You are on page 1of 3

PEGUAM SIVIL

Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29


 Kumpulan: Pelaksana
 Kem/Jab: Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara
 Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TA

RM1,773.00 RM5,674.00 RM145.00

 Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
i. diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred L29 : RM1,773.00); atau
ii. diploma undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred L29 : RM1,847.86).
 Syarat Bahasa Melayu :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan.
 Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir (Undang-undang) dan Jurubahasa Gred
LA19,LA22,LA26 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan
Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Undang-undang Gred L29, tertakluk kepada kekosongan jawatan,
apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
a.
i. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
ii. lulus Peperiksaan Khas; dan
b. had umur pelantikan:
i. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa
55 atau 56 tahun; atau
ii. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa
58 tahun; atau
iii. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa
60 tahun.
 Deskripsi Tugas : 
Bertanggungjawab kepada Hakim Kanan, membuat taksiran kos Mahkamah Rendah dan menyediakan kertas
kerja perundingan bila diperlukan oleh Hakim serta menyelia tugas kakitangan lain di Bahagian Pendaftaran.
 Senarai Tugas:
Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29 (Mahkamah Malaysia) :
o Mengendalikan permohonan-permohonan di bawah Seksyen 117 KPJ di bawah Akta Penagih Dadah
(R&P) 1983 dan di bawah Akta Orang-Orang Papa 1977
o Menerima, menyemak dan menandatangani serta merekod keputusan saman-saman trafik DBKL dan
saman-saman dari pelbagai jabatan
o Mengeluarkan waran-waran menahan, waran tangkap, waran gelidah sapina, perintah mengeluarkan
dari tahanan, bon jaminan dan lain-lain
o Mengendalikan penyata-penyata bulanan, suku tahunan, tahunan dan ad-hoc bersabit dengan semua
Mahkamah Majistret Jenayah
o Pengawasan Pendaftaran Jenayah dan Rayuan serta penyeliaan kakitangan di bawah pengendalian

 Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29 (Jabatan Peguam Negara) :


o Menemubual pelanggan dan menentukan perkhidmatan yang diperlukan serta kelayakan pelanggan
untuk menerima bantuan guaman
o Menyemak dan meluluskan draf dokumen berkaitan dengan pelanggan serta kes yang telah disediakan
oleh Pembantu Tadbir
o Menghadiri sebutan atau perbicaraan di mahkamah syariah dan mahkamah sivil apabila diarahkan oleh
pengarah
o Menyediakan laporan mingguan bagi kes-kes yang dikendalikan di mahkamah
o Memberi khidmat nasihat guaman dalam semua perkara undang-undang
o Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pengarah dari semasa ke semasa

Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29 (Jabatan Peguam Negara) :


o Membuat semakan fail-fail bankrapsi, memastikan fail-fail perbicaraan dalam keadaan teratur serta
mematuhi peruntukan undang-undang yang berkaitan sebelum menghadiri pendengaran kes di
Mahkamah
o Menghadiri mahkamah pada tarikh ditetapkan dan memaklumkan mahkamah status kes sama ada
dalam keadaan teratur atau pun tidak. Sekiranya tidak teratur, pegawai bertanggungjawab membantu
Mahkamah dengan memaklumkan mahkamah perkara-perkara yang belum dipatuhi oleh pihak
berkenaan
o Meminitkan keputusan mahkamah dan menyerahkan kembali fail-fail kepada kerani kebankrapan
o MMenandatangani surat-surat awalan yang dikeluarkan kepada bankrap kecuali surat kepada pihak
Imigresen
o Menetapkan tarikh temujanji dengan bankrap untuk Soalan Awalan dan penyiasatan lanjut
o Mengendalikan Soalan Awalan terhadap bankrap bagi mendapatkan maklumat lanjut latar belakang
bankrap dan keluarga; senarai tanggungan; pemiutang; maklumat harta bankrap dan pasangannya dan
sebagainya. Memberikan penjelasan kepada bankrap hak-hak beliau sebagai bankrap dan
permohonan-permohonan yang boleh dibuat dalam tempoh kebankrapan beliau dan menetapkan
ansuran bulanan
o Mengambil tindakan lanjut daripada maklumat yang telah diperolehi dari siasatan yang dibuat dengan
menghubungi pihak terlibat termasuk membuat carian di Pejabat Tanah bagi kes-kes yang melibatkan
aset bankrap
o Penetapan tarikh MPP mempengerusikan Mesyuarat Pertama pemiutang sebaik sahaja Penyata Hal
Ehwal difailkan oleh bankrap
o Penetapan tarikh penangguhan MPP sekiranya korum tidak mencukupi;iklan atau warta belum
diterbitkan dan sebagainya yang menyebabkan MPP terpaksa ditangguhkan
o Menguruskan permohonan bankrap dan memberikan penerangan lanjut terhadap sebarang
permohonan yang diajukan bankrap:
a. Permohonan Sanksi di bawah PEruntukan 38(1)(a);
b. Permohonan Keluar Negara di bawah Peruntukan 38(1)(c);
c. Permohonan Menjawat Jawatan di bawah Peruntukan 38(1)(d);
d. Permohonan Bekerja Dengan Ahli Keluarga di bawah Peruntuk 38(1)(e);
e. Permohonan Keluar Masuk Gaji;dan
f. Permohonan Pembatalan PP & PP di bawah Seksyen 105
o Membuat semakan bagi fail-fail lama yang layak untuk perakuan Pelepasan Ketua Pengarah Insolvensi
Malaysia
GAJI PERMULAAN PEGUAM
Bagi seorang peguam yang memulakan kerjayanya dengan gred L41 dan mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda
Undang-undang gaji mereka sebanyak RM2,100.00. Peguam ialah satu profesion yang sangat menarik dan mempunyai
masa depan yang cerah. Profesion ini walaupun kadang-kala nampak agak sukar namun jika kita betul-betul memahami
dan berminat untuk mendalaminya ia tidaklah sesukar mana. Ia juga mempunyai pelbagai cabang dan boleh dipilih
mengikut minat dan kemampuan seseorang. Bidang guaman ini juga mampu menjadikan seseorang lebih
berbertanggungjawab dan amanah pada tugas yang diberikan. Sesungguhnya bidang ini memberikan banyak cabara
kepada pengamalnya dan jika tidak tahan dengan ujian kemungkinan seseorang peguam itu boleh melakukan sesuatu yang
menyalahi etika dan peraturan seorang peguam. Kadang inilah yang kadang-kala menyebabkan timbul kes-kes di mana
peguam pecah amanah, menerima rasuah dan sebagainya. Oleh itu, jika ingin menjadi peguam seseorang itu perlu
mempersiapkan dirinya sama ada dari segi rohani, jasmani mahupun intelek agar dapat mengawal diri daripada melakukan
perkara-perkara yang bertentangan dengan etika.

Pegawai Undang-Undang Gred L41


 Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
 Kem/Jab: Jabatan Peguam Negara dan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan
 Jadual Gaji:
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan

RM2,418.00 RM9,607.00 RM225.00


 
SYARAT LANTIKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c)
(i) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
 (Gaji Permulaan pada Gred L41 : RM2,418.00); atau
(ii) lulus Peperiksaan Akhir Peguam (Bar Final Examination)
(Gaji Permulaan pada Gred L41 : RM2,418.00);
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek
Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Undang-undang atau
Jurubahasa Gred LA29/30, LA32,LA38,LA40 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa
Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Undang-undang Gred
L41, tertakluk kepada kekosongan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
(b) had umur pelantikan:
i. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55
atau 56 tahun; atau
ii. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58
tahun; atau
iii. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60
tahun.
DESKRIPSI TUGAS :
Bertanggungjawab menjalankan tugas perundangan dalam aspek pendakwaan, perbicaraan dan rayuan, nasihat
perundangan, penggubalan undang-undang, penyemakan dan pembaharuan undang-undang, guaman dan hal
ehwal antarabangsa.

You might also like