You are on page 1of 10

KULIAH

PERKEMBANGAN NASIONALISME TURKI DAN NASIONALISME ARAB

KEBANGKITAN NASIONALISME TURKI (1876-1908)

- Empayar Uthmaniyyah berasaskan kepada konsep ‘ummah dgn menegakkan


undang2 syariah. Org Turki tidak memiliki sebarang keistimewaan dlm empayar ini
kecuali Bahasa Turki.
- Bibit nasionalisme Turki mula muncul pada zaman Murad II (1421-1451). Era
1820an- kebangkitan Greek menyemarakkan nasionalisme Turki. Berkembang pesat
ketika Tanzimat melalui pengaruh Eropah. Lahirnya polisi Osmanlilik (Ottomanism) –
konsep kesamarataan.
- Zaman Sultan Abdul Hamid II- Islamcilik @ Müslümanlik (Pan Islamism).
- 1904- Yusuf Akcura kemukakan idea Pan Turkism.

Faktor Kelahiran Nasionalisme Turki

a. Ideologi kebangsaan (nationhood) dari Eropah


-Berkembang di kalangan intelektual/pelajar- mula menekankan konsep kesetiaan
kpd Vatan.
-Perkembangan fahaman romanticism dari Barat.
-Idea racism dan ‘pertalian darah” oleh Joseph Arthur.
-timbullah istilah nasionalisme berasaskan kaum, darah, keturunan, kewilayahan dan
suku bangsa- Pan.
- Falsafah Ziya Gokalp (1875-1924)- dipengaruhi oleh ahli falsafah Peranchis, Ếmile
Durkheim- menekankan soal hubungan budaya & etnik Turki. Father of Turkism.
Menghasilkan karya – The Principle of Turkism. Beliau menyatakan ” the individual
becomes a genuine personality only as he becomes a genuine representative his
culture”

b. Peranan Orientalis
-mempopularkan istilah bangsa Turki sejak abad ke 19 melalui kajian etnik &
sejarah. Begitu juga dengan konsep imgrasi dan Turki Diaspora. Antara orientalis itu
ialah:
 Arthur Lumley Davids – A Grammar of The Turkish Language (London:1832)
 Mustafa Celâlledin Pasa ( org Polish) – Les Turcs Anciens et Modernes
(Istanbul:1869)- mengaitkan asal usul org Turki dgn orang Eropah (Touro-
Aryan) dan menolak kaitan dgn suku Huns & Mongul.
 Arminius Vambéry ( seorang sarjana Hungary)- kaitkan etnik Turki dgn
Finnish, Hungarian, Estonian (Turanian Group). Berdasarkan catatan beliau
dlm. The Journey of The False Dervish To Central Asia: Istanbul, 1295
 Léon Cahun (1841-1900) Introduction á l’histoire de l’ Asie – teori Turanian
@ Finno Japone.
 A.I de Sacy (French),W.Radloff (German) & E.J.W Gibb (English)

1
HSI343 Sejarah Asia Barat [Prof. Madya Dr. Muhamad Hasrul
c. Peranan diaspora & intelektual Turki
-Dasar Eropah telah melahirkan sentimen perkauman di kalangan diaspora Turki
terutama golongan intelektual di luar Empayar Uthmaniyyah. Sentimen ini
kemudiannya disebarkan ke dalam empayar Uthmaniyah. Antaranya:
a. Rusia- di wilayah Kazan- lahirnya pemimpin spt. Ismail Bey Gasprinski,
seorang Turki-Crimean (1851-1914). Beliau menerbitkan Tercuman
(Interpreter) pada 1833 dgn motto, “Perpaduan dlm Bahasa, Fikiran &
Tindakan”- seru kearah permodenan
b. Di Azerbaijan- Mirza Fathali Ahundov (1812-1878), dgn akhbar Russia
berbahasa Turki pertama, Ekingi (Cultivator)- 1875 di Baku.
c. Hüsyinzade Ali Bey(1864-1941) – selepas tamat belajar di St. Petersburg
kembali ke Istanbul dan sebarkan idealisme Pan-Turkism – menubuhkan
Society of Union and Progress (SUP)
d. Ağaoğlu Ahmed (1869-1939) dari Azerbaijan- belajar di Paris dan berhubung
dgn Ahmed Reza dan pemimpin Turki Muda. Terbitkan akhbar harian Ĭrşad
(Guidance) pd 1906 sbg plantform golongan Turki Muda menulis artikel.
Kemudian dgn Ali Bey terbitkan Türk Yurdu (Turkish Homeland)- 1908 sbg
organ penyebaran idealisme golongan intelektual Turki.
e. Yusuf Akcura (1876-1933)- lahir di Simbirsk, Volga- Beliau dibuang negara
ke Tripolitana oleh Sultan Abdul Hamid II tetapi lari ke Paris & memasuki
School of Political Science serta berhubung dgn golongan Turki Muda.
Kembali ke Rusia & lahirkan idea “The Ways of Policy” dlm akhbar Turki
Muda Türk di Kaherah, Sejak Oktober 1908- kembali ke Istanbul dan
sebarkan deologi Pan Turkism melalui media.

d. Peranan Akhbar
- Pada era zaman Sultan Abd. Hamid II. Antara akhbar yg berpengaruh ialah:
 Sabah (Pagi)- diasaskan oleh penerbit Greek, Papadopulos pada 1875.
Antara tokoh wartawan yg menyokong tuntutan Albania iaitu Samseddin
Sami. Beliau seorang ahli bahasa yg mempopularkan terminology “Turk’
sebagai satu etnik @ entity kaum.
 Tercüman-i-Hakikat (Tafsiran Kebenaran) (1878) oleh Ahmed Minhat Effendi-
seorang sejarawan Turki.
 Ikhdam (Usaha)(1894)- diasaskan oleh Ahmed Cevdet- menyediakan
ruangan bagi para belia mengutarakan idea nasionalisme. Antara penulis
yang terkenal ialah Necib Asim- seorang orientalis yg amat berminat terhadap
keagungan sejarah Turki
 Meshveret (pembebasan) & Mizan (Imbangan) oleh Ahmed Reza di Paris
 Turut terjemahkan akhbar-akhbar Eropah misalnya dari Peranchis cth: Le
Milliet & le République

e. Pendidikan & Kesusasteraan.


- Pendidikan Barat sejak era Tanzimat membawa pelbagai idea racism &
romanticm.
-Begitu juga dengan penghasilan buku-buku teks khususnya tentang sejarah bangsa
Turki. Misalnya buku teks sejarah Turki mulai tahun 1877 untuk sekolah menengah
mula menyebut keturunan Uthman yang berasal dr ‘bangsa Turki di Asia Tengah”.
- Tokoh yg terkenal antara lain ialah Mizanci Mehmed Murad (mati 1912), seorang
tokoh Turki Muda menyatakan bhw sebelum Islam, 3 bangsa yg teragung di Asia

2
HSI343 Sejarah Asia Barat [Prof. Madya Dr. Muhamad Hasrul
ialah India, Cina dan Turki. Malah bangsa Turki berasal dr lagenda agung Oğuz
Khan.
- Kesusasteraan- pemikiran Eropah- 1859- Shinasi Effendi terjemahkan puisi
Peranchis kemudian terbitkan akhbar Interpreter of Circumstances (1860). Diikuti
dgn tokoh spt Namik Kemal, Abdul Hak Hamid & Zia Pasha – menulis puisi, drama,
teater dll.

f- Kebangkitan nasionalisme asing


- Nasionalisme Arab yg bermula di Lubnan – gerakan Sharif Hussein di Mekah,
Muhamad ‘Ali Pasha dan Ibn Saud.
-Nasionalisme Pan Slav- ( nasionalisme Slavic) - atas hasutan Russia di Negara-
negara Balkan khususnya terhadap org Serb.
-1876- melalui Perjanjian San Stefano, wilayah Armenia diambil dr. Uthmaniyah.
Manakala wilayah Serbia, Romania dan Montenegro dimerdekakan. Begitu juga dgn
Bulgaria yg dinaungi oleh Russia atas dasar etnik dan agama Kristian orthodox.
- British melihat keadaan ini sebagai ancaman. 1878- British tandatangan perjanjian
dgn Uthmaniyah utk menaungi kepulauan Cyprus.
- Selanjutnya ialah penentangan etnik Albania pada Oktober 1912 dan Perang
Balkan pada 1913.
- Nasionalisme Greek- sejak 1814 dgn penubuhan kumpulan Philike Hetaeria
(Persatuan Persahabatan) di Odessa. Perang diiystiharkan pada 1897. Krisis ini
berterusan dan menyumbang kepada perkembangan nasionalisme Turki yg
kemudiannya memuncak ketika Perang Turki-Greek, 1919-1922.

NASIONALISME TURKI & GERAKAN TURKI MUDA

- Nasionalisme Turki telah menghasilkan kebangkitan golongan Turki Muda. –


Bermula di Istanbul oleh para pelajar pada 1889 dan telah berkembang pesat di
Eropah dan Mesir.
- Gerakan ini telah menubuhkan Committee of Union And Progress berpusat di
Salonika dgn sokongan Tentera Divisyen ke 3 dan Freemason.
- Di Turki selain CUP terdapat Liberal Unionist & Muslim Association serta Vatan di
bawah Mustapha Kemal.
-1908- Turki Muda telah bergerak ke Istanbul & menuntut Abdul Hamid memulihkan
perlembagaan 1876.
- 14 April 1909- gerakan Islam melancarkan revolusi balas- revolusi ini kemudiannya
dapat dipatahkan oleh CUP dlm masa 11 hari – Abdul Hamid dituduh bersubahat
dan dilucutkan jawatan & diganti dengan Muhamad V sebagai boneka.
- Turki diperintah oleh 3 tokoh Turki Muda – Talat Bey Enver (Anwar) Pasha dan
Kolonel Jamal Pasha.
-Perang Dunia I- menyebelahi German dan tewas pada 1918.
- Wilayah Turki dipecah-pecahkan & Eropah menguasai Turki melalui Perjanjajian
Sevres (1920)- Sultan Muhammad VI dilantik menjadi boneka.
-Kebangkitan penentangan Mustapha Kemal di Anatolia bagi membebaskan Turki
dari penjajahan Eropah.

3
HSI343 Sejarah Asia Barat [Prof. Madya Dr. Muhamad Hasrul
NASIONALISME ARAB MODEN

Nasionalisme awal Arab bermula dengan sentimen anti-Turki pada abad ke 19.
Sebelum itu tidak timbul dalam istilah Arabisme dalam politik antarabangsa. Cuma
ada istilah Mohammedan & Christian. Istilah Arab hnya merujuk kepada kaum
badwi.

 Minat awal bagi mewujudkan kerajaan tempatan yang merdeka di Lubnan,


Mesir dan Arabia, tetapi tdk wujud kesatuan politik dalam ertikata
Nasionalisme Arab bersatu.
 Misalnya di Lubnan, populasi Kristian Maronite menganggap mereka sbg
bangsa kelas ke dua – Mereka berkata ”the Turks is ’riding over’ the Arab
Muslim and the Muslim ’riding over’ the Christian”. Dengan rasa tdk puas hati
ini maka lahirlah gerakan kemerdekaan Kristian Lubnan yg dipatahkan oleh
Uthmaniyyah pada 1860.
 Nasionalisme ini juga hasil dari hubungan rapat Kristian Arab dengan Eropah
melalui imigrasi & pendidikan. Misalnya Penubuhan Prussian Mission of the
Deaconess of Kaiserwerth, pertubuhan Jesuit, Protestant College of Beirut
(1866) dan Jesuit L’ Universite St. Joseph (1875). Di Syria pula ialah Syrian
Protestant College.
 Gerakan nasionalisme mula berkembang khususnya zaman Sultan Abdul
Hamid II (1876-1909)- namun hanya Kristian Lubnan mahu merdeka
sedangkan yg lain hanya inginkan reformasi.
 Kristian Lubnan menubuhkan persatuan2 rahsia sejak 1870an lagi bagi
memperjuangkan nasionalisme Arab khususnya Nasionalisme Syria dan
antara pemimpin awal mereka ialah Bulus Nujaym, Elias Habbalin & Salim
Ammun. Manakala sasterawan dan wartawan terus2 menghasilkan karya2
kearah nasionalisme Syria. Antara karya terawal pula ialah Kharabat Suriyya
oleh Khalil al-Khuri pada tahun 1861. Juga penerbitan2 buku sejarah Syria spt
tulisan Archibishop Beirut- Yusuf Dibs sbnyak 8 volume tentang sejarah Syria.
 Begitu juga dengan peranan akhbar2 spt Lisan al-Hal terbitan Khalil Sarkis di
Lubnan. Semuanya mempunyai elemen2 Arabisme.
 Pertubuhan terawal pula ialah Ligue de la Patrie Arabe pada 1904 oleh tokoh
Kristian Syria- Negib Azoury. Beliau menulis tentang idea2 negara bangsa
Arab melalui karyanya – La Reveil de la Nation Arabe pada tahun 1905.
Karya ini menegaskan bhw bangsa Arab mesti merdeka dari pemerintahan
Turki kerana bangsa Arab lebih baik dari Turki. Karya beliau telah mula
mempopularkan istilah ARABISME.
 Bagi umat Islam pula gerakan pembaharuan dilakukan oleh Jamaluddin Al-
Afghani, Muhamad Abduh, Muhamad Rashid Ridha dan Abdul Rahman al-
Kawakibi di Mesir-. Semuanya menuntut reformasi sejak tahun 1860an lagi
khususnya penghapusan despotisme, taqlid & menyeru kepada ijtihad.
 Selain di Syria, di Mesir ketika era British pada 1882- 2 tokoh Arab, Muhamad
Rashid Rida & Rafiq Al-Azim menubuhkan parti politik pertama pada 1897
(dibubarkan pada 1903)- Jami’atul Al-Shawra al-’Uthmani (Persatuan

4
HSI343 Sejarah Asia Barat [Prof. Madya Dr. Muhamad Hasrul
Konsultasi Uthmaniyyah) yg mengkritik sikap autokratik Sultan Abdul Hamid
II.
 Manakala tokoh2 nasionalis Kristian ialah spt pengasas Al-Ahram- Salim
Taqla, Faris Nimr Pasha (editor al-Moqattam), Jurji Zaidan (al-Hilal), Farah
Antun (al Jamia’h al-Uthmaniyyah) dan penyair Khalil Mutran.
 Kelahiran gerakan Pan Turanism menyemarakkan lagi sentimen Pan –
Arabisme.
 Menjelang Perang Dunia I- gerakan CUP menyedarkan bangsa Arab dan
gerakan nasionalisme kian menular. Mereka menyokong Kuasa Berikat
menentang Uthmaniyyah.
 Persatuan2 politik bawah tanah mula ditubuhkan antaranya Qahtaniyyah
(1909) oleh pegawai2 tentera, Al- Fatat (Kesatuan Arab Muda) oleh pelajar
Syria di Paris pda 1911 dan al-’Ahd oleh ’Aziz ’Ali Al-Misri.
 Manakala pada 1913, sekumpulan Arab kebanyakannya Kristian Syria
menganjurkan Kongres Arab di Paris yg kemudiannya telah menubuhkan
Parti Disentralisasi yang telah memperjuangkan kemerdekaan Syria dan
Lubnan.
 Pada era Perang Dunia I- berlakunya gerakan penubuhan Arab Saudi.
Manakala di Syria, bekas ahli Parti Disentralisasi telah menubuhkan Parti
Kesatuan Syria menuntut kemerdekaan Syria- aspirasi Syria Raya.
 Nasionalisme yang paling aktif menentang Uthmaniyyah pula berlaku di Hijaz
di bawah Sharif Hussayn.

Pemberontakan Sharif Hussayn di Hijaz.

 Pemerintah Mekah dikenali sbg Sharif yg bermula sejak 968M & tamat pada
1925M. Ashraf (jama’) ini menganggap mereka berketurunan dari Hashim ibn
‘Abdul Manaf (Bani Hashim dari Kabilah Quraish).
 Dari keturunan ‘Ali + Fatimah lahirlah dua puak Sharif iaitu Husaynid &
Hasanid. Bermula pada tahun 968M, Ja’afar Ibn Muhamad Ibn Husayn al-
Amir, generasi ke 9 Saidina Hassan menguasai Mekah dan ashraf Hasanid
perintah Mekah hingga 1924.
 Sharif Husayn Ibn ‘Ali (lahir di Istanbul pada 1853 @ 1854). Beliau dilantik
sebagai Sharif pada 1 November 1908.
 Ketika di Istanbul beliau bersahabat dgn duta British, Sir Gerard Lowther.
Peluang terbuka pada 1914 apabila Earl Kitchner menjadi Menteri Perang-
beliau sokong idea Khalifah Arab. Anak Hussayn, Abdallah bertemu Kitchner
& Ronald Storrs di Kaherah pada February & March 1914-bincang strategi
jatuhkan Uthmaniyah.
 Selanjutnya ialah peristiwa surat menyurat antara Sharif Husayn & Sir
McMahon sehingga 1915. British berjanji
“agree to the proclamation of an Arab Caliphate for Islam”.
 Husayn turut mendapat saingan dari kabilah Ibn Rashid (1836-1921- berpusat
di Hail, Jabal Shamar) & ‘Abd al-Aziz Ibn ‘Abd al-Rahman Al-Sa’ud di Najd.
 Bermula 5 Jun 1916, dgn bantuan British, anak Husayn, ‘Ali & Faisal
mengetuai pemberontakan di Madinah. Bermula 10 Jun, Husayn menawan
Mekah dr Bimbashi Mehmed Zia Bey & diikuti dgn Jeddah pada 16 Jun dgn
bantuan kapal tentera British, Ben-my-Chree. Diikuti dgn penaklukan Taif,
Wajh, Aqabah pada 6 Julai 1917. Bermulalah pemerintahan Sharif Husayn di

5
HSI343 Sejarah Asia Barat [Prof. Madya Dr. Muhamad Hasrul
Hijaz sebagai “King of Arabs” sehingga beliau ditumpaskan 1925 oleh Ibn
Saud.
 Husayn kemudiannya dihalau ke Cyprus & dihalang oleh British untuk kembali
ke tanah Arab walaupun anaknya menjadi raja di Iraq & di Transjordan. Beliau
akhirnya dibenarkan oleh British untuk pulang ke Amman & mati di sana pada
1931.

Kebangkitan Urabi

 Kebangkitan Urabi (1881-1882) merupakan gerakan nasionalisme Arab


Mesir menentang kepimpinan etnik Turki dan British. Revolusi ini
dihapuskan oleh British dgn serangan ke atas Alexandria pada 11 Jun
1882.
 Ahmad Urabi lahir di Zagazig, Mesir pada tahun 1840.
 Awalnya beliau belajar di Al Azhar sehingga umur 14 tahun & sertai
tentera. Pada umur 14 tahun menjadi kolonel yang paling muda dari
komuniti asli Mesir.
 Dinaikkan pangkat sbg kolonel selepas perang Mesir-Eitopia, 1875-76.
 Mulai 9 September 1881, Urabi & penyokongnya melancarkan revolusi ke
atas istana di Dataran Abdin. Menentang Khedive Tawfiq. Tawfiq minta
bantuan British.
 1882- British dibawah Sir Garnet Wolsely bersama 25 ribu askar kalahkan
Urabi di pertempuran Kassasin dan Tel Al-Kabir.
 Urabi dibuang negeri ke Sri Langka tetapi akhirnya dibenarkan pulang ke
Kaherah dan meninggal dunia di sana pada 1911.

Faktor2 Kebangkitan Urabi

1. Dasar British – menguasai ekonomi Mesir. Memiliki 89 pegangan


dalam Terusan Suez. Malah pada 1898- tubuhkan National Bank of
Egypt. British juga menguasai industri kapas Mesir.

2. Kelemahan kepimpinan Mesir .


- Pengganti Muhamad ’Ali – Said (1854-1863) diikuti Ismail (1863-
1879) tdk berkaliber. Ismail misalnya banyak berhutang dlm
memodenkan Mesir. Cthnya pada 1880, hutang Mesir di bawah Ismail
berjumlah lebih £98.4 juta. Lebih 60% pendapatan Mesir digunakan utk
membayar hutang.
- Tawfiq yg menggantikan Ismail juga amat lemah. Wilfrid Scawen
Blunt menyatakan ”grown up in the harem more than with men and
had been unable to rid himself of a certain womanish timidity which
prompted him always to yield his opinion in the presence of a stronger
will than his own...He had too, a large share of the womanish quality of
jealousy and of the love of small vengeances”.

3. Urbanisasi dan perkembangan teknologi


- Pada separuh abad ke 2 abad ke 19, populasi Mesir meningkat. Antara
tahun 1850-1880, populasi di Kaherah dan Alexandria meningkat 40%.
Kawasan desa bertukar menjadi bandar baru membolehkan
perhubungan kian mudah. Misalnya perjalanan dari Kaherah ke
6
HSI343 Sejarah Asia Barat [Prof. Madya Dr. Muhamad Hasrul
Alexandria yg biasanya mengambil masa 4 hari menjadi 8 jam shja dgn
keretapi.
- Kadar literasi meningkat. 1880, kadar literasi melonjak kpd 4-5%
(berbanding 1% sblmnya). Mrk mempunyai akses maklumat
khususnya dgn pengenalan teknologi percetakan dan telegrap.
- Pembukaan pelabuhan Alexandria membawa masuk golongan
berpendidikan dari Syria pada abad ke 19. Mrk usahakan penerbitan
dan percetakan. Misalnya antara tahun 1873-1900, lebih 61 akhbar
diterbitkan dan 31 dibawah nama Syria.
- Antaranya ialah Yaqub Sannu, seorang Yahudi Mesir yg
mengasaskan akhbar Abu Naddara pada 1877. Beliau gunakan
bahasa Arab Mesir utk sampaikan mesej2 politik melalui satira. Malah
pada 1875, beliau tubuhkan Society of Lovers of Knowledge utk
sebarkan propaganda politik.
- Rakannya Abdullah al-Nahdim seorang wartawan, pindahkan
akhbarnya at-Taif pada 1881 dari Alexandria ke Kaherah & menjadi
platform menyokong gerakan Urabi. Gunakan bahasa dialek Mesir
dalam penerbitan.
- Tokoh lain ialah Adib Ishaq yg tiba di Mesir pada 1876 ketika berumur
20 thn. Beliau berketurunan Greek Katolik dari Damsyik. Terbitkan
akhbar Misr al-Qahira – sebarkan idea2 politik

4. Peranan golongan intelektual


- Ishaq juga seorang intelektual. Tulis artikel2 dlm akhbar menyeru kpd
kesedaran politik lewat tahun 1870an. Jurji Zaidan menggambarkan
Ishaq ”pillars in the evolution of Egyptian journalism, carrying the level
of intellectual debate foward through (its) use of unprecendented direct
language”
- Tokoh lain ialah Jamaludin Al-Afghani. Tiba di Kaherah sekitar 1870an
dan sebarkan idea2 anti imperialis.
- Diikuti dengan Muhamad Abduh yang ketika itu bertugas di Jabatan
Penerbitan. Beliau membantu melepaskan penerbitan2 yg pro Urabi
dari tapisan kerajaan.

5. Peranan Tentera – kedudukan yang tinggi dimonopoli oleh golongan


Turco-Circassian dan Eropah.
- 1879 – kumpulan pegawai tentera tubuhkan organisasi sulit al-hizbi
al-watani (Parti Nasional) yg diketuai oleh Urabi.

6. Masalah ekonomi Mesir- dimonopoli oleh Turco-Circassian dan


Eropah. Sehingga 1880, terdapat 90-100 ribu pekerja Eropah di Mesir
terdiri drp mechanic, guru dan jurutera.
- 1860an, industri kapas melonjak. 70-80% eksport Mesir ialah kapas
tetapi majoriti peribumi Mesir miskin. Golongan fellahin dipandang
hina. Sering org Turki memanggil mereka sbg pis-fellah (petani kotor).

7. Ketokohan Urabi sendiri.

7
HSI343 Sejarah Asia Barat [Prof. Madya Dr. Muhamad Hasrul
Rumusan Tentang Nasionalisme Arab – Faktor2 Perkembangan

a. Dasar kerajaan Turki-Uthmaniyyah


b. sejak Tanzimat penekanan kpd idea vatan (tanahair) dan
Ottomanism. Reaksi Arab- kesedaran tentang budaya & bahasa
Arab (al nahdah al-’Arabiyyah) [kebangkitan Arabisme].

a. Pengaruh golongan intelektual


-misalnya golongan salafi menekankan kepentingan Bahasa Arab.
Hubungan bahasa mewujudkan kesedaran Arabisme. Menurut sarjana
David Commins 2 ulama’ salafi yg berpengaruh dari Damsyik ialah
Shaykh Jamal al-Din al-Qasimi (1866-1914) and Shakh Tahir al-Jazairi
(1852-1920). Mrk mempengaruhi golongan muda tentang identiti Arab vs
Turkisme sehingga tahun 1905. Dicatatkan salah seorang pelajar mrk.
Muhibb al-Din al-Khatib pergi ke sekolah undang2 di Paris terkejut
melihat komuniti pelajar Arab bertutur bahasa Turki.
- Reaksi terhadap gerakan CUP dan polisi Uthmaniyyah yg dilihat
melaksanakan polisi Turkifikasi Arab.

b. Peranan akhbar dan percetakan


- mulai 1860an percetakan berbahasa Arab spt akhbar dan sastera
memupuk kesedaran ikatan Arab. Jurji Zaydan (1861-1914) misalnya
novelis yg telah mempopularkan identiti Arab.
c. Menjelang tahun 1908, komuniti Arab measaskan 35 akhbar di
Syria sahaja dan menjelang Perang Dunia I, 60 akhbar diterbitkan
di Beirut.
d. Antara yg penting di Beirut ialah akhbar al-mufid yg mencabar
propaganda CUP.

a. Kepimpinan Arab.
e. Antaranya ialah Hajj Amin al-Husayni, mufti Baitul Maqdis yg
mengetuai Majlis Agung Muslim (Muslim Supreme Council) yg
ditubuhkan pada 1921. Majlis mengganti fungsi ulama’ tradisi ketika
Uthmaniyyah dlm menguruskan waqaf & undang2 syariah.
f. Beliau melalui Jerusalem Arab Club memperjuangkan
kemerdekaan Palestin melalui kesatuan Syria. Beliau belajar di al-
Azhar & dipengaruhi oleh mentornya, intelektual salafi Rashid Rida
(meninggal 1935).

a. Dasar British-Peranchis – pembahagian Syria dlm Sykes-Pycot,


peminggiran Raja Faysal, sokongan terhadap gerakan Zionis dan
kejatuhan Turki-Uthmaniyyah.

b. Peranan institusi pendidikan.


g. Antara yg penting selain Al-Azhar ialah American University of
Beirut yg ditubuhkan pada 1866 dgn terdapat ramainya pelajar
Palestin. Begitu juga Jesuit University di Beirut dan University of
Sorbonne.
h. Sekolah juga penting. Antaranya ialah The Islamic College (al-
Kuliyyah al-Islamiyyah) yg ditubuhkan di Beirut pada 1895 oleh

8
HSI343 Sejarah Asia Barat [Prof. Madya Dr. Muhamad Hasrul
Shakh Ahmad ’Abbas. Tokoh nasionalis Arab misalnya Riyad al-
Sulh dan ’Abd al-Ghani al-Uraysi pernah menjadi ahli lembaga
pengarah sekolah. Pemimpin Parti Istiqlal di Palestin spt Fahmi
al-’Abbushi pernah menjadi pelajar di sana ketika Perang Dunia I.
i. Sekolah lain ialah Madrasat al-Najah al-Wataniyah di Nablus-
melahirkan nasionalis Arab Palestin. Pengarah pertamanya ’Izzat
Darwazah berhubung rapat dgn Ahmad ’Abbas.
j. Sekolah ini mempromosi identiti nasionalis Arab. Misalnya ketika
graduasi tahun 1926, 16 pelajarnya pelajarnya menyanyikan lagu
sekolah ”Kami adalah Pemuda-pemuda Arab”.
k. Sekolah lain Sekolah Islam Haifa. Antara guru2nya yg terkenal
ialah Hani Abu Muslih, seorang Druze Lubnan yg kemudian
menjadi editor akhbar al-Yarmuk mempengaruhi kebangkitan
pelajar ketika lawatan Lord Balfour ke Palestin pada 1925. Tokoh
lain ialah Shakh ’Izz al-Din al-Qassam yg melancarkan kebangkitan
Palestin pada 1935

a. Kebangkitan idealisme baru- Pan Arabisme.


l. Sekolah sekolah tadi mengiindoktrinasi idea qawmiyah (nasionalis)
dan idea wataniyah (patriotik) dalam sistem pendidikan mereka.
m. Buku2 yg digunakan sbg buku teks mempromosi idealisme
nasionalis Arab. Cthnya ialah buku sejarah tulisan Asa’d Daghir
pada tahun 1918 – Hadarat al-’Arab (Tamadun Arab) dedikasi kpd
Raja Faysal, menekankan tamadun pertama ialah Arab dan Raja
Hamurabbi di Babylon sbg Raja Arab. Buku lain ialah tulisan ’Izzat
Darwazzah, Duruz al’-Ta’rikh al-Qadim (Pengajaran dari Sejarah
Kuno) – keagungan sejarah tamadun bangsa Arab kuno.

a. Kebangkitan nasionalisme Turki – CUP

b. Kelahiran gerakan sulit dan parti politik.


n. antara terawal ialah Parti Disentralisasi Pentadbiran Uthmaniyyah
di Kaherah.
o. Pertubuhan rahsia yg terawal antaranya ialah gerakan pelajar di
Paris pada 1911 – Gerakan Arab Muda/Young Arab Society (al-
Jami’ah al-’Arabiyah al-Fatat/ al-Fatat)
p. Antara pemimpin pentingnya ialah pelajar undang2 Palestin, ̔Awni ̔
Abd al-Hadi (beliau akhirnya menjadi setiausaha agung Parti Istiqlal
di Palestin).
q. Gerakan nasionalis pelajar yg terkenal antaranya ialah YMMA
(Young Men’s Muslim Association – Jam’iyat al-Shubban al-
Muslimin)- ditubuhkan di Mesir pada 1926, terkenal di Palestin
menentang Zionis, mandat British dan kemerdekaan. Reaksi
kepada belia Kristian YMCA yg mendapat sokongan British.
r. Di Palestin ketika Kongres Kelab Islam di Jaffa pada April 1928
memutuskan bhw rakyat Palestin akan tubuhkan cawangan YMMA
’to preserve Islamic Culture in the face of intense Christian and
European cultural penetration’.
s. Antara tokoh terkenal YMMA ialah ’Izz al-Din Qassam, Hamdi al –
Husayni, Kamil al-Dajani dan Musa al-Kayyali.

9
HSI343 Sejarah Asia Barat [Prof. Madya Dr. Muhamad Hasrul
t. Gerakan pelajar pelajar ini akhirnya membawa kpd Kongres Pelajar
Arab Pertama di Jaffa pada 12 Ogos 1929 – mengkritik dasar pro-
Zionis kerajaan. Meluluskan resolusi ” direct a call to the Arab
nation”.
u. 2 hari slpas Kongres pertempuran berlaku dgn Gerakan Pemuda
Zionis (Betar) di Tembok Ratapan & Tel Aviv merebak di Hebron
dan Safad – 133 Yahudi dan 116 Arab terbunuh.
v. Tokoh lain ialah ’Aziz ’Ali al-Misri yg menubuhkan gerakan al-’Ahd
yg ramai disertai oleh pegawai tentera di Iraq.
w. Di Mesir, 1919 Parti Wafd dibawah Sa’ad Zaghlul mempengaruhi
nasionalisme dunia Arab termasuklah di Palestin.

10
HSI343 Sejarah Asia Barat [Prof. Madya Dr. Muhamad Hasrul

You might also like