You are on page 1of 11

SKRIP

MAJLIS KHATAM HAFAZAN DIPLOMA 2021

Mengumumkan serta mengalu-alukan


Ketibaan Yang Berbahagia Tuan Pengarah Darul Quran beserta dif2 kehormat...........
Hadirin hadirat sekalian dipersilakan berdiri.

Tunggu Ibtihal Tamat.

Hadirin Hadirat sekalian dipersilakan duduk.

Assalamualaikum Wbr Wkt


Basmalah & Hamdalah: Salawat salam atas Nabi.

Yang Berbahagia Tuan Mohamad Kori bin Jusoh


Pengarah Darul Quran
Yang Berbahagia
Timbalan2 Pengarah,
Yang Berbahagia Ketua-Ketua Penolong Pengarah, ketua2 Jabatan
10
Para Pensyarah serta kakitangan Darul Quran

Yang dihormati tuan-tuan/puan-puan ibu bapa serta


siswa siswi Program Diploma Tahfiz Al-Quran yang diraikan sekalian,

AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM


UCAPAN SELAMAT DATANG KE :

MAJLIS KHATAM HAFAZAN


SISWA SISWI SEMESTER ENAM PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN
PADA HARI INI, SABTU 12 MAC 2021
BERSAMAAN 28 REJAB 1442 HIJRI
BERTEMPAT DI DEWAN MUKTAMAR DARUL QURAN JAKIM
Terlebih dahulu pihak majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada
Yang Berbahagia Tuan Mohamad Kori bin Jusoh,
yang sudi meluangkan masa memeriahkan majlis kita
10
pada pagi yang dilimpahi keberkatan ini.

Yang Berbahagia Dato’/Tuan-tuan /Puan-puan yang dirahmati Allah sekalian,


Agenda sulung kita pada pagi yang serba indah ini,
dimulakan dengan Majlis Khatam Hafazan Al-Quran yang akan disempurnakan oleh
Barisan Siswa Semester 6 Darul Quran.

Dengan ini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan


Yang Berbahagia Ustaz............................................................,
..........................................................................serta .........................................................................
untuk memimpin majlis pada hari ini.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Demikian sebentar tadi,


Majlis Khatam Hafazan Al-Quran yang telah dipersembahkan oleh
siswa semester 6 Program Diploma Tahfiz Al-Quran
di bawah pimpinan 3 orang pensyarah tasmi’ berwibawa.
Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.
Yang Berbahagia Dato’/Tuan-tuan /Puan-puan yang dirahmati Allah sekalian,
Majlis serba mewangi yang dikelilingi jutaan malaikat pada hari ini,
diteruskan lagi dengan ucapan yang akan disampaikan oleh
10
.....................................................................................................................
mewakili siswa siswi Diploma semester 6 Darul Quran.
Majlis dengan ini mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas ucapan


.............................................................................................................
mewakili siswa siswi Diploma semester 6 Darul Quran sebentar tadi.

Yang Berbahagia Dato/Tuan-tuan /Puan-puan Hadirin-hadirat yang dikasihi sekalian,

Majlis kita diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan yang akan disampaikan oleh
Yang Berbahagia Tuan Mohamad Kori bin Jusoh,
Pengarah Darul Quran.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Demikian tadi ucapan alu-aluan yang telah disampaikan oleh


Yang Berbahagia Tuan Mohamad Kori bin Jusoh, Pengarah Darul Quran.
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih.
Tuan-tuan / Puan-puan yang dikasihi sekalian,

10
Selanjutnya marilah kita sama-sama mendengar ucapan dan amanat
yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Datuk Abdul Aziz bin Jusoh,
Ketua Pengarah JAKIM seterusnya merasmikan
Majlis Khatam Hafazan Al-Quran
Program Diploma Tahun 2021.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada


Yang Berbahagia Datuk Abdul Aziz bin Jusoh,
Ketua Pengarah JAKIM.
yang telah menyampaikan ucapan perasmian sebentar tadi.

Yang Berbahagia Dato’/ Tuan-tuan / Puan-puan yang dikasihi sekalian,

Seterusnya majlis kita diserikan lagi dengan acara penyampaian sijil dan cenderahati
Untuk itu, majlis sekali lagi berbesar hati menjemput
Yang Berbahagia Tuan Pengarah Darul Quran bagi menyempurnakan acara penyampaian tersebut.
Acara berikut merupakan Acara Penyampaian Cenderahati kepada
Para Pensyarah Tasmi Lelaki
( Rujuk Senarai Pensyarah Tasmik Lelaki )
10



Acara Penyampaian Cenderahati seterusnya kepada


Para Pensyarah tasmik Wanita
( Rujuk Senarai Pensyarah Tasmik Wanita )



seterusnya Penyampaian Sijil Khatam Hafazan Al-Quran kepada semua


Barisan siswa.
( Rujuk Senarai Ketua Kelas Banin )

seterusnya Penyampaian Sijil Khatam Hafazan Al-Quran kepada semua


barisan siswi
( Rujuk Senarai Ketua Kelas Banat )



Majlis diteruskan lagi dengan acara


Penyampaian Anugerah Pensyarah Tasmi’ Lelaki Cemerlang
,
................................................................................................................
10
Syabas dan teruskan kecemerlanganmu.

Penyampaian Anugerah Pensyarah Tasmi’ Wanita Cemerlang

Dipersilakan ....................................................................................... untuk menerima anugerah tersebut.


Tahniah dan teruskan kegemilanganmu.

‫۝۝۝۝۝۝۝۝۝۝۝۝۝۝۝۝۝۝۝۝۝۝۝۝۝۝۝۝۝۝۝۝۝۝۝۝۝۝۝۝۝۝۝۝۝۝۝‬

Tentatif majlis diteruskan lagi dengan


Penyampaian Anugerah Siswa dan Siswi Cemerlang
yang akan dinobatkan sebentar nanti.
_____________________________________________________________________________________
BACA BIODATA SISWA CEMERLANG

Anak bongsu daripada 3 orang adik beradik ini diputerakan pada 11 November 1995 di Tumpat Kelantan .

Anakanda kebanggaan pasangan harmoni Encik Wan Ahmad bin Wan Yusof dan
Puan Jamilah binti Mohamed merupakan
bekas pelajar Maahad Muhammadi Tumpat ini sentiasa mengekalkan resepi kejayaan PNGK 4.00 serta berjaya
menamatkan hafazan berkat bimbingan pensyarah tasmik beliau iaitu
Ustaz Kyairool Nizam
10 bin Khiruddin.

Beliau yang sentiasa mengulang 5 juzuk al-Quran sehari ini merakamkan jutaan
terima kasih tidak terhingga terutamanya ayahanda terkasih , bonda tersayang ,
para pensyarah dan kakitangan Darul Quran tercinta,
rakan taulan yang tidak putus-putus
mendoakan kejayaan yang beliau kecapi selama ini.

Anugerah Siswa Cemerlang sewajar dan selayaknya menjadi milik

Wan Mohd Syahmi bin Wan Ahmad

Syabas dan tahniah dan diucapkan


BACA BIODATA SISWI CEMERLANG

Puteri kedua daripada 5 orang adik beradik ini dilahirkan pada


30 Jun 1995 di Alor Setar Kedah.

Anak kesayangan pasangan Ustaz Mohammad Idrus bin Ismail dan


Puan Khairiah binti Mat Saad sentiasa mendapat redha dan restu
menjalani kehidupan bermujahadah sebagai hafizah di bumi tercinta Darul Quran.

Bekas pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah Klang ini sentiasa mengekalkan kecemerlangan PNGK 4.00 berkat
bimbingan pensyarah tasmik beliau iaitu
Ustazah Nurul Firdaus binti Rejab
Berkat bimbingan pensyarah tasmik serta doa
ibu bapa dan rakan seperjuangan menjadikan siswi yang mengulang 6 juzuk sehari ini lebih
bersemangat untuk menerokai
10 lagi kejayaan.
Anugerah Siswi Cemerlang sewajar dan selayaknya menjadi milik

Zirwatulamal binti Mohammad Idrus

Tahniah dan syabas diucapkan

Tahniah dan syabas diucapkan kepada mereka yang bergelar hafiz serta hafizah
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada
Yang Berbahagia Pengarah Darul Quran
yang telah sudi menyempurnakan acara penyampaian sijil dan cenderahati sebentar tadi.

Majlis berhenti rehat seketika,


Sebagai halwa telinga kita pada hari yang berbahagia ini,
Majlis dengan penuh sukacitanya menjemput kumpulan.............. bagi membuat persembahan menghiburkan kita semua.
Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada kumpulan................... yang telah menghiburkan kita semua sebentar
tadi.

Yang Berbahagia Dato’ / Tuan-tuan / Puan-puan yang dirahmati Allah sekalian,


Seterusnya majlis akan menadah tangan memohon kepada Rabbul Jalil agar majlis terus diberkati.
Alfatihah...
Amiiiiin..ya rabbal alamin....
10

Yang Berbahagia Dato’ / Tuan-tuan / Puan-puan yang dirahmati Allah sekalian,


Pihak majlis sekali lagi merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada
Yang Berbahagia Dif2 Terhormat
di atas kesudian merai serta menyerikan majlis kita pada hari ini

Dengan itu selesailah sudah majlis kita pada hari ini.


Saya ingin memohon kemaafan jika terdapat keterlanjuran bicara
dan kesilapan cara sepanjang mengendalikan acara.

Seterusnya majlis mempersilakan


Yang Berbahagia Pengarah Darul Quran serta
Dif-Dif kehormat berangkat ke Anjung Maidah
untuk menjamu .

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


10

Ibtihal bermula semula....................................................!

Saya akhiri majlis ini dengan lafaz suci Assalamualaikum Wrt Wbt

You might also like