You are on page 1of 1

Muhamad bin Abdul Hamid

660507-02-5703
No 3, Kampung Kubang Juluk,
06350, Naka,
Kedah Darul Aman

Encik Azmin bin Zainol Abidin AMK., BCK.


Pegawai Daerah Padang Terap,
Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap,
06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman 20 Februari 2023

Tuan,

Mohon Kelulusan Mendapatkan Geran Tanah Sementara

Berhubung dengan perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa pihak saya ingin memohon
kelulusan dari pihak tuan untuk mendapatkan geran tanah sementara. Untuk makluman pihak
tuan, pihak saya telah membangunkan satu kawasan percutian agroperlancongan di atas lot tanah
ini iaitu My Garden Chalet Naka. Kesinambungan dari itu, pihak saya telah memohon peruntukan
dari pihak Lembaga Kemajuan Wilayah Desa (KEDA) untuk menaik taraf lagi kawasan ini dan
pihak KEDA telah memberi kelulusan kepada permohonan itu.

2. Namun begitu, pihak KEDA telah memaklumkan peruntukan ini tidak dapat disalurkan kerana
terdapat satu prosedur yang tidak dipenuhi iaitu pemilikan geran ke atas tanah yang di
usahakan.

3. Untuk makluman tuan, pihak kami telah mula membuat permohonan untuk mendapatkan geran
untuk lot ini pada 27 April 2010. Pada 19 Disember 2013 pihak kami telah membuat
Permohonan Tanah Kerajaan no rujukan fail: PTPT/K01/274-2013(e) (Lampiran 1).

4. Di sini sangat besar harapan saya agar permohonan pihak saya ingin mendapatkan geran ini
diberi pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan.

5. Segala pertimbangan dan perhatian daripada pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan
setinggi penghargaan.

Sekian, terima kasih.


Yang benar,

………………………………….
(MUHAMAD BIN ABDUL HAMD)
PEMILIK MY GARDEN CHALET NAKA

You might also like