You are on page 1of 8

TAJUK

GERAKAN NASIONALIME
SOALAN :
Terangkan peranan Abdul Rahman al-Kawakibi dalam gerakan nasionalisme di Syiria pada
abad ke-20.
KUMPULAN :
SUHWELDAH AZIZ
ALYAH NABIHAH AZIZ
ASRINAWATI YASSIM
PENDAHULUAN / LATAR BELAKANG

• NAMA : Abd al-Rahman ibn Ahmad Bahai’ ibn Masa’ud al-Kawakibi


• DILAHIRKAN : Pada tahun 1855, di Kota Aleppo, Syiria
• AYAH & IBU : Ayah seorang Mufti di Antokia dan ibunya meninggal sejak beliau
berusia 6 tahun
• KEMAHIRAN : Menguasai Bahasa Uthmani-Turki & Persia
• Bidang Intelektual : Ulum Islamiyyah, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik & Politik
• DIKENALI SEBAGAI : Penulis Syiria, Pejuang Pan Arabisme & Pemikir Reformis
di Mediterranean
PERANAN :
BIDANG KEWARTAWANAN
• Beliau sangat meminati Sastera & Politik.
• Pada tahun 1870, beliau terlibat dalam penulisan akhbar rasmi di Aleppo dalam Bahasa Arab &
Turki.
• Bekerja sebagai penyunting akhbar al-Furat selama 5 tahun Ketika berusia 20 tahun.
• Telah mengasaskan 2 akhbar iaitu al-Sahba dan al-Itidal.
• Akhbar al-Sahba ditutup pada tahun 1877 setelah 16 terbitan.
• Akhbar al-Itidal pula hanya bertahan 3 bulan kerana mempunyai isu seperti akhbar sebelumnya.
• Akhbar beliau tetap diterbitkan di majalah Kaherah, Damsyik, & Beirut walaupun tanpa nama.
PERANAN :
BIDANG PENTADBIRAN TEMPATAN
& WILAYAH
• Abd Rahman berpengalaman menjawat jawatan rasmi di Aleepo, Syiria dalam bidang Pendidikan, kehakiman
dan ekonomi.
• Pada 1878, beliau merupakan penyunting akhbar al-Furat dan pada masa yang sama memegang jawatan
sebagai Setiausaha Majlis Pendidikan.
• Beliau lulus dalam bidang kehakiman dan menjawat Pendaftaran Mahkamah pertama di Aleepo.
• Pada Mac 1881, beliau dinaikkan pangkat oleh Jamil Pasha sebagai Presiden Majlis Kanan Awam.
• Pada 1896, beliau beralih ke bidang swasta dengan membuka syarikat sendiri.
• Usaha beliau gagal akibat pemberontakan puak Armania.
• Beliau telah diberi jawatan sebagai Setiausaha Mahkamah Syariah tetapi beliau meletakkan jawatan itu sendiri
pada 1989.
• Abd Rahman telah berhijrah ke Mesir untuk memberi tumpuan kepada penghasilan karyanya.
PERANAN :
MENGHASILKAN KARYA DALAM
GERAKAN NASIONALISME
• Beliau berjaya menghasilkan beberapa karya iaitu Tabai’I al-istibdad wa masari’ al-isti’bad
(The Nature of Despotism & the Harm of Enslavement) & Umm al-Qura (The Mother of
Villages : Mecca).
• Beliau banyak membincangkan idea kezaliman dan menolaknya.
• Beliau menolak despotisme iaitu kekuasaan mutlak atas pemerintah Empayar Uthmaniyah.
• Abd Rahman turut membincangkan punca kemerosotan masyarakat islam seperti agama,
pemesongan agama, pengabaian nilai-nilai islam & penolakan permodenan teknologi.
• Beliau merupakan penyokong sejarah Arab dan mendakwa bahawa jawatan khalifag
merupakan hak orang Aran yang harus dikembalikan kepada bangsa Quraisy.
PERANAN :
MEMPERJUANGKAN IDEA-IDEA
PEMBAHARUAN POLITIK
• Abd Rahman memegang visi “kecelakaan yang terbesar adalah hilangnya kebebasan kita, kebebsa
untuk bersuara dan menerbit, kebebasan untuk menjalankan kajian saintifik”.
• Beliau menentang pemerintahan secara kuku besi yang menyekat kebebasan dan hak-hak rakyat.
• Beliau mendukung kemerdekaan Arab dan khalifah Arab yang dipilih dengan kuasa yang terbatas
sebagai asas bagi kebangkitan islam.
• Tidak hairan beliau dianggap sebagai oejuang reformis Islan Syiria.
• Semangat perjuangannya dalam membela kaum tertindas dan menyingkirkan ketidakadilan
menarik perhatian masyarakat yang daif.
• Abd Rahman telah digelar sebagai Abu al-Du’afa’ yang bermaksud “Bapa kaum yang lemah”.
PERANAN :
MEMPERJUANGKAN PAN ARABISME
• Semangat & pemikiran beliau banyak dipengaruhi oleh Jamal al-Din al-Afghani &
Muhammad Abduh.
• Matlamat beliau adalah memperbaharui dunia islam yang semakin lemah & memberi
keistimewaan kepada orang Arab dengan memberi penekanan keperibadian Arab
mereka.
• Beliau juga berharap penubuhan khalifah Arab yang bertentangan dengan system
khalifah Uthmaniyah.
• Idea Pan Arabisme ini hanya orang Arab sahaja yang mampu memulih dan
membangkitkan semula agama islam.
KESIMPULAN
• Abdul Rahman mempunyai peranan yang sangat penting dalam Gerakan
Nasionalisme di Syiria.
• Pelbagai bidang yang beliau ceburi seperti sastera, kehakiman, ekonomi dan politik
• Pada tahun 1902, beliau telah meninggal dunia di Kaherah, setelah menghabiskan
masanya bertemu dengan Khedif di Iskandariah.
• Ahli keluarga & penyokongnya mendakwa bahawa beliau diracun oleh ejen-ejen
Turki tetapi tidak dapat dibuktikan
• Namun, pemikiran beliau yang berakar umbi tetap menjadi perintis kepada Gerakan
Nasionalisme di Syiria dan seluruh Timur Tengah pasa abad ke-20.

You might also like