You are on page 1of 2

CONTOH-CONTOH SOALAN BAHAGIAN I

Soalan Direct :

Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) atau dahulu dikenali sebagai Kumpulan Meningkat
Mutu Kerja (KMK) merupakan satu program yang boleh membantu dalam meningkatkan
kualiti kerja sesebuah jabatan.

(a) Berikan komponen2 dalam struktur KIK (4markah)

(b) Apakah bentuk latihan yang perlu diberikan kepada ahli (2markah)

(c) Senaraikan empat bentuk pengiktirafan yang boleh diberikan kepada KIK (4markah)

Soalan Case Study :

Sebagai seorang Ketua Jabatan, anda perlu memastikan perlindungan daripada ancaman
kebakaran di bangunan Jabatan. Berdasarkan kepada Panduan Pengurusan Pejabat,
apakah aspek-aspek yang perlu diberi perhatian dalam merancang dan mengambil
langkah yang sesuai bagi mencegah kebakaran di tempat kerja (10 markah)

CONTOH-CONTOH SOALAN BAHAGIAN II


Direct Question:

Akta Kontrak Kerajaan 1949 merupakan suatu akta mengenai membuat kontrak bagi
pihak Kerajaan dan Kerajaan Negeri dan bagi perkara-perkara yang berkaitan
dengannya. Terangkan tatacara membuat kontrak bagi pihak berikut:

(a)  Kerajaan (5markah)

(b) Kerajaan Negeri (5 markah)

Soalan Case Study:

Sms menjawat jawatan awm Pengarah Perhutanan Negeri, dato’ Ahmad telah didatangi
oleh agen seorang tauke balak menawarkan kepadanya wang RM100,000 utk beliau
meluluskan kawasan balak yang telah dipohon terlebih dahulu. dato’ adnan menolak dan
menyuruh agen tersebut balik. tiada sebarang aduan dibuat oleh dato’ tentang cubaan
sogokan tersebut.

Nyatakan apakah kesalahan dato’ di bawah akta SPRM 2009 dan apakah hukumannya?
(10 markah)

CONTOH SOALAN-SOALAN BAHAGIAN III


Soalan Direct:

Jelaskan bagaimana pencen seseorang pesara boleh:

(a) diasingkan (10 markah)


(b) terhenti dengan serta merta (7 markah)

(c) digantung (8 markah)

Soalan Case Study:

(a) Ezekiel seorang Pembantu Perubatan di Hospital KL sering membuat kerja lebih masa
atas arahan ketua jabatannya. pada bulan jun lalu, jumlah elaun lebih masa yg
diperolehinya berjumlah rm450. adakah pendapatan ini dikenakan caruman KWSP?
Berikan alasan anda. (15 markah)

(b) Jerrypah seorang pencarum KWSP, ingin menamakan ibu dan isterinya sbg penama
caruman itu. menurut isterinya, dia hanya boleh menamakan slh seorang drpd mereka
sbg penama.. adakan perkara ini betul / tidak? beri alasan anda. (10 markah)

CONTOH SKEMA JAWAPAN:


hasil pencarian aku kat internet, skema jawapan yang aku dapat adalah mcm ni, kena
letak sumber mana ko dpt jawapn tu,

Menurut Perlembagaan Persekutuan, Bahagian III, Kewarganegaraan Bab 1 (perolehan


Kewarganegaraan) Perkara 15 (2), muka surat 67, menyatakan bahawa “apabila permohonan
dibuat kepada kerajaan persekutuan oleh ibu…….”
ok, justifikasi bagi benda atas ni mudah. org yang marking paper ko tu ada skema dia
seniri (yang aku pn xtahu) dan ada sumber dia seniri. jadi bila dia relate kn sumber yg ko bg
dgn dia punya, kalo sama contohnya, jadi dia xpyh nak cek karangan ko tu btl ke x. dh
sah2 sumber sama, mstila isi dlm dia pn sama kan. jadi dia pn rasa mudah, ko pn lg
mudah la nak dapat markah.
and, ada jgk member aku ckp xpyh nak tulis bagai sebab kdg pemeriksa tu bila dia baca
karangan ko tu mcm dh relate dgn soalan so xde masalah la.

ok experience aku, aku letak la benda ayat kat atas tu, tapi ada sikit menyusahkan
sebab balik2 nk kena copy. soalan dia banyak plak kan. ade yg aku letak ade yang x.
mana2 sempat yg la. amende ayat nih. (bm brapa spm dulu?)
ok, contoh soalan sebenar aku ada. dah siap amek gambo and nk upload dah. tapi
memandangkan ianya berunsurkan SULIT pastu kat page tu ada taruh,
EMBARGO
TIDAK BOLEH DIKELUARKAN SEMULA TANPA KEBENARAN
@ HAK KERAJAAN MALAYSIA 2013

You might also like