You are on page 1of 2

ARTICLE REVIEW ( PENTAKSIRAN)

Pentaksiran berkualiti merangkumi lima aspek utama iaitu bersesuaian dengan tujuan,
meningkatkan amalan pengajaran dan pembelajaran, telus, efisyen dan diyakini awam.
(Nabilah & Sarebah, 2011). Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) yang
diperkenalkan pada tahun 2011 melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) telah
memberikan penekanan kepada pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning)
dan pentaksiran kepada pembelajaran (assessment of learning). Kajian oleh Assessment
Reform Group (1999) membuktikan pentaksiran di dalam bilik darjah dapat meningkatkan
pencapaian apabila pembelajaran itu dapat difahami dengan matlamat yang perlu
dicapai.Pentaksiran sesuatu yang direka secara eksplisit untuk pembelajaran sebagai satu
alat yang berguna untuk meningkatkan standard (Timperley, 2011).Oleh itu tanggapan
lampau dalam konteks ‘perbandingan’ dapat dihapuskan. Standard Guru Malaysia (SGM,
2012) juga menekankan kepada kepelbagaian penggunaan strategi pemantauan dan
pentaksiran yang berterusan untuk menilai kemajuan seperti yang telah ditetapkan dalam
sukatan pelajaran.

Pentaksiran merupakan alat yang paling berkuasa dalam mempengaruhi


pembelajaran. (Earl, 2006: 4). Pentaksiran dalam pendidikan ialah suatu proses mengumpul
maklumat tentang pelajar supaya daripada maklumat itu keputusan dapat dibuat ke atas
pelajar tersebut. (Jamil, 2012). Pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning),
pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning) dan pentaksiran kepada
pembelajaran (assessment of learning). Pentaksiran untuk pembelajaran adalah bertujuan
untuk merapatkan jurang antara prestasi semasa dengan standard yang dikehendaki.
(Hargreaves, 1998). Pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) merupakan
satu cara untuk mendapatkan informasi bagi tujuan memodifikasi, mencari bukti dengan
pengumpulan data untuk mengubahsuai pembelajaran (Earl, 2003; Babar, 2012) dan
mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (Chappuis & Stiggins, 2002;
Hargreaves, 1998; Azizi, 2010; Timperley, 2011). Pentaksiran sebagai pembelajaran adalah
proses membentuk dan menyokong metakognisi (iaitu memikir atau mencari jawapan kepada
pemikiran sendiri). Pentaksiran kepada pembelajaran (assessment of learning) adalah
berbentuk sumatif (summative) secara semulajadi dan biasanya dilaksanakan pada akhir
sesuatu unit (Jamil, 2012), kursus, gred, peringkat dan program.(Earl, 2003).Penggunaannya
adalah untuk memastikan atau menguji setakat mana pengetahuan (Earl, 2006) yang telah
dikuasai dan mampu mendemonstrasikan dengan jayanya kehendak atau hasilan
kurikulum.(Syed Ismail & Ahmad Subki, 2010). Pentaksiran kepada pembelajaran ini
dijalankan untuk mengukur pencapaian pelajar setelah tamat sesuatu kursus atau program
dan melaporkan kedudukan relative pelajar secara perbandingan.(Earl, 2003; 2006). Ia
digunakan untuk menentukan kedudukan atau pencapaian muktamad pelajar pada akhir
semester nanti.

Implikasi kepada IPG ialah kesepaduan pentaksiran pembelajaran ini akan


membawa implikasi yang cukup besar kepada sistem pentaksiran di IPG. Kesepaduan
pentaksiran pembelajaran ini akan memberi implikasi yang cukup besar kepada sistem
pengajaran dan pembelajaran di IPG. Cabaran ini akan sentiasa mengalami evolusi yang
berterusan dalam profesion perguruan. Teknik pentaksiran yang lebih kontemporari dan sahih
diperlukan untuk bakal guru pada masa hadapan. Mereka perlu menukar haluan daripada
hanya menggunakan peperiksaan kertas-pensel kepada inovasi yang lebih mencerminkan
hasil pembelajaran bagi melengkapkan kurikulum yang lebih moden.(Amani, 2013).
Perubahan dalam amalan pentaksiran di dalam bilik darjah memerlukan beberapa perubahan
konsep yang mendalam di pihak pensyarah dan juga pelajar. Ianya melibatkan perubahan
asas dalam cara berfikir tentang integrasi bersepadu antara pengajaran, pembelajaran dan
pentaksiran. Implikasi kepada guru ialah pelajar perlu diberi lebih banyak ruang untuk
memilih cara mereka dinilai menggalakkan mereka mencuba pelbagai kaedah dan
pengalaman untuk menilai hasil pembelajaran mereka sendiri. (Amani, 2013). Elemen
maklum balas menjadi wadah yang berfungsi sebagai alat utama dalam pembelajaran di
dalam bilik darjah. Pemberian maklum balas yang berbeza bergantung kepada pembelajaran
dan tugasan tertentu. Peranan penyoalan di dalam bilik darjah juga merupakan satu bentuk
pentaksiran dan dapat mengukuhkan pembelajaran.

Kesimpulannya, Oleh itu kesepaduan pentaksiran ini adalah amat perlu diterap dan
dipraktikkan kepada bakal guru, kerana mereka akan mempunyai kemahiran untuk mentaksir
dalam pelbagai situasi yang berbeza. Kesepaduan ini dapat meningkatkan motivasi,
metakognisi, dan yang paling utama pelajar dapat mengawal pembelajaran mereka sendiri
dengan berkesan iaitu ‘self regulated learning’ dengan adanya bimbingan atau ‘scaffolding’
daripada pensyarah dan rakan-rakan yang lebih mahir.

You might also like