You are on page 1of 11

FREQUENTLY ASKED QUESTION (FAQ)

SHO & SSS MALAYSIA


Apa Maksud SHO?

SHO (Safety & Health Officer) atau Pegawai Keselamatan & Kesihatan adalah jawatan
bertauliah terdiri daripada mereka yang berdaftar dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (JKKP) / Department of Occupational Safety and Health (DOSH).

Peruntukan undang-undang 29(3) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994


menyatakan bahawa SHO hendaklah di ambil kerja semata-mata bagi maksud menjamin
pematuhan wajar di tempat kerja dan penggalakkan penjalanan selamat kerja di tempat kerja.
Manakala di bawah peruntukan undang-undang 29(4) Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994 yang mana menyatakan SHO memiliki apa-apa kelayakkan atau telah
menerima apa-apa latihan yang ditetapkan oleh Menteri dari semasa ke semasa melalui
pemberitahuan Warta.

Sehubungan dengan itu, Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan (Pegawai


Keselamatan dan Kesihatan) 1997 telah mula dikuatkuasakan pada 22 Ogos 1997. Peraturan
ini adalah bertujuan untuk memastikan majikan daripada kelas atau jenis industri yang
dinyatakan di dalam Perintah Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan
Dan Kesihatan) 1997 mengambil kerja seorang SHO bagi tujuan pengurusan hal-hal berkenaan
keselamatan dan kesihatan tempat kerja. Tugas SHO merujuk kepada Peraturan 18 di bawah
Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997.

Di bawah Peraturan 4 Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan (Pegawai Keselamatan


dan Kesihatan) 1997 menyatakan bahawa tiada seorang pun boleh bertindak sebagai SHO
melainkan jika dia telah berdaftar dengan Ketua Pengarah. Ketua Pengarah ialah Ketua
Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Apa itu SSS?

Site Safety Supervisor (SSS) ataupun Penyelia Keselamatan Tapak Bina ialah seseorang yang
ditugaskan untuk menyelia keselamatan di sesebuah tapak bina secara separuh masa atau
sepenuh masa (sekurang-kurangnya 15 jam seminggu) yang diupah oleh kontraktor utama
sesebuah projek pembinaan. Ini adalah mematuhi Akta Kilang & Jentera (BOWEC 1986) di
bawah Peraturan 25(1).

Di bawah Peraturan 25(1), Peraturan-Peraturan Kilang Dan Jentera (Kendalian Bangunan Dan
Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan) (Keselamatan) 1986, kontraktor utama hendaklah melantik
SSS bagi menjalankan penyeliaan keselamatan keatas aktiviti pembinaan yang dijalankan di
tapak bina.

Di bawah Peraturan 25(2) Peraturan BOWEC telah menetapkan bahawa SSS hendaklah
seorang yang kompeten untuk melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan dalam subperaturan
(3) dan (4), dan mempunyai kelayakan yang diluluskan oleh Ketua Pemeriksa. Ketua Pemeriksa
ialah Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Sehubungan dengan itu, bagi menetapkan kompetensi SSS, Jabatan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah memutuskan bahawa SSS hendaklah seseorang yang telah
berdaftar dengan JKKP.

Join group kami SHO & SSS Job Malaysia di https://t.me/joinchat/BrJg9TvdudEYjSCOjomn8w


FREQUENTLY ASKED QUESTION (FAQ)
SHO & SSS MALAYSIA
Apakah tugas SHO?

Seorang SHO dipertanggungjawabkan oleh syarikat / badan-badan kerajaan / pertubuhan


untuk menjaga keselamatan dan kesihatan pekerja ketika berada di tempat kerja.

Tugas utama SHO adalah untuk memastikan Keselamatan dan Kesihatan pekerja di tempat
kerja terjamin. Lain-lain tugas SHO adalah seperti di bawah. Antaranya:
 Laporan tahunan berkenaan Kelematan dan Kesihatan syarikat yang dijaganya untuk
dihantar ke DOSH (JKKP 8)
 Notifikasi kepada pihak JKKP/DOSH jika sekiranya berlaku kemalangan kepada pekerja
(NADOPOD)
 Menjaga dan menyediakan keperluan PPE (alat pelindungan keselamatan) kepada
pekerja.
 Intervensi untuk mengelakkan kemalangan dari berlaku
 Memeriksa dan membaikpulih tempat kerja bagi mengelakkan kemalangan dari berlaku
 Berurusan dengan pihak pengurusan syarikat agar mematuhi undang-undang yang
berkaitan Keselamatan dan Kesihatan pekerja seperti OSHA 1994, FMA 1967, APB
1988,

Seorang SHO perlu merancang, memantau dan menganalisa pematuhan keselamatan &
kesihatan pekerjaan mengikut piawaian undang – undang kerajaan dibawah JKKP. Seorang
SHO juga akan menjadi wakil syarikat atau organisasi untuk berurusan dengan pihak berkuasa
JKKP. Jika pihak JKKP membuat tinjauan untuk tujuan pemeriksaan, audit atau apa sahaja
dalam bidang kuasa JKKP, SHO lah pegawai yang akan bertanggungjawab mewakili syarikat
atau organisasi dan jika berlaku kemalangan, SHO lah yang perlu melakukan peranan dalam
membantu siasatan pihak JKKP dan menambah baik sistem keselamatan dan kesihatan di
tempat kerjanya.

Tugasan wajib SHO berdasarkan Peraturan 18 – SHO Regulations 1997

(a) Menasihati majikan atau sesiapa yang lead kat tempat keja tu berkenaan dengan
langkah-langkah yang perlu diambil bagi kepentingan KESELAMATAN & KESIHATAN
orang-orang yang bekerja kat situ
Ini part paling penting bro..tugas kita just bagi NASIHAT, bukan enforcement, jangan
pandai-pandai nak paksa bos buat atau para pekerja lain buat, kang tak pasal-pasal keluar
dari gate tengok tayar keta pancit, cermin pecah bla..bla..bla..part ini SHO selalu fail. Asal
kita dah bagi nasihat, dorang nak ikut ke tak itu dorang punya pasal, yang penting kita dah
bagi nasihat tapi kena ingat mesti ada hitam putih. Ko cakap banyak takde black & white
pun takde guna bang, kang accident berlaku nanti apa bukti ko ada yang ko dah bagi
nasihat? Cam mane nak dapatkan hitam putih? Ala..tak payah la complicated, lepas ko pot
pet pot pet masa toolbox meeting ka, masa monthly meeting ka buatlah report, kalau malas
sangat follow-up by email. Contohnya, Dear Project Manager, base on our discussion earlier
this email is to serve as a reminder…bla..bla..blaa last sekali jangan ko minta naik gaji, kang
kena fire immediately

(b) Memeriksa tempat kerja untuk menentukan sama ada apa-apa jentera, loji, peralatan,
bahan, perkakas atau proses atau apa-apa jenis kerja kasar yang digunakan di tempat

Join group kami SHO & SSS Job Malaysia di https://t.me/joinchat/BrJg9TvdudEYjSCOjomn8w


FREQUENTLY ASKED QUESTION (FAQ)
SHO & SSS MALAYSIA
kerja, yang boleh menyebabkan kecederaan anggota ke atas mana-mana orang yang
bekerja di tempat kerja
Ini straight to point la, ko kena buat inspection untuk semua peralatan atau perkakasan yang
ada kat tempat kerja. Kalau ada yang perlu diperbaiki kena report kat bos untuk ambil
tindakan. Macam mana ni bro..bukan sikit mesin kat tempat keja tu, takde can la nak ngeteh
kalau camni. Relax bro, kat sini kena bijak sikit, janganlah kita buat semua. Bayangkan
kalau lori jer dah 50 biji, belum lagi mesin, sampai bila-bila pun tak abis nak buat inspection.
So macam mana kita nak buat? Apa susah-susah bro, buat jer checklist, tentukan berapa
kerap nak buat inspection than assign la siapa yang perlu buat inspection.
Contoh kalau forklift, bagi la kompetent forklift driver yang inspect, dia yang pakar dalam
forklift so dia kena inspect & bagi report kat kita. Kita tinggal pastikan dia betul-betul buat &
review report dia jer. Kalau ada apa-apa action item yang perlu dibuat sebagai contoh
dalam report forklift driver kata tayar not good, no more flower need to change the tire
before it cannot makan brake. So kita highlight kat management suruh management tukar
tayar. Bila kita dah highlight itu dah consider comply dengan job scope (a) tadi.
Management nak tukar ke tidak itu dia punya hal la, lain kali kang forklift tu accident kita
tunjuk report kat boss pula, kan aku dah cakap suruh tukar tayar ko tak nak, so sekarang
bos jawablah dengan DOSH. Senang jerk kan..tak payah nak pening-pening kepala..ingat
kita bukan Enforcement Officer.

(c) menyiasat apa-apa kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan


pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja
Kalau tuan-puan pernah berangan nak jadi Inspektor Polis dan masuk department siasatan
tetapi tiap kali ujian fisikal tak pernah lepas, jangan risau, kat sini tuan-puan boleh tunjukkan
skill tuan-puan untuk menyiasat apa-apa insiden.

(d) untuk membantu majikan atau jawatankuasa keselamatan dan kesihatan, jika ada,
menurut peraturan 11 Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996 [P.U (A) 616/96] dalam
menganjurkan dan melaksanakan program keselamatan dan kesihatan pekerjaan di
tempat kerja;
Ini sebabnya kenapa Safety Plan itu penting. Apa itu safety plan bang? Macam-macam
nama orang industry bagi, ada yang panggil HSE Plan, OSH Plan, ESH Plan, lantak lah nak
panggil apa. Yang tuan-puan kena faham apa itu ‘plan’. Kekadang saya naik geram juga
bila interview bebudak baru nak up ni, dalam CV bukan main canggih lagi tulis work
experience, bila tanya apa itu Safety Plan terkebil-kebil lidah nak cakap. Apa yang susah
nya bang.. safety plan ni ko punya program berkaitan dengan safety la. Apa-apa akviti
berkaitan dengan safety di tempat kerja sebagaimana dikehendaki dalam tugasan (d)
tersebut. Contoh progam yang tuan-puan boleh buat, aktiviti ceramah kesihatan, aktiviti
gotong-royong membersihkan kantin, emergency drill exercise dan sebagainya.

(e) untuk menjadi setiausaha kepada jawatankuasa keselamatan dan kesihatan


Jika sebelum ni tuan-puan ada cita-cita nak jadi Setiausaha kepada MD, CEO tapi tak juga
kesampaian, paling dasyat lagi jika tuan-puan asyik berangan nak jadi Political Secretary
tapi tak pernah join mana-mana parti politik, tak usah khuatir lagi, disini lah tuan-puan
menunjukkan bakat yang ada. Secara automatik mengikut Peraturan-Peraturan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996,
seseorang SHO akan menjadi pemegang jawatan sebagai Setiausaha yang SAH di dalam
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan. So jangan pandai-pandai nak jadi Pengerusi
pulak.

Join group kami SHO & SSS Job Malaysia di https://t.me/joinchat/BrJg9TvdudEYjSCOjomn8w


FREQUENTLY ASKED QUESTION (FAQ)
SHO & SSS MALAYSIA
(f) untuk membantu jawatankuasa keselamatan dan kesihatan dalam mana-mana
pemeriksaan sesuatu tempat kerja bagi maksud memeriksa keberkesanan apa-apa
langkah yang diambil bagi mematuhi Akta atau mana-mana peraturan yang dibuat di
bawah Akta;
Macam best jer ayat peraturan ni, ‘membantu’..basically kita kena lead dan bawa ahli
jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Kalau tak sampai mesyuarat terakhir
untuk tahun tu pun kalau ada action items tak akan close. So pandai-pandai la nak pastikan
ahli jawatankuasa ni bagi kerjasama dengan kita.

(g) untuk memungut, menganalisis dan menyenggara statistik mengenai apa-apa


kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang
berlaku di tempat kerja
Yang ini sangat penting, kalau tak nanti bos akan cepat perasan kita tak buat keja asyik
mengular ja. Sebab selalunya data ni kita tayang besar-besar kat depan site atau opis kita.
Iya la, kalau tak tayang besar-besar orang tak tahu pula kita ambil berat pasal safety &
health kan. Lepas tu bubuh signage “Safety First” besar-besar. Ko bayangkan 4 – 5 bulan
baru ko nak update, kalau ko terkena dengan MD atau tauke yang ade Green Book, tak ke
naya ko menjawab nanti. So kena update paling tidak sebulan sekali, nak nampak lagi
cantik update la setiap hari kalau dah takde kerja lain, tapi jangan lupa masukkan dalam
report pula ko punya statistik.

(h) untuk membantu mana-mana pegawai pada menjalankan kewajipannya di bawah Akta
atau mana-mana Peraturan yang dibuat di bawah Akta;
Ini straight to point, kena berkerjasama dengan pegawai JKKP untuk memastikan
keselamatan & kesihatan tempat kerja tuan-puan sesuai dengan kehendak akta dan
Peraturan-Peraturan di dalam akta tersebut

(i) untuk menjalankan apa-apa arahan lain yang dibuat oleh majikan atau mana-mana
orang yang bertanggungjawab bagi tempat kerja atas apa-apa perkara yang berkaitan
dengan keselamatan dan kesihatan tempat kerja.
Sesunguhnya, percaya lah tuan-puan, jika anda tak faham tugas-tugas hakiki tuan-puan
sebagai SHO ditambah dengan majikan atau bos anda yang tak nak tahu langsung
berkaitan dengan Akta, maka tak hairan lah tuan-puan akan menjadi sesangat sibuk bin
busy dengan bermacam-macam tugasan yang tak berkaitan dengan tugas SHO, antara
contoh tugasan yang kerap ditaichikan kepada SHO seperti mengira manhours + OT, jadi
sekuriti officer, jaga pintu gate takut ade staffs yang ponteng dan macam-macam lagi keja
yang tak berkaitan dengan tugas SHO. So, anda kena bijak & tunjukkan power kamu
bahawa seorang SHO merupakan seorang pekerja yang termaktub dibawah Akta 514 dan
“Peraturan-peraturan Pegawai Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan”.

Menyediakan Laporan

So selain tugasan kat atas tu,didalam Peraturan 19 “Peraturan-Peraturan Pegawai


Keselamatan & Kesihatan”, seseorang SHO juga kena buat laporan sebelum hari yang ke-
10 bulan berikutnya.

Laporan yang disediakan sekurang-kurangnya memenuhi kehendak subperaturan berikut:

a) apa-apa tindakan yang perlu diambil oleh majikan untuk mematuhi kehendak Akta atau
mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta;

Join group kami SHO & SSS Job Malaysia di https://t.me/joinchat/BrJg9TvdudEYjSCOjomn8w


FREQUENTLY ASKED QUESTION (FAQ)
SHO & SSS MALAYSIA
b) cara untuk mewujudkan dan mengekalkan keadaan bekerja yang selamat dan sihat di
tempat kerja;
c) jumlah dan jenis kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan
pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja termasuk jumlah orang
yang cedera sama ada melibatkan kecederaan masa hilang atau kecederaan tanpa
masa hilang;
d) apa-apa jentera, loji, peralatan, perkakas, bahan atau proses atau jenis kerja kasar yang
digunakan di tempat kerja dan yang boleh menyebabkan kecederaan anggota ke atas
manamana orang yang bekerja di tempat kerja;
e) apa-apa jentera, loji, peralatan perkakas, bahan atau apa-apa alat pelindung diri yang
dikehendaki bagi maksud mengurangkan apa-apa risiko sedemikian;
f) mengesyorkan apa-apa pengubahan yang perlu dibuat kepada struktur atau susun atur
tempat kerja bagi kepentingan keselamatan dan kesihatan orang yang diambil kerja di
dalamnya;
g) apa-apa kerja yang berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan yang telah
dijalankan oleh mana-mana orang, atau kumpulan orang yang diambil kerja oleh
majikan untuk menggalakkan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja;
h) apa-apa perkara yang belum selesai yang berbangkit daripada laporan yang terdahulu
yang dinyatakan di bawah perenggan (a) hingga (g); atau
i) apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan orang yang
bekerja di tempat kerja.

So, kena pastikan dalam report tuan-puan ada elemen-elemen yang dinyatakan diatas, paling
senang buat satu template yang mengandungi elemen tersebut. Kalau report tuan-puan melalut
dan tak memenuhi kehendak tersebut, percayalah apabila sampai waktunya tuan-puan nak
apply Green Book, maka akan tuan-puan terimalah email mengatakan “dukacita dimaklumkan
bahawasanya…”

Kewajipan Membincangkan Laporan

Apabila dah buat report, perkara terakhir yang wajib tuan-puan lakukan menurut Peraturan 19
“Peraturan-Peraturan Pegawai Keselamatan & Kesihatan 1997” adalah seperti berikut:

1) Seseorang, majikan atau mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi sesuatu


tempat kerja setelah menerima laporan bawah peraturan 19, hendaklah tidak kurang
daripada dua minggu selepas menerimanya, membincangkan laporan itu dengan
pegawai keselamatan dan kesihatan.
2) Seseorang majikan atau mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi sesuatu
tempat kerja hendaklah menanda tangan balas laporan itu untuk mengesahkan yang dia
telah menerimanya.
3) Laporan itu hendaklah disimpan dalam keadaan yang baik sekurang-kurangnya selama
tempoh sepuluh tahun bagi maksud pemeriksaan atau penyiasatan oleh pegawai jika
perlu.

So macam mana? Susah ke jadi SHO ni? Mana da susah bro, yang penting kena work smart
jangan work hard. Lepas tu pastikan semua evidence ada, buat benda yang sama ulang-ulang
jer. Yang penting kena ingat, sebagai SHO tugas kita bukan macam polis atau security, kita
hanya Pak Penasihat bukan enforcement officer.

Join group kami SHO & SSS Job Malaysia di https://t.me/joinchat/BrJg9TvdudEYjSCOjomn8w


FREQUENTLY ASKED QUESTION (FAQ)
SHO & SSS MALAYSIA
Apakah tugas SSS?

Antara tugas SSS sebagaimana dikehendaki oleh undang-undang atau lebih tepat lagi
Peraturan 25 (BOWEC) di dalam Akta Kilang dan Jentera 1967 adalah –

(a) memeriksa dan memperbaiki mana-mana keadaan tidak selamat di tapak bina;
Sebab itu kalau kita lihat, SSS ni tugas utama dia kena berada di tapak bina sekurang-
kurangnya 15 jam seminggu bagi Kontraktor Utama dan minimum 5jam seminggu bagi sub-
kontraktor. Dia kena memantau kerja-kerja yang dilakukan di tapak bina. So kalau ada
sesuatu keadaan yang tak selamat sudah menjadi tanggungjawab SSS untuk menegur dan
memperbetulkan keadaan tersebut. Kalau tak nanti berlaku kemalangan, nayaaa pulak nak
jawab apa. Tapi SSS kena ingat, jangan main cakap ja, kena ada bukti dah buat kerja.
Bukti yang paling senang ialah just buat simple Workplace Inspection Report atau
Walkabout Report. Mana-mana area yang tak selamat ambik gambar terus dan highlight kat
line supervisor. Pastikan line supervisor perbetulkan keadaan tersebut dan jangan lupa
ambil gambar selepas keadaan diperbetulkan. Paling penting jangan lupa simpan tarikh bila
buat inspection dan date of close out. Untuk contoh boleh rujuk atau download template
Workplace Inspection Report ni.

(b) membetulkan mana-mana amalan tidak selamat;


Ini antara tugas yang paling kritikal. Sebabnya kita deal dengan manusia secara langsung.
Macam-macam perangai manusia yang ada kat tapak bina kan. Belum lagi ambil kira yang
tak reti Bahasa Malaysia dan English, ini antara cabaran utama Site Safety Supervisor. Nak
tak nak kena ikut keadaan la, mungkin SSS kena belajar Bahasa isyarat pula. Antara
contoh-contoh kelakuan tak selamat yang kerap kita jumpa kat tapak bina seperti tak
menggunakan abah-abah (Body Harness) ketika bekerja di tempat tinggi.
Cara kerja yang tak sesuai dengan SOP, sebagai contoh dalam SOP kata kalau barang
berat lebih dari 50kg kita kena angkat guna mesin. Tapi ada juga yang nak tunjuk kuat dia
angkat juga cara manual. Pendek kata macam-macam kelakuan tak selamat yang ada kat
tapak bina. Yang penting pastikan SSS dah jalankan tugas dan cuba untuk comply
seminimum yang mungkin. Kadang-kadang susah juga kan, kang terlampau nak ikut buku
kerja tak jalan pula.

(c) memeriksa kerja-kerja sub-kontraktor untuk memastikan bahawa Akta dan Peraturan-
Peraturan yang dibuat di bawahnya dipatuhi;
Ini kalau SSS keja dipihak Main Contractor, so dia kena pastikan semua subkontraktor juga
mematuhi kehendak Akta dan juga Peraturan-Peraturan yang berkaitan dengan Akta
terutama Peraturan 25 (BOWEC).

(d) berhubung terus dengan penyelia keselamatan kontraktor berkenaan dengan


keselamatan bekerja yang dijalankan oleh sub-kontraktor.

Jika anda bekerja di pihak Main Contractor, so kena bekerjasama dengan SSS yang dilantik
oleh subkontraktor bagi memastikan Akta dan Peraturan dipatuhi. Pendek kata dua-dua pihak
kena bekerjasama bagi memastikan tapak bina selamat dan takda kemalangan dan kejadian
yang tidak diingini berlaku.

Bestkan..mana ada banyak kerja SSS. Kalau ikut undang-undang, ada 4 scope yang utama je
kan. Hehe..macam biasalah bro, semuanya indah khabar dari rupa. Walaupun hanya 4 jer
tugasan utama, kadang-kadang semua kerja nak taichi pergi SSS. So kena pandailah belajar
silat ka, teakwondo ka untuk tepis taichi tu.

Join group kami SHO & SSS Job Malaysia di https://t.me/joinchat/BrJg9TvdudEYjSCOjomn8w


FREQUENTLY ASKED QUESTION (FAQ)
SHO & SSS MALAYSIA
Dimana seorang SHO / SSS bekerja?

SHO ini bekerja di pelbagai sektor antaranya sektor pembinaan, kesihatan seperti hospital,
sektor gas dan minyak, perkilangan dan banyak lagi manakala SSS bekerja di tapak pembinaan
& projek-projek kejuruteraan.

Bagaimana Ingin Menjadi seorang SHO?

Kelayakan seseorang yang ingin mendaftar sebagai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan
adalah berdasarkan kepada subperaturan 6(1)(a), 6(1)(b), 6(1)(c) dan 6(1)(d) Peraturan-
peraturan Keselamatan dan Kesihatan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997.

Berdasarkan subperaturan yang dinyatakan, kelayakan adalah terbahagi kepada tiga (3)
kategori berikut;

Kelayakan 1

i. Warganegara Malaysia dan;


ii. Menghadiri kursus Peringkat Sijil/EDOSH Pegawai Keselamatan dan Kesihatan dari pusat
pengajar yang diluluskan oleh Jabatan dan;
iii. Lulus Peperiksaan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan di NIOSH dan;
iv. Mempunyai tiga (3) tahun pengalaman dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan
dan;
v. Lulus verifikasi oleh JKKP jika dipanggil untuk hadir sesi verifikasi.

Kelayakan 2

i. Warganegara Malaysia dan;


ii. Sekurang-kurangnya diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dari institusi yang
diluluskan oleh Jabatan dan;
iii. Mempunyai tiga (3) tahun pengalaman dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan
dan;
iv. Lulus temuduga oleh JKKP.

Kelayakan 3

i. Warganegara Malaysia dan;


ii. Mempunyai sepuluh (10) tahun pengalaman dalam bidang keselamatan dan kesihatan
pekerjaan dan;
iii. Lulus temuduga oleh JKKP.

Untuk makluman, ada beberapa peringkat kursus yang berkaitan dengan bidang SHO. Ada
kursus yang menawarkan Sijil / Executive Diploma / Diploma / Executive Degree / Degree /
Ijazah malah sampai peringkat Master.

Sekarang ni banyak training centre yang menawarkan latihan untuk kursus SHO. Antara yang
paling popular adalah Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara atau lebih dikenali
sebagai NIOSH. Apa yang penting training centre hendaklah diperakui oleh JKPP.

Join group kami SHO & SSS Job Malaysia di https://t.me/joinchat/BrJg9TvdudEYjSCOjomn8w


FREQUENTLY ASKED QUESTION (FAQ)
SHO & SSS MALAYSIA
Untuk senarai penuh boleh rujuk di :
http://www.dosh.gov.my/index.php/ms/competency/competent-training-centre/list-of-competent-
training-centre-01

Untuk peringkat sijil bagi Safety & Health Officer course yang dianjurkan oleh NIOSH ia
mengambil masa selama 22 hari. So boleh ka majikan bagi cuti selama 22 hari? Bagi yang
dapat ambil cuti sebanyak tu takde masalah kan. Jangan risau, kalau tak dapat ambil cuti
selama 22 hari, ada juga kursus yang ditawarkan secara modular. Kebanyakan kursus ni
dianjurkan samada pada hujung minggu atau pada waktu malam. So boleh lah check dengan
training provider mana tahu mereka ada kelas waktu malam.

Bagaimana ingin menjadi seorang SSS?

Seseorang yang ingin mendaftar sebagai penyelia keselamatan tapak bina hendaklah :

A) warganegara Malaysia yang mempunyai sekurang-kurangnya diploma dalam bidang


kejuruteraan atau arkitek atau bidang berkaitan pembinaan, dan telah menghadiri kursus
penyelia keselamatan tapak bina di pusat pengajar yang berdaftar dengan JKKP, dan
telah lulus peperiksaan penyelia keselamatan tapak bina yang dikendalikan oleh NIOSH
atau institusi yang diiktiraf oleh JKKP; atau

B) warganegara Malaysia yang mempunyai sekurang-kurangnya dua tahun pengalaman


sebagai penyelia tapak bina atau formen tapak bina, dan telah menghadiri kursus
penyelia keselamatan tapak bina di pusat pengajar yang berdaftar dengan JKKP, dan
telah lulus peperiksaan penyelia keselamatan tapak bina yang dikendalikan oleh NIOSH
atau institusi yang diiktiraf oleh JKKP; atau

C) warganegara Malaysia yang telah mempunyai sekurang-kurangnya sepuluh tahun


pengalaman sebagai penyelia tapak bina atau formen tapak bina; dan telah lulus
peperiksaan penyelia keselamatan tapak bina yang dikendalikan oleh NIOSH atau
institusi yang diiktiraf oleh JKKP;

Untuk makluman, Jabatan telah menetapkan beberapa kelayakan tambahan bagi


pendaftaran SSS. Kelayakan pendaftaran tambahan tersebut ialah-

D) warganegara Malaysia yang telah lulus peperiksaan pegawai keselamatan dan


kesihatan (SHO) di NIOSH tetapi belum boleh berdaftar sebagai SHO kerana kurang
tiga (3) tahun pengalaman, dengan syarat tambahan iaitu –

i. mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya dua belas (12) bulan dalam bidang


pembinaan; atau
ii. menghadiri modul 6 (construction safety) bagi kursus SSS; atau
iii. menghadiri kursus penyelia tapak bina (site supervisor) yang dijalankan oleh CIDB.

E) warganegara Malaysia yang mempunyai sekurang-kurangnya diploma keselamatan


dan kesihatan pekerjaan atau yang setaraf dengannya dari mana-mana badan
profesional atau institusi yang diluluskan oleh Jabatan, dengan syarat tambahan iaitu –
i. mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya enam (6) bulan dalam bidang
pembinaan; atau
ii. menghadiri modul 6 (construction safety) bagi kursus SSS.

Join group kami SHO & SSS Job Malaysia di https://t.me/joinchat/BrJg9TvdudEYjSCOjomn8w


FREQUENTLY ASKED QUESTION (FAQ)
SHO & SSS MALAYSIA
Walau bagaimanapun, kelayakan pendaftaran tambahan ini hanyalah bersifat sementara untuk
tempoh masa yang akan ditetapkan, dan ia boleh ditarik balik mengikut ketetapan yang akan
ditentukan oleh Ketua Pengarah.

Jabatan turut menetapkan bahawa seseorang itu tidak boleh memegang kad perakuan
pendaftaran sebagai SHO dan SSS pada satu masa yang sama. Sungguhpun begitu, Jabatan
tiada apa-apa halangan untuk seseorang itu memiliki kompetensi yang lain pada masa yang
sama.

Untuk makluman, ada beberapa peringkat kursus yang berkaitan dengan bidang ini, ada kursus
yang menawarkan Sijil / Executive Diploma dan Diploma.

Sekarang ni banyak training centre yang menawarkan latihan untuk kursus SSS. Antara yang
paling popular adalah Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara atau lebih dikenali
sebagai NIOSH. Apa yang penting training centre hendaklah diperakui oleh JKPP.

Untuk senarai penuh boleh rujuk di :


http://www.dosh.gov.my/index.php/ms/competency/competent-training-centre/list-of-competent-
training-centre-01

Bagaimana jika ingin bekerja dalam bidang ini di platform antarabangsa atau negara
lain?

Untuk pengetahuan, kursus SHO / SSS hanya diiktiraf di Malaysia sahaja. Jika anda berminat
nak bekerja di luar negara, sekurang-kurangnya kena ambil kursus yang diiktiraf oleh IOSH
(International Occupational Safety & Health). Kursus ni dianjurkan oleh organisasi yang
dipanggil NEBOSH.

Kat Malaysia ada beberapa training provider yang diiktiraf oleh NEBOSH untuk menganjurkan
kursus keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Untuk senarai penuh boleh rujuk di :


http://portal.nebosh.org.uk/Studying/Find_a_Course/Default.asp

Siapa yang layak untuk attend kursus SHO / SSS?

Secara amnya, siapa-siapa saja boleh attend janji boleh bayar yuran kursus. Tapi dari segi
kelayakan akademik, untuk SHO course at least:

a) SPM, MCE, SPVM or equivalent (minimum 3rd Grade); atau


b) Possess at least SPM (Open Certificate) with the following conditions:
 Sit for at least six (6) subjects; AND
 Obtain at least grade 6C in Bahasa Melayu AND English AND Mathematic; AND
 Pass at least one (1) subject with at least grade 8E for subjects Science OR Physics OR
Chemistry OR Biology; AND
 Pass other subjects such that the total number of subjects is at least six (6);

manakala untuk SSS sekurang-kurangnya mesti pandai membaca (dalam bahasa


Melayu/English) & mengira.

Join group kami SHO & SSS Job Malaysia di https://t.me/joinchat/BrJg9TvdudEYjSCOjomn8w


FREQUENTLY ASKED QUESTION (FAQ)
SHO & SSS MALAYSIA
Dah habis kursus boleh daftar terus ka?

Calon-calon yang mempunyai sijil hadir kursus dari pusat pengajar bagi Peringkat Sijil / EDOSH
(Executive Diploma in Occupational Safety and Health) perlu lulus peperiksaan SHO yang
dikendalikan oleh NIOSH dan mempunyai pengalaman 3 tahun sebelum boleh berdaftar
dengan JKKP

Calon-calon yang mempunyai kelulusan dari pusat pengajar bagi Peringkat Diploma, Peringkat
Diploma Siswazah, Peringkat Ijazah, Peringkat Sarjana dan Peringkat Sarjana Eksekutif
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, mempunyai pengalaman 3 tahun dan lulus temuduga
sebelum boleh berdaftar dengan JKKP.

Dah abis kursus boleh terus kerja ka?

Ya. Asalkan ada majikan yang sedia nak ambil tuan-puan keja. Tapi belum dianggap kompeten
lagi la ya.

Selepas anda berjaya lulus 4 kertas peperiksaan SHO di NIOSH anda boleh bekerja sebagai
pembantu pegawai keselamatan dan kesihatan pekerja namun anda belum di iktiraf sebagai
seorang yang kompeten.

Untuk menjadi competent SHO kena berdaftar dengan JKKP. So, bila dah cukup syarat
kelayakan tu, tuan-puan boleh la submit application ke pejabat JKKP untuk didaftarkan sebagai
competent Pegawai Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan. Atau dahulunya dikenali sebagai
Green Book holder di Malaysia. Kenapa ia dipanggil Green Book? Sebab dahulu bila DOSH
dah approved your application, JKKP akan issue satu buku berbentuk size passport yang
berwarna hijau. So that is why majikan di industri panggil Green Book. Sekarang, JKKP
keluarkan slip perakuan pendaftaran.

Manakala untuk SSS, anda perlu memenuhi syarat samada melalui worksite experience atau
straight away modul 6 tetapi masih kena bekerja sebelum mencuba nasib mendaftar dengan
JKKP untuk mendapatkan Yellow Book. Ini pun kes, sebab dulu DOSH issue buku berbentuk
passport berwarna kuning. Sekarang, JKKP keluarkan slip perakuan pendaftaran.

Mana nak cari kerja lepas ambil kursus ni?

According to OSHA 1994, hampir kesemua industri sebenarnya memerlukan SHO. Antara
industry yang selalu hire SHO atau SSS ialah industry pembinaan, perkilangan, oil & gas,
perladangan, perlombongan, heavy industry seperti pembinaan kapal dan lain-lain. Jika
bernasib baik boleh lah cuba apply keja dengan syarikat separa kerajaan / bawah kerajaan
negeri.

Prospek atau halatuju kerjaya?

Kemana hala tuju kerjaya dalam bidang ni? Dalam bidang keselamatan ni, macam-macam title
ada. Selalunya kena bermula dari bawah la, lebih-lebih lagi kalau korang takda kabel konkrit.
Kebanyakan bermula dari Safety Supervisor ke OYKSSS lepas tu ada rezeki kemudian jadi
Safety Officer / Safety Executive / OYKSHO kemudian jadi Safety Manager. Pendek kata, kalau

Join group kami SHO & SSS Job Malaysia di https://t.me/joinchat/BrJg9TvdudEYjSCOjomn8w


FREQUENTLY ASKED QUESTION (FAQ)
SHO & SSS MALAYSIA
ada rezeki dan ada usaha nak tingkatkan diri, boleh jadi Safety Specialist ka, Safety Advisor ka,
Safety Consultant ka atau jadi Safety Director.

Betui ka Gaji Orang Safety ni beso bang?

Bagi saya, bab gaji ni agak subjektif. Rezeki masing-masingkan. Ia banyak bergantung kepada
jenis industry tempat tuan-tuan kerja. Ada industry yang sanggup bayar mahal, ada yang bayar
ciput ja. Senang cerita la, disebabkan keadaan ekonomi yang tak berapa stabil sekarang ni,
paling kurang pun bagi yang baru abis belajar senang2 nak nego gaji dalam RM1500 ke atas
bagi graduan diploma atau RM2000 ke atas bagi graduan degree. Kalau tuan-puan minta gaji
kurang dari tu, baik tak payah jadi SHO / SSS bang, keja kat supermarket pun boleh dapat
RM2K lebih.

Perjalanan untuk menjadi seorang SHO memang panjang tetapi gajinya memang berbaloi.
Walaupun tiada had gaji minima rasmi bagi fresh entry, kebanyakan mereka bergaji basic RM
2000 ke atas. Jika telah berdaftar dengan JKKP, maka gaji minima berdasarkan Panduan Gaji
Permulaan 160 Pekerjaan Terpilih Berasaskan Kemahiran, Edisi Pertama (2016) oleh
Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah menetapkan gaji pokok OYKSHO bermula dengan
RM4500 manakala OYKSSS bermula dengan RM3000. Dengan prestasi yang cemerlang anda
boleh dapat lebih daripada RM45000 atau RM3000!

Sumber :
1. http://www.dosh.gov.my/
2. http://andrewsalin.com/

Perhatian : Kandungan di dalam artikel ini mungkin berubah dari semasa ke semasa. Artikel ini
ditulis pada 13hb Febuari 2019.

Join group kami SHO & SSS Job Malaysia di https://t.me/joinchat/BrJg9TvdudEYjSCOjomn8w

You might also like