegawai perubatan yang dipanggil sebagai saksi biasa dan Bayaran
bukan untuk memberi keterangan pakar dalam mana-mana Sebagai
Saksi Biasa.
perbicaraan sivil, hanya akan layak mendapat perbelanjaan kerana (55).
menghadiri mahkamah dan bukan kerana bayaran pakar dari pihak
yang memanggilnya.

III. LEMBAGA PERUBATAN

18. Apabila diterima permohonan-permohonan daripada mana-mana Ahli-ahli


Ketua Jabatan. atau Kuasa-kuasa Tertentu seperti dalam Perintah- Lembaga
perintah Am Bab C atau Perintah Am 7 dalam bab ini supaya diperiksa Perubatan
kesihatan seseorang pegawai oleh sebuah Lembaga Perubatan, maka (61).
Ketua Jabatan Perubatan Negeri atau Ketua Yayasan Perubatan
Persekutuan boleh melantik mana-mana pegawai perubatan yang
difikirkannya sesuai untuk menjadi ahli-ahli Lembaga tersebut.
Lazimnya, sesebuah Lembaga hendaklah mengandungi tidak kurang
daripada dua orang pegawai perubatan dengan seorang daripada
mereka, di mana boleh, hendaklah sebaik-baiknya ahli dalam jenis
penyakit atau kecederaan yang dialami oleh pegawai tersebut. Dalam
keadaan-keadaan teristimewa dan dengan persetujuan Ketua Jabatan
atau Kuasa Tertentu yang memohon, Ketua Jabatan Perubatan Negeri
atau Ketua Yayasan Perubatan Persekutuan boleh melantik seorang
doktor prevet yang difikirkannya sesuai sebagai ahli Lembaga
Perubatan.

mukasurat 5

Bila 19. Bersesuaian dengan peruntukan-peruntukan dalam Perintah-


Lembaga perintah Am Bab C dan dalam bab ini, Lembaga Perubatan boleh
Boleh
Dipanggil
dipanggil:
(60).
(i) apabila seseorang pegawai didapati masih tiada sihat setelah
menghabiskan semua cuti-cuti sakit biasanya;

(ii) apabila seorang pegawai perubatan berpendapat bahawa tiada


harapan untuk pegawai menjadi sihat untuk bertugas;
(iii) apabila pada, tiap-tiap tahun dalam masa tiga tahun yang
berturut-turut pegawai itu telah bercuti sakit sebanyak 45 hari
atau lebih;

(iv) apabila kesiuman otak atau kesihatan badan pegawai diragu-


ragukan;

(v) apabila pegawai telah tercedera semasa bertugas;

(vi) apabila pegawai disahkan mengidap penyakit tibi, kusta atau


barah;

(vii) apabila pegawai atau keluarganya perlu diperiksa untuk


mendapatkan rawatan di luar negeri kerana tiada rawatan
sedemikian di negeri ini.
Lapuran 20. Lapuran mana-mana Lembaga Perubatan akan dikemukakan terus
Lembaga. kepada Ketua Jabatan atau Kuasa Tertentu yang telah memohon
(62).
dijalankan pemeriksaan tersebut. Lapuran Lembaga Perubatan akan
dikemukakan dalam bentuk seperti di Lampiran C.

IV. BAYARAN DAN PERATURAN WAD

Bayaran 21. (a) Sungguhpun pegawai-pegawai dan keluarga mereka boleh


Wad. diberi rawatan dan ubat-ubat yang percuma di hospital-hospital atau di
klinik-klinik, mereka akan dikehendaki membayar bayaran wad apabila
dimasukkan ke hospital mengikut kadar-kadar dalam Lampiran A,
melainkan dalam kes seperti di (b) atau bagi penyakit tibi kusta, dan
(Bab c. 31).
barah yang adalah percuma. Di mana orangramai akan dikecualikan
daripada membayar bayaran wad kerana mengidap penyakit merebak,
seseorang pegawai yang mengidap penyakit yang sama akan juga
dikecualikan dari membayar bayaran wad.
Pengecualian (b) Seseorang pegawai yang jatuh sakit atau menerima kecederaan
Bayaran Wad semasa menjalankan tugas resminya di luar ibu pejabatnya akan
Bila Sakit di
Luar Ibu
dikecualikan daripada membayar bayaran wad apabila ia terpaksa
Pejabat. dimasukkan ke dalam hospital di luar ibu pejabatnya.

Bayaran Wad (c) Keluarga pegawai adalah berkelayakan untuk dimasukkan ke


Sama Bagi dalam kelas wad yang sama seperti pegawai sendiri dan mereka akan
Keluarga
Pegawai.
dikenakan bayaran wad yang sama dengan pegawai melainkan bagi
kes seperti dalam Perintah Am 24.
Pengiraan 22. (a) Bayaran wad ialah bagi satu hari yang dikira dari jam seseorang
Bayaran pegawai itu dimasukkan ke dalam hospital. Sebahagian hari yang
Wad. (35).
melebihi 12 jam akan dikira sebagai satu hari penuh. Bagi pegawai
yang tinggal di hospital lebih daripada satu hari, sebarang baki hari
yang kurang daripada 12 jam tidak akan diambil kira.
Pegawai (b) Walau apa pun peruntukan di (a) seseorang pegawai yang
Yang Tinggal dimasukkan ke dalam hospital bagi masa yang kurang daripada 12 jam
Kurang
baleh dikenakan bayaran penuh bagi satu hari mengikut budibicara
Daripada 12 pegawai perubatan yang menjaga hospital berdasarkan kepada
Jam. (35). samada pegawai itu telah diberi rawatan dan makanan.

mukasurat 6

23. (a) Seseorang pegawai atau keluarganya yang meminta untuk Pegawai Masuk
dimasukkan ke dalam wad yang lebih tinggi kelasnya daripada yang Wad Kelas
Tinggi
ia berhak, boleh dimasukkan ke dalam wad yang dipinta itu mengikut
budibicara pegawai perubatan yang menjaga hospital. Pegawai atau
keluarganya akan dikehendaki membayar bayaran wad seperti yang
dikenakan kepada orangramai dan dia boleh dikehendaki membayar
cengkeram atau mengemukakan jaminan pembayaran yang
memuaskan. Walau bagaimanapun pegawai atau keluarganya itu
akan terus mendapat rawatan, ubatan atau lain-lain rawatan, seperti
X-ray atau pembedahan yang percuma.

(b) Seseorang pegawai atau keluarganya yang terpaksa atau Pegawai Masuk
memilih untuk dirawat di dalam wad yang lebih rendah kelasnya Wad Kelas
Rendah. (33).
daripada yang ia berhak akan dikehendaki membayar bayaran
maksima kelas wad tersebut yang lazimnya patut dibayar oleh
seseorang pegawai yang berhak yang telah mencapai tanggagaji
maksima bagi wad kelas tersebut.

24. (a) Walau apa pun peruntukan dalam Perintah Am 21 (c), anak Murid-murid
seseorang pegawai yang dimasukkan ke dalam hospital sebagai Sekolah
Percuma.
seorang murid sekolah seperti yang disebutkan di (c) akan
dikecualikan dari sebarang bayaran hospital apabila ia dimasukkan
ke dalam wad Kelas Dua dan dengan syarat ia ada mengemukakan
satu surat pengenalan dari guru besarnya. Di mana pegawai
berkehendakkan anaknya dirawat di dalam wad Kelas Satu, maka
kadar bayaran seperti di Perintah Am 21 akan dikenakan sekiranya
pegawai sememang berkelayakan untuk mendapat rawatan di Kelas
Satu atau mengikut kadar untuk kanak-kanak yang bukan anak-anak
pegawai sekiranya pegawai itu tidak berkelayakan bagi Kelas Satu.

(b) Bagi kes pergigian, peraturan yang sama seperti di (a) akan Kes Pergigian.
diikuti

(c) Untuk tujuan Perintah Am ini, murid-murid sekolah yang Murid-murid


boleh menerima faedah seperti di atas ialah mereka yang masih Yang
Berkelayakan.
belajar di sekolah-sekolah rendah dan menengah tetapi tidak
melebihi tingkatan lima.

25. Tiap-tiap pegawai yang dimasukkan ke hospital atau yang ingin Pegawai Perlu
mendapat rawatan di klinik-klinik Kerajaan akan dikehendaki Mengemukakan
Surat Pejabat.
mengemukakan satu surat dari Ketua Jabatannya yang menyatakan (29,44).
tentang nama, jawatan dan gajinya, beserta dengan satu perakuan
dari pegawai tersebut membenarkan Ketua Jabatannya memotong
gajinya bagi menjelaskan apa-apa bayaran yang dikenakan oleh
Jabatan Perubatan kerana rawatan di hospital itu. Surat Ketua
Jabatan hendaklah seperti dalam Lampiran D. Surat yang sama
tentang butir-butir peribadi pegawai akan dikehendaki apabila
keluarganya dimasukkan ke hospital.

26. Pembayaran bil-bil hospital pegawai akan dilakukan dengan Pembayaran Bil
pernotongan gajinya atau secara tunai. Adalah menjadi Ketua Jabatan
Memotong Gaji.
tanggungjawab Ketua Jabatan untuk memotong gaji seseorang
pegawainya apabila dipinta berbuat sedemikian oleh Jabatan
Perubatan. Bila bil-bil dikemukakan hanya apabila pegawai telah
keluar dari hospital sahaja, maka pegawai perubatan yang menjaga
hospital boleh, mengikut budibicaranya, menimbangkan rayuan dari
pegawai yang meminta menunaikan bil-bilnya secara bulanan
sekiranya pegawai tersebut dapat menunjukkan kesusahan
kewangan kepadanya yang akan disebabkan oleh pembayaran
sekali gus itu.

mukasurat 7

V. PELBAGAI
Perlantikan 27. (a) Ketua Pengarah Kesihatan, dengan nasihat tiga orang
Sebagai pegawai pakar yang dipilih olehnya atau oleh sebuah Jawatankuasa
Pegawai
Pakar. (46).
Khas Perubatan yang ditubuhkan oleh Kerajaan untuk tujuan yang
sama, boleh melantik pegawai-pegawai perubatan sebagai pegawai
pakar jika mereka memenuhi syarat-syarat di (b). Semua perlantikan
yang sedemikian hendaklah disiarkan di dalam Warta Kerajaan.

(b) Seseorang pegawai perubatan tidak akan dilantik sebagai


pegawai pakar melainkan apabila jawatan yang dipegangnya itu
memerlukan penjalanan tugas-tugas pakar dan

(i) dia mempunyai kelayakan-kelayakan ilmiah atau ikhtisas yang


diakui serta pengalaman-pengalaman yang memuaskan hati
Ketua Pengarah Kesihatan; atau

(ii) dia telah menjalankan tugas-tugas pakar yang memuaskan


bagi satu jangka masa yang panjang.
Rawatan 28. (a) Semua pegawai-pegawai yang dilantik khas untuk
Untuk perkhidmatan perubatan dan kesihatan dan yang bukan pegawai-
Kakitangan
Jabatan
pegawai dalam perkhidmatan gunasama seperti yang ditakrifkan
Perubatan. dalam Bab A, Perintah-perintah Am, yang berkhidmat di dalam
Jabatan Perubatan atau Kesihatan, akan dikecualikan daripada
membayar apa-apa bayaran hospital melainkan bayaran bagi
penggunaan ambulan. Kemudahan-kemudahan yang sama akan
juga diberi kepada kakitangan-kakitangan mana-mana hospital
universiti atau hospital tentera di Malaysia di hospital-hospital atau
klinik-klinik Kerajaan.
Kemudahan (b) Kemudahan-kemudahan ini akan diteruskan kepada mereka
Percuma setelah mereka bersara dengan syarat bahawa mereka telah
Selepas
Bersara.
disarakan dalam keadaan biasa atau atas syor sebuah Lembaga
Perubatan. Pesara-pesara boleh dikehendaki mengemukakan bukti
dari Jabatan Perubatan tentang kelayakan mereka menerima faedah
di bawah Perintah Am ini.
Tiada (c) Walau bagaimanapun, keluarga-keluarga pegawai di (a) akan
Kemudahan terus dikenakan bayaran-bayaran hospital yang serupa dengan
Percuma
Kepada
keluarga pegawai-pegawai Kerajaan yang lain.
Keluarga.

Pemeriksaan 29. (a) Seseorang calun yang telah berjaya mendapat jawatan dalam
Kesihatan sebarang perkhidmatan Kerajaan dan dikehendaki diperiksa
Untuk Bekerja
Dengan
kesihatannya sebelum boleh memegang jawatan tersebut, akan
Kerajaan. diperiksa kesihatannya dengan percuma di mana-mana hospital.

Pemeriksaan (b) Seseorang pegawai yang dipilih untuk mana-mana kursus


Kesihatan yang diluluskan oleh Kerajaan akan diperiksa kesihatannya dengan
Pegawai
Untuk
percuma apabila ini disyaratkan oleh universiti, yayasan, penganjur
Berkursus atau negeri tempat berkursus itu.

Pemeriksaan (c) Mana-mana keluarga pegawai yang memerlukan


Kesihatan pemeriksaan kesihatan untuk tujuan melanjutkan pelajaran di mana-
Keluarga
Pegawai
mana yayasan pelajaran akan dikenakan bayaran pemeriksaan
Untuk Belajar kesihatan sebagaimana seorang awam lain mengikut kadar yang
ditetapkan oleh Kerajaan bagi pemeriksaan sedemikian.
Rawatan 30. Seseorang pelatih yang sedang mengikuti sebarang kursus di
Percuma mana-mana yayasan latihan yang dikelolakan oleh Kementerian
Untuk Pelatih.
Kesihatan, seperti di sekolah-sekolah jururawat, boleh diberi rawatan
percuma serta pengecualian bayaran wad Kelas Dua apabila
dimasukkan ke dalam hospital. Mereka juga boleh diberi rawatan
percuma sebagai pesakit luar.

mukasurat 8

31. (a) Setiap pegawai atau keluarganya yang ingin mendapatkan Syarat syarat
rawatan perubatan hendaklah menghadirkan diri di tempat biasa Mendapatkan
Rawatan.
pegawai perubatan menjalankan tugas-tugasnya dan di dalam waktu- (10).
waktu bertugas yang ditetapkan. Hanya dalam kes-kes di mana
seseorang pegawai atau keluarganya itu tidak dapat hadir sendiri atas
sebab-sebab kesihatan atau atas sebab-sebab kesakitan yang tenat,
barulah pegawai perubatan boleh dipanggil melawatnya di rumahnya.
Atas budibicara pegawai perubatan sendiri, bayaran-bayaran tertentu
kerana lawatan itu boleh dikenakan yang lazimnya tidak akan lebih
daripada bayaran wad sehari di hospital mengikut kelayakan pegawai
itu.
(b) Seseorang pegawai atau keluarganya hendaklah masuk atau Mesti Hadir
hadir untuk rawatan di hospital bila diarahkan sedemikian oleh di Hospital
Bila Diarah
pegawai perubatan jika ia hendak terus mendapat ubat-ubat, bantuan
dan rawatan perubatan.
32. Ubat-ubat dan perbekalan-perbekalan ubat tidak akan dikeluarkan Suratubat.
secara percuma atau pun secara bayaran kepada mana-mana (5).
pegawai atau keluarganya melainkan dengan dikemukakan suratubat
dari seorang pegawai perubatan atau dari seorang doktor prevet.
Suratubat yang dikeluarkan oleh seseorang doktor prevet hendaklah
terlebih dahulu di lihat dan ditandatangani oleh seorang pegawai
perubatan sebelum boleh dipenuhi. Ubat-ubat hanya akan dikeluarkan
sekali sahaja bagi tiap-tiap satu suratubat, melainkan jika ada
dinyatakan sebaliknya di dalam suratubat tersebut oleh pegawai
perubatan atau doktor prevet.
33. Seseorang pegawai perubatan, atas budibicaranya sendiri dan Penggunaan
tertakluk kepada kepentingan hospital, boleh membenarkan Ambulan.
penggunaan sesebuah ambulan untuk membawa seseorang pegawai
atau keluarganya yang tiada harapan hidup lagi dari hospital ke
rumahnya apabila permohonan dibuatnya sendiri atau oleh
saudaramaranya yang rapat. Bayaran batu perjalanan bagi
penggunaan ambulan adalah seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan
dari semasa ke semasa.

mukasurat 9

LAMPIRAN A

BAYARAN WAD

KADAR-KADAR BERIKUT IALAH BAYARAN WAD SEHARI DI HOSPITAL-HOSPITAL


DAN LAIN-LAIN YAYASAN PERUBATAN KERAJAAN YANG DIKENAKAN KEPADA
PEGAWAI-PEGAWAI, PESARA-PESARA DAN KELUARGA-KELUARGA MEREKA.

(P. A. "F" 21)

WAD AM DAN BERSALIN -

Gaji Pegawai / Bayaran Harian


Pesara Sebelum
KELAS I: Bersara Pegawai Pesara*

Bilik seorang $990 sebulan dan $8.00 $4.00


.. ke atas

Bilik berdua $680 sebulan ke 1% daripada gaji ½ % daripada


.. atas tetapi di tetapi tidak gaji tetapi tidak
bawah $990 melebihi $8.00 melebihi $4.00

Bilik bertiga $380 sebulan dan 1% daripada gaji ½ % daripada


atau ke atas tetapi di gaji tetapi tidak
Iebih bawah $680 melebihi $3.40
KELAS II:

Kelas $180 sebulan dan 1% daripada gaji ½ % daripada


IIA .. ke atas tetapi tidak gaji tetapi tidak
Kelas melebehi $380 melebihi$1.90
IIB ..

Kelas III .. Bergaji di bawah Percuma Percuma


$180 sebulan

HOSPITAL SAKIT OTAK---

Gaji Pegawai / Bayaran Harian


Pesara Sebelum
Bersara Pegawai Pesara*

KELAS I .. .. $680 sebulan dan $2.50 .. .. $1.25


ke atas

KELAS II .. .. $180 sebulan dan $0.50 .. .. $0.25


ke atas tetapi di
bawah $680

KELAS III .. .. Bergaji di bawah Percuma .. Percuma


$180 sebulan

*CATITAN KHAS UNTUK PESARA:

Walau berapa pun gaji seseorang pesara sejurus sebelum ia bersara, ia akan
dikecualikan dari bayaran wad jika pencen yang diterimanya tiap-tiap bulan tidak melebihi
$180.

BERSALIN BUKAN DI HOSPITAL BAGI ISTERI KEPADA ATAU PEGAWAI KERAJAAN

Seseorang isteri kepada atau pegawai Kerajaan yang memilih untuk bersalin di tempat
yang lain daripada hospital Kerajaan boleh dikenakan bayaran yang tidak melebihi $200 bila
ia dirawati oleh seorang pegawai perubatan.

CATITAN AM:

Kelayakan masuk ke dalam kelas wad tertentu di atas adalah juga bergantung kepada
adanya kekosongan dalam kelas wad tersebut pada masa yang berkenaan.

mukasurat 10
LAMPIRAN B

Ruj. Jabatan:

KAD PENGENALAN BAGI KELUARGA PEGAWAI


YANG MENINGGAL DUNIA
(P.A. "F" 9)
[Untuk simpanan keluarga pegawai dan
ditunjukkan bila memerlukan rawatan]

PENGARAH/PENGUASA PERUBATAN/PEGAWAI PERUBATAN Y/M HOSPITAL


BESAR/DAERAH/KLINIK

KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN


Inilah disahkan bahawa mereka yang berikut ini adalah keluarga kepada

………………………………………………............................ iaitu seorang pegawai

dalam Jabatan ini yang bergaji $………………………………………………………

sebulan yang telah meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan pada

……………………………………………… Mereka ini adalah berkelayakan diberi

kemudahan rawatan seperti dalam Perintah Am "F" 9 iaitu selagi mereka masih

tergulung dalam tafsiran "keluarga pegawai" dalam P.A. "F" 1 (iii).

Hubungan
dengan
pegawai (anak/
Kad Tarikh anak angkat/
Nama Pengenalan Lahir tiri, balu, dll.)

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.
Tarikh………………………………………. ……………………………………………
t.t. Ketua Jabatan

Nama Penuh………………………………

Jabatan…………………………………….

CATITAN: (a) Anak-anak yang berkelayakan-


(i) Di bawah umur 18 tahun.
(ii) Di bawah umur 21 tahun jika masih bersekolah.
(iii) Tiada sekatan had umur bagi anak-anak yang daif.
(b) Balu yang berkahwin semula tidak lagi berkelayakan mendapat kemudahan
rawatan percuma mengikut peruntukan P.A. "F" 9 ini.

mukasurat 11

LAMPIRAN C

LAPURAN LEMBAGA PERUBATAN

(P.A. "F" 20)

LAPURAN PERUBATAN TENTANG SEORANG PEGAWAI


DALAM PERKHIDMATAN KERAJAAN

Nama Pegawai: ..........................................................................................................

Jabatan: ......................................................................................................................

Jabatan: ......................................................................................................................

Tarikh Lahir: .........................................................................

Hospital: ...............................................................................

Tarikh: .........................................................

Kami, pegawai-pegawai perubatan yang berikut yang telah ditubuhkan sebagai sebuah
Lembaga Perubatan atas permintaan Ketua Jabatan*/ Ketua Perkhidmatan* untuk
memeriksa pegawai yang tersebut di atas melapurkan yang berikut:

Sebab
1. Pegawai ini dikehendaki untuk diperiksa kesihatannya kerana:
Pemeriksaan
Dilakukan. (a) *la tiada mempunyai apa-apa cuti sakit lagi.

(b) *Seorang pegawai perubatan telah memperakukan sedemikian.


(c) *la telah mengambil cuti sakit sebanyak 45 hari atau lebih bagi
tiap-tiap tahun selama 3 tahun yang berturut-turut.

(d) *Kesihatan badan/* Kesiuman otaknya diragukan.

(e) *Sambungan cuti sakit untuknya telah disyorkan atas sebab-


sebab kecederaan yang dialami semasa bertugas.

(f) *Disyorkan untuk mendapat cuti separuh gaji*/cuti tanpa gaji*


kerana mengidap penyakit tibi/kusta/barah.

(g) *Ia meminta untuk diperiksa oleh sebuah Lembaga Perubatan.

(h) *Ia perlu diperiksa untuk mengesahkan samada ia memerlukan


rawatan khas di luar negeri.
Tarikh 2. (a) *Kami telah memeriksa pegawai ini pada ...................................
Pemeriksaan
dan
Rawatan
Perubatan.
(b) *Kami telah meletakkan pegawai di bawah
perhatian perubatan dari ..............................................................
rawatan perubatan
hingga .........................................................................................

(c) Riwayat perubatan pegawai ini, seperti yang kami boleh dapati,
adalah sebagai berikut [Jikalau panjang buat lampiran]

......................................................................................................
......................................................................................................
......................................................................................................

mukasurat 12

3. Kami mengesahkan bahawa pada pandangan kami, pegawai ini


Pengesahan.
adalah:

(a) *dalam kesihatan yang baik

(b) *Mengidap dari ......................................................................


Sedang pulih

.................................................................................................

.................................................................................................
.................................................................................................

4. Kami berpendapat bahawa penyakit atau kecederaan pegawai ini: Pendapat.

(a) *Akan
menjadi kekal
Tidak akan

(b) *Akan menyebabkannya tidak layak untuk


[sebutkan
Tidak akan menjalankan tugas
tugasnya sebagai .................................................................. biasanya.]

(c) *Akan menyebabkannya tidak layak untuk


Tidak akan menjalankan
apa-apa tugas lain.

Syor.
(a) *Kami mengesyorkan dia, dianggap sebagai tidak sihat buat
5.
selama-lamanya*/tidak sihat buat sementara*/sihat untuk
bertugas semula*.

(b) *Dia dianggap sebagai sihat untuk perkhidmatan


selanjutnya,tetapi atas sebab-sebab kesihatan dia patut
diberi cuti seberapa awal yang boleh sebanyak
................................................................. minggu.

6. [Sebutkan di sini apa-apa syor atau pandangan tambahan Syor/


Lembaga Perubatan]. Pandangan
Tambahan
................................................................................................. Lembaga
Perubatan.
.................................................................................................

.................................................................................................

.................................................................................................

.................................................................................................

(1) Tandatangan Pegawai Perubatan: .........................................

Nama penuh: ..........................................................................

Jawatan: .................................................................................

Tarikh: ....................................................................................
(2) Tandatangan Pegawai Perubatan: .........................................

Nama penuh: ..........................................................................

Jawatan: .................................................................................

Tarikh: ....................................................................................

* Potong mana yang tiada berkenaan

mukasurat 13

LAMPIRAN D

(PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN/KELUARGA)

SURAT PENGENALAN DAN AKUAN

(P.A. "F" 25)


.........................................................................

Pembawa surat ini Encik*/Cik*................................................................................


No. Kad Pengenalan .................................................................................. ialah
seorang pegawai Kerajaan di Pejabat ini. Gaji bulanannya adalah sebanyak
$......................................................

2. Pegawai*/Isteri*/Suami*/Anak* pegawai ini bernama:


....................................................................................................................................
No. Kad Pengenalan: .............................................................. memerlukan rawatan/
pemeriksaan. Harap ini dapat dipenuhi.

Tarikh........................................................

...................................................................
Tandatangan Ketua Jabatan

Cop Resmi
Jabatan
(PENGAKUAN PEGAWAI BAGI DIRI/KELUARGA)

Saya mengaku bahawa ..............................................................................................


adalah ahli keluarga saya seperti dalam P.A "F" 1 (iii).

2. Dengan ini juga saya membenarkan Ketua Jabatan untuk memotong gaji saya
bagi menjelaskan apa-apa bayaran hospital atau perubatan yang mungkin
dikenakan kerana rawatan/pemeriksaan ini.

Tandatangan Pegawai: ..........................................................................................

Nama Penuhnya: ....................................................................................................

Jabatan: ..................................................................................................................

Jawatan: .................................................................................................................

Tarikh:......................................................................................................................

* Potong yang tiada berkenaan.


† Isi nama jika berkenaan dengan ahli keluarga.

mukasurat 14

You might also like