You are on page 1of 2

Apakah yang perlu dilakukan oleh Parti Islam Se-Malaysia agar semua

umat Islam di Malaysia mengamalkan aktiviti ekonomi mengikut syariat


Islam?

Ekonomi Islam mempunyai tujuannya yang tersendiri dalam memenuhi


keperluan penganut-penganutnya.Ia memelihara kepentingan individu dan
kepentingan masyarakat. Ekonomi Islam mampu memainkan peranan penting
dalam pembangunan ekonomi negara sekiranya ia dimajukan sebagaimana
sepatutnya dan mampu memberi sumbangan yang lebih dinamik kepada
pembangunan negara kerana sistem ini jauh dari penyelewengan dan
penindasan.
Antara perkara yang perlu dilakukan oleh Parti Islam Se-Malaysia agar
semua umat Islam di Malaysia mengamalkan aktiviti ekonomi mengikut
syariat Islam ialah memajukan dan menaiktaraf sistem perbankan Islam di
negara ini. Peranan bank Islam ini dapat menyumbang ke arah keberkesanan
dan kejayaan hasrat negara untuk mempelbagaikan ekonomi dengan
menggalakkan lebih banyak penduduk negara ini untuk berkecimpung dalam
bidang perniagaan kecil dan sederhana yang berlandaskan syariah.

Ekonomi, perbankan dan kewangan Islam di negara perlu


diperkasakan lagi kerana ia merupakan satu alternnatif penyelesaian untuk
mengelakkan negara kita terlibat dengan krisis ekonomi yang melanda dunia.
Hal ini kerana salah satu punca berlakunya krisis ekonomi yang melanda
dunia khususnya negara barat adalah disebabkan sistem riba yang diamalkan
dalam ekonomi, perbankan dan kewangan mereka. Oleh itu, PAS
bertanggungjawab mengangkat semula sistem ekonomi Islam dan
mengaplikasikannya secara meluas dalam kalangan umat Islam.

Selain itu, aspek pendidikan juga perlu dititikberatkan. Umat Islam


hendaklah diberikan pendedahan mengenai kepentingan dan keperluan
ekonomi Islam. Pendidikan ini boleh diberikan sejak awal persekolahan lagi
dengan memperkenalkan subjek Ekonomi Islam di sekolah. Institusi-institusi
pengajian tinggi di negara ini juga perlulah memperkenalkan program-
program di peringkat ijazah, lanjutan dan professional.
Bukan itu sahaja, PAS sebagai parti politik Islam di negara ini boleh
menubuhkan pusat bank dan kewangan Islam. Pusat ini boleh dijadikan
platform terbaik yang menawarkan khidmat latihan professional bagi para
pengamal bidang ekonomi di samping menjadi medium penyebaran ilmu
berkaitan ekonomi Islam. Pusat ini juga boleh menjadi platform bagi
melahirkan bakat baru yang boleh menjadi pakar dalam industri kewangan
Islam khususnya dalam bidang fiqh muamalat.

You might also like