You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN LEBIR,

18300 GUA MUSANG, KELANTAN

KERTAS KERJA
PROJEK
TAMAN LITERASI 2023

Disediakan oleh :

PANITIA RBT
SEKOLAH KEBANGSAAN LEBIR,
18300 GUA MUSANG, KELANTAN
PROJEK TAMAN LITERASI

1. PENGENALAN

Projek Taman Literasi yang terletak di hadapan sekolah merupakan suatu langkah penting dan
strategik, yang bertujuan untuk menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif
terutamanya bagi mata pelajaran RBT dan Pelaksanaan Program Literasi maklumat di
samping memberikan satu suasana kondusif serta positif bagi warga SK.Lebir dan komuniti
Sertempat ke SK Lebir.

Selain itu juga taman ini diperlukan kerana sebahagian besar daripada komponen Projek
Taman Literasi ini akan memberi banyak manfaat kepada semua SKL khususnya murid. Ianya
juga berasaskan kepada kesedaran bahawa proses pembelajaran tidak harus terikat dan
terhad kepada apa yang berlaku di dalam ruang kelas, tetapi melibatkan persekitaran sekolah
yang ceria dan berupaya merangsang dan membina kecemerlangan intelek dan sahsiah
murid.

2. . MISI
Berupaya merangsang kecemerlangan akademik dan sahsiah murid serta menyediakan
persekitaran sekolah yang ceria.

3. OBJEKTIF

Antara objektif perlaksanaan projek ini ialah :


1. Menyediakan suasana yang boleh merangsang intelek dan sahsiah murid
2. Meningkatkan sifat ingin tahu dan minat murid kepada pengalaman reka bentuk dan
teknologi serta memperoleh infomarsi ( literasi maklumat)
3. Mempelbagaikan sumber pengajaran dan pembelajaran
4. Membebaskan proses pembelajaran daripada ruang lingkup kelas
5. Meningkatkan sifat mencintai dan menghargai alam sekitar

4. MATLAMAT

Menjadikan persekitaran sekolah ceria, bermaklumat dan berupaya merangsang intelek,


sahsiah, sifat ingin tahu dan minat murid, selaras dengan hasrat untuk menjadikan sekolah
sebagai pusat berinformasi bagi penyaluran maklumat kepada semua.
5. KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran projek ialah untuk semua murid dan guru-guru SK Lebir terutamanya guru
RBTserta serta ibu bapa dan pelawat ke sekolah.

6. PELAKSANAAN PROJEK

- Penyediaan jadual kerja menggunakan Carta Gantt:


- Pembahagian tugasan mengikut kerja dan masa.
- Pembentangan struktur projek
- Pemerhatian dan lawatan ke Projek Taman Literasi
- Gotong-royong membersihkan kawasan projek.
- Memperbaiki dan mencantikkan lanskap di kawasan projek.
- Meletakkan papan tanda nama untuk setiap tumbuh-tumbuhan di Taman Projek Taman
Literasi(dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan nama saintifik)

Terbahagi kepada 3 iaitu : 

(i) Jangka Pendek:

- Hebahan projek kepada pihak pentadbiran sekolah.


- Mendapatkan dana dan sumbangan daripada pihak berkaitan
- Membuat pembersihan kawasan serta mendapatkan alatan dan bahan untuk
melaksanakan projek.

(ii) Jangka Sederhana:

- Penyediaan tanaman, mendapatkan tanaman yang sesuai


- Pembinaan taman dengan menggunakan khidmat daripada pihak yang berkaitan
- Penjagaan tanaman secara teratur dan sistematik

(iii) Jangka Panjang:

-Menjadikan taman ilmu tempat kegemaran setiap murid


- Mewujudkan suasana yang kondusif untuk pembelajaran di sekitar Taman Literasi
- Menubuhkan kelab pencinta alam di sekolah dalam usaha mengekalkan kebersihan
dan keceriaan Taman Literasi secara khususnya dan kawasan sekolah amnya.
- Membuat jadual tugasan khas untuk bergilir-gilir membersihkan dan menjaga kawasan
taman.
7. JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihati : AHMED HAFIZ BIN CHE ABDULLAH Guru Besar

Pengerusi : PK Kurikulum

Naib Pengerusi 1 : PK Hal Ehwal Murid

Naib Pengerusi 2 : PK Ko-Kurikulum

Penyelaras Projek Ketua Panitia RBT


Setiausaha :

Bendahari :

AJK : Semua Guru RBT


JK Sarana PIBG

8. STRATEGI PERLAKSANAAN

i . Perbincangan bersama Guru Besar


ii. Mesyuarat & Pembentangan Kertas Kerja
iii. Pengumpulan dana, sumbangan & bahan berkaitan
iv. Gotong-royong dan pelaksanaan

9. PERUNTUKKAN KEWANGAN

9.1. SUMBER KEWANGAN : BAKI SEDIA ADA : RM 2184.68

BIL. SUMBER NILAI ( RM )


1. Panitia RBT RM 1345.00

9.2. ANGGARAN PERBELANJAAN :

BIL. BAHAN-BAHAN PEMBINAAN ANGGARAN


1 kayu 2x4 ( RM 26 X 50 pcs) RM 1300.00
2 Simen ( RM22.50 X 2 beg) RM 45.00
3 Pasir Halus ( Sumbangan Peribadi) -
JUMLAH RM 1345.00
11. PENUTUP

Adalah diharap agar perancangan yang telah disusun akan berjalan dengan lancar di samping
mendapat kerjasama dan perhatian semua pihak. Ini bertujuan untuk memastikan Taman
Literasi sentiasa berada dalam suasana bersih, ceria dan boleh merangsang kecemerlangan
murid-murid dalam bidang akademik dan sahsiah.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan & Diluluskan oleh :

( Muzakir ) ( ) (Ahmed Hafiz Bin Che Abdullah)


Ketua Panitia RBT Pen.Kanan Pentadbiran Guru Besar
SK.Lebir, Gua Musang, SK.Lebir, Gua Musang, SK.Lebir, Gua Musang,
Kelantan Kelantan Kelantan

s.k. : Fail Sekolah/ Fail Panitia

You might also like