You are on page 1of 38

HASIL PEMBELAJARAN

X PENGENALAN
Sedarkah anda bahawa dalam ledakan teknologi maklumat kini, bidang
pendidikan tidak terkecuali dalam menempuh gelombang ini? Pada dewasa ini,
perkembangan teknologi maklumat semakin berpengaruh dalam dunia
pendidikan. Teknologi maklumat telah mula mendapat perhatian daripada
pihak Kementerian Pendidikan dan lain-lain peneraju dalam bidang pendidikan,
khususnya yang digunakan dalam bidang pengurusan pendidikan dan sebagai
alat bantuan pengajaran.

Sedarkah anda juga sebagai seorang guru, peranan sebagai agen perubahan
perlu direncanakan selaras dengan perkembangan terkini? Oleh itu, anda
seharusnya peka kepada perkembangan teknologi maklumat yang semakin
bertambah pesat ke arah meningkatkan diri dan khususnya meningkatkan
profesionalisme dalam bidang pendidikan. Anda perlu mempunyai pengetahuan
T
T
o
o
p
p
i
i
k
k
1
1

X
Pengenalan
Teknologi
Maklumat
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan sejarah perkembangan teknologi maklumat sebelum
tahun 1940an hingga kini;
2. Menghuraikan penggunaan teknologi maklumat dalam kehidupan;
3. Menghuraikan aplikasi dan fasa koridor raya multimedia;
4. Mendefinisi dan menerangkan fungsi asas sistem komputer;
5. Menjelaskan faktor-faktor yang mengancam keselamatan komputer;
6. Menghuraikan cara menyenggara komputer; dan
7. Mengenal pasti cara serangan virus dan faktor menghalangnya.
X TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
2
semasa terhadap perkembangan teknologi maklumat serta kepentingannya
kepada generasi masa kini. Selain itu, anda sebagai seorang guru akan mampu
mewujudkan senario yang jauh lebih baik sekiranya berpengetahuan dalam
bidang perkakasan atau hardware, perisian komputer, ciri-ciri keselamatan
dalam teknologi maklumat, khususnya ancaman serangan virus atau ancaman
penggodam (hackers) serta penyenggaraan komputer.
TEKNOLOGI MAKLUMAT
Tahukah anda bahawa ruang lingkup teknologi maklumat bukan sahaja
melibatkan sistem komputer, malah mencakupi penggunaan komputer dan
telekomunikasi yang digunakan untuk memproses dan menyebar maklumat?
Dalam era maklumat kini, kegunaan teknologi maklumat begitu meluas dalam
pelbagai aspek kehidupan. Tiga asas yang menyokong teknologi maklumat ialah
perkakasan komputer, perisian komputer dan komunikasi data.
1.1.1 Perkembangan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi
Sejarah perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi boleh dibahagikan
kepada lima zaman iaitu:


Rajah 1.1: Perkembangan teknologi maklumat

1.1
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT W 3


(a) Sumbangan Awal Sebelum 1940
Pernahkah anda mendengar perkataan abakus? Sebagai seorang guru, anda
sudah tentu didedahkan tentang perkara ini selaras dengan hasrat
Kementerian Pendidikan untuk menerapkan kaedah pengiraan ini di
sekolah-sekolah. Sejarah permulaan penciptaan komputer bermula dengan
penggunaan mesin abakus sebagai pengira 3000 SM yang lalu. Pada tahun
1617, Napier Bones telah dicipta oleh John Napier. Sebelum itu, beliau telah
mencipta logaritma yang memudahkan operasi matematik. Pascal, seorang
ahli Matematik Perancis pula telah mencipta mesin penghitung mekanikal
yang pertama yang dikenali sebagai Blaise Pascal pada 1642 yang
merupakan titik tolak pembinaan kalkulator.


Rajah 1.2: Mesin aritmetik Pascal
Sumber: http://www.maxmon.com/images/hstfig6.gif

Sistem Binari telah dicipta oleh G.W. Leibnitz pada tahun 1671. Sistem ini
menjadi asas penting dalam reka cipta sehingga kini. Pada tahun 1835,
Enjin Analitikal (Rajah 1.3) telah diperkenalkan oleh C. Babbage. Mesin ini
mengandungi 50 penghitung dan berupaya menyimpan 1,000 nombor di
mana setiap satu terdiri daripada 50 digit dan inputnya pula terdiri
daripada kad tebuk.

Dengan menggunakan imaginasi anda, senaraikan ciri-ciri komputer
generasi kelima yang dapat mempermudahkan dan menepati cita rasa
sebagai seorang pengguna dan pendidik.
AKTIVITI 1.1
X TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
4

Rajah 1.3: Enjin Analitikal oleh Clarles Babbage
Sumber: http://www-groups.dcs.stand.ac.uk/~history/Diagrams/
Babbage_engine.jpeg

Mesin ini juga mempunyai ciri-ciri komputer moden yang memiliki lima
bahagian seperti rajah di bawah:


Rajah 1.4: 5 Bahagian analitikal enjin

George Boole telah memberi sumbangan kepada dunia komputer dengan
mereka cipta Logik Boolean termasuk simbol Algebra 'betul dan salah'.
Rekaan ini telah digunakan dalam reka bentuk komputer moden. Pada
tahun 1890, kad tebuk untuk memasukkan dan memproses data telah
diperkenalkan. Pada tahun 1937, Howard Aiken dari Universiti Harvard
telah mencipta mesin yang dapat membaca urutan aritmetik secara
automatik.
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT W 5
(b) Generasi Pertama (1940-1958)
Penciptaan tiub vakum pula telah membantu mengatasi masalah tindak
balas mekanikal.yang merupakan masalah utama yang dihadapi oleh
pencipta komputer di mana tindak balas mekanikal adalah lambat dan
terbatas.

Ciptaan tersebut telah pun menghasilkan komputer seperti yang
diterangkan dalam jadual berikut:

Jadual 1.1: Hasil Ciptaan Komputer pada Era Generasi Pertama
Tahun
Ciptaan
Keterangan Ciptaan dan Pencipta
Tahun
1943
Komputer Colossus telah dicipta oleh British
Code dengan menggunakan tiub vakum.

Sumber:
http://www.digibarn.com/collections/locations
/bletchley-park/ 121-2140_IMG.JPG

Tahun
1945
J.P Eckert dan J.W Maunchly dari Universiti
Pennsylvania telah mencipta "Electronic
Numerical Integrator and Calculator" (ENIAC).
Komputer ini memerlukan ruang 1,500 kaki
persegi dan beratnya 30 tan dan mengandungi
19,000 tiub vakum.

Anda boleh melihat laman web berikut untuk
melihat sejarah perkembangan komputer
ENIAC:

Sumber:
http://ei.cs.vt.edu/~history/ENIAC.Richey.HT
ML

http://www-
etsi2.ugr.es/alumnos/mlii/imagenes/Programa
ndo%20Eniac.jpg

X TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
6
Tahun
1946
UNIVAC dicipta. Komputer ini dipasarkan buat
pertama kali pada 14 Jun 1951.

Sumber:
http://www.rothcpa.com/archives/misc/Univ
ac.jpg

Tahun
1953
IBM telah memasang komputer pertama iaitu
IBM 701 dan seterusnya pula IBM 650 (lihat
gambar sebelah). Komputer ini terbahagi kepada
beberapa bahagian iaitu input, output, konsol
dan bekalan.

Sumber: http://www-8.ibm.com/au/70years/
more_detail/1953.html


(c) Generasi Kedua (1959-1963)
Dalam komputer generasi kedua, tiub vakum telah ditukar kepada
transistor. Kesan penggunaan transistor ialah saiz fizikal komputer akan
menjadi kecil, bertambah pantas dan menjimatkan tenaga, cekap serta
berpotensi tinggi.

Pertukaran ini juga membuatkan kos pembinaan komputer menjadi
semakin murah, di mana lebih 17,000 komputer IBM telah dipasarkan di
antara tahun 1959 hingga 1963. Antara komputer yang terkenal
termasuklah IBM 1620 dan IBM 1401. Komputer generasi ini juga mula
menggunakan pita magnet untuk storan. Bahasa pengaturcaraan yang
digunakan ialah FORTRAN dan COBOL.

(d) Generasi Ketiga (1964-1980)
Dalam komputer generasi ketiga, transistor telah digantikan dengan litar
bersepadu (Integrated Circuit) atau cip. Gelung magnetik pula telah
sepenuhnya menggantikan kad tebuk sebagai storan luar. Hasil
penggunaan litar bersepadu telah membawa kepada penciptaan komputer
seperti berikut:
x Pada tahun 1971, Dr Ted Hoff telah mencipta mikropemproses Intel
4004.
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT W 7
x Pada tahun 1975, jaring kawasan tempatan (LAN) yang pertama telah
diperkenalkan oleh Robert Metcalfe.
x Komputer Apple yang pertama telah dicipta pada tahun 1976 oleh
Steve Woziniak dan Steve Job.
x Seterusnya pada tahun 1977, Apple II telah diperkenalkan.
x Intel telah mencipta komputer 8086 pada tahun 1978 dan ia kemudian
telah diganti dengan 8088 pada tahun 1979.

(e) Generasi Keempat (1980 - Kini)
Komputer generasi keempat telah menggunakan litar bersepadu berskala.
Intel telah memperkenalkan mikropemproses 286 pada 1982 dan sehingga
kini, Intel telah mengeluarkan Pentium Centrino. Pada tahun 1984,
Macintosh telah diperkenalkan. Pada bulan Mei 1991, syarikat Microsoft
telah memperkenalkan sistem pengendalian operasi yang dinamakan
Windows 3.0. Seterusnya di awal tahun 1992, Microsoft telah
memperkenalkan versi baru Windows 3.1. Windows 3.0 dan 3.1
menggabungkan muka sistem pengendalian menggunakan grafik dan
DOS. Arahan kawalan sistem Windows 3.0 dan 3.1 menggunakan tetikus
untuk memilih ikon interaktif. Sistem pengendalian Windows terus
berkembang dan kini Windows XP yang dilancarkan pada 25 Oktober 2001
dapat menggabungkan kesemua media dalam multimedia.


1.1.2 Penggunaan Teknologi Maklumat dalam
Kehidupan
(a) Pendidikan
Dalam bidang pendidikan, penggunaan teknologi maklumat boleh
dibahagi kepada dua kategori:

1. Gambarkan secara keseluruhan cara proses atau cara kerja
komputer bermula dari peranti input hingga ke peranti output.
2. Nyatakan perubahan antara komputer generasi pertama hingga
generasi keempat.
SEMAK KENDIRI 1.1
X TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
8
(i) Alat Membantu Pengurusan
Dalam satu organisasi pendidikan, ada banyak data yang perlu
diuruskan. Contohnya adalah data pelajar, data kewangan, data
sumber manusia, data stok dan pelbagai lagi. Teknologi maklumat
dengan aplikasi sistem pangkalan data dan rangkaian setempat boleh
digunakan dalam mengurus data dengan teratur dan berkesan.
Sebagai contoh, dengan bantuan aplikasi ini, seorang pentadbir boleh
mengetahui status disiplin pelajar dengan cepat dan terkini.


Beliau hanya perlu memasukan nombor matrik pelajar dalam
komputer yang telah disambungkan dengan rangkaian ke pangkalan
data pelajar. Begitu juga dengan maklumat-maklumat penting lain
seperti kewangan, stok dan sumber manusia. Teknologi maklumat juga
digunakan bagi membantu kerja-kerja perkeranian di sekolah. Pihak
Open University Malaysia telah menggunakan sistem untuk mengurus
dan mengetahui status pelajar dari aspek latar belakang, status
permohonan, maklumat kursus yang diambil, status kewangan dan
status peperiksaan mereka. Ini dapat dilihat dalam Rajah 1.5 di bawah:


Rajah 1.5: Sistem maklumat pelajar Open University Malaysia

Selain itu, jaringan Internet dan laman web juga telah digunakan
untuk mengemas kini sistem pendaftaran peperiksaan pelajar dan
untuk memberi pengumuman penting. Sebagai contoh, laman web
Open Universiti Malaysia membenarkan pelajarnya mendaftar,
memuat turun slip peperiksaan dan memberi pengumuman penting.
Di samping itu, laman web ini juga membolehkan interaksi antara
pihak pentadbir dan pelajar.
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT W 9
(ii) Alat Bantu Mengajar
Penggunaan teknologi maklumat sebagai alat bantu mengajar
terbahagi kepada empat iaitu:
x Teknologi maklumat menggunakan mod tutorial;
x Teknologi maklumat menggunakan mod penerokaan;
x Teknologi maklumat menggunakan mod aplikasi; dan
x Teknologi maklumat menggunakan mod komunikasi.

Kelebihan mod-mod yang dinyatakan di atas adalah seperti berikut:

x Kelebihan menggunakan mod tutorial ialah:
Ia merupakan bahan bantu mengajar yang lebih interaktif.
Dengan ini, pelajar akan berupaya meningkatkan kefahaman
dan penguasaan mereka dalam sesuatu pelajaran.
Pelajar dapat belajar dengan sendiri dan ini membolehkan
mereka:
1. Mengaplikasi teori pembelajaran konstruktif dan
kontekstual dalam pengajaran
2. Meningkatkan daya kreativiti dan motivasi
3. Mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif

x Kelebihan menggunakan teknologi maklumat mod penerokaan
ialah:
Pelajar akan dapat pengalaman dalam melakukan eksperimen
yang sukar, terlalu mahal dan mustahil untuk dilaksanakan
dengan menggunakan realiti maya
Pelajar dapat mengaplikasi teori pembelajaran konstruktif
Membantu mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif
Membolehkan pembelajaran simulasi

x Kelebihan menggunakan teknologi maklumat mod aplikasi ialah:
Pelajar dapat memberi tumpuan kepada aktiviti utama
Menjimatkan masa pembelajaran
Membolehkan guru memberi masalah yang lebih mencabar

X TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
10
x Kelebihan menggunakan teknologi maklumat mod komunikasi
ialah:
Membenarkan pembelajaran jarak jauh
Membolehkan proses komunikasi dengan tokoh-tokoh dan
rakan-rakan
Mengaplikasikan proses pembelajaran melalui kaedah rakan
sebaya
Mengaplikasikan teori pembelajaran kolaboratif.


(iii) Internet dalam Pendidikan
Penggunaan komputer membolehkan pengguna membentuk
komunikasi yang berkesan, cepat, mudah dan murah. Perkongsian
maklumat, mesyuarat dan perbincangan dapat dilakukan melalui
telesidang. Internet juga digunakan bagi tujuan penyelidikan dan
pendidikan. Internet dapat digunakan di mana-mana dengan
pelbagai media dalam aplikasinya, maka maklumat di Internet lebih
bersifat terbuka dan luas kerana ia tidak tertakluk kepada sesebuah
lokasi tertentu, sebaliknya ia meliputi seluruh dunia.


Rajah 1.6: Telesidang
Sumber: http://www.mainesenate.org/diamond/images/
Diamond%20Video%20Teleconference-high%20res.JPG

Nyatakan penggunaan komputer dalam kehidupan selaku pendidik.
SEMAK KENDIRI 1.2
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT W 11
Internet dapat membantu para pendidik mempelbagaikan bahan-
bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk media yang
menarik. Kemudahan Internet mampu menyediakan sumber rujukan
yang bersifat lebih menyeluruh dan pelbagai. Internet dilihat sebagai
gedung maklumat yang boleh dicapai melalui jarak jauh. Capaian
Internet ini juga boleh membuat hubungan dengan penduduk seluruh
dunia menjadi satu kenyataan. Capaian Internet juga mampu
membawa pakar-pakar pendidikan ke dalam bilik darjah.



(b) Perindustrian
Dalam bidang perindustrian, teknologi maklumat digunakan sebagai
hasilan dan untuk meningkatkan produktiviti. Tedapat dua kategori
industri:
(i) Industri yang menjadi teknologi maklumat sebagai produk.
Contohnya ialah industri perisian, bioteknologi, perkakasan dan lain-
lain lagi.
(ii) Industri yang menggunakan aplikasi teknologi maklumat. Industri
perbankan dan insurans adalah contoh industri yang bukan
berasaskan teknologi maklumat.

Teknologi maklumat juga digunakan untuk mereka cipta bentuk produk
serta mengawal mesin untuk membuat kerja-kerja yang telah
diprogramkan. Terdapat empat kategori aplikasi komputer seperti dalam
Jadual 1.2 di bawah:

Jadual 1.2: Empat Kategori Aplikasi Komputer
Kategori Keterangannya
Kejuruteraan berbantukan komputer
(Computer Aided Engineering atau
CAE)
Dalam aplikasi ini jurutera mengunakan
perisian komputer bagi membuat reka bentuk
dan menguji komponen-komponen
Reka bentuk berbantukan komputer
(Computer Aided Design atau CAD)
Program ini membantu jurutera menghasilkan
lukisan lengkap mengenai sesuatu reka bentuk
Apakah kebaikan dan keburukan menggunakan teknologi maklumat
dalam pengajaran dan pembelajaran? Cuba anda lakarkan melalui
peta minda berdasarkan kepada pengalaman dan pemahaman anda.
SEMAK KENDIRI 1.3
X TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
12
Pekilangan berbantukan komputer
(Computer Aided Manufacturing
atau CAM)
Dalam aplikasi ini, komputer akan mengawal
robot atau mesin yang digunakan untuk
memasang barangan
Automasi kilang Robot atau mesin yang dikawal oleh komputer
digunakan untuk menggerakkan bahan mentah di
bahagian pemasangan dan menjaga kualiti barang

(c) Perdagangan
Teknologi maklumat selalu digunakan oleh peniaga dalam bidang
pengurusan, perakaunan dan simpan kira. Teknologi maklumat juga
digunakan oleh peniaga dalam memberikan perkhidmatan pelanggan yang
sempurna, contohnya, ada peniaga menyediakan kios untuk membantu
peniaga memberi maklumat tentang barang yang diniagakan.

Penggunaan kod asas di kompleks membeli belah bagi menggantikan
penggunaan tanda harga memudahkan pemantauan tanda harga
dilakukan. Teknologi maklumat digunakan dalam industri perbankan
dengan meluas. Penggunaan mesin teller automatic, contohnya,
memudahkan maklumat diakses serta membolehkan urusan simpanan dan
pengeluaran dalam talian. Penggunaan komputer juga membolehkan
sistem pembayaran bil dilakukan secara dalam talian dan setempat.


1.1.3 Koridor Raya Multimedia (MSC)
Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC) merupakan
tonggak dan strategi pembangunan bagi mencapai Wawasan 2020. MSC telah
ditubuhkan pada 29 Ogos 1995 oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, iaitu Tun
Dr Mahathir Mohamad. Koridor Raya Multimedia atau MSC ini dibina bagi
merangsang proses penyelidikan dan pembangunan atau R & D serta membina
dan menyebar maklumat dan produk berunsurkan teknologi maklumat. Tujuh
1. Kita menggunakan aplikasi teknologi maklumat setiap hari. Cuba
anda bayangkan jenis-jenis aplikasi yang anda pernah atau yang
sedang anda gunakan setiap hari.
2. Bayangkan sekiranya sistem komputer di seluruh dunia
menghadapi kegagalan untuk berfungsi sepenuhnya. Pada
jangkaan anda, apakah kesulitan yang akan anda mengalami
secara serta-merta? Bincangkan dalam kelas anda.
AKTIVITI 1.2
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT W 13
aplikasi utama Koridor Raya Multimedia adalah seperti dalam Rajah 1.7 di
bawah:


Rajah 1.7: Aplikasi utama Koridor Raya Multimedia

(a) Kerajaan Elektronik
Kerajaan elektronik merupakan aplikasi jaringan hubungan antara agensi
kerajaan dan pelanggan. Antara ciri-ciri kerajaan elektronik menjalankan
pelbagai urusan menggunakan aplikasi teknologi maklumat adalah seperti
berikut:

(i) Hubungan antara Agensi Kerajaan
Hubungan antara agensi kerajaan dijalankan secara elektronik dan
menggunakan multimedia. Melalui hubungan ini, komputer yang
menggunakan jaringan di kementerian atau jabatan dapat berhubung
antara satu sama lain. Dengan ini, perkara yang memerlukan
penyelesaian bersama dapat dilakukan dengan cepat. Dokumen,
maklumat dan pangkalan data dapat dikongsi bersama antara
kementerian dengan kementerian atau dengan jabatan. Sidang video
digunakan bagi memudahkan proses mengadakan mesyuarat di
pelbagai lokasi.

(ii) Hubungan Rakyat dengan Kerajaan
Kesemua ini bertujuan menghasilkan pentadbiran yang cekap
berwibawa di samping meningkatkan mutu perkhidmatan awam.
Objektif kerajaan elektronik yang digariskan ialah:
Menyediakan perkhidmatan awam yang berkualiti dan cekap;
X TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
14
Membentuk jaringan komunikasi yang cepat dan cekap antara
jabatan;
Ke arah pengurusan tanpa kertas serta menjimatkan kos; dan
Meningkatkan keselamatan data.


Rajah 1.8: Kerajaan elektronik



(b) Sekolah Bestari
Sekolah bestari merupakan institusi pendidikan yang tersusun secara
sistematik yang mengamalkan pengajaran dan pembelajaran serta
pengurusan sekolah menggunakan aplikasi dan jaringan teknologi
maklumat. Sekolah bestari merupakan institusi yang mempunyai
pengajaran dan pembelajaran yang sentiasa mencabar minda dan memberi
ruang kepada pelajar berfikiran secara kritis dan kreatif.

Corak pembelajarannya akan dapat melahirkan individu yang mempunyai
kemahiran dalam bidangnya, memegang teguh dan melaksanakan nilai-
nilai murni dan akan sentiasa menyumbangkan idea. Kesemua usaha ini
akan dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang akan mencipta sejarah
serta penemuan dalam bidang akademik dan bukan sahaja sebagai bahan
sejarah.
1. Senaraikan tujuh aplikasi Koridor Raya Multimedia.
2. Beri sebab mengapa Koridor Raya Multimedia dianggap berjaya.
3. Pada pandangan anda, apakah kelebihan pelaksanaan kerajaan
elektronik kepada masyarakat Malaysia? Senaraikan.
SEMAK KENDIRI 1.3
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT W 15
Jika dibuat perbandingan, terdapat perbezaan jelas di antara sekolah masa kini
dan sekolah bestari, khasnya dari segi gaya pembelajaran pelajar-pelajarnya.
Di sekolah masa kini, gaya pembelajaran berasaskan guru yang memberi
tumpuan kepada hafalan dan pengetahuan. Sementara di sekolah bestari, cara
gaya pembelajaran berasaskan pelajaran secara bebas tetapi bergantung
kepada teknologi iaitu tumpuan kepada maklumat, berdaya fikir, kreativiti,
penyayang dan berliterasi teknologi seperti dalam Jadual 1.3 di bawah:

Jadual 1.3: Perbezaan Cara Gaya Pembelajaran Sekolah Masa Kini dan Sekolah Bestari


Menurut Wan Mohd Zahid (1997), sekolah bestari diwujudkan dengan ciri-
ciri berbeza berbanding sekolah sedia ada.

Antara ciri-ciri tersebut ialah:
Sekolah bestari dihubungkan dengan jaring kawasan tempatan (LAN)
yang membolehkan perkongsian maklumat supaya dapat
menggalakkan kerjasama antara pelajar dan guru untuk meningkatkan
kualiti pengajaran dan pembelajaran;
Sekolah ini juga dihubungi melalui jaring kawasan luas (WAN) yang
menyediakan sumber-sumber dalam talian untuk membolehkan guru-
guru dan pelajar mendapat maklumat dari rumah;
Sekolah bestari disesuaikan mengikut kehendak guru pelajar dan
pentadbir dengan menyediakan pelbagai perisian aplikasi;
Guru berperanan sebagai fasilitator yang bertanggungjawab
menyediakan situasi yang menggalakkan pembelajaran terarah kendiri
secara berdikari; dan
Pentadbir berfungsi sebagai pengurus yang berkesan.

(c) Tele-perubatan
Tele-perubatan ialah aplikasi jaringan maklumat yang digunakan bagi kerja
pengurusan dan rawatan antara hospital. Selain daripada itu, tele-
perubatan membenarkan hubungan komunikasi antara pesakit dan doktor
X TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
16
dilakukan di pelbagai lokasi. Dalam tele-perubatan, jaringan aplikasi
teknologi maklumat antara hospital akan memudahkan proses menyimpan
dan mencapai rekod pesakit di hospital yang berlainan.


Rajah 1.9: Tele-perubatan
Sumber: http://www.sjwh.org/images/telemed.jpg

Jaringan membolehkan pengesahan dan pengumuman penyakit berjangkit
dilakukan. Rawatan dan rundingan perubatan jarak jauh antara doktor
dengan doktor pakar dan doktor dengan pesakit boleh dilakukan dengan
bantuan jaringan aplikasi. Jaringan aplikasi teknologi dalam hospital
digunakan untuk memantau pesakit terutama yang berada di unit rawatan
rapi. Teknologi maklumat juga digunakan untuk membantu doktor
mengenali penyakit dengan menggunakan sistem perisian diagnostik.
Selain daripada itu, teknologi maklumat dapat menganalisis data terutama
dari data mesin X-ray.

Objektif tele-perubatan ialah:
Membentuk pusat kecemerlangan tele-perubatan yang bertaraf dunia; dan
Menambahkan kualiti kesihatan rakyat Malaysia.

(d) Pusat Penyelidikan
Pusat penyelidikan dan pembangunan adalah satu aspek yang cukup
penting dalam membangunkan sebuah negara. Dengan kerjasama syarikat-
syarikat besar tempatan dan luar negara serta universiti-universiti
tempatan dan luar negara, adalah diharapkan Malaysia dapat menjadi
pusat penyelidikan multimedia bertaraf antarabangsa. Penubuhan
Universiti Multimedia yang terletak di kawasan Koridor Raya Multimedia
juga diharap membina masyarakat penyelidik.

TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT W 17
Secara keseluruhan, objektif pusat penyelidikan dalam aplikasi multimedia
ialah:
Mewujudkan kelompok penyelidikan multimedia bertaraf dunia;
Berkerjasama dengan universiti tempatan bagi menghasilkan produk
multimedia; dan
Mewujudkan persaingan sumber manusia melalui penyelidikan.

(e) Kad Pintar
Cip pada Kad Pintar membolehkan maklumat dimuatkan dalam cip. Di
dalam cip tersebut, tersimpan maklumat asas pemegang seperti gambar,
tempat lahir, tarikh lahir, cap jari dan nombor kad pengenalan pemilik. Di
dalam cip ini juga terdapat maklumat imigresen seperti nombor pasport
dan tarikh luput pasport. Maklumat mengenai lesen memandu dan tarikh
luput lesen memandu juga disimpan di dalam cip kad pintar. Selain
daripada itu, rekod kesihatan pemegang juga disimpan di dalamnya. Cip
ini juga menyimpan maklumat E-Tunai dan E-Dagang. Maklumat di
dalamnya boleh dibaca menggunakan alat membaca kad mini atau alat
membaca kad mudah alih.

Kad Pintar pelbagai guna yang diperkenalkan di Malaysia merupakan kad
pintar pertama di dunia yang dapat menggabungkan empat aplikasi
kerajaan dan dua aplikasi pilihan pemegang. Empat aplikasi kerajaan ialah
maklumat diri, maklumat lesen memandu, maklumat kesihatan dan
maklumat imigresen.

Objektif Kad Pintar pelbagai guna ialah:
Membangunkan kad yang cekap, selamat dan mempunyai maklumat
diri pemilik; dan
Menyediakan pelantar bagi proses E-Dagang.

X TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
18

Rajah 1.10: Kad pintar
Sumber: http://xw2k.sdct.itl.nist.gov/smartcard/images/smartCardInsertion2.jpg

(f) Pusat Pemasaran Tanpa Sempadan
Koridor Raya Multimedia mampu menyediakan infrastruktur dan
perkhidmatan yang terbaik untuk para peniaga. Koridor Raya Multimedia
dapat dihubungkan dengan semua negara dunia melalui telekomunikasi
yang canggih dan terkini.

Undang-undang dan polisi yang fleksibel dan bertaraf dunia, infrastruktur
yang baik dan kemahiran rakyat dalam menguasai teknologi serta pelbagai
bahasa mampu menjadikan Koridor Raya Multimedia atau MSC sebagai
pusat pemasaran tanpa sempadan bertaraf dunia. MSC boleh menjadi
pentas syarikat-syarikat bertaraf dunia menyediakan perkhidmatan
pelanggan dan sokongan teknikal. Objektif pemasaran tanpa sempadan
ialah:
x Merangsang syarikat tempatan dan antarabangsa menjadikan Koridor
Raya Multimedia sebagai pusat perniagaan di rantau Asia Pasifik;
x Menyokong pemindahan pengetahuan tentang pemasaran dan
pengurusan perniagaan kepada rakyat Malaysia; dan
x Meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dan multimedia bagi
golongan peniaga.

(g) Jalinan Perkilangan Dunia
Hubungan telekomunikasi yang bertaraf dunia serta sistem pengangkutan
yang baik dan terurus membolehkan bahan mentah dapat dibawa ke kilang
dengan cepat. Infrastruktur ini juga membolehkan proses penghantaran
barang dari kilang dibawa ke seluruh dunia dan dapat diagihkan dengan
cepat dan selamat. Melalui hubungan komunikasi ke serata dunia, kilang-
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT W 19
kilang dapat berhubung dengan murah dan mudah. Kesemua infrastruktur
ini boleh menjadikan Koridor Raya Multimedia sebagai satu pusat jalinan
perkilangan dunia.

Objektif menjadikan Koridor sebagai jalinan perkilangan dunia ialah:
Menjadikan Koridor Raya Multimedia sebagai pusat perkilangan dunia.
1.1.4 Fasa-fasa Rancangan Koridor Raya Multimedia
(a) MSC telah dirancang dengan teliti berdasarkan fasa-fasa berikut:

Jadual 1.2: Tiga Fasa MSC
Fasa Keterangannya
Fasa 1 x Menubuhkan satu lebuh raya maklumat;
x Merangsang pembinaan 50 syarikat tempatan yang berdaya saing di
peringkat dunia;
x Merancang dan memulakan tujuh agenda aplikasi utama (MSC) (rujuk
Rajah 1.3);
x Merangka dan melaksanakan undang-undang siber bertaraf dunia; dan
x Menbentuk bandar raya Cyberjaya sebagai bandar raya bertaraf dunia.
Fasa 2 x Mewujudkan sistem maklumat bagi menghubungkan Koridor Raya
Multimedia MSC kepada beberapa bandar raya siber dunia;
x Membina lebuh raya web;
x Merangsang pembinaan 250 syarikat tempatan yang berdaya saing di
peringkat dunia;
x Menetapkan piawaian bagi tujuh agenda aplikasi utama;
x Undang-undang siber bersifat global dan terkini; dan
x Empat hingga lima bandar raya bijak (intelligent cities) dapat
dihubungkan dengan bandar raya siber yang lain.
Fasa 3 x Melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu dan peka terhadap
perubahan dunia teknologi;
x Merangsang pembinaan 500 syarikat tempatan yang berdaya saing di
peringkat dunia;
x Membentuk mahkamah undang-undang siber bertaraf antarabangsa di
Koridor Raya Multimedia (MSC); dan
x Menghubungkan lebih daripada 12 bandar raya bijak kepada lebuh
raya global.

X TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
20
(b) Kejayaan Koridor Raya Multimedia (MSC)
Berdasarkan kepada kerja keras daripada rakyat Malaysia serta galakan
daripada kerajaan, Koridor Raya Multimedia (MSC) telah menampakkan
kejayaan. Kejayaan syarikat-syarikat seperti IRIS Technologies, XYBASE
dan REDTone (VMS Technology) serta Perbadanan Komputer Nasional
Berhad seharusnya dilihat sebagai titik permulaan penggemblengan tenaga
ke arah kecemerlangan.

Kejayaan tokoh IT seperti Shahril Ibrahim yang mencipta nama dalam
bidang animasi komputer dan kesan khas di Hollywood seharusnya
menjadi pembakar semangat untuk mengorak kejayaan (Majalah PC
Oktober 2002).

Ketua Pegawai Eksekutif MDC menyatakan pihaknya telah terus berusaha
mencari peluang untuk menarik pelaburan asing betaraf dunia ke Koridor
Raya Multimedia (MSC). Di antara kejayaan terbarunya ialah penyertaan
syarikat seperti Satyam, DHL, Shell HSBC dan BMW (Utusan Malaysia 25
Disember 2002).

Matlamat Koridor Raya Multimedia (MSC) pada tahun 2003 ialah untuk
menjadikan syarikat bernaung memperolehi sijil MSC sebagai syarikat
multimedia, sejumlah 500 kesemuanya, dengan jumlah 30 bertaraf dunia
(bilangan ini telah melepasi sasaran). Di akhir tahun 2002, jumlah syarikat
yang memiliki sijil MSC adalah sebanyak 730 dan 53 daripadanya bertaraf
dunia.



ASAS SISTEM KOMPUTER
Struktur komputer terbahagi kepada tiga bahagian iaitu input, proses dan
output. Lihat Rajah 1.11 di bawah:

1.2
Bayangkan anda sebagai seorang pendidik dalam bidang pendidikan.
Apakah sumbangan yang anda boleh berikan terhadap Koridor Raya
Multimedia?
AKTIVITI 1.3
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT W 21

Rajah 1.11: Keseluruhan proses di dalam komputer

1.2.1 Peranti Input
(a) Tetikus
Tetikus atau mouse adalah satu peranti komputer yang bergerak mengikut
gerakan tangan pengguna. Pergerakan tetikus boleh dikesan oleh komputer
berdasarkan gerakan dan digambarkan di atas skrin dengan gerakan
kursor. Tetikus terdiri daripada dua atau tiga butang yang boleh ditekan
untuk memberi isyarat kepada komputer.


Rajah 1.12: Tetikus (mouse)
Fungsi peranti input ialah memasukkan data ke dalam komputer. Terdapat
berbagai peranti input, namun ada hanya empat peranti input yang biasa
digunakan oleh pendidik iaitu tetikus, papan kekunci, pengimbas dan
penyentuh skrin.
X TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
22
Tetikus digunakan untuk:
Menggerakkan kursor dan memberi arahan-arahan tertentu pada skrin
dengan cara mengklik pada ikon-ikon;
Tetikus membolehkan pengguna menggerakkan kursor ke mana saja di
atas skrin dengan mudah dan lancar;
Tetikus membolehkan pemindahan imej dilakukan dengan mudah dan
cepat; dan
Tetikus juga memudahkan pengguna menjelajah menggunakan butang
interaktif, objek interaktif, hiperteks dan hipermedia.

(b) Skrin Sesentuh
Skrin sesentuh ialah sejenis skrin yang interaktif bagi membolehkan
pengguna memasukan arahan dengan menyentuh skrin. Skrin sesentuh
merupakan pilihan lain pada penggunaan tetikus. Alat yang digunakan
untuk menyentuh skrin boleh terdiri daripada pen elektronik atau jari
pengguna. Pengguna perlu menyentuh ikon-ikon pada skrin untuk
mengaktifkan sesuatu arahan.


Rajah 1.13: Skrin sesentuh
Sumber: http://www.satphonestore.com/SatTV/
SeaTel/touch%20screen1%2010cm%20cmyk%20(2).jpg

(c) Pengimbas
Pengimbas digunakan untuk menyalin atau membaca teks, imej atau
grafik. Data-data yang disalin didigitalkan dan disimpan ke dalam
komputer sebagai fail. Maklumat yang dibaca kemudiannya akan diproses
oleh komputer. Terdapat dua jenis pengimbas yang selalu digunakan iaitu:
x Pengimbas Tangan
Pengimbas tangan biasanya digunakan untuk mengimbas dan
membaca kod bar atau barcode di pasar raya atau di perpustakaan.
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT W 23

Rajah 1.14: Pengimbas tangan
Sumber: http://www.posdata.com/images/QS6000PL.JPG

Pengimbas Buku
Pengimbas buku biasanya digunakan untuk mengimbas teks, imej dan
grafik.

Rajah 1.15: Pengimbas buku
1.2.2 Mikropemproses (Pemproses Utama)



Ciri-ciri yang membezakan keupayaan mikropemproses ialah set arahan, lebar
jalurnya, kelajuan serta seni binanya. Lebar jalur merujuk kepada bilangan bit
yang dapat diproses, contohnya, Pentium 4 dengan kelajuan 3.4 Gigahertz
mempunyai frekuensi 3.4 Gigahertz yang mana ia dapat memproses 3.4 bilion
pusingan mesin sesaat. Kelajuan merujuk kepada bilangan arahan yang boleh
dilaksanakan setiap saat.

Mikropemproses merupakan alat yang paling penting bagi memproses data
kepada maklumat. Mikropemproses berfungsi dengan menggunakan operasi
matematik dan unit aritmetik logik. Unit kawalan mengawal bahagian komputer
dengan memberi arahan. Unit arahan mengawal isyarat pergerakan elektronik
Mikropemproses merupakan otak kepada komputer. Mikropemproses terdiri
daripada cip silikon yang mengandungi berjuta litar bersepadu.
X TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
24
dari ingatan utama dan unit aritmetik. Unit aritmetik menjalankan operasi logik
dan aritmetik.
1.2.3 Peranti Output



(a) Monitor
Monitor merupakan skrin yang bertindak untuk memaparkan output yang
dikehendaki. Monitor merupakan peranti output yang penting dan selalu
digunakan oleh pengguna. Monitor terbahagi kepada dua iaitu monokrom dan
warna. Monitor monokrom mempunyai paparan hitam putih dan monitor
warna mempunyai paparan warna. Kedua-dua monitor ini disambung dengan
komputer menggunakan kad grafik.


Rajah 1.16: Monitor

Bilangan warna yang boleh dipaparkan bergantung kepada keupayaan kad
grafik dan RAM kad grafik. Ketajaman imej bergantung kepada nilai
peleraian.

Peleraian

640X480 piksel

800X600 piksel

1040X786 piksel

1280X1054 piksel

Fungsi peranti output ialah memaparkan maklumat yang telah diproses.
Peranti output yang selalu digunakan oleh pendidik ialah monitor, pencetak
dan alat pembesar suara.
Imej
Kasar



Jelas
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT W 25
(b) Pencetak
Pencetak mencetak berbagai maklumat yang telah diproses ke dalam
bentuk 'hard copy'. Dengan mencetak, pengguna boleh menyimpan
maklumat yang dipaparkan pada monitor ke bentuk kekal. Pencetak boleh
terdiri daripada tiga jenis:

(i) Pencetak Dot Matrik
Pencetak dot matrik mencetak dengan teknik hentaman. Teknik
hentaman ini akan menghasilkan bintik-bintik halus pada kertas.


Rajah 1.17: Pencetak dot matrik

(ii) Pencetak Pancutan Dakwat
Pencetak pancutan dakwat berfungsi dengan kaedah pancutan
dakwat ke atas kertas.


Rajah 1.18 Pencetak pancutan dakwat

(iii) Pencetak Laser
Pencetak laser mempunyai teknik yang sama dengan mesin fotostat.
Hasil cetakannya bermutu tinggi.


Rajah 1.19: Pencetak laser
X TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
26
1.2.5 Storan
Storan boleh bertindak sebagai peranti input atau output. Contohnya, setiap kali
anda mengarahkan data diambil dari storan untuk diproses, storan bertindak
sebagai input. Sebaliknya, jika kita mengarahkan data disimpan di dalam storan,
storan bertindak sebagai output. Storan primer dikenali sebagai Random Access
Memory (RAM) dan Read Only Memory (ROM) manakala Storan sekunder pula
terdiri daripada pelbagai bentuk dan aplikasi tambahan contohnya cakera keras,
cakera keras mudah alih, pen drive, compact flash atau cakera padat.

(a) Storan Primer
Random Access Memory (RAM) dalam bahasa Melayu bermaksud ingatan
capaian rawak. RAM terdiri daripada litar elektronik yang mengandungi
cip transistor logik dalam komputer. Litar elektronik ini mempunyai
kelajuan tinggi untuk menyimpan maklumat yang sedang diproses.

RAM berfungsi untuk:
(i) Menyimpan program yang sedang digunakan;
(ii) Menyimpan data yang sedang diproses; dan
(iii) Menyimpan maklumat sebelum dihantar ke peranti output.

RAM boleh bergerak secara pantas walaupun dari lokasi yang jauh. RAM
menyimpan ingatan dalam bentuk singkat dan sementara sahaja. Jika
bekalan kuasa terputus, ingatan yang terdapat dalam RAM akan hilang.


Rajah 1.20: RAM
Cuba bayangkan anda sebagai sebuah komputer yang berfungsi dalam
kehidupan seharian. Apakah proses permulaan anda setiap hari?
SEMAK KENDIRI 1.4
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT W 27
Read Only Memory (ROM), atau ingatan baca sahaja, menjadi alat untuk
menyimpan maklumat secara kekal. Ingatan dalam ROM akan kekal
biarpun bekalan kuasa diputuskan. ROM menyimpan maklumat yang telah
dimasukkan ke dalamnya oleh pembina komputer. Antara maklumat yang
dimasukkan ke dalam ROM ialah konfigurasi-konfigurasi sistem komputer,
kod mikro dan BIOS (Basic Input or Output System) iaitu set atur cara rutin
asas dalam komputer.



(b) Storan Sekunder



Kandungan storan sekunder tidak dapat dicapai secara langsung oleh
pemproses. Data yang disimpan dalam storan sekunder hendaklah
dipindahkan terlebih dahulu ke ingatan utama sebelum boleh digunakan
untuk memproses data.

Rajah 1.21: Storan sekunder

Storan sekunder merupakan storan yang digunakan untuk menyimpan data
secara kekal. Storan sekunder dapat mengekal data, walaupun selepas
bekalan kuasa dihentikan.
Cari perbezaan dan persamaan antara RAM dan ROM.
SEMAK KENDIRI 1.5
X TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
28

KESELAMATAN
Aspek-aspek keselamatan melibatkan komputer hendaklah dijaga dengan rapi
seperti yang akan dibincangkan berikut:
1.3.1 Peraturan dan Penyenggaraan Komputer
Makmal komputer seperti makmal-makmal yang lain perlu mempunyai
peraturannya. Peraturan-peraturan ini perlu dipatuhi oleh pengguna komputer
demi keselamatan komputer dan untuk mengelakkan kemalangan.

Antara peraturan penggunaan makmal, ialah:
x Pelajar tidak dibenarkan masuk atau berada di dalam makmal kecuali
bersama guru;
x Tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman di dalam makmal;
x Tidak dibenarkan membawa keluar barang-barang makmal kecuali atas
kebenaran guru;
x Tidak dibenarkan membawa beg masuk ke dalam makmal;
x Tidak dibenarkan mengubah suai komputer dari berbagai segi. (susunan
komputer, perkakasan atau perisian);
x Pastikan makmal sentiasa bersih, buang sampah di dalam tong sampah;
x Berjalan dengan cermat dan tidak dibenarkan berlari di dalam makmal;
x Jika terdapat masalah, dapatkan bantuan daripada orang yang dibenarkan
membantu sahaja;
x Duduk dengan tertib dan bersopan, tidak dibenarkan berjalan-jalan ke
komputer lain;
x Jaga perilaku, jangan membuat bising di dalam makmal;
x Guna komputer dengan kebenaran dan mengikut arahan; dan
1.3
Sekiranya anda mempunyai sebuah komputer, apakah yang anda
jangkakan akan terjadi sekiranya anda menggunakan RAM 16 mega
bait dalam komputer anda?
AKTIVITI 1.4
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT W 29
x Internet boleh digunakan hanya dengan kebenaran guru.

(a) Penjagaan Perkakasan
Komputer merupakan barang yang sensitif dan mahal. Langkah-langkah
berikut perlu diberi perhatian oleh pemilik komputer bagi mengelakkan
kerosakan komputer:
x Elakkan komputer daripada terkena air atau diletak berhampiran
dengan tempat yang mempunyai kelembapan tinggi (seperti bawah
pendingin udara, dapur dan lain-lain);
x Elakkan komputer diletak berhampiran dengan tempat yang berdebu
dan bersuhu tinggi;
x Elakkan komputer diletak berhampiran dengan tempat yang
berhampiran dengan alat elektrik dan bermagnet;
x Jarakkan komputer dengan dinding atau alat lain, lebih kurang 7sm
untuk membenarkan peredaran udara;
x Jangan bersihkan skrin dengan larutan yang mengandungi alkohol atau
aseton. Bersihkan bahagian skrin dengan cecair pembersih yang tidak
menghakis;
x Gunakan saiz meja yang sesuai untuk meletak komputer. Pastikan meja
komputer dan komputer diletakkan pada aras yang stabil dan bebas
daripada getaran dan alihkan komputer ketika perlu sahaja;
x Rehatkan komputer setelah terlalu kerap digunakan secara berterusan;
x Putuskan hubungan bekalan kuasa dan tanggalkan palam dari soket
sebelum meninggalkan komputer;
x Gunakan bahan antistatik di sekitar komputer bagi menghapuskan cas
statik;
x Untuk mengelakkan ralat Windows, sentiasa keluar dari Windows
dengan cara yang betul;
x Jangan letakkan makanan dan minuman dekat dengan komputer bagi
mengelak tumpahan berlaku;
x Jangan gunakan komputer ketika kilat. Gunakan UPS (Uninterrupted
Power Supplies), SP (Surge Protector) dan AVR (Automatic Voltage
Regulation) untuk mengstabilkan kuasa elektrik;

X TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
30
x Gunakan SP (Surge Protector) bagi memberi pelindungan akibat kesan
panahan kilat. (Namun SP tidak mampu memberi pelindungan akibat
kilat sepenuhnya);
x Jangan ambil atau masukkan cakera liut ketika lampu pemacu cakera
masih menyala; dan
x Gunakan sistem tools secara maksima, selalu defrag dan imbas cakera
keras.

(b) Tugasan Penyenggaraan
Sebagai pengguna komputer, penyenggaraan berkala amat diperlukan bagi
memastikan komputer berkeadaan baik. Berikut antara tugas yang
dicadangkan:

Jadual 1.5: Penyenggaraan Berkala sebagai Pengguna Komputer
Tugasan Keterangannya
Tugasan harian x Jalankan utiliti semasa menjalankan tugasan lain.
x Imbas cakera keras untuk membetulkan ralat logik.
x Pastikan sistem operasi berjalan dengan baik, mulakan
semula (restart) sekiranya komputer telah lama
digunakan.
Tugasan
mingguan
x Jalankan utiliti semasa menjalankan tugasan lain.
x Imbas cakera keras untuk membetulkan ralat logik.
x Pastikan sistem operasi berjalan dengan baik, mulakan
semula (restart) sekiranya komputer telah lama
digunakan.
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT W 31
Tugasan bulanan
x Imbas cakera keras bagi membetulkan ralat permukaan
yang terdapat.
x Buang aplikasi yang tidak digunakan kerana aplikasi ini
sekadar memenuhi ruang cakera keras.
x Simpan (backup) dan kemaskini fail-fail sistem.
x Kemas kini program utiliti dan perisian anti virus.
x Bersihkan perkakasan (papan kekunci, tetikus dan
monitor).
x Gunakan program utiliti seperti S.M.A.R.T (Self-
monitoring Analysis and Report Technology) untuk
memantau pelbagai parameter yang berkaitan dengan
fungsi mekanikal seperti kelajuan plat cakera, masa
putaran, kuasa motor, kegagalan carian dan gegaran
kepada kekisi pemacu. Begitu juga program utiliti seperti
Dr PC yang memantau perisian dan perkakasan komputer.


1.3.2 Menjaga Keselamatan Data
Kebanyakan data yang kita perolehi cukup bernilai malah lebih berharga
daripada komputer. Contohnya data tesis amat berharga berbanding dengan fail
program lain. Data ini perlu diutamakan dan disimpan dengan hati-hati.
Kecuaian menjaga data akan menyebabkan kita kehilangan data yang berharga
atau menyebabkan data kita disalahgunakan.

(a) Jenis Penyalahgunaan Data
Terdapat pelbagai jenis penyalahgunaan data:

(i) Mencuri Data
Terdapat banyak sebab penjenayah mencuri data. Data amat
berharga, sebagai contoh, data pelanggan amat berharga kepada
peniaga. Terdapat penjenayah mencuri data pelanggan bagi
membolehkannya merampas pelanggan. Data akaun bank selalu
menjadi sasaran golongan penjenayah. Penjenayah cuba
memindahkan duit dalam sesuatu akaun untuk mendapat
keuntungan.
Nyatakan dan cirikan tugas penyelanggaraan yang harus dibuat bagi
memanjangkan jangka hayat komputer.
SEMAK KENDIRI 1.6
X TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
32
(ii) Memanupulasi Data
Penjenayah siber juga kerap memanipulasi data bagi tujuan tertentu.
Contohnya, ada penjenayah yang menggunakan komputer untuk
menukarkan data dirinya bagi tujuan mengelirukan pihak berkuasa.
Terdapat juga yang menukar markah peperiksaan dari gagal ke lulus.

(iii) Mengintip
Persaing dalam peniagaan sentiasa memerlukan data pesaingnya bagi
mengetahui strategi dan seterusnya membina strategi baru yang lebih
baik. Begitu juga, data keselamatan sebuah negara sering menjadi
intipan pihak musuh. Kekurangan penjagaan keselamatan
menyebabkan pihak musuh dapat mengintip data yang penting.

(b) Keselamatan Data

(i) Membentuk Kata Laluan
Kata laluan ialah susunan huruf atau susunan nombor yang perlu
ditaip atau disebut bagi pengenalan diri. Dalam sistem data, kata
laluan akan ditanya ketika kita hendak memasuk atau melihat sistem
data. Kata laluan berguna untuk mengelakkan orang yang tidak
dipercayai melihat data dan seterusnya menyalahgunakan data. Bagi
memudahkan mengesan sumber kebocoran rahsia, kata laluan
perlulah berlainan antara individu. Susunan huruf atau nombor
dalam kata laluan haruslah direka supaya tidak mudah diteka dan
tidak menggunakan perkataan biasa. Kata laluan juga perlu sentiasa
dikemaskini. Matikan kata laluan bagi pegawai yang tidak lagi
bertugas dengan cepat. Pegawai maklumat juga perlu sentiasa
melakukan sistem audit.


Rajah 1.22: Kata laluan
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT W 33
(ii) Mengakses Mengikut Tingkat Keperluan
Pengaturcaraan perlu mengetahui peringkat keperluan pengguna
sebelum membina sistem pangkalan data. Sebagai contohnya, di
sekolah, pelajar boleh melihat data peperiksaannya tanpa mengubah
data. Kebolehan menukar data menyebabkan pelajar dapat
memanipulasi data. Guru pula boleh mengubah data peperiksaan
mengikut mata pelajaran dan kelas yang diajar. Oleh itu, sistem
mengakses maklumat mengikut keperluan pengguna amat perlu
dilaksanakan demi keselamatan data.

(iii) Prosedur
Prosedur merupakan bahan rujukan utama ketika membina sistem
pangkalan data. Prosedur dalam bentuk dokumentasi dibuat oleh
pentabiran data dan pengaturcara. Prosedur perlu disimpan di
tempat yang selamat bagi mengelak prosedur jatuh ke tangan orang
yang tidak bertanggungjawab.

(iv) Membina Pangkalan Data Menggunakan Perisian yang Stabil dan
Selamat
Perisian yang biasa digunakan atau mudah didapati di pasaran
terdedah kepada risiko mudah digodam. Selain itu, perisian yang
dibina atas aspek keselamatan yang rendah begitu mudah diceroboh.
Oleh itu pentadbir data perlu memilih perisian yang mempunyai
aspek keselamatan yang tinggi. Sebagai contoh, perisian jenama
ORACLE adalah antara perisian pangkalan data terbaik.

Rajah 1.23: Perisian pangkalan data Oracle
Sumber: http://www.foldersgalore.com/Resources/galroracle.jpeg

X TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
34


(c) Membuat Salinan Data
Data yang disimpan di dalam cakera keras perlu dibuat salinan ke dalam
storan sekunder yang lain bagi mengelakkan data menjadi rosak,
dimanupulasi atau hilang. Menyimpan data secara tetap merupakan
jaminan terbaik bagi mengelak kehilangan data. Langkah-langkah berikut
perlu difikirkan dalam menyimpan data:
(i) Gunakan perisian dan cara yang sesuai ketika operasi menyimpan
dan menyalin. Data boleh disalin secara manual, menggunakan
aplikasi Windows atau menggunakan perisian ketiga. Menyimpan
secara manual digunakan bagi menyalin data semasa, data yang
kerap berubah dan mudah dipindahkan. Jika melibatkan data khas
(mesej e-mel, ketetapan sistem, registry) penggunaan aplikasi
Windows atau perisian ketiga agak sesuai.
(ii) Pemilihan peranti dalam operasi penyimpanan data amat penting.
Terdapat pelbagai peranti dan media yang boleh digunakan. Antara
faktor yang harus difikirkan dalam memilih peranti atau media ialah:
Keupayaan peranti menyimpan data;
Saiz fizikal peranti atau media;
Harga peranti; dan
Selain daripada menyimpan data, terdapat juga aplikasi lain
contohnya seperti permainan MP3, kamera dan jam.
(iii) Simpan secara berkala, memandangkan data sentiasa berubah.
Perancangan secara berjadual amat perlu bagi menyimpan data.
1.3.3 Virus
Virus komputer dicipta oleh pengaturcara komputer yang cukup mahir. Virus
ialah aturcara komputer yang ditulis untuk merosak perisian dan perkakasan
komputer. Virus pertama dikesan pada tahun 1986. Virus boleh berjangkit dari
satu komputer ke satu komputer. Virus boleh menyebabkan fail sistem dan fail
data mengalami kerosakan, tidak boleh dibaca atau boleh membawa kepada
kehilangan data. Sebagai contoh, virus Navidad akan merosakkan registry pada
Windows. Kesannya semua fail sambungan .exe tidak akan dapat dijalankan.
Sekiranya anda ingin menggunakan kod kata laluan dalam kehidupan
seharian anda, apakah jenis-jenis penggunan yang anda rasa perlu
dalam kehidupan anda?
AKTIVITI 1.5
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT W 35
Cecacing mampu melumpuhkan pelayan-pelayan utama yang menyebabkan
kesesakan dalam sistem rangkaian.

(a) Punca Serangan Virus
Bagi mengelak komputer mendapat virus, punca serangan virus perlu
dikenal pasti.

Jadual 1.6: Empat Punca Serangan Virus
Punca Keterangan
E-mel E-mel merupakan perantara serangan virus paling utama.
Fail-fail sisipan yang dihantar melalui e-mel kadang-kadang
mengandungi virus. Sebaik fail sisipan yang mengandungi
virus ini dibuka, virus akan merebak ke dalam komputer.
Terdapat juga virus yang memasuki alamat yang disimpan
di dalam buku alamat di e-mel. Virus ini akan menghantar
e-mel yang mengandungi virus dalam fail sisipan ke alamat
yang terdapat dalam buku alamat.
Cakera padat, pen drive
dan storan sekunder
mudah alih
Biasanya virus jenis makro terdapat dalam fail hamparan
data. Bila fail ini dibuka daripada storan fail, virus ini akan
merosakkan fail-fail yang lain termasuk fail sistem.
Perisian program atau
bahan yang dimuat
turun dari Internet
Internet biasanya merupakan salah satu sumber untuk
memperoleh pelbagai jenis perisian. Internet juga biasanya
digunakan untuk mencari bahan atau maklumat. Virus juga
boleh bersembunyi dalam perisian atau fail yang dimuat
turun dari Internet.
Selitan mesej Fail dalam bentuk iklan atau mesej-mesej yang ganjil juga
kemungkinan membawa virus.

(b) Tanda-tanda Serangan Virus
x Perjalanan sistem komputer menjadi perlahan serta memori merosot
secara tiba-tiba.
x Kandungan dalam cakera keras berubah walaupun tiada program yang
dipasang atau fail yang disimpan.
x Tugas-tugas sistem operasi dan program sukar dijalankan. Paparan
mesej kesilapan (error message) atau amaran kehilangan fail program
dalam sistem sering berlaku.
x Merosakkan File Allocation Table (FAT) dan boot sector. FAT yang
rosak menyebabkan fail dalam cakera keras tidak dapat baca atau
X TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
36
dikesan. Kegagalan sector boot berfungsi menyebabkan sistem
komputer tidak boleh dimulakan.
x Terdapat fail tersembunyi atau hidden file yang sama dan sentiasa
memenuhi ruang.
x Mesej yang dipaparkan agak ganjil. Contohnya, tanda wujudnya virus
Navidad pada komputer ialah ikon mata di sebelah bawah skrin. Bila
tetikus melalui ikon ini muncul teks "Lo estamos mirando".
x Terdapat laman web yang disekat daripada dilayari biarpun tiada
arahan sekatan laman web dilakukan.
x Format atau label fail yang disimpan terubah.
x Fail-fail data atau program hilang.
x Kandungan dan kod fail berubah menyebabkannya rosak dan tidak
dapat digunakan.
x Sektor rosak terbentuk pada cakera keras. Kesannya menyebabkan data
hilang atau gagal dicapai.

(c) Cara-cara Mengelak Serangan Virus
Sentiasa mengemas kini, mengimbas dan memantau laluan masuk dan
keluar dari rangkaian.
Sentiasa mengemaskini, mengimbas dan memantau aplikasi yang
berkaitan dengan Internet terutamanya e-mel.
Memasang dan sentiasa mengemaskini program anti virus. Perisian anti
virus perlu dipasang bagi membolehkan pengesanan dan pencegahan
virus.
Elakkan membuka e-mel yang tidak diketahui sumbernya atau diragui
kandunganya. Sisipan e-mel perlu diimbas oleh perisian anti virus
sebelum membukanya.
Sentiasa mengimbas cakera keras mengikut jadual.
Muat turun fail dari Internet yang mempunyai sumber keselamatan
yang tinggi. Jangan muat turun fail-fail lucah yang mempunyai sumber
keselamatan yang rendah.
Elakkan menggunakan cakera mudah alih orang lain atau komputer
awam.
Buat bacaan mengenai info terkini tentang virus dan cara pencegahan
terkini.

TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT W 37


x Topik ini memberi pengenalan kapada teknologi maklumat di mana sejarah
teknologi maklumat dicakupi dan penggunaan teknologi maklumat dalam
kehidupan seharian terutamanya dalam kehidupan sebagai pendidik
dibincangkan. Koridor Raya Multimedia, yang merupakan mercu tanda
kejayaan Malaysia dalam teknologi maklumat dan komunikasi, turut
dibincangkan dalam topik ini.
x Topik ini juga membincangkan sistem komputer dan perkakasan yang selalu
digunakan. Penggunaan teknologi maklumat tidak dapat lari daripada
menghadapi masalah serangan virus dan penyalahgunaan data.
x Dalam topik ini, cara menguruskan dan menyenggara komputer dengan baik
turut dibincangkan bagi mengelakkan ancaman virus dan penyalahgunaan data.



Analitikal Enjin
AVR
Bios
Centrino
COBOL
CAE
CAD
CAM
Fortran
Gigahertz
RAM
ROM
S.M.A.R.T
Sistem Binari
SP
UPS
1. Pada pendangan anda, bagaimanakah sesuatu virus itu
mengakibatkan kemusnahan di komputer pengguna dan
siapakah menyebarkan virus tersebut?
2. Apakah persamaan yang anda rasa boleh berlaku antara virus yang
menyerang manusia dengan virus yang menyerang komputer?
AKTIVITI 1.6
X TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
38

IT Subjek Teras di Sekolah. (2002, Julai 2). Berita Harian, muka depan..
Jalur Lebar di Malaysia. Bilakah Riak akan Menjadi Gelombang. (2002, June 20).
Utusan Malaysia, Megabait ms 4.
Jurang Digital aspirasi wujudkan masyarakat maklumat mungkin gagal. (2002,
Disember 28). Utusan Malaysia, Megabait ms 4.
Mohamad Izzat Ridwan. (2002, September). Merebut Bantuan Kewangan dalam
perniagaan ICT. Majalah PC, 56-57.
Mohamad Izzat Ridwan. (2002, September). Mendefinisi dan merapatkan jurang
digital. Majalah PC, 58-59.
Mohamad Sabri Idris. (2002, Ogos 23). Kerajaan diminta elak ICT jadi industri
monopoli. Berita Harian, ms 11.
Mohd Ridzwan Md Iman. (2003, Januari 2). ICT 2003 di mana kita. Utusan
Malaysia, Megabait ms 4.
Mohd. Ridzwan bin Haji Hashim. (1992). Pengajaran Berbantukan Komputer.
Wawasan September.
Nor Liza Ahmad, (2001, Disember 3). Profesional IT Meningkat 11 peratus
setahun. Berita Harian, ms 16.
Shaifol Bahary Sulaiman. (2004). Teknologi maklumat untuk institusi perguruan.
Kuala Lumpur: Federal Publication.
Syuhada Choo Abdullah. Sekolah Bestari Kelolan TSS mula beroperasi. (2003,
Januari 7). Berita Harian, Pendidikan ms. 8.
Zorani Wati Abas. (1993). Komputer dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti.
Zorani Wati Abas. (1994). Pengenalan kepada komputer. Kuala Lumpur: Federal
Publications.

You might also like