You are on page 1of 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN USJ 20


JALAN USJ 20/6E, 47630 UEP SUBANG JAYA.
EMAIL : BBA8251@moe.edu.my TEL : 03-80231860
________________________________________________________________________________
Ruj. Kami : SKUSJ20/100-7/1/5( )
Tarikh : 18 Mei 2022

Kepada,

Pihak yang berkenaan

Melalui,

Guru Besar
Sekolah Kebangsaan USJ 20 Jalan USJ 20/6E
47630 UEP Subang Jaya

PERMOHONAN SUMBANGAN TAJAAN SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU SEKOLAH


KEBANGSAAN USJ 20 TAHUN 2022

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

2. Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan USJ 20 akan menganjurkan
sambutan perayaan hari guru bagi menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru mendidik
anak murid di sekolah ini. Sekolah ini terdiri daripada 59 orang guru dan 6 orang
merupakan staf sokongan. Majlis tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 27 Mei 2022 ( Jumaat )


Tempat : Dewan Kencana, SK USJ 20

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon bantuan dan sumbangan pihak tuan
untuk memberikan sumbangan tajaan hadiah atau wang ringgit bagi menjayakan program
sambutan perayaan hari guru sekolah ini. Semua sumbangan tajaan dalam bentuk cek
hendaklah ditulis atas nama “PERSATUAN IBUBAPA- GURU SEK KEB USJ 20”. Sebarang
pertanyaan boleh dimajukan kepada YDP PIBG SK USJ 20 seperti nama di bawah.

6. Segala sumbangan daripada pihak tuan amatlah kami perlukan dan kami dahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(ROSHIMIE BIN SHEIK ABU BAKAR)


Yang Dipertua PIBG SK USJ 20
013-3999669

You might also like