You are on page 1of 34

DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

KULIAH:

KOD HCE1053

PENGURUSAN SUMBER DAN ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT UNTUK


MATA PELAJARAN
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

UNIT 1

TOPIK ASAS ICT

MINGGU 1

JAM 2

HASIL PEMBELAJARAN:

- Memberi pemahaman tentang konsep asas ICT serta menyedari kepentingannya dalam pendidikan
awal kanak-kanak.
- Mengenali komponen – komponen asas ICT dan penggunaannya
- Mengetahui jenis – jenis perisian dan penggunaannya.
- Memahami kepentingan teknologi komunikasi serta perkakasan komunikasi yang digunakan.

1-1
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

KANDUNGAN:

1.1 Komputer sebagai asas ICT

1.1.1 Sejarah

o Zaman sebelum tahun 1940


o 3000SM – Alat Penghitung Abakus
- Alat Penghitung Abakus mungkin merupakan alat penghitung mekanikal yang pertama di dunia. Ianya telah sedia
ada lebih kurang 5000 tahun yang silam.
- Ianya membolehkan pengguna melaksanakan pengiraan berdasarkan sistem susunan manikyang disusun di atas
rak kayu atau dawai.
- Abakus mula digunakan di Babylon dan seterusnya merebak ke seluruh rantau Asia.
- Sehingga kini, Abakus masih lagi digunakan oleh sebilangan peniaga berbangsa Cina di Malaysia yang masih
percaya dan yakin dengan ketepatan alat tersebut.
- Mulai awal tahun 1994, Abakus atau kini lebih dikenali dengan nama Sempoa turut diperkenalkan kembali dalam
kurikulum sistem pendidikan negara.

o 1614 - Tulang John Napier


- Ianya terdiri daripada set bungkah pengiraan yang diperbuat daripada kepingan tulang dan gading.
- Alat ini membolehkan proses mendarab dan membahagi dilaksanakan dengan lebih pantas dan mudah.

o 1642 - Pascal Pascaline (Kalkulator pertama)


- Blaise Pascal, ahli matematik mencipta mesin mengira mekanikal yang pertama (1642).
- Mesin diberikan nama Pascaline, sempena nama beliau.
- Boleh melakukan operasi tambah dan tolak sahaja.

1-2
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

o 1694 - Alat Pendarab Leibniz


- Ahli Matematik dan Falsafah German, Gottfried Wilhem von Leibniz telah memperkemaskan idea Pascaline dengan
mencipta alat yang mampu melaksanakan operasi penambahan tetapi juga mampu melaksanakan operasi
pendaraban.
- Alat tersebut dinamakan Alat Pendarab Leibniz.

o 1777 - Mesin Logik


- Mesin Logik dicipta oleh seorang bangsawan Inggeris dari Stanhope yang bernama Charles Mahon.
- Mesin Logik merupakan satu alat yang mudah digunakan dan bersaiz sekecil poket kemeja.
- Mesin Logik boleh menyelesaikan masalah logik, perangkaan dalam bentuk logik dan juga masalah
kebarangkalian.

o 1801 - Mesin Kad Tebuk Jacquard’s Loom


- Joseph Jacquard, mencipta alat tenunan yang menghasilkan corak tenunan automatik.
- Alat ini menggunakan kad tebuk yang boleh mengawal corak pada kain.
- Memperkenalkan dua konsep iaitu:
- Infromasi boleh dikodkan pada kad tebuk
- Informasi boleh disimpan sebagai satu siri arahan.

o 1820 - Mesin kira De Colmar


- Pada tahun 1820, Charles Thomas de Colmar telah mencipta sejenis mesinyang dinamakan Arimometer.
- Mesin ini berasaskan konsep yang digunakan oleh Alat Pendarab Leibniz yang telah diperkemas dan
dipermudahkan.

o 1821 - Enjin perbezaan Babbage


- Sejarah asal komputer yang kita kenali masa kini sebenarnya bermula dengan hasil daya usaha seorang profesor
matematik berbangsa Inggeris iaitu Charles Babbage.
- Babbage telah mencipta Enjin Perbezaan Babbage pada tahun 1821 yang dijana menggunakan kuasa stim.
- Mesin tersebut mampu melaksanakan pengiraan dan juga mencetak hasilnya secara automatik.

o 1842 - Enjin Analytical Babbage


- Seterusnya Enjin Perbezaan Babbage dikemas kini dan akhirnya pada tahun 1842, Enjin Analytical Babbage
dilancarkan yang juga merupakan komputer pelbagai guna yang pertama.
- Enjin ini juga dikatakan mampu melaksanakan operasi penambahan, penolakan, pembahagian dan juga

1-3
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

pendaraban dengan kadar 60 operasi penambahan seminit.


- Walau bagaimanapun, Babbage cuma sempat membina hanya sebahagian sahaja daripada model Enjin
Analytical tersebut. Ini disebabkan teknologi pada masa itu tidak canggih seperti yang diperlukan oleh Babbage.
- Enjin Analytical mempunyai ciri-ciri komputer moden yag terdapat pada hari ini.
- Enjin Analytical mempunyai 5 bahagian iaitu :

 Unit Input
 Unit Storan
 Unit Pemproses
 Unit Kawalan
 Unit Output

- Bahagian-bahagian inilah yang terdapat dalam sistem komputer moden pada hari ini.
- Beliau digelar Bapa Komputer atau Arkitek Komputer Moden. Fungsi setiap bahagian ciptaan beliau adalah sama
seperti fungsi bahagian komputer yang ada dewasa ini.
- Ada Augusta Byron merupakan pengaturcara pertama yang menggunakan mesin ini.

o 1890 - Mesin Tabulasi Hollerith


- Membina mesin untuk tujuan bancian.
- Menggunakan kad tebuk dan kuasa elektrik.
- Menubuhkan Tabuling Machine Co. untuk tujuan meluaskan penggunaan kad tebuk.
- Kemudiannya ditukarkan kepada IBM Corporation (International Business Machine)

 Zaman selepas tahun 1940


 1944 – Mark 1 – Howard Aikern
o Mark 1 merupakan komputer elektro-mekanikal yang pertama dengan saiz 55 kaki panjang, 8 kaki tinggi serta
dihubungkan oleh wayar sepanjang 800 kilometer. Ianya dibangunkan hasil daya usaha Dr. Howard Aikern di
Universiti Harvard dengan kerjasama daripada IBM. Mark 1 menggunakan signal elektromagnetik bagi
menggerakkan bahagian mekanikalnya.

 1946 – ENIAC- J. Presper Eckert dan John W. Mauchly


o Electronic Numetical Integrator And Calculator (ENIAC) yang dicipta oleh J. Presper Eckert dan John W. Mauchly
merupakan komputer yang beroperasi sepenuhnya secara elektronik. Ianya tediri daripada 18000 tiub vakum,

1-4
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

70000 resistor, 10000 kapasitor dan memerlukan ruang seluas 1500 kaki persegi.
o Ia beroperasi dengan kelajuan 1000 kali lebih pantas daripada Mark 1.

 1948 – EDVAC - John Von Neuman


o Electronic Discrete Variable Automatic Computer (EDVAC) merupakan komputer yang memperkenalkan konsep
ingatan (memory) untuk membolehkan data atau program disimpan di dalamnya. Ianya merupakan hasil
kerjasama John Von Neuman dan tenaga kerja dari University of Pennsylvania.

 1951 – UNIVAC
o Universal Automatic Computer (UNIVAC) merupakan komputer pertama yang dikeluarkan secara komersil dan
dijual buat pertama kalinya kepada Biro Pembancian Amerika Syarikat untuk tujuan kegunaan pengiraan undi.

 1964 – IBM Siri 360


o Pada tahun 1958, litar bersepadu (integrated circuit) mula diperkenalkan.
o Penemuan ini merupakan faktor mula berkembangnya teknologi komputer seperti yang ada pada masa sekarang.
o Ianya membolehkan komputer yang lebih kecil yang dinamakan mini komputer dipasarkan.
o Pada tahun 1964, IBM mula menggunakan cip di dalam sistem komputer IBM Siri 360 yang dibina terutamanya
bagi tujuan perniagaan dan juga kegunaan saintifik.

 1981 – IBM PS1


o IBM memperkenalkan PC (personal computer) atau juga dikenali sebagai komputer mikro untuk kegunaan
pengguna harian yang pertama. Ianya amat meluas digunakan di rumah, sekolah dan pejabat.

 1984 – Apple Macintosh

o Apple Macintosh diperkenalkan secara komersil dan mula memberi saingan kepada PC dari IBM.

1-5
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

1.1.2 GENERASI KOMPUTER

Generasi Pertama (1951-1958)

 Menggunakan tiub hampagas iaitu tiub elektronik bersaiz lampu mentol yang digunakan sebagai elemen logik.
 Menimbulkan masalah kerana ia menghasilkan haba dan cepat terbakar.
 Bahasa mesin digunakan (0 dan 1) dan sukar dipelajari.
 Data disimpan dalam kad tebuk.
 Kemudian pita magnetik diperkenalkan.

Generasi Kedua (1959-1964)

 Menggunakan transistor bagi menggantikan tiub hampagas.


 Transistor adalah singkatan transfer resistor.
 Ia boleh menghantar signal elektrik melalui resistor.
 Ia lebih cepat, kecil, boleh dipercayai dan dapat mengurangkan haba serta tidak memerlukan kuasa yang tinggi.
 Menggunakan bahasa simbolik iaitu bahasa penghimpun.
 Pengaturcara perlu menggunakan kod khusus dipanggil kod mnemonic.
 Arahan dalam bentuk simbol seperti A = Addition, C = Compare dan M = Multiply

Generasi Ketiga (1965-1970)

 Menggunakan litar elektrik bercirikan litar bersepadu.


 Terdiri daripada berjuta-juta cip silikon yang sangat kecil.
 Cip ini lebih murah dan mengandungi beribu-ribu transistor.
 Konsep multiprogramming dan multiprocessing diperkenalkan.
 Multiprogramming bermaksud lebih daripada satu aturcara boleh dilarikan serentak dengan berkongsi sumber yang
sama.
 Multiprocessing bermaksud lebih daripada satu proses boleh dilakukan serentak.

Generasi Keempat (1971 - sekarang)

 Lanjutan daripada generasi sebelumnya dan menggunakan mikropemproses sebagai komponen logik.
 Mikropemproses banyak digunakan pada PC, kalkulator, mesin fotostat, televisyen, kenderaan dan lain-lain.

1-6
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

 Pengaturcara hanya perlu memberitahu apa tugas yang perlu dilakukan.


 Bersaiz 100 kali lebih kecil daripada komputer generasi pertama.

Generasi Kelima

 Masih dalam peringkat penyelidikan di Jepun.


 Penyelidikan dibuat dalam bidang kecerdasan buatan, sistem pakar dan bahasa tabii.
 Saiz perkakasan menjadi lebih kecil sementara ingatan dalaman terus meningkat dengan pesatnya.

1.1.3 Apa dia komputer

- Suatu mesin elektronik yang telah diprogramkan oleh manusia untuk melaksanakan tugas-tugas yang telah
ditetapkan.

Sifat utama komputer ialah:


 bertindakbalas kepada set arahan yang spesifik mengikut kaedah atau urutan yang telah ditentukan.
 menjalankan senarai arahan yang pelbagai bentuk dan arahan lebih sistematik.

1-7
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

o Konsep komputer literasi

3 konsep utama iaitu:

 Kesedaran  menyedari akan kepentingan komputer, kepelbagaian penggunaannya serta kepentingannya


didalam masyarakat
 Pengetahuan  memahami konsep bagaimana sistem sesebuah komputer dibangunkan serta bagaimana ia
berfungsi.
 Interaksi mampu berinteraksi dengan komputer atau dalam erti kata lain, mampu menggunakan komputer dalam
melaksanakan aplikasi-aplikasi tertentu.

o Bagaimana komputer beroperasi


Kebanyakan sistem komputer masa kini beroperasi berdasarkan lima operasi asas seperti berikut :
 Masukan (input)
 Pemprosesan (Processing)
 Keluaran (output)
 Storan (storage)
 Komunikasi

o Sifat semulajadi komputer


o Kepantasan
o Komputer menawarkan pemprosesan maklumat yang pantas dan bermakna..
o Kebolehpercayaan

1-8
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

o Komputer merupakan sejenis mesin yang boleh dipercayai.


o Sekiranya berlaku kesilapan atau “computer error” kebiasaannya kesilapan tersebut berpunca dari kesilapan
manusia itu sendiri (human error).
o Kemampuan Storan
o Sistem komputer berkemampuan untuk meyediakan ruang bagi menyimpan sejumlah data yang besar.
o Ianya juga mampu dicapai dan digunakan semula dengan cepat dan berkesan

1.2 Komponen dan Fungsi

 Elemen-elemen didalam sistem komputer

Terdapat enam elemen utama dalam sistem komputer iaitu:

 Perkakasan (hardware)
Bahagian fizikal komputer yang boleh disentuh dan dilihat.Contohnya : skrin paparan, tetikus dan papan kekunci.

 Perisian (software)
Set arahan atau prosidur yang membantu perkakasan untuk beroperasi. Contoh perisian antaranya ialah Microsoft
Office, Netscape Communicator dan sebagainya

 Data
Bahan atau sumber mentah yang akan diproses menjadi maklumat yang berguna.

 Manusia
Merangkumi pengguna biasa dan juga pengguna professional

 Prosedur
Langkah-langkah yang harus diikuti bagi melengkapkan satu kitaran tugas komputer

 Komunikasi
Apabila sebuah sistem komputer disediakan bagi membolehkan ianya berkongsi data dan maklumat dengan sistem
komputer yang lain secara elektronik, komunikasi menjadi elemen yang keenam di dalam sesebuah sistem
komputer.

1-9
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

 Perkakasan komputer
o Peranti Masukan (Input Device) – Peranti yang digunakan untuk memasukkan data ke dalam sistem komputer.

i. Papan Kekunci (keyboard)


 Merupakan peranti input yang terdiri daripada huruf (A hingga Z), nombor (0 hingga 9), kekunci fungsi (F1, F2...F11)
dan simbol-simbol lain seperti @,*,&,%,{} dan sebagainya.
 Papan kekunci yang popular digunakan ialah jenis QWERTY.
 Kegunaannya ialah untuk penulisan dokumen dan program, kemasukan butir-butir daripada borang kepada
komputer dan sebagainya.
 Terdapat juga papan kekunci untuk tulisan jawi, mandarin, jepun, korea dan sebagainya.
 Papan kekunci yang digunakan di restoran spt KFC dan Mc Donalds mempunyai kekunci-kekunci yang
diprogramkan mengikut barangan yang dijual seperti fish fillet, french fries dan lain-lain.

Rajah 1: Papan Kekunci

ii. Tetikus
 Tetikus (mouse) merupakan peranti input ke komputer. Fungsi tetikus ialah untuk mengawal gerakan penunjuk
atau cursor pada skrin paparan. Ia merupakan peranti kecil yang bergerak di atas permukaan keras dan rata.
Tetikus dibahagikan kepada empat jenis berdasarkan ciri-ciri fizikal dan keupayaannya iaitu:-
a. Tetikus bebola dengan wayar.
b. Tetikus bebola tanpa wayar.
c. Tetikus optik dengan wayar.
d. Tetikus optik tanpa wayar.
 Fungsi tetikus asas masih sama dan biasanya dibahagikan kepada 4 aktiviti
utama iaitu: -
a. Klik atau klik tunggal ( Click atau single click ) – untuk membuat pilihan yang
tertentu pada skrin paparan
b. Dwiklik (Double click) – untuk membuka dokumen atau memulakan
program.

1-10
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

c. Klik kanan ( Right click ) – untuk memaparkan senarai arah program pada skrin komputer.
d. Heret dan lepas (Drag and Drop) – untuk proses pemindahan ikon/item pada skrin.

iii. Pengautomasian Sumber Data

 Merujuk kepada penggunaan peranti khas yang boleh mengumpul data dari sumbernya dan kemudian
menghantarnya terus kepada komputer tanpa menggunakan papan kekunci.
 Ia dapat mengurangkan kos dan kesilapan yang mungkin dilakukan oleh pekerja.
 Peranti mudah digunakan dan boleh dipercayai. Ia tidak membebankan pekerja.
 Terdapat enam jenis peranti:
a. Pengecaman Aksara Dakwat Magnet (Magnetic Ink Character Recognition-MICR)
 Peranti pengecaman aksara magnetik dan biasanya digunakan dalam industri perbankan terutamanya mencetak
nombor cek.

b. Pengecaman Optik (Optical Recognition)

 Peranti pengecaman optik menggunakan teknologi pancaran cahaya dalam proses mengesan dan merekodkan
input kepada komputer.
 Lima jenis peranti yang menggunakan kaedah ini:
o Pengecaman tanda optik (Optical mark recognition - OMR)
 OMR boleh mengesan dan membaca tanda pensel pada kertas.
o Pengecaman aksara optik (Optical character recognition - OCR)
 OCR boleh membaca aksara-aksara daripada jenis tulisan yang khas. Wand reader ialah sejenis peranti OCR yang
boleh membaca aksara-aksara optik OCR-A.
o Pembaca kod bar (bar code reader)
 Ialah peranti yang boleh membaca kod bar yang terdapat pada berbagai jenis barangan. Kod bar mewakili kod
nombor bagi sesuatu barangan yang biasanya menggunakan kod UPC (Universal Product Code).
o Handwritten Character
 Menggunakan tulisan tangan sebagai input dan tulisan mestilah jelas.
o Pengimbas(scanner)
 Pengimbas menukar imej atau dokumen kepada signal elektrik. Boleh digunakan pada komputer handheld dan
desktop.

1-11
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

o Peranti Pemprosesan (Processing Device)

 CPU terdiri daripada dua unit iaitu:


i. Unit kawalan (CU, Control Unit)

 Berfungsi mengarah dan menyelaraskan aktiviti yang berlaku dalam CPU semasa arahan sedang dilaksanakan.
 CU mesti berhubung dengan ALU dan storan primer semasa pemprosesan sedang dijalankan.

ii. Unit Aritmetik Logik (ALU,Arithmetic Logic Unit)

 ALU berfungsi untuk melakukan dua jenis operasi iaitu:


- Operasi aritmetik - Operasi pengiraan campur, tolak, bahagi dan darab.
- Operasi logik - Operasi perbandingan di antara dua nilai seperti sama dengan(=),
kurangdaripada (<), besar daripada(>), tidak sama dengan (<>), kurang daripada atau sama
dengan (<=) dan besar daripada atau sama dengan (>=).

 Perwakilan data

 Komputer hanya mengenali dua digit sahaja; 1 dan 0, sistem nombor ini dipanggil sistem perduaan atau lebih
dikenali sebagai sistem binari. ( binary system)
 Setiap digit 1 dan 0 dikenali sebagai bit dan merupakan unit terkecil untuk data yang diwakilkan oleh komputer.
 Satu bit sebenarnya tidak membawa apa-apa makna, namun kombinasi 8 bit dikenali sebagai bait (byte) dan
boleh mewakilkan banyak data atau pun maklumat. Ini disebabkan gabungan 0 dan 1 yang berbeza di dalam 1
bait boleh mewakili sehingga 256 aksara berbeza ini termasuklah nombor, huruf besar, huruf kecil dan simbol-
simbol tertentu.

1-12
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

 Aksara seperti J, L, M, R, S, /, ?dan % adalah bersaiz 8 bit yang bersamaan dengan 1 bait. Contohnya aksara S
mewakili kod binari 01000110 yang hanya difahami oleh komputer.
 Kombinasi beberapa 0 dan 1 dipanggil Skema Pengekodan.
 Dua sistem pengekodan yang paling banyak digunakan ialah ASCII ( American Standard Code for Information
Interchange), yang digunakan di dalam komputer peribadi dan minikomputer; dan EBCDIC ( Extended Binary
Coded Decimal Interchange Code) yang digunakan di dalam komputer kerangka utama.
 Kedua-dua skema ini hanya boleh digunakan untuk mewakili huruf-huruf Roman ( A hingga Z ) dan nombor (1-9).
Ia tidak dapat mewakili huruf-huruf bahasa lain seperti bahasa Arab, Cina, Tamil dan Jepun.
 Skema pengekodan untuk bahasa tersebut dipanggil UNICODE. Skema ini membolehkan kita menggunakan
bahasa Arab, Cina, Tamil dan Jepun yang merangkumi 65536 aksara di dalam perisian pemprosesan perkataan
dan perisian-perisian lain.

1 Bit = 0 dan 1 (On/Off)

1 Byte = 8 bit

8 Bit = 1 aksara ASCII dan EBCDIC

16 Bit = 1 aksara UNICODE

 Kapasiti Data

 Data, maklumat dan arahan yang disimpan pada peranti storan boleh diukur mengikut urutan seperti rajah di
bawah:
 Unit terkecil dimulai dengan Bit, berasal dari perkataan Binary Digit terdiri daripada digit 0 dan 1 sahaja.
 Gabungan 8 bit menjadi 1 Bait. 1 Bait bersamaan dengan 1 aksara. 10 bait boleh bersamaan dengan 1 perkataan.
100 Bait boleh bersamaan dengan 1 ayat.
 Kilobait ( kb ) adalah kira-kira 1024 bait, 1 kilobait lebih kurang sama dengan satu perenggan jika anda membaca,
manakala 100 kilobait akan sama dengan satu muka surat.
 Megabait (Mb) adalah kira-kira 1024 kilobait. 100 Megabait mungkin akan bersamaan dengan satu tajuk
Ensiklopedia manakala 600 Megabait adalah bersamaan dengan jumlah data pada cakera CD-ROM.
 Gigabyte ( Gb ) adalah bersamaan dengan 1024 megabait. 1 Gigabyte data adalah hampir dua kali ganda jumlah
data yang terkandung di dalam CD-Rom.

1-13
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

 Terabait ( Tb ) adalah kira-kira satu trilion bait, atau 1024 Gigabait. Terabait boleh digambarkan dengan
menyimpan kira-kira 300 jam video kualiti yang baik.

 Papan sistem atau papan induk

(a) Juga dikenali sebagai papan utama atau papan sistem (systemboard), merupakan pusat atau papan litar bercetak
(printed circuit board) utama yang terdiri daripada sistem eletronik rumit, seperti komputer.
(b) Komponen-Komponen Pada Papan Induk
i. CPU (Mikropemproses)
o CPU merupakan nadi kepada komputer. Ia merupakan cip kecil yang bertugas dalam memproses data pada
kelajuan yang tinggi.
o Ia dipasang pada papan induk dan disejukkan dengan sistem pendingin kipas. Pemasangan CPU mestilah
menepati spesifikasi papan induk yang telah ditetapkan dari kilang.
o CPU dilekatkan pada soket yang telah ditetapkan mengikut jenis CPU. Contohnya, jenama INTEL, AMD dan
sebagainya.
o Biasanya lokasi CPU adalah terletak ditengah-tengah papan induk dan dilitupi sistem penyejuk kipas.

ii. Papan litar sokongsn dan Slot perhubungan.


Ianya terletak di bahagian belakang papan induk. Kad-kad komputer seperti kad grafik dan kad audio akan
dimasukkan ke dalam slot perhubungan ini. Anda boleh memasangkan kad pada mana-mana slot perhubungan
yang ada. Slot perhubungan ini juga dikenali sebagai bas sistem ataupun bas (bus) sahaja.

iii. Ports dan Connectors Pada Papan Induk

1-14
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

o Port adalah soket penyambung yang terletak di luar unit sistem. Port membolehkan peranti perisian atau
input/output dipalam atau dihubung kepada komputer dan membolehkan peranti tersebut boleh berkomunikasi
dengan sistem komputer.

o Unit Pemprosesan Pusat

1-15
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

 Peranti Keluaran (Output Device)

Monitor

Monitor komputer merupakan sejenis peranti output yang berupaya


memaparkan aksara dan/atau imej, sama ada statik atau beranimasi yang
dijana oleh komputer dan diproses oleh kad grafik.

Terdapat tiga jenis paparan monitor, iaitu:

i. Paparan monokrom
ii. Paparan berwarna
iii. ELD (Electro-Luminescent Display).

- Setiap monitor mempunyai ciri-ciri dan sejarah tersendiri.

- Mutu monitor bergantung kepada beberapa faktor. Yang paling utama ialah bilangan piksel yang mampu
dipaparkan oleh skrinnya; lebih banyak pikselnya, lebih tajam teks dan grafik yang dipaparkan.

- Terdapat empat jenis monitor iaitu:


(i) Cathode Ray Tube (CRT) – merupakan skrin komputer yang menggunakan cathode-ray tube. Saiz CRT
monitor agak besar dibelakang. Monitor jenis ini menghasilkan sedikit radiasi elektromagnetik.
(ii) Liquid Crystal Display (LCD) – merupakan skrin komputer flat panel yang menggunakan cecair kristal
untuk memaparkan imej.
(iii) Plasma – merupakan skrin komputer flat panel yang menggunakan gas plasma yang dilapiskan antara
dua kaca. Mempunyai lebih banyak warna berbanding LCD monitor.
(iv) Light Emitting Diode (LED) – merupakan skrin komputer flat panel yang menggunakan teknologi LED
untuk membentuk imej.

- Pada awalnya semua monitor adalah dari jenis tiub sinar katod (CRT) sama seperti yang digunakan pada
tiub televisyen, namun kini monitor jenis LCD semakin digemari kerana monitor LCD menggunakan ruang
yang kecil, ringan serta lebih menjimatkan tenaga elektrik berbanding monitor CRT.

1-16
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Faktor pemilihan skrin paparan

 Secara ringkasnya pemilihan sesebuah monitor boleh dirumuskan seperti di bawah:

Sifat Penjelasan

Kebezajelasan Bilangan piksel

Kedalaman piksel Gabungan warna yang banyak

Kad paparan grafik Muatan ingatan pada paparan grafik

Saiz Panjang secara pepenjuru

Pencetak
 Pencetak hentaman (impact printer)
- Menggunakan teknik mencetak seperti yang digunakan pada mesin taip.
a) Pencetak dot-matriks
 Digunakan pada komputer mikro.
 Menghasilkan dot-dot apabila ribbon dihentam pada kertas.
 Pencetak ini boleh menghasilkan objek.

b) Pencetak daisy wheel


 Mengandungi roda-roda yang disambung pada lengan-lengan seperti mesin taip.
 Pada hujung lengan terdapat 2 aksara iaitu terdapat aksara berhuruf besar dan kecil.
Pencetak daisy perlahan dan tidak boleh mencetak objek.

 Pencetak tanpa hentaman (nonimpact printer)


- Tidak menggunakan teknik hentaman.
a) Ink Jet
 Dakwat disembur pada kertas untuk menghasilkan grafik dan aksara.
 Kelebihan – boleh mencetak lebih daripada satu warna, lebih laju dan senyap daripada pencetak hentaman.
 Keburukan – mahal.

b) Laser Jet

1-17
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

 Dapat mencetak dengan cepat dengan kualiti output yang lebih tinggi.
 Sesuai untuk menghasilkan dokumen bercetak dengan banyak dan berkualiti tinggi.
 Digelar Page printer yang berkelajuan 4-12 PPM (page per minutes).

 Peranti Output Grafik

Pemplot (plotter)
- Pemplot digunakan untuk mencetak graf, pelan dan lukisan-lukisan dalam bidang
senibina dan kejuruteraan.
- Ia boleh menghasilkan cetakan berwarna dan mempunyai pen-pen berwarna untuk
melukis di atas kertas.
- Jenis-jenis pemplot iaitu:
a) Flatbed plotter
- Ia seperti meja draf dan kertas diletakkan diatasnya.
b) Drum plotter
- Kertas yang digunakan pada pemplot ini digulungkan pada satu dram.

Rajah 16: Pemplot

Audio

i. Kad Audio

- kad tambahan komputer yang boleh menerima input dan mengeluar output bunyi dengan kawalan perisian.

1-18
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

- Kad bunyi yang biasa termasuk cip bunyi biasanya mempunyai ciri penukar digit ke analog yang menukarkan bunyi
gelombang digit atau dirakamkan kepada format analog. Isyarat ini dialirkan kepada penyambung (jenis fon telinga)
di mana kabel penyambung kepada amplifier

ii. Peti Suara (speaker)

- Speaker ataupun lebih dikenali dengan nama pembesar suara. Ia mengeluarkan maklumat dalam bentuk
bunyi/audio.

 Peranti Storan (Storage Device)

a) Storan Primer
- Storan primer juga dikenali sebagai ingatan utama, ia merangkumi RAM (Random-Access Memory) dan ROM
(Read-Only Memory)
- bersifat 'volatile' atau meruap

b) Storan Sekunder
- storan sekunder adalah storan alternatif yang terdapat pelbagai jenis. Ia digunakan untuk menyimpan program
komputer dan dokumen.
- 'non-volatile' atau tidak akan terjejas walaupaunn arus tidak lagi melaluinya.

1-19
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

- 4 jenis-jenis storan sekunder


 Storan cakera Magnetik
 Cakera liut
 Cakera keras
 Cakera bolehubah
 Cakera optik/padat

 Storan Optik
 Cd
 DVD
 Blue Ray Disc

 Storan Awan (Cloud storage)


 Storan ini meyimpan data dalam pelayan remote yang dicapai dari internet atau awan.
Data-data dalam storan ini diselenggara, dikendalikan dan diuruskan oleh penyedia
perkhidmatan storan awan melalui teknik maya.
(Sumber: https://www.techopedia.com/definition/26535/cloud-storage)

 Contoh penyedia perkhidmatan ini adalah Google, Microsoft, Samsung, Apple dan banyak
lagi sama ada secara percuma atau berbayar. Rajah dibawah menunjukkan beberapa
contoh storan yang sediakan oleh penyedia perkhidmatan tertentu.

1-20
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

 Ingatan Kilat
 USB
 Kad memori
 Solid-State Drive

- Kelebihan Storan sekunder


 Jimat ruang - Storan sekunder tidak memerlukan ruang /tempat simpanan yang besar seperti rak/almari yang
besar dan banyak.
 Kebolehpercayaan (reliable) - data selamat sekiranya tidak diberi hak penggunaan secara bebas.
 Mudah Capai - Data/arahan boleh dicapai dengan mudah dan cepat pada bila-bila masa. Kos storan sekunder
lebih murah dari kos untuk membeli rak/almari. Ia boleh menyimpan muatan yang lebih banyak dan selamat serta
jimat masa untuk pencarian data/arahan.

i. Peranti Komunikasi

 Peranti komunikasi adalah peranti perkakasan yang berupaya memindah isyarat analog atau
digital melalui telefon, wayar komunikasi atau secara tanpa wayar (wireless). Antara peranti
komunikasi ditunjukkan dalam Rajah 1.15 di bawah.

1-21
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Kad antaramuka rangkaian (Network Kad antaramuka rangkaian tanpa


interface card) wayar (Wireless network interface
card)

Network access point tranciever Modem


Rajah 1.15: Peranti komunikasi

1-22
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

1.3 Perisian Komputer

 Pengenalan perisian komputer

 Definisi: merupakan set arahan elektronik yang mengarahkan sistem komputer untuk beroperasi atau melakukan
sesuatu tugas yang dikehendaki.

 Contoh: Microsoft Office, Adobe Photoshop, Macromedia Flash, Yahoo messenger, Windows Media Player,
DVD player, Winamp, Acrobat reader dan sebagainya

Kategori-kategori perisian

(a) Perisian boleh dibahagikan kepada dua kelas utama iaitu perisian sistem, dan perisian aplikasi:

i. Perisian Sistem membantu mengawal perkakasan komputer, sistem komputer dan sebagainya.

- Terbahagi kepada 2 jenis perisian yang utama iaitu

Perisian sistem Operasi

 Sistem Operasi (Operating System) ialah sistem perisian yang bertanggungjawab mengawal serta mengurus
perkakasan komputer, pengoperasian sistem yang asas, dan juga melancarkan perisian komputer seperti perisian
pemproses perkataan, dan pelayar web.

a) Ciri-ciri
• Pelbagai Pengguna (multi-user)
• Pelbagai Pemprosesan (Multiprocessing)
• Pelbagai Tugas (Multitasking)

1-23
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

• Pelbagai Tema (Multithreading)


• Pemprosesan Masa Nyata (Real Time Processing)

b) Terdapat dua jenis perisian sistem iaitu perisian sistem iaitu:


i. Sistem Pengoperasian (Operating System) adalah set program yang mengandungi arahan untuk
mengawal aktiviti-aktiviti dalam komputer. Contoh Sistem Pengoperasian ialah Windows 10, 8, 7,
Vista, XP, Linux Fedora, Linux Ubuntu, Macintoch Mac OS X Siera dan sebagainya .

ii. Program utiliti adalah perisian sistem yang membolehkan pengguna melakukan kerja-kerja
penyelenggaraan komputer seperti file manager, image viewer dan sebagainya.
 Contoh-contoh adalah seperti
iii. Perisian pengurusan ingatan (Memmaker)
iv. anti virus (PC Cilin, AVG)
v. diagnostik sistem (Compaq diagnostics)
vi. salinan pendua (Norton Backup)
vii. Pemulihan data dan ruang (norton disk doctor)
viii. pemadatan fail (Winzip, Winrar)

1-24
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

ii. Perisian Aplikasi atau aplikasi membantu menjalankan tugas tugas bersifat gunaan (tidak berkenaan dengan
komputer) seperti mengarang, melukis, mengedit gambar dan sebagainya.

 Contoh Perisian aplikasi


• Pemprosesan perkataan (Microsoft word)
• Hamparan Elektronik (Microsoft Excel)
• Pangkalan Data (Microsoft Access)
• Grafik and illustrasi (Adobe Photoshop)
• Pengarangan Multimedia ( Adobe Indesign)
• Persembahan Multimedia (Microsoft PowerPoint)
• Bahasa Pengaturcaraan (Visual basic)
• Telekomunikasi (Internet Explorer )
• Permainan (PinBall)

1.4 Asas Rangkaian Komputer

 Pengenalan kepada rangkaian komputer

o Penggunaan sistem rangkaian telefon bagi tujuan perhubungan manusia


o Definisi rangkaian komputer : Suatu sistem yang menghubungkan sekumpulan komputer dan peranti sokongan
lain (spt pencetak, pengimbas dan sbg…)yang disambung atau dihubungkan antara satu sama lain.

o Media komunikasi ialah wayar, kabel, gelombang radio, satelit dan sebagainya

1-25
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

 Peralatan dalam sistem rangkaian komputer

o Pelayan Fail (File Servers)


o Stesyen Kerja (Workstations)
o Kad Antaramuka Rangkaian (Network I/C)
o Hub
o Pengulang
o Jambatan (Bridges)
o Router

 Jenis-jenis rangkaian komputer

o LAN – Rangkaian Komputer Setempat (Local Area Network)


o MAN – Rangkaian Komputer Metropolitan (Metropolitan Area Network)
o WAN – Rangkaian Komputer Meluas (Wide Area Network)

Sistem Rangkaian Saiz Kawasan Contoh


Komputer

Local Area Network (LAN) Kawasan Kecil (10km) Sekolah, makmal, sebuah
bangunan.

Metropolitan Area Network Kawasan lebih besar Bandar, negeri.


(MAN) (10-50km)

Wide Area Network (WAN) Kawasan sangat Seluruh dunia, negara,


besar (lebih Internet
daripada 50km)

 Topologi rangkaian komputer

 Topologi rangkaian adalah susunan rangkaian, termasuk nod dan sambungannya. Terdapat
beberapa topologi fizikal yang lazim, seperti yang dijelaskan di bawah dan seperti yang ditunjukkan
dalam ilustrasi rajah.

1-26
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

o Topologi Bintang (Star)

Topologi bintang menyambungkan setiap nod ke hub atau switch. Data yang dihantar dalam topologi bintang akan
melalui hub atau switch sebelum ke destinasinya. Hub juga berfungsi mengawal dan menyelia penghantaran data
dalam rangkaian.Kabel yang digunakan adalah kabel pasangan terpiuh (unshielded twisted pair) atau fiber optic.

Kebaikan Topologi Bintang


 Mudah untuk menyambungkan kabel rangkaian.
 Mudah mengenalpasti masalah.
 Tiada gangguan pada sistem rangkaian apabila menyambung atau
membuang peralatan dalam rangkaian.

Kelemahan Topologi Bintang


 Memerlukan kabel yang panjang (setiap node satu kabel).
 Sekiranya hub gagal fungsi keseluruhan rangkaian tidak dapat beroperasi.
 Kos pemasangan yang lebih berbanding topologi bus.

o Topologi Cincin (Ring)

- Topologi cincin menyambungjan setiap komputer di dalam satu gelung tertutup.Penghantaran data
berlaku dalam satu arah sahaja.Ada rangkaian cincin yang mempunyai server dan ada yang tidak
mempunyai server.

Kebaikan Topologi Cincin


 Penghantaran data laju.
 Dapat melayan lalu lintas data yang padat.
 Masa untuk mengakses data optimal.
 Komunikasi antara terminal mudah.Tiada perlanggaran
(collision) data.

Kelemahan Topologi Cincin


 Jika kabel utama bermasalah rangkaian tidak dapat berfungsi.

1-27
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

 Penambahan atau pengurangan terminal sangat sukar.


 Sukar mengesan punca kerosakan

o Toplogi Bas (Bus)

- Topologi bus terdiri daripada beberapa komputer yang disambungkan kepada satu kabel utama dengan
menggunakan terminator.Kabel yang digunakan adalah kabel sepaksi, (coaxial kabel 50 ohm) dan
penyambung RG58.Jarak maksimum kabel adalah 185 meter.

Kebaikan Topologi Bus


 Senang untuk menambah atau mengurangkan komputer dan nod tanpa mengganggu operasi yang telah
dijalankan.
 Kurang kabel dan jarak LAN tidak terbatas.
 Murah.
 Sesuai untuk rangkaian yang kecil.

Kelemahan Topologi Bus


 Jika kabel tulang belakang (Backbone) atau mana-mana nodnya bermasalah rangkaian tidak dapat berfungsi.
 Memerlukan terminator untuk kedua-dua hujung kabel tulang belakang.
 Sukar mengesan kerosakan.
 Perlu pengulang (repeater) jika jarak LAN jauh.
 Perisian tambahan diperlukan untuk mengelakkan pelanggaran (collision) data

o Topologi Pokok (Tree)

1-28
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

- Topologi tree merupakan gabungan topologi bas dan topologi bintang. Di mana topologi bintang
disambung kepada kabel tulang belakang bas

Kebaikan Topologi Pokok


 Perhubungan titik ke titik (point-to-point writing) untuk bahagian idividu
 Disokong oleh sebilangan pembekal perkakasan dan perisian.

Kelemahan Topologi Pokok


 Panjang keseluruhan terhad kepada jenis kabel yang digunakan.
 Kerosakan pada kabel tulang belakang akan menggagalkan bahagian lain.
 Sukar dalam configurasi dan pendawaianSekiranya hub gagal fungsi keseluruhan rangkaian tidak dapat
beroperasi.

 Aplikasi rangkaian komputer


 Antara aplikasi utama yang wujud seiring dengan perkembangan teknologi telekomunikasi dan sistem rangkaian
ialah:
o Internet
o Email
o Mel-suara (Voice Mail)
o Protokol Permindahan Data (FTP)
o Telesidang Video
o Perkongsian Data Elektronik
o Perbincangan dalam kumpulan
o Papan Buletin
o Capaian Komputer jarak jauh (Telnet)

1-29
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

LATIHAN:

SOALAN OBJEKTIF

1. Apakah yang dimaksudkan dengan perisian computer?


A. Aplikasi untuk membantu pembinaan persembahan yang professional dan menarik.
B. Set arahan elektronik yang mengarahkan sistem computer untuk beroperasi atau
melakukan sesuatu tugas yang dikehendaki.
C. Suatu mesin elektronik yang telah diprogramkan oleh manusia untuk melaksanakan tugas-
tugas yang telah ditetapkan.
D. Merupakan aplikasi hamparan elektronik yang membantu pengguna menyimpan data,
melaksanakan pengiraan kompleks dan menghasilkan output samada dalam bentuk
elaktronik atau bentuk cetakan.

2. __________ adalah contoh peranti input.


A. DVD
B. Memory card
C. Cakera keras ( hard drive)
D. Papan kekunci (Keyboard)

3. Music atau bunyi yang dihasilkan akan dikeluarkan oleh peranti yang dikenali sebagai _________.
A. Komunikasi
B. Pemprosesan
C. Input / masukan
D. Output / keluaran

4. Ciri-ciri berikut merupakan kelebihan peranti storan KECUALI


A. Kepatasan
B. Jimat ruang
C. Mudah dicapai
D. kebolehpercayaan

5. Antara berikut, yang manakah BUKAN jenis perisian operasi?


A. Perisian utility
B. Perisian aplikasi
C. Perisian antivirus
D. Perisian sistem pengoperasian

6. Rangkaian manakah yang merupakan rangkaian meluas dan tidak terhad pada batasan geografi?
A. PAN
B. LAN

1-30
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

C. MAN
D. Internet

7. Perisian utility merupakan _______________.


A. Gigunakan untuk memformat cakera supaya aplikasi boleh dipasang.
B. Sekumpulan data yang boleh dimanipulasi oleh perisian aturcara dan dipaparkan atau
dicetak.
C. Perisian sokongan yang membantu kelancaran perkakasan computer, sistem
pengendalian dan perisian aplikasi.
D. Satu perisian yang membenarkan anda untuk melaksanakan kerja seperti mengedit
dokumen dan melayari internet.

Jika hub tidak berfungsi, rangkaian akan lumpuh

8. Berdasarkan kenyataan yang diberi, topologi yang dimaksudkan adalah __________.


A. Topologi Bus
B. Topologi Pokok
C. Topologi Bintang
D. Topologi Cincin

9. Aplikasi ___________ membolehkan pengguna melayari halaman internet mengikut kehendak


pengguna.
A. Pengimbas web
B. Engine gelintar
C. Pemprosesan perkataan
D. Lembaran kerja elektronik

10. Berikut adalah sifat semulajadi komputer KECUALI


A. kejadian
B. kepantasan
C. kebolehpercayaan
D. kemampuan storan

11. Yang manakah pasangan aplikasi internet yang tepat?


A. Hiburan -> Instagram
B. Membeli belah –> media social
C. Menyelidik -> perpustakaan maya
D. Berkomunikasi -> melalui kumpulan berita

1-31
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

12. Literasi komputer menekankan konsep berikut KECUALI


A. Interaksi
B. Kesedaran
C. Kepakaran
D. Pengetahuan

13. Berikut merupakan elemen-elemen didalam sistem komputer KECUALI


A. Data
B. Perisian
C. Perkakasan
D. Pengetahuan

14. Apakah yang dimaksudkan dengan komputer?


A. Aplikasi untuk membantu pembinaan persembahan yang professional dan menarik.
B. Alat yang memberi maklumbalas terhadap capaian webpage yang dilakukan oleh
komputer.
C. Suatu mesin elektronik yang telah diprogramkan oleh manusia untuk melaksanakan tugas-
tugas yang telah ditetapkan.
D. Merupakan aplikasi hamparan elektronik yang membantu pengguna menyimpan data,
melaksanakan pengiraan kompleks dan menghasilkan output samada dalam bentuk
elektronik atau bentuk cetakan.

15. Berikut merupakan elemen-elemen di dalam sistem komputer KECUALI


A. Data
B. Pengetahuan
C. Perisian
D. Perkakasan

16. Apakah langkah untuk mengelak perisian daripadad mengalami masalah virus?
A. Pengguna perlu mengikuti peraturan penggunaan yang ditetapkan oleh pihak kolej.
B. Pastikan perisian antivirus yang bersesuaian digunakan bagi menghalang serangan virus.
C. Letakkan komputer ditempat khas untuk komputer dan pastikan kedudukannya stabil.
D. Jangan gunakan komputer ketika cuaca kilat.

1-32
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

SOALAN BETUL/SALAH:

1. Ingatan kilat (flash memory) ialah contoh peranti storan (storage Benar / Salah
device)

2. Laser jet adalah pencetak yang digunakan untuk mencetak graf, pelan Benar / Salah
dan lukisan-lukisan dalam bidang senibina dan kejuruteraan.

3. Perisian komputer merupakan set arahan elektronik yang Benar / Salah


mengarahkan sistem komputer untuk beroperasi atau melakukan
sesuatu tugas yang dikehendaki

4. Kebolehpercayaan adalah sifat semulajadi komputer Benar / Salah

5. Bit, bait dan aksara merupakan perwakilan data Benar / Salah

6. Komputer boleh digunakan dalam jangka masa yang agak lama. Benar / Salah

7. Google engine merupakan pengimbas web ( web browser) Benar / Salah

8. Multitasking merupakan salah satu ciri-ciri bagi perisian sistem Benar / Salah
pengoperasian

9. Microsoft word merupakan satu contoh perkakasan Benar / Salah

10. Perisian antivirus adalah contoh bagi perisian aplikasi komputer Benar / Salah

1-33
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

SOALAN ISI TEMPAT KOSONG:

Padankan setiap pernyataan dengan istilah/ frasa yang paling sesuai dalam kotak yang diberikan di
bawah.

maklumat output pemproses


data unit kawalan Matrik bintik
input Windows 8 meruap
unit arithmetic dan logic ICT data / data mentah

1. Antara contoh sistem pengoperasian ialah ____________ dan mancintosh.


2. Peranti input memasukkan _________ untuk diproses menjadi maklumat yang bermakna.
3. Pencetak jenis _________ merupakan pencetak yang mengeluarkan bunyi yang bising.
4. Tetikus, papan kekunci dan pembaca kod bar adalah contoh bagi peranti ___________.
5. Pencetak, monitor dan pembesar suara adalah contoh bagi peranti ___________.
6. Storan primer menyimpan data secara sementara dan dikenali dengan sifat _________ .
7. Unit pemprosesan pusat terbahagi kepada dua komponen iaitu _________________ dan
_________________________ .
8. Komponen yang digunakan untuk menukar input kepada output dikenali sebagai
_________________.
9. Input adalah ___________________________ yang dimasukkan ke dalam komputer.
10. Data mentah yang telah diproses dikenali sebagai ___________________.
11. ________________ membenarkan manusia mendapatkan maklumat mengenai persekitarannya
dan berkomunikasi antara satu sama lain dengan menggunakan peralatan elektronik atau digital.

SOALAN STRUKTUR:

1. Berikan istilah –istilah penuh bagi singkatan LAN.


2. Senaraikan 3 contoh peranti masukkan (input device)
3. Berikan istilah penuh bagi singkatan-singkatan berikut
 OMR
 OCR
 MICR

4. Senaraikan dua jenis topologi yang biasa digunakan dalam rangkain


5. Senaraikan dua contoh laman social yang terkenal dan digunakan secara meluas
6. Berikan sifat semulajadi komputer
7. Nyatakan tiga ciri-ciri sistem pengoperasian
8. Berikan tiga contoh bagi peranti storan
9. Senaraikan tiga contoh bagi topologi rangkaian komputer

1-34

You might also like