You are on page 1of 4

-Biografi Sayyid Qutb rahimahullah-

oleh: Mohammad Syafiq Ismail (Syafiq atTauhidi)

‫ فهً بٍعة‬، ‫هللا سبحاوه هى المشتري والمؤمه فٍها هى البائع‬. ..‫إن الدخىل فً اإلسالم صفقة بٍه متباٌعٍه‬
‫ ولٍكىن الدٌه‬، ‫ لتكىن كلمة هللا هً العلٍا‬..‫ وال فً ماله‬، ‫ ال ٌبقى بعدها للمؤمه شًء فً وفسه‬، ‫مع هللا‬
..‫كله هلل‬

“Sesungguhnya masuk ke dalam agama Islam itu bererti perjanjian jualbeli


antara dua pihak: Allah subhanahu sebagai pembeli dan orang yang beriman itu
sebagai penjual. Perjanjian ini merupakan bai‟ah akujanji kepada Allah, tiada
apa lagi yang berbaki buat seorang mukmin itu buat dirinya sendiri, begitu juga
hartanya..(Kesemuanya dikorbankan) agar Kalimah Allah menjadi yang
tertinggi, dan urusan agama itu kesemuanya diniatkan demi Allah..” (Sayyid
Qutb, Fi Zilal Al-Quran)

***

Beliau bernama Sayyid Ibrahim Husain Qutb, atau lebih dikenali dengan nama
Sayyid Qutb, seorang pemikir kritis, pejuang dan pemuka teori Hakimiyyah
Lillah, dan menjadi inspirasi kepada ribuan gerakan haraki Islam pada hari ini.
Beliau dilahirkan di kampung Mushah, Asyut, Mesir (sebuah perkampungan
So’id), pada 1906m, di dalam sebuah keluarga yang sederhana dan dihiasi
pekerti yang mulia.

Beliau memulakan hidupnya sebagai seorang pengkaji sastera, sesuai dengan


bakat semulajadi yang ada padanya dan keinginannya yang mendalam untuk
melontarkan idea-ideanya melalui seni tulisan. Beliau berpindah ke Kaherah
dan melanjutkan pengajiannya di Dar Al-Ulum. Beliau melazimi Abbas Aqqad
dan Taha Husain, serta terkenal dengan kritikan kerasnya kepada Mustafa Sadiq
Al-Rifa‟ie, seorang pemikir dan sasterawan Islam. Pada 1940an beliau dilantik
sebagai ketua redaksi majalah „Al-Fikr Al-Jadid’ yang diasaskan Muhammad
Hilmi Al-Muniawi. Melalui majalah ini, beliau melontarkan kritikannya kepada
Raja Faruq, pemerintah Mesir pada ketika itu, yang telah membawa kepada
cubaan membunuh daripada pengikut Raja Faruq. Majalah tersebut hanya
diterbitkan sebanyak dua kali sebelum ditutup atas perintah pemerintah.

Beliau menulis dua buah kitabnya yang masyhur: Al-Taswir Al-Fanni fi Al-
Quran dan Masyahid Al-Qiyamah fi Al-Quran, pada awal 1940an. Kitab ini
mendapat perhatian dan kecurigaan yang hebat daripada kalangan pembacanya;
kedua-dua buku ini ditulis berkenaan Al-Quran tetapi tidak dimulakan dengan
bismilah. Harus difahami bahawa ini merupakan marhalah permulaan hidup
Sayyid Qutb, sebelum beliau diperkenalkan dengan pemikiran dakwah Imam
Hasan Al-Banna dan Ikhwan Muslimun.

(Sayyid Qutb di usia mudanya)

Pada penghujung 40an, beliau dikirim oleh Taha Husain untuk melanjutkan
pengajiannya di Amerika dan mengkaji cara pendidikan yang diamalkan di
Amerika. Namun, setelah melihat sendiri bagaimana orang Amerika berpesta
atas kewafatan Imam Hasan Al-Banna, dan hasutan ketua agensi perisikan
Britain di Amerika agar dia tidak menyertai gerakan Ikhwan Muslimun, pada
1951 setelah pulangnya beliau ke Mesir, beliau dengan penuh rela hati
menyertai gerakan Ikhwan Muslimun, dan seterusnya berkhidmat menjadi
pemikir utama dan ketua redaksi penerbitan-penerbitan jemaah. Beliau
menekankan aspek pemurnian Tauhid dan pengamalan Islam yang sempurna
dalam seluruh aspek kehidupan –termasuklah politik, ekonomi, dan
kemasyarakatan- di dalam kebanyakan penulisannya dalam marhalah ini.

Ketikamana Jamal Abd Nasser berjaya menggulingkan pemerintahan Mesir


pada tahun 1952, Sayyid Qutb bersama pengikutnya merupakan antara pihak
yang begitu vokal menyokong tindakan tersebut. Namun sayangnya, kepihakan
ini tidak memberikan manfaat besar kepada gerakan dakwah Ikhwan, kerana
polisi sekular yang diamalkan oleh Abd Nasser. Akhirnya, pada tahun 1965,
Abd Nasser mengambil tindakan drastik dan mengumumkan wujudnya sebuah
„tanzim sirri’ (gerakan rahsia) yang dipimpin Sayyid Qutb dan disertai beberapa
anggota jemaah Ikhwan. Pengumuman ini tidak lain merupakan usaha Abd
Nasser yang paranoid untuk memerangkap seteru politiknya. Sedangkan tanzim
sirri yang dinyatakan itu tidak lain merupakan gerakan dakwah dan pencerahan
minda masyarakat dengan nilai Islam. Abd Nasser memfitnah Sayyid Qutb dan
gerakannya ini kononnya mereka ingin merosakkan Mesir, mereka ingin
membunuh Umm Kaltsum –seorang biduanita Mesir yang amat masyhur di
Dunia Arab- dan pelbagai lagi fitnah yang dilemparkan khususnya berkait
pemikirannya yang dinilai ekstrim.

(Sayyid Qutb di dewan bicara)

Pada tahun 1954, beliau dipenjara atas pertuduhan cubaan membunuh Abd
Nasser. Tempoh ini menyaksikan ujian yang berat yang menimpa beliau dan
anggota Ikhwan di seluruh Mesir: di mana suara mereka didiamkan dan kritikan
mereka berdepan dengan penyeksaan daripada pemerintah. Di dalam tempoh
ini, beliau mengarang dua buah bukunya yang agung: Ma’alim fi Al-Tariq dan
tafsirnya Fi Zilal Al-Quran yang menjelaskan pendiriannya yang anti-
sekularisme dan anti-barat dan menggunakan konsep Tauhid sebagai kunci
kepada kritikan-kritikannya.

Beliau dibebaskan seketika pada Mei 1964 atas permintaan daripada Presiden
Iraq, Abd Salam Arif, sebelum ditahan semula 8 bulan sesudah itu pada 9 Ogos
1965. Beliau bersama beberapa anggota Ikhwan dibicarakan atas pertuduhan
menggulingkan kerajaan, percubaan membunuh Abd Nasser, dan idea-idea nya
yang dinilai ekstrim di dalam buku Ma’alim fi Al-Tariq. Beliau akhirnya syahid
di tali gantung setahun selepas itu, pada 29 Ogos 1966. Semoga Allah
merahmati beliau dan menempatkan beliau di sisiNya Yang Maha Kasih.

Beliau telah menulis puluhan buku dan ratusan artikel, kita senaraikan
sebahagiannya di sini:

- Fi Zilal Al-Quran.
- Al-Taswir Al-Fanni fi Al-Quran.
- Masyahid Al-Qiyamah fi Al-Quran.
- Al-‘Adalah Al-Ijtima’iyah fi Al-Islam.
- Ma’alim fi Al-Tariq.
- Al-Islam wa Al-Salam Al-‘Alami.
- Ma’rakah Al-Islam wa Al-Ra’smaliyyah.
- Qasas Al-Anbiya’ (dikarang bersama Abd Al-Hamid Al-Sahhar)
- Afrah Al-Ruh.

Rujukan lanjut:

- Sayyid Qutb min Al-Milad ila Al-Istisyhad, Syekh Solah Al-Khalidi.


- „Amlaq Al-Fikr Al-Islami Al-Syahid Sayyid Qutb, Syekh Abdullah
Azzam.
- Sayyid Qutb: Al-Mufakkir Al-Islami syahid Al-Da’wah wa Al-Tarbiyah
wa Al-Tsaqafah wa Al-Fikr, Syekh Yusuf Al-Qaradhawi.

You might also like