You are on page 1of 2

CABARAN DAN ISU YANG DIHADAPI OLEH SISTEM KEWANGAN ISLAM

DI MALAYSIA

Perbankan Islam merupakan institusi yang wujud bagi menyediakan kemudahan


dan perkhidmatan bank khususnya kepada umat Islam dan juga bukan islam dengan
berprinsip perjalanan dan amalannya berlandaskan kepada Syariah Islam. Bagi
pengguna bukan islam yang menggunakan sistem perbankan islam, mereka
memperoleh keadilan pengagihan kekayaan dan pendapatan kerana sistem perbankan
Islam merupakan institusi yang bebas daripada amalan bunga seperti jual beli. Namun
begitu, sistem perbankan islam masih lagi tidak dijadikan sebagai bank simpanan
utama bagi rakyat Malaysia. Hal ini kerana terdapat beberapa isu dan juga cabaran
yang menyebabkan pengguna pandang remeh tentang sistem perbankan islam
khususnya amlan riba. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah:278- 279, bermaksud;
“Wahai orang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkan saki baki
riba jika kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya,
isytiharlah perang dengan Allah dan Rasul-Nya,”.

Berdasarkan pertumbuhan ekonomi di Malaysia kebelakangan ini, perbankan


islam masih mewakili sebahagian kecil daripada jumlah keseluruhan aset perbankan
global, dan kuantitinya masih jauh lebih kecil dibandingkan mereka yang memiliki
akaun konvensional. Hal ini kerana perbankan islam masih lagi tidak menjadi
simpanan akaun yang utama akibat daripada pengiklanan perbankan konvensional
yang berkembang pesat dan kelebihan yang ditawarkan dari sistem perbankan
konvensional kepada masyarakat tempatan.

Selain itu, masyarakat di Malaysia masih lagi memberi persepsi, “Perbankan


Islam dan Konvensional sama saja, Perbankan Islam lebih mahal daripada
Konvensional dan Perbankan Islam menganiaya pelanggan dengan keuntungan yang
berganda” (Jabatan Syariah). Anggapan ini berlaku akibat daripada kurangnya
pengetahuan dalam sistem kewangan islam dan kurangnya pendedahan terhadap
sistem kewangan islam dari segi sistem yang dijalankan, inovasi produk dan
perkhidmatan yang disediakan.

Di samping itu, sistem perbankan islam diwujudkan pada tahun 1983 berbanding
sistem perbankan konvensional yang sudah lama diwujudkan di Malaysia. Tambahan
lagi, pertumbuhan sistem perbankan islam tidak dikembangkan secara pesat
berbanding sistem perbankan konvensional pada abad 21 ini. Hal ini dapat dibuktikan,
walaupun sistem perbankan islam telah diwujudkan pada tahun 80an namun tidak
banyak bank menggunakan dual-system.

Sektor kewangan Islam pada masa ini, walaupun berkembang dengan pesat,
tetapi masih terlalu kecil berbanding dengan potensinya yang sebenar. Salah satu
penyebab utama yang menghalang pertumbuhan kewangan Islam ialah kurangnya
kesedaran di kalangan masyarakat berhubung alternatif yang ditawarkan dalam
perbankan, insurans, pasaran modal dan pelaburan.

Kesimpulannya, dianggarkan secara kasar hanya satu daripada setiap lapan


pengguna memiliki akaun dengan berteraskan sistem perbankan islam. Pada zaman
moden ini, masyarakat masih lagi kurang pendedahan mengenai perbankan islam
kerana faedah dan kelebihan yang telah diluaskan di pentas antarabangsa mengenai
sistem perbankan konvensional.

Rujukan

1) http://e-muamalat.islam.gov.my/artikel/kewangan-islam-cabaran-dan-harapan

2) www.majalahlabur.com > halal-haram

3) http://www.muamalat.com.my/downloads/media-room/publications/al-muamalat-
V08.pdf

You might also like