You are on page 1of 2

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

(SCOUTS ASSOCIATION OF MALAYSIA)


Diperbadankan di bawah Akta Parlimen No. 784, Tahun 1968 (Semakan 2016

JAWATAN KOSONG TERKINI DI IBU PEJABAT


PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) adalah sebuah badan yang diperbadankan


di bawah Akta Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968
(Akta 784)

PPM merupakan badan bukan kerajaan yang terlibat dalam melatih muda remaja dan
belia Malaysia agar menjadi warga negara yang berdisiplin, mempunyai jati diri yang
kental dan membina semangat kesukarelawan.

Dalam usaha tersebut, PPM telah merencanakan pelbagai program, aktiviti dan
latihan untuk ahli pengakap dalam mencapai aspirasi mereka.

Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) ingin mempelawa warga negara Malaysia


yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan bagi jawatan-jawatan berikut dengan
status lantikan KONTRAK.

1. SETIAUSAHA EKSEKUTIF – BAHAGIAN PROGRAM KEPENGAKAPAN


2. PENOLONG SETIAUSAHA EKSEKUTIF – BAHAGIAN PENTADBIRAN
3. PEMBANTU PENTADBIRAN – BAHAGIAN URUSETIA PEJABAT
Bertanggungjawab kepada Ketua Pengakap Negara dan Ketua Pesuruhjaya
Pengakap Negara melalui Ketua Pegawai Operasi PPM.
Kelayakan
Untuk jawatan 1:
 Mempunyai sekurang-kurang Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan setaraf;
 Berpengalaman dalam merancang dan melaksanakan pelbagai program
berkaitan dengan kepengakapan;
 Boleh bekerja dalam pasukan.
Untuk jawatan 2 & 3:
 Mempunyai sekurang-kurang Diploma didalam bidang pengurusan pejabat
atau berkaitan atau kelayakan setaraf;
 Mempunyai pengalaman dalam urus tadbir pejabat
 Boleh bekerja dalam pasukan.
Kemudahan

 Cuti Rehat (12 hari setahun);


 Cuti Sakit (14 hari setahun)
 Perlindungan: Caruman KWSP, PERKESO dan INSURAN

Kadar Upah

Bergantung kepada kelayakan dan pengalaman (tidak kurang dari RM2,500.00


Sebulan).

Sebarang permohonan atau pertanyaan boleh dibuat melalui e-mel –


jawatankosong@scouts.my
Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil-sijil yang ada dan
nombor telefon untuk memudahkan perhubungan.
Keutamaan akan diberi kepada mereka yang mempunyai pengalaman dalam
kepengakapan.
Sila majukan permohonan pada atau sebelum jam 5 petang 16hb Januari 2023.
Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dihubungi.

Bertarikh 29 Disember 2022

You might also like