You are on page 1of 2

Kroni Rashid,

Kolej Komuniti Segamat,


85000 Segamat,
Johor.

___________________________________________________________________________

Pengarah,
Kolej Komuniti,
85000 Segamat,
Johor.                                                                                                           10 November 2022

Tuan,

Memohon Sumbangan sempena Program Gotong-royong Perdana.

Berhubung perkara diatas, dimaklumkan bahawa kami akan mengadakan program gotong-
royong perdana untuk membersihkan kawasan kolej pada tarikh dan masa yang berikut.

Tarikh  : 15 November 2022


Hari     : Selasa
Masa   : 8:00 pagi

2.         Pelbagai aktiviti akan dijalankan pada hari tersebut. Pembahagian tugas dibuat


berdasarkan Ketua Sem. Beberapa kumpulan telah dibentuk dan setiap kumpulan ini
diberikan tanggungjawab membersihkan Kawasan kolej. Selain membuang rumput-rampai,
kerja-kerja lain yang akan dilakukan ialah menanam pokok bunga, mengecat bangunan ,
mencantikkan kawasan padang kolej dan membersihkan kawasan persekitaran .

3.         Sehubungan itu, pihak kami ingin memohon jasa baik tuan untuk menyumbangkan
bantuan peralatan seperti pongkes, cangkul, penyodok dan sebuah tong sampah yang besar
bagi melancarkan aktiviti kami. Kami juga berharap agar lori pengakut sampah disediakan
bagi mengangkut sampah sarap ke tempat pelupusan sampah.

4.         Di samping itu., untuk menceriakan kawasan kolej, kami berharap agar pihak tuan
dapat menyumbangkan pokok-pokok bunga untuk ditanam di sekitar kawasan kolej
kami. Keceriaan amat penting untuk mewujudkan kawasan sekolah yang kondusif untuk
pengajaran dan permbelajaran.

5.         Besarlah harapan kami agar permohonan kami ini diberikan pertimbangan yang
sewajarnya oleh pihak tuan. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kaish.


Saya yang menjalankan tugas,

Akmal

(MUHAMMAD AKMAL HANIF)


Setiausaha,
Kroni Rashid,
Segamat, Johor.

You might also like