You are on page 1of 2

PDKS/KP 200-2/1/3 ( )

September 2022

Raja Hairanizam Binti Raja Badli


No.401, Jalan Tanjong Keramat
45000 Kuala Selangor.

Tuan,

LARANGAN MENGGUNAKAN RUMAH KERAJAAN BAGI TUJUAN SELAIN SEBAGAI


TEMPAT KEDIAMAN PENGHUNI

Dengan hormatnya saya di arah merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa pentadbiran ini mendapati tuan telah melanggar peraturan


dan syarat-syarat menduduki rumah kerajaan yang seperti telah ditetapkan di dalam surat
tawaran menduduki rumah kerajaan Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor. Berikut adalah
kesalahan yang telah dilakukan:

BIL ALAMAT KESALAHAN

menjadikan rumah kerajaan sebagai bengkel


Unit No.401, Jalan Tanjong
1. dan menjalankan aktiviti pembaikan
Keramat
kenderaan

3. Merujuk Bahagian II, Perenggan 9, Perintah Am Bab E - Rumah dan Bangunan


Pejabat Kerajaan:

“Pegawai-pegawai adalah dilarang daripada menyewakan mana-mana bahagian


rumah yang telah diuntukkan kepadanya. Selain daripada keluarga pegawai dan
orang-orang gajinya, serta tetamu-tetamu sementara, tidak ada orang lain yang
dibenarkan tinggal dalam rumah tersebut. Sesebuah rumah itu juga tidak boleh
digunakan selain daripada tempat kediaman pegawai sendiri.”

4. Sehubungan itu, tuan diminta mengosongkan unit alamat seperti di atas SERTA
MERTA. Sekiranya tuan gagal berbuat demikian dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat ini
diterima, pentadbiran ini berhak menarik balik kemudahan yang telah diberikan dan tuan

1
LARANGAN MENGGUNAKAN RUMAH KERAJAAN BAGI TUJUAN SELAIN SEBAGAI
TEMPAT KEDIAMAN PENGHUNI

boleh dikenakan tindakan tatatertib selaras dengan Bahagian II, Tatakelakuan, Perintah
Am Bab D - Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tataterib) 1993.

5. Perhatian dan kerjasama tuan berhubung perkara ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“SELANGOR MAJU BERSAMA”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(MOHAMAD MARWAN BIN AHMAD TAJURI)


Ketua Penolong Pegawai Daerah
Bahagian Khidmat Pengurusan
b.p Pegawai Daerah Kuala Selangor

Edaran Dalaman:

Tuan Pegawai Daerah

Penolong Pegawai Tadbir (Aset)

Ketua Pembantu Tadbir Kanan (Integriti)

Salinan kepada:

Pegawai Pendidikan Daerah


Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Selangor
Jalan Tanjong Keramat
45000 Kuala Selangor

You might also like