You are on page 1of 8

KERTAS CADANGAN

PERTANDINGAN KAWAD KAKI BADAN BERUNIFORM


SMK DESA SERDANG TAHUN 2022

Yang Berusaha, Pengetua Cemerlang SMK Desa Serdang.

1. PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM


Penubuhan pasukan unit beruniform di sekolah bertujuan untuk membangunkan potensi
diri secara menyeluruh di samping membantu dan menyediakan pelajar yang dinamik,
berkualiti, berdaya saing serta mempunyai sahsiah yang seimbang dari segi intelek, rohani
dan emosi. Program kawad kaki yang dianjurkan setiap tahun secara tidak langsung telah
memberi pelbagai kemahiran tertentu dan dapat menarik minat pelajar terhadap unit
beruniform. Justeru itu, hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melahirkan murid
yang cemerlang , bersahsiah tinggi dan berakhlak mulia ke arah membentuk generasi belia
berwawasan akan tercapai.

2. OBJEKTIF PROGRAM
Program ini diharapkan dapat :
i. Membina dan mengukuhkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam kawad
kaki.
ii. Memantapkan kemahiran berfikir dalam kalangan ahli semasa melaksanakan
semasa terlibat dalam aktiviti kawad kaki.
iii. Memotivasikan para pemimpin yang terdiri daripada murid-murid sendiri agar
lebih berkemahiran memimpin dalam melaksanakan segala amanah dan
tanggungjawab yang digalas sepanjang tahun.
iv. Melahirkan ahli yang bersahsiah tinggi yang berakhlak, beretika dan patuh
kepada ajaran agama dan bangsa.
v. Memantapkan murid yang mempunyai jati diri dan kecintaan kepada Negara.

3. KUMPULAN SASARAN
31 orang ahli setiap Unit Beruniform SMK Desa Serdang Sesi Pagi dan Sesi Petang

1
4. SYARAT PENYERTAAN

4.1 Pasukan
4.1.1 Pertandingan adalah terbuka kepada pasukan badan berunifom SMK
Desa Serdang.
4.1.2 Setiap badan beruniform dibenarkan menghantar 1 pasukan sahaja
untuk sesi pagi dan sesi petang.

4.2 Ahli Pasukan


4.2.1 Ahli pasukan dan ketua platun mestilah terdiri daripada pelajar
sekolah yang sedang menuntut di SMK Desa Serdang.
4.2.2 Jumlah ahli bagi sesebuah pasukan badan beruniform yang
didaftarkan hendaklah tidak kurang daripada 16 orang dan tidak
melebihi 31 orang termasuk ketua platun.
4.3 Pakaian
4.3.1 Pakaian ahli dan ketua platun bagi pasukan badan beruniform
hendaklah berpakaian rasmi uniform pasukan yang diwakili.

4.4 Jangka Masa Persembahan


4.4.1 Masa persembahan sepenuhnya adalah 15 minit. Pemberian markah
adalah berdasarkan persembahan di dalam tempoh yang ditetapkan.
4.4.2 Persembahan akan terbahagi kepada 1 bahagian iaitu :
Bahagian A – Kawad Kaki Asas
 Persembahan kawad asas hendaklah tidak kurang
daripada 7 minit merangkumi kawad statik dan kawad
dinamik.
Bahagian B – Kawad Formasi
 Persembahan kawad formasi hendaklah tidak kurang dari
7 minit dan dipersembahkan dalam 3 formasi berbeza.
4.4.3 Masa persembahan kawad asas adalah bermula daripada
arahan “BUKA BARISAN” setelah melapor diri kepada Ketua Hakim.

5. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM


Tarikh : 14 September 2022
Hari : Rabu
Tempat : Tapak Perhimpunan SMK Desa Serdang
Masa : 2.00 – 5.00 petang & 8.00 – 11.00 pagi

2
6. JAWATANKUASA KERJA
Pengerusi : Puan Wan Norma binti Wan Pi
Pengetua Cemerlang SMK Desa Serdang

Naib Pengerusi 1 : Puan Noralina binti Ishak


Penolong Kanan Kokurikulum

Naib Pengerusi 2 : Puan Siti Baizura binti Zainuddin


Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik

Naib Pengerusi 3 : Puan Bebi Ramadiah binti Said Rastan


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Naib Pengerusi 4 : Puan Nor Saadah binti Abdul Rahim


Penolong Kanan Petang

Penyelaras /Setiausaha: Encik Muhammad Firdaus bin Yusup

AJK SENARAI TUGAS


BIL

JURU ACARA MAJLIS  Menyediakan skrip untuk majlis


Pn Siti Salha bt Md Hashim  Mengacara majlis dengan lancar dan
1 Pn Noraini bt Mohd Salleh professional
 Memastikan semua yang terlibat
mematuhi protokol dan formaliti majlis

2 PEMBACA DOA  Memastikan doa yang sesuai dengan


Pn Zuraida bt Ismail@Mohd Nor majlis.
Murid  Membaca doa semasa upacara
perasmian /penutup

3
JK PROTOKOL/ HAKIM  Membantu penyelaras dalam melancarkan
Pn Rohani bt Abdullah(K) majlis
Pn Murnira Farhana bt Samsuri  Menyediakan susunatur yang sesuai
Pn Subatra A/P Subramaniam semasa majlis perasmian dan penutup
 Menyediakan borang yang berkaitan
Hakim jemputan dengan penghakiman
En Saferi bin Ab Namsah a.Pertandingan (Format NGO)
En Abdullah Saat bin Abd Karim b.Pakaian ( Format GO dan NGO)
En Abdul Halim bin Jaafar

4 JK BUKU ATURCARA  Menyediakan buku atur cara.


Pn Nur Aini bt Ahmad  Mengedarkan buku aturcara kepada guru
Pn Nur Farahanim bt Mohd Khalil dan jemputan
JK DOKUMENTASI
5
Pn Nurul Yuhanna bt Shamsuddin  Mengumpul semua maklumat dari AJK
Pn Norzira bt Abdullah pelaksana

3
Cik Victora Bong Chia Sing  Menghasilkan dokumentasi yang kemas,
menarik dan lengkap
JK TEKS UCAPAN
6
 Menyediakan teks ucapan Perasmi
Pn Nur Azura bt Mohd Said  Memastikan teks disediakan mengikut
(Teks Perasmi) format dan menepati majlis yang
berlangsung.
 memastikan salutasi tepat dan terkini
 Menyerahkan teks ucapan kepada PK
Kokurikulum untuk semakan sebelum
diserahkan kepada perasmi.
7
JK SIJIL  Jenis sijil: Sijil penyertaan (semua peserta)
Pn Fatin Nabilah bt Mohd Nasir Sijil pencapaian (peringkat sekolah)
(K) (johan,Naib johan & Tempat ke 3)
Pn Teo Guat Poi Sijil ketua platun terbaik
Pn Siti Faridah bt Mustafa Sijil penghargaan ahli jawatankuasa
 Mendapatkan nama peserta daripada JK
Pengurus Pasukan untuk membuat sijil
penyertaan
8
JK HADIAH  Mendapatkan sijil daripada JK Sijil
Pn Siti Masnizah bt Nordin  Sijil dan hadiah diberikan kepada wakil
Cik Nur Adilla bt Saidi pasukan semasa majlis penyampaian
Pn Nur Atiqah bt Nordin hadiah

9
JK STATISTIK  Menyediakan format borang pemarkahan
Pn Siti Zaleha bt Mahtar  Mengisi Markah Juri dan berurusan dengan
Pn Nur Syukriyah bt Mohd Suib Jk kehakiman tentang elemen pemarkahan
Cik Siti Busrah bt Shani  memaparkan statistik pemarkahan agar
Cik Nur Fatinah bt Ahmad keputusan telus dan tepat.

10
JK PERSIAPAN TEMPAT  Menyediakan khemah jika perlu untuk
En Muhammad Fahmi b kegunaan hakim dan majlis penutup
Muhamad Mahfol  Menyediakan tempat duduk untuk jemputan
En Mohamad Lufti b Mahfudz  Menyenaraikan alatan yang diperlukan dan
diserahkan kepada AJK peralatan

JK HIASAN TEMPAT
11
(Sebelum dan selepas)  Menghias tempat / pentas dengan cantik
Pn Haslinda bt Deraman dan
Pn Norhidayah bt Tawel kemas sebelum majlis
 Mengemas dan menyimpan alatan

JK KECEMASAN/KEBERSIHAN
12
En Chong Chi Han  Memastikan peralatan kecemasan yang
Pn Shanthi a/p Kala Applanaidu lengkap
 Bersiap sedia jika peserta pitam dan
mengalami kecederaan

JK DISIPLIN DAN
13

4
KESELAMATAN  Memastikan keselamatan dan disiplin
Pn Chong Pek Meng peserta baik dan terkawal
En Lim Fang Keong  Mengambil tindakan yang perlu semasa
kecemasan

14
JK PERSIAPAN LITAR  Menyediakan litar untuk kawad kaki
En Nasarudin b Bonyamin mengikut keperluan
En Muhammad Fitri b Mohd  Menyenaraikan alatan yang diperlukan dan
Sham diserahkan kepada AJK Peralatan

15
JK PENGURUS PESERTA  Mengendalikan raptai kawad kaki
Pn Normazilla bt Muhammad  Menguruskan kedudukan peserta kawad
Cik Masliza bt Isa sebelum masuk ke dalam litar kawad
En Ahmad Faiz Hasanudin
En Mohd Khairul Nizam Rosli

 Mendapatkan senarai nama peserta


16
JK PENDAFTARAN daripada Pengurus Pasukan sebelum 24
Pn Wan Nor’Adawiyah bt Wan Julai
Abdullah  Menyediakan borang pendaftaran guru
Pn Nur Suraya bt Mazlan
JK PENGURUS PASUKAN
17
KADET POLIS  Menyenaraikan nama peserta beserta no
1. Pn Nurezra bt Ahmad Sari kad pengenalan yang betul untuk sijil
2. Pn Siti Rafikaeza bt Mohamed  Melatih peserta
 Menyediakan jadual latihan untuk unit
KADET BOMBA masing –masing berlatih
1. Pn Wan Erni Fartiza bt Wan  Memantau latihan yang dijalankan
Ahmad Muzaki
2. Pn Basiroh bt Salleh

KRS
1. Pn Solehah bt Yusoff
2. En Nasarudin bin Bonyamin

PANDU PUTERI
1. Pn Siti Salha bt Md Hashim
2. Pn Fatin Nabilah bt Mohd
Nasir

PUTERI ISLAM
1. Pn Siti Masnizah bt Nordin
2. Pn Nik Syaidatul Azrini bt
Kassim

PENGAKAP
1. Cik Nabihah bt Muhammad
Setefarzi

5
2. Pn Nuraini bt Mohd Sarkawi

BSSM
1. En Chong Chi Han
2. Pn Shanti A/P Applanaidu

7. IMPLIKASI KEWANGAN
ANGGARAN PERBELANJAAN

BI
PERKARA/BAHAN KUANTITI/JUMLAH HARGA
L
1. Hadiah
Tempat pertama (Sesi Pagi)
-Medal 31 orang x RM5.00 RM 155.00
-Hamper 1 unit x RM50.00 RM 50.00

Tempat Kedua (Sesi Pagi)


-Medal 31 orang x RM5.00 RM 155.00
-Hamper 1 unit x RM50.00 RM 50.00

Tempat Ketiga (Sesi Pagi)


-Medal 31 orang x RM5.00 RM 155.00
-Hamper 1 unit x RM50.00 RM 50.00

Tempat pertama (Sesi Petang)


-Medal 31 orang x RM5.00 RM 155.00
-Hamper 1 unit x RM50.00 RM 50.00

Tempat Kedua (Sesi Petang)


-Medal 31 orang x RM5.00 RM 155.00
-Hamper 1 unit x RM50.00 RM 50.00

Tempat Ketiga (Sesi Petang)


-Medal 31 orang x RM5.00 RM 155.00
-Hamper 1 unit x RM50.00 RM 50.00

Saguhati
-Hamper 8 platun x RM40.00 RM 320.00

Ketua Platun Terbaik 2 platun x RM30.00 RM 60.00


-Hamper

2. Sijil 500 unit x RM1.00 RM500.00

6
3 Honorarium (Juri jemputan) 3 Orang x RM 130.00 RM390.00

JUMLAH RM 2500.00

SUMBER PENDAPATAN
Bil. Perkara Jumlah
1 Peruntukan Kokurikulum (BKK) RM 2500.00
JUMLAH RM 2500.00

8. ULASAN JPN / PPD (sekiranya perlu)

9. PENUTUP
Diharapkan Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform SMK Desa Serdang tahun 2022 ini
dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya dan dapat memupuk kerjasama dalam kalangan
murid.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

...........................………………………. ........................……………………………
(MUHAMMAD FIRDAUS YUSUP) (NORALINA BINTI ISHAK)
Setiausaha Kokurikulum Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Desa Serdang SMK Desa Serdang
Tarikh: Tarikh:

7
KERTAS CADANGAN
PERTANDINGAN KAWAD KAKI BADAN BERUNIFORM SMK DESA SERDANG
TAHUN 2022

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Pertandingan Kawad Kaki Badan


Beruniform SMK Desa Serdang Tahun 2022

Atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan Pertandingan Kawad Kaki Badan


Beruniform SMK Desa Serdang Tahun 2022

Ulasan:

.......................................................................................................................................
.........................……………………………………………………………………………….
.......................................................................................................................................
......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
.

(WAN NORMA BINTI WAN PI)


Pengetua Cemerlang
SMK Desa Serdang
Tarikh:

You might also like