You are on page 1of 1

Ruj.Kami : JPKn./SI.

100-1/8/1 ( )
Tarikh : November 2020
SEPERTI SENARAI EDARAN

Tuan,

GARIS PANDUAN PAMAKAIAN BAJU KORPORAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN


MALAYSIA (KPM) 2020

Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Berdasarkan penelitian ke atas pemakaian baju korporat di kalangan warga Jabatan


Pendidikan Negeri Kelantan mendapati bahawa terdapat sebahagian daripada warga JPN
Kelantan yang telah tidak mengikut garis panduan dan etika pemakaian baju korporat yang
telah ditetapkan. Berdasarkan para 5 Garis Panduan Pemakaian Baju Korporat Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) 2020 menyatakan bahawa:

‘ Pemakaian baju korporat oleh pegawai KPM hanya dibenarkan apabila melaksanakan
tugas rasmi di lapangan / luar sahaja. Bagi pegawai lelaki, baju korporat hanya boleh
dipakai bersama-sama seluar panjang slack / khakis dengan keutamaan kepada warna
gelap. Bagi pegawai wanita, baju korporat hanya boleh dipakai bersama skirt labuh
berbentuk “A” (A-line skirt), paras tumit atau seluar panjang polos berwarna hitam dan
tudung berwarna hitam / dark blue / royal blue.’

3. Oleh yang demikian, pemakaian baju korporat hanya dibenarkan kepada pegawai-
pegawai yang perlu melaksanakan tugas rasmi di lapangan / luar sahaja dan tidak bersesuaian
kepada pegawai yang hanya bertugas di pejabat (tidak menjalankan tugas rasmi lapangan / luar
pada hari berkenaan). Bersama-sama ini dikemukakan sesalinan surat edaran daripada Ketua
Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan Garis Panduan Pemakaian Baju
Korporat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2020 rujukan KPM.100-1/7/1(7) bertarikh 13
Ogos 2020 seperti di Lampiran untuk makluman pihak tuan jua. Semua Pegawai Pendidikan
Daerah adalah dipohon untuk memanjangkan pemakluman ini kepada semua sekolah di bawah
seliaan Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing.

Sekian.
“Raja Berdaulat, Rakyat Muafakat, Negeri Berkat”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,

(ABU HANIPAH @ FAUZI BIN ZAHARI K.M.N., P.M.K.)


Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.

SULIT

You might also like