You are on page 1of 3

SKST/MC/2020

SEKOLAH KEBANGSAAN SENTOSA TAWAU


“Simply, Kreatif, Success & Together”

MINIT CURAI

Untuk Perhatian : GURU BESAR – Pn. Marsadiah binti Awang


Nama Pegawai
Menghadiri Mesyuarat : JUMIATI SUPARNO

Jawatan : PK KOKUM

Mesyuarat Yang Dihadiri : MESYUARAT KETUA-KETUA PANITIA SK SENTOSA, TAWAU

Penganjur Mesyuarat : PK KURIKULUM (EN. KADIR ALI)

Tarikh : 30 NOV 2020

Tempat : Bilik Guru

Pengerusi Mesyuarat : Guru Besar

Kehadiran : PK HEM, PKP, KP BM, KP BI, KP SAINS, KP M3, KP PAI,


GPM, KP BA, KP RBT, KP MUZIK, KP SEJ.

Butiran Mesyuarat / Perjumpaan :

1. Bacaan doa – Ustaz. A. Syukri


2. Ucapan alu-aluan GB – kali ke4, ikut SOP, ikut prosedur mesyuarat sebagai
maklumbalas selepas mesyuarat dilaksanakan. Contoh : (1) Penyediaan Takwim
(tindakan SU, diperiksa oleh PKP, disahkan oleh GB dan disediakan oleh Urusetia).
Borang Tindakan Susulan (format) akan disediakan oleh GB. (2) Minit Mesyuarat
(tindakan SU, diedarkan kpd yg berkenaan, ambil tindakan kepada yang berkenaan jika
ada) “BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA”.
3. Ketua Panitia dikekalkan (90%) #kerjabuatanda. Jawatankuasa ditentukan oleh
Tadbirurus SK Sentosa, Tawau. Tiada istilah #sayatidaktahubuat. Tiada istilah
PENOLAKAN dalam melaksanakan tugas yang ditetapkan.
4. 12 DIsember 2020 – dikeluarkan secara rasmi perlantikan dalam jawatankuasa di
sekolah.
5. Ucapan terima kasih kpd GB kerana telah membuat penilaian tahunan. Hargai kerja
sebagai tanggungjawab.
6. Program Peningkatan Akademik digabungkan. Bukan tindakan dibawah Panitia masing-
masing. Atas alasan guru yang sedikit sahaja. 2 Program setiap 1 Jkuasa.
Membincangkan isu yang wujud dan menyediakan kajian tindakan & inovasi.
6.1 Program Peningkatan Ilmu Bahasa (BM, BI, & BA)

Hak Cipta Terpelihara@SKST2020


SKST/MC/2020
6.2 Program Peningkatan Ilmu Inkuiri dan Logic (Sains & Matematik)
6.3 Program Peningkatan Ilmu, Akhlak & Sahsiah (PAI, PM & UBK)
6.4 Program Peningkatan Ilmu Kesenian (PSV, Muzik, Kesenian)
6.5 Program Peningkatan Ilmu Kemahiran dan Cara Hidup (RBT, TMK & PJPK)
6.6 Program Peningkatan Patrolisme dan Kenegaraan (Sejarah & PSS)
7. Takwim 2021 (Kurikulum) akan disediakan.
8. Perbelanajaan PCG Panitia – sediakan kertas kerja bagi perbelanjaan yang masih ada
(baki terkini). Yang telah siap, hendaklah dirujuk kepada PK Kurikulum sebelum
diluluskan oleh GB.
9. Tarikh akhir penghantaran permohonan pada 7hb Disember 2020.
10. Siti Amanah perlu buat kemaskini yang baki sebenar pada hari Rabu ini.
11. GB tegaskan, tidak semua peruntukan yg ada ini digunakan untuk pembelian bahan.
Sediakan kertas kerja untuk program yang berfokus kepada pelajar pada Jan-Mac 2021.
12. Baki untuk dibawa kehadapan (2021) tinggalkan dalam 10%.
13. Laporan PBD – rujuk kepada guru kelas dan guru subjek yg mengajar. Isu pelajar yang
tidak mencapai TP dibincangkan untuk diselesaikan (Dialog Prestasi). Sediakan pelan
tindakan dan strategi untuk tindakan (SWOT).
- Calon UPSR 24 orang
14. Pelaporan Panitia 2020 – simpan di GC (Panitia – Stream) bentuk fail PDF & Anyflip
(jika suka). Hardcopy disediakan oleh PKP untuk diberikan kepada GB. 15 Dis 2020
dihantar. Format disediakan oleh PKP.
15. Sebagai gambaran tahun 2021 – Penyelaras yang bertindak sebagai perancang dan
pengerak semua program dan aktiviti yang telah dirancang dalam pelan strategik.
16. Hal-hal lain :
- Dewi : ikut sahaja apa yang pihak sekolah rancang, dan akan buat tambahan jika
perlukan.
- Kamisah : sentiasa menyokong dan mematuhi arahan yang telah ditetapkan.
Laporan PBD ada 3 subjek yang belum hantar (PAI, MK & M3), tarikh akhir hantar
pada 2 Disember 2020, di PPD pada 7 Disember 2020.
- Norhayati : Mohon digugurkan dari menjadi Guru Kelas Tahun 1A. Beban tugas
kerana SPBT.
- Lailatul : -
- Rosnani : Saya redha
- Kadir : Rosnani (KP BI), Dewi (SU Kurikulum), Sarina (SU SAPS) (Penyelaras UPSR),
Kelas Tambahan UPSR pada bulan Februari 2021 (Cadangan sahaja)
- Rahimin : Kelas Tambahan adalah berfokus. Bukan seperti kelas biasa. (buat Ujian
diagnostik utk tentukan TP pelajar)
- Fithriyah : Takwim. (Kadir : teruskan apa yang telah disediakan perubahan tidak
diperlukan. PKP akan sediakan utk semua Panitia)
- A. Syukri : PLC 2020 telah diambil tindakan untuk pelaporan di peringkat PPDT
(5x). Panitia BI, Sains dan KoKum. Sepatutnya 20x. Penglibatan 100% (18 org).
Tambahbaik, borang disediakan, semua panitia sediakan tarikh perancangan PLC
(hantar pada 2 Disember 2020). Sekurang2nya 1 subjek teras 3x, elektif 2x) akan
dianjurkan oleh oleh Jkuasa PCL pada tahun 2021.
- Sarina : mohon dipertimbangkan jawatan yg diberikan (nangis)
- Noorhana : BI minta diberikan kepada guru lain.
- Aini : Makmal Sains – peralatan dlm makmal sains yg perlu diberikan perhatian.
- Hasnah : Program dan aktiviti dibawah HEM digabungkan dan dilaksanakan masa
persekolahan. GB respon, hendaklah dilaksanakan berdasarkan prosedur yang telah
ditetapkan. Selasa : Kurikulum. Rabu : Kokum, Khamis : HEM. Isnin & Jumaat
ditetapkan untuk PDP. Semua program/aktiviti dibuat selepasa sesi PDP jika perlu.

Hak Cipta Terpelihara@SKST2020


SKST/MC/2020
- Jumiati : NILAM, PSS, Radio & Buletin (Jkuasa ditentukan oleh PKP)
- GB : TENTUKAN BILIK-BILIK KHAS
- Bilik Khas (Kelas Kabin) – angan sahaja.
1) RBT / TMK
2) MUZIK
3) SAINS
4) PSV
- BANGUNAN LAIN
1) SPBT
2) BAHASA
- Ahmad Syukri : Info keselamatan (renjatan letrik) dikelas kabin. Perlu diambil
tindakan rujuk kpd pihak PPDT.
- Bilik Darjah – seperti sedia kala. Guru Kelas akan dimaklumkan. Semua GK kena
sediakan bilik darjah sebelum buka sekolah (sekurang-kurang 2hari). Hari Pertama
sekolah adalah masa untuk PDP. Wujudkan Sudut2 Khas yang telah ditetapkan.
- Masa Cuti : sepanjang tempoh bercuti pastikan boleh dihubungi.
- BILIK GURU – Semua guru ambil tindakan.
- PORTFOLIO – Semua guru ambil tindakan, sediakan dalam hardcopy/fail meja /
MPK plus Laporan 2020 (dicetak dan letak atas meja).

Rumusan : “BERKELIPLAH SEPERTI BINTANG & BERSINARLAH SENTIASA…

Mesyuarat selesai jam 12.46 tengahari

Tarikh : 30 Nov. 2020

Hak Cipta Terpelihara@SKST2020

You might also like