You are on page 1of 1

LATIHAN AYAT AKTIF – AYAT PASIF

1 Ibu Ali menasihati Ali agar belajar bersungguh-sungguh kerana peperiksaan hampir
tiba.
2 Saya telah mencapai keputusan yang baik dalam Peperiksaan Akhir Tahun yang baru
diumumkan pada minggu lepas.
3 Kerajaan akan mengambil kira pandangan rakyat dalam membangunkan negara ini.

4 Masyarakat yang bersatu padu akan mewujudkan keadaan yang harmoni di negara kita.

5 Para pengunjung dapat menikmati keindahan alam semula jadi semasa bercuti di pulau
peranginan itu.
6 Kita harus mengambil makanan yang berkhasiat setiap hari supaya kesihatan sentiasa
terjamin.
7 Cikgu Azmi mengajar pelajar tingkatan 3 USM mata pelajaran Sejarah pada setiap hari
Sabtu.
8 Pekerja kontrak telah menebang pokok rambutan yang reput itu petang tadi.

9 Kami membaiki motosikal pusaka kesayangan ayah di Bengkel Mutiara.

10 Setiausaha peperiksaan sedang menjelaskan maklumat tentang Sijil Pelajaran Malaysia.

11 Kami sedang menjalankan tugas sebagai urus setia Kem Kepimpinan Pelajar di Merang.

12 Saya telah menebang pokok kelapa pandan di belakang rumah datuk semalam.

13 Ketua Taman Desa Mawar menulis surat aduan tentang masalah anjing liar kepada pihak
Majlis Daerah Kuala Selangor.
14 Sebelum mendirikan Solat Asar, beberapa orang murid tahfiz telah menyusun kasut-
kasut yang bersepah di pintu masuk masjid.
15 Kami menikmati pelbagai jenis hidangan makanan Siam ketika berkunjung di salah satu
kedai makan di Hatyai.
16 Persatuan Kebudayaan telah merancang pertandingan permainan tradisional semasa
sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah.
17 Saya akan membantu ibu di gerai selepas sesi persekolahan.

18 Pengetua menyeru calon-calon SPM agar tidak ponteng semasa kelas tambahan
diadakan.
19 Mereka ke sekolah dengan menaiki kereta.

20 Ahmad telah menangkap ikan di sungai itu.

You might also like